BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Wednesday, February 3, 2010

Tugas Pertama Sudah bermula..

Tugas...tugas dan tugas!!!!


Sebaik sahaja meeting PPIM daerah selesai pagi tadi, aku bergegas pulang ke sekolah. Pada mulanya ingin menyiapkan minit mensyuarat yang baru sahaja selesai sebentar tadi, tapi hasrat itu aku matikan. Belum pun sempat mencari 'parking' di hadapan bangunan bilik guru, aku membelok kereta memasuki flat guru..Apa lagi, aku terus pulang ke rumah...Hahahahahhahaha (lapar la, perut minta untuk diisi)

Meskipun tugas harian agak membingitkan kepalaku, bermacam-macam yang tengah ligat difikiran..

*Blog PPIM daerah
*Paperwork Bengkel Penilaian
*Statistik ahli dan pemimpin

Senarai tugas yang perlu aku siapkan dalam masa terdekat ini. Alhamdulillah, semuanya telah aku 'list' kan sebelum masuk bilik darjah tadi..Statistik PPIM tingkatan 2 dan 3 telah berada di tanganku sebelum pukul 3 petang tadi. Terima kasih kepada anakku, Noraini Mapasun..terima kasih kerana membantu gurumu yang tidak cukup tangan hari ini. Kepada anakku, Sukma Ramli jangan lupa 'list' tingkatan 4,5 dan 6 esok pagi ya..URGENT!!! Fairul Syafiqah Mohd Fauzie pulak jangan senyum memanjang jak, cikgu perlukan 'list' kawad ahli puteri sukan baru-baru ni..cikgu nak juga SEGERA!!! ..:-)

Biar apa pun halangan dan kekangan, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Kerjasama daripada guru pemimpin dan AJK PPIM sekolah amat menggalakkan..terima kasih atas sokongan yang tidak pernah luntur kepadaku..

Rasa nak tidur dah..

Esok ada lagi yang menuntut kudratku..

Meeting Koperasi pukul 11.00 am dan meeting Sidang Redaksi Majalah Sekolah 2010 pukul 11.30 am..Dua-dua di bili gerakan. JANGAN LUPA!!

"Ya Allah, berkati setiap inci hidupku. Berkati perjalanan hidup dan masaku. Banyak tanggungjawab yang perlu aku laksanakan, tetapi cinta-Mu selalu bertemu. Tidak terasa masa berlalu, berasa selamat dan puas atas nikmat berpanjangan. Ku temui kasihmu dalam kesyahduan rinduku"

0 ulasan: