BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Thursday, June 24, 2010

Monolog 'sendirian'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

 Mencari diri tika 'tiada siapa'

Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali..

Ku 'pulangkan' segalanya kepada pemilik diri ini..

Sakit ini..
Derita ini..
Kekecewaan ini..
Kepedihan ini..
Semua bersatu..
Dalam bahasa diamku..

Gembira ini..
Senyum ini..
Tawa ini..
Bahagia ini..
Semua sepadu..
Dalam bahasa tangisku..

Diam ada tangis..
Sedu sedan berirama perlahan..
Berseorangan..
Ditemani suram malam..
Menginjak di danau hamparan..

Keluhan,harapan pada-NYA..
Di sahut cinta agung-NYA..
Membutakan segala dunia-NYA..
Demi sebuah redha-NYA..
Pasrah..
Pada-NYA jua


p/s Adik bongsu menghadiri camping cyberkids maxis di Promonaede Hotel selama 5 hari. Aku berseorangan di Laman Bonda. Banyak yang difikirkan..banyak juga minda yang dicerna..!! Bila bersama, lebih banyak tawa. Cerita itu dan ini..Bila berseorangan, kurang cerita tapi banyak yg difikir. Tangis juga yang datang bertamu..Moga 'lontaran' ini hadiah 'pengajaran' dari yang Esa

Terima kasih kepada yang hadiahkan novel itu 'Nota Hati Seorang Lelaki' dan 'Tradegi Cinta Tajmahal' serta tulisan Khat namaku..:-)

Buat adinda bongsu (lelaki) yang masuk ke alam pekerjaan, jaga dirimu baik-baik di sana. Jauh mana pun, akak tetap bersamamu..Sayang awak selamanya

Buat ayahanda dan bonda..aku rindu saat ini. Laman kalian pun rindu kalian penyatu rinduku.Datang padaku..hehehehe

Santi-Istikharah ya,teruskan jak. Moga Allah permudahkan penantianmu. Ameen

Tuesday, June 15, 2010

'Book' kan aku bilik di neraka!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

 

Alhamdulillah,segalanya berada dalam keadaan baik.Syukur atas nikmat kesihatan dan 'rezeki' yang Allah kurniakan. Moga amanah yang diberikan, dapat dilaksanakan dengan sebaiknya..Allah jua yang mengetahui tiap sesuatu. Dia jua yang mengetahui apa yang ada di hati hamba-hambaNYA. Tidak DIA menciptakan 'itu' dan 'ini' dengan sia-sia..Pasti punya maksud dan tujuan yang ada 'arah'.

Terasa 'janggal' sebenarnya..

Sudah sekian lama tidak menjenguk blog kesayanganku ini. Cuti yang kukira agak panjang 'menidurkan' sedikit masaku untuk terus bersama di sini. Kesibukan ke sana dan ke mari..Memenuhi jemputan 'family' dan sahabat handai..Kedatangan orang yang cukup aku rindui selama ini dari Perak juga 'mencuri' masaku. Ya Allah, terima kasih kerana Engkau bisikkan hatinya untuk bertemuku saat rindu itu datang..

Semalam, seorang teman 'menghubungiku'. Kukira sekitar pukul 10.00 malam. Banyak yang kami sembangkan..Bercerita 'aktiviti' diri hingga melibatkan masyarakat dunia sekitarnya..Zoom in vs Zoom out berkelana malam tadi..Ada sedikit 'perbahasan' yang kadang-kadang bercanggah dengan pendirianku. Pendirian sahabatku juga..Apapun, itu cuma pendapat hasil buah fikiran masing-masing. Saling menerima pendapat orang yang lain..Akhirnya solusi menemui jalan penyelesainya..hehehehe

Aku yang sememangnya suka bercerita, Ntah dari mana punca, aku bercerita tentang sebuah kisah yang pernah aku baca suatu ketika dulu. Meskipun tidak selengkap 'artikel' kisah itu, Alhamdulillah jalan ceritanya masih 'lekat' di ingatanku. Mana mungkin 'bisa' kulupa..cerita ini acapkali mengingatkan aku tentang KEMATIAN, SYURGA dan NERAKA..DOSA dan PAHALA..Lantas sebentar tadi, laptop ini ku'bedah siasat'. Mencari aktikel yang kuharap masih tersimpan rapi sewaktu kuliah dulu..Syukur, kutemui..kepada sahabatku yang sentiasa 'setia' mendengar semalam, kuhamparkan buatmu..buat semua


Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM' 

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk
menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi
yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat
menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar
kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. 

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 

"Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis
kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" 

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah
bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah
tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah
dengan begitu biadab. 

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan
kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang
masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak
mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan
lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya
dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita
yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Termakbulkan 'doanya'??? Hanya Allah yang tahu..
             
p/s Setiap yang lahir dari butir bicara adalah doa..Doakan yang baik-baik, meskipun dihambur dengan kata keji. Moga Allah bukakan 'hati-hati' yang hitam menerima hidayah-NYA..iman adalah mutiara, di dalam hati manusia, yang meyakini Allah, maha Esa Maha Kuasa..Iman bukan diwarisi