BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Sunday, February 7, 2010

Rasa Bertuhan

Kumpulan : Mawaddah


Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya
Lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati
Hati dan jiwanya diri
Semata-mata terpaku..Dengan Tuhannya

Jika manusia mnegenali kehebatan, keagungan Tuhannya
Kecutlah perutnya
Kalau manusia  sentiasa sedar pendengaran, penglihatan dan pengetahuan-Nya

Tuhan tidak pernah
Lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawwaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya..

Jika manusia rasa bertuhan
Hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang
Menerpa di hatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri org lain
Takut dan bimbang
Tak sempat MENGUMPAT

Aduh kalau Tuhan sentiasa di hati
Perasaan bertuhan
Mengcengkam di hati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan
Cinta dan takut

Cinta kerana nikmat dan kasih sayang-Nya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa
Akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba
Mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatnya
Tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

p/s Tak terhitung air mataku saat pertama kali mendengar lagu ni. Indahnya nikmat terbesar dalam diri mukmin…IMAN

0 ulasan: