BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Sunday, February 28, 2010

Air Mata

Bila membicarakan hal air mata, sering terbayang di minda kita bahawa air mata dikaitkan dengan 'kesedihan', 'kepiluan' dan perasaan yang lahir dari sesuatu yang kita tidak inginkan berlaku tetapi berlaku pula yang sebaliknya. Iya, takdir di sebalik tadbir manusia yang menencana. Namun, tidak kurang juga tangisan lahir dari hati yang penuh kegembiraan tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah limpahkan..Itu yang lazim kita lihat dan rasa. Air mata juga merupakan senjata ampuh bagi seorang wanita (kalau digunakan kearah kebaikan). Kerana air mata ini mampu meruntuhkan keegoan seorang lelaki. Mungkinkah???? Perlu diingatkan bahawa, kerana air mata ini jugalah manusia boleh terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka..kerana air mata sahaja...MasyaAllah, hebatnya 'kuasa' air mata ini




Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.



Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.




Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
 
sampaikanlah walau satu ayat 



p/s Moga Air mata keinsafan seringkali 'membanjiri' lautan kasih kita kepada Allah. Menangislah selalu..


Moga Allah memberkati 'saat' umur ini..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah memberikan ruang kepadaku untuk terus 'melakar' diblog yang menjadi tempat 'luah rasaku'. Hanya pada-NYA tempat bergantung, hanya pada-NYA yang layak menerima pujian..

Hari ini genap umurku yang ke 27 tahun. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepadaku untuk menghirup udaranya yang tiada mampu 'dibayar' sedikit pun. DIA masih memberi aku peluang untuk menatap wajah ayah bonda pagi tadi. DIA juga masih memberi kesempatan untukku menikmati hidangan yang ibu bekalkan dari kampung bonda..Terima kasih ya Allah


Ucapan selamat
Seawal 25hb Februari, beberapa ' studentku' sudah mengucapkan salam selamat atas ulang tahun kelahiranku.
"Selamat hari jadi cikgu" Ucap mereka sambil menghulur tangan agar dapat mengucup tanganku. Tanganku pantas di hulur (budaya pelajar di sekolahku)..Excited!!!

"Awal lagi la nak wish" Aku memberitahu 

"Birthday cikgu hari Ahad, cuti sekolah. Jadi kami wish awal la cikgu" Seloroh mereka dalam loghat sabah. Aku sudah sedia maklum akan hal itu. Tahun ini, tarikh 'keramat' itu jatuh pada hari Ahad, cuti sekolah.

Malam semalam 'sms' menghujani telefonku.

"Salam cikgu. Selamat ulang tahun ya.Semoga cikgu sihat2 selalu"

"Akum.Cikgu,selamat hari lahir.Kami sayang cikgu"

"Salam sam.Selamat ulang tahun ya. Umur semakin bertamabah,tapi umur makin kurang.Moga Allah merahmati hidupmu.Ameen"

"Salam pren.Selamat ulang tahun.Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki"

Bermacam-macam lagi 'sms' yang au terima. Sampi ada beberapa 'sms' yang aku 

Terima kasih kepada sahabatku Susiyathy dan Masriana..Ucapan ingatan dari kalian yang sentisa ku tunggu. Ain? Ya Allah, aku memahami keadaannya. Moga Allah merahmati hidupnya dunia dan akhirat

*Aku rindu dia. Dia yang mewarnai zaman kanak-kanak, remaja dan dewasaku di kampus..~~(~_~)~~

Menghubungi Bonda

Sebetulnya, aku telah menghubungi emak seawal sebelum asar. Namun, adik lelaki bongsuku yang menyambut deringan itu. Katanya emak ke sungai dengan ayah. Emm..hobi mereka sejak muda lagi, sungai menjadi 'destinasi' setia tika ada kelapangan masa. 

"Malam nanti 'call' semula" Pesannya sebelum meletakkan telefon

Tepat pukul 8, seusai solat isyak emak menghubungi. Aku khabarkan bahawa esok merupakan hari lahirku. Emak mengingati hari itu. Aku cukup bahagia. Bahagia sangat-sangat. Terima kasih bonda..Aku sayang bonda..Love u so much..

"Esok kita jumpa di rumah Madai ya. Tidak payah masak, emak siap-siap masak di sini. Di Madai nanti kita makan ramai-ramai. Bapa dapat ikan besar, esok emak masak kunyit."

Tidak sabar menanti hari esok. Terbayang ikan 'kandiyak' hasil pancingan dua pasangan bahagia itu..hehehehe

Malam 27hb februari 2010

Beberapa 'sms' daripada rakan dan 'student' tidak dapat aku membalasnya segera. InsyaAllah pagi esok akan aku 'tunaikan'. Apabila mengucapkan kalimah 'insyaAllah' terngiang-ngiang babak dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH II (KCB)

"ucapan InsyaAllah mu itu akan ditagih" Aduhhh, perlu ditunaikan sekiranya mampu..

Sebelum waktu menginjak ke angka 12, aku sudah siap dengan air wuduk kecintaan ini. Pada malam yang penuh bermakna, aku tidak mahu 'ketinggalan' dalam meraih redha-Mu ya Allah. Aku ingin meluahkan segalanya. Tidak terhitung rasa rindu dan malu atas segala dosa yang telah aku lakukan. Ya Allah, aku titiskan air mata ini untukmu. Ampunkan segala dosaku. engkau berkati usiaku selamanya. Matikan aku dalam Rahmat dan Kasih sayang-MU. Ameen

Aku duduk berteluku di birai katil. Dalam gelap, dalam samar. Mencari diri, mencari siapa aku di sisi-Mu. Cahaya 'hp' yang mewarnai laman bilikku tidak aku hiraukan. Minta diangkat dan dijawab. Aku masih membiarkan..tiada bunyi dan deringan (silent mode). Biarlah!!

Aku masih menangis..

Nangis..

Si cengeng terus mengalirkan air mata..

Telekung menjadi 'kain lap' si pipi gebu..

Lagi..

dan..

lagi...

Air mata tidak mahu lekang dari kelopak mata, si coklat anak mata

Nangislah, biar hilang segala rindu..

Biar punah segala dosa..

Hancurlah segala derita..

Pergi bersama semalam yang berlalu..

Nangis lagi..huhuhuhuhu

*Buat apa tidak tidur lagi ni. Dah nak masuk subuh? Ada la..iya la, buat apa?Aku tengah berbicara dengan Tuhanku (dalam hati)

Kini...

Aku masih mencari, mencari diri. Bila dan di mana akan aku habiskan 'sisa' usia ini. Hati bertanya pada diri

Masih berkesempatankah dirku menikmati hidup ini pada tahun hadapan?

Masih adakah waktu seperti ini?

Masihkah aku bisa berbicara lagi?

Masih adakah 'kesempatan' jari jemari ini menaip 'saat' seperti ini?

Sempatkah aku menjadi miliknya sebelum pemilik yang kekal abadi menjemputku?

"Ya Allah, aku masih menangsi. Terasa dosaku terlalu menggunung untuk menuju ke sana. Ya Allah, berkati setiap langkah ini. Jadikan aku hamba-Mu yang dinanti"

Ameen


p/s sila lihat hukum berkaitan menyambut ulang tahun pada list blog. Moga Allah melindungi kita daripada kesesatan..Sama-sama kita saling ingat mengingati..

Friday, February 26, 2010

CINTA - VISI DAN MISI

Minggu lepas, beberapa rakan dan sahabat menghubungiku melalui sms dan 'call'. Banyak yang kami ceritakan dan kadang-kadang cerita itu berkaitan dengan rumah tangga mereka (opppp!!aku belum kahwin lagi). Maybe mereka bercerita memandangkan aku dalam proses ke arah 'sana'. InsyaAllah, doakan aku menuju cinta yang Allah redhai ini. Mengharapkan aku memahami bahawa 'alam' itu memang indah tapi perlu juga diingati ianya datang dengan 'ujian'. Ya, aku mengerti itu..Rumah tangga boleh jadi syurga dan juga boleh jadi neraka..Itu yang pernah aku baca dalam beberapa majalah dan blog rakan lain. Bagaimana untuk mencorakkannya, terpulang kepada pelukis dan pewarnanya (aplikasi PSV yang aku ajar di sekolah..hehehehe (^_^).  Apa yang baik aku ambil sebagai panduan, mana yang kurang elok dan perlu dibuang ke' tepi' aku jadikan itu sebagai sempadam esok hari..Terima kasih kepada sahabat yang selalu berkongsi cerita.. 

 
Hargailah erti sebuah CINTA yang halal buatmu

Namun, aku ada sedikit perkongsian yang aku perolehi daripada entri Ustaz Hasrizal Abd Jamil semasa forum bersama panelis Ustaz Habiburrahman el-Shirazi iaitu novelis AYAT-AYAT CINTA (AAC) DAN KETIKA CINTA BERTASBIH (KCB 1&2). Alhamdulillah, aku telah menonton filem 'terhebat' ini..

 
Baiti Jannati..InsyaAllah
 
Menurut beliau, al-Quran telah memaparkan 4 jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi. 4 jenis misi dan visi yang berlainan..Hal ini juga terjadi dalam rumah tangga kini. Di mana ada isteri yang solehah tapi mendapat suami yang 'derhaka'. Terdapat juga yang sebaliknya apabila si isteri yang 'derhaka' mendapat suami yang 'soleh'. Itu pun kira bersyukur kerana salah seorang masih menginagti Pencipta dan insyaAllah boleh 'memandu' pasangannya. Bagaimana pula dengan suami dan isteri yang dua2nya derhaka. Persis Firaun dan isterinya..Nauzubillah...Namun, cinta yang kekal dan terus tumbuh mekar di syurga yang tiada tolok bandingannya ialah cinta Rasullulah bersama kekasih hatinya Saidatina Khadijah yang berjaya mempasakkan visi dan misi kepada Allah yang Esa...Semoga kita menjadikan rasulullah contoh tauladan terbaik..Banyak yang perlu aku pelajari lagi...huhuhuhu

 
Berkasih hingga ke SYURGA


Berikut contoh visi dan misi cinta seperti yang ada di dalam al-Quran

NUH DAN LUT

Mereka berdua adalah insan yang soleh. Rasul utusan Allah, ‘alayhim al-solaat wa al-salaam.
Tetapi Allah menguji mereka dengan beristerikan wanita yang durhaka kepada Tuhan. Begitu juga dengan sang anak. Si suami menyeru manusia kepada Iman manakala isteri pula bermati-matian mempertahankan kekufuran. Rumahtangga dan cinta antara mereka musnah oleh visi dan misi yang bertentangan. Satu memanggil ke Syurga dan satu lagi menyeru ke Neraka.

ISTERI FIRAUN

Sama ceritanya dengan isteri Firaun.
Seorang wanita yang beriman, bersuamikan manusia paling kufur kepada Allah. Gila kuasanya, bukan setakat mahu menduduki takhta kepimpinan malah mendakwa diri Tuhan. Cinta dan rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan pada sempadan iman dan kufur. Seorang tabah mempertahankan iman, tatkala seorang lagi sanggup mati pada menjulang kekufuran hingga tenggelam dalam keingkaran.
Kedua-dua rumahtangga ini saling berantakan apabila cita-cita antara suami dan isteri berbeza. Berlainan pada visi dan misi mereka.

ABU LAHAB DAN UMMU JAMIL

Pasangan ini sehati sejiwa. Mereka berdansa seirama pada meraikan kekufuran mereka.
Suami sangat membenci kebenaran dan menolak kenabian. Isteri pula memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada menyokong apa yang diperjuangkan. Mereka sekepala, satu selera, satu cita-cita. Hidupnya hanya terhimpun pada satu erti. Mereka bercinta dalam perjuangan mendaulatkan Jahiliyyah dan kekufuran terhadap Tuhan.
Mereka ‘bahagia’.
Bahagia pada seiring dan sejalannya mereka menuju Neraka.
Nantikan nasib mereka di Sana!

RASULULLAH S.A.W DAN ISTERI

Itulah contoh teladan utama kita. Uswah Hasanah.
Tiada cacatan pada rumahtangga yang berjaya dan cemerlang itu bermula dengan berpacaran atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian. Apa yang ada, adalah Taaruf dan segala titik mula yang Maa’ruf. Apa yang dicatat adalah merealisasikan cinta pada mencintai kebenaran. Dalam kemiskinan, ketika ada harinya dapur rumahtangga itu ketiadaan makanan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda mengecap kebahagiaan.
Benar sekali… rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia, biar sampai ke Syurga.

p/s Kepada sahabatku, bersabarlah dalam mengharungi setiap ujian dan dugaan ini. bukan anda bersendirian menghadapinya, bahkan beribu malah berjuta yang lain. Yang penting, berjalanlah selagi mampu atas nama yang SATU. Jangan hilangkan DIA dalam meniti hidup yang sementara ini. Sebab kita akan menjadi MAYAT juga esok hari (teringat blog MAYAT)

Sambutan Maulidur rasul SMKKJ 2010

 25hb Februari 2010 

Alhamdulillah, segal puji hanya untuk Allah. Salam sejahtera ke atas junjungan besar Baginda Muhammad s.a.w serta para sahabat yang dimuliakan oleh Pencipta sekalian alam...

Entri ini agak lewat dimasukkan. Maklumlah, kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Menyertai 2 perarakan Sambutan Maulidur rasul cukup meraih tenaga dan masaku. Khamis baru2 ini selesai sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dan semalam PPIM Daerah Kunak pun selesai dengan 'misi' perarakan Maulidur rasul peringkat Derah Kunak anjuran bersama Pejabat Polis Kunak. 

Sebetulnya, cuti seminggu yang lepas aku dan 'student' sudah berhempas pulas menyiapkan sepanduk perarakan. Terima kasih kepada beberapa 'student' kelas 3 Smart  yang meluangkan masa datang serta berkunjung di teratak cikgu serta berkerjasama bagi 'menyempurnakan' sepanduk tersebut. Mengambil mada 3 hari untuk siap..hehehehe (aku melakar sepenuhnya dan pelajar mewarna). Cuma agak terkilan, ketika aku meminta pelajar melakar ayat al-Quran dan membacanya, hampir kesemua tidak 'kenal' huruf kecuali alif. Sedih bila mengenangkan hal ini. Bayangkan bagaimana genarasi 'esok' yang 'ummi' al-quran..??

 
Lakaran (1)


 Lakaran (2)


Lakaran (3)


Bahan yang tidak cukup..hehehe


Separuh siap (1)


Separuh siap (2)


Separuh siap (3)
Siap melakar surah al-Syuura ayat 38, aku membiarkan pelajar melakar maksud ayat tersebut dengan berpandukan 'kertas' yang diberikan oleh penganjur. Aku mengahrapkan 'tugas' itu selesai seusai sahaja aku siap memasak (sepanduk dibuat di rumahku). Apa yang terjadi??? Rasa nak cekik jak 'student' tu.. Macam mana surah al-Syura ayat 38 boleh bertukar maksud kepada surah al-anaam ayat 97 ?? Aduhhh!! geram betul time tu (membebel juga, student diam jak). Apa lagi, terpaksalah 'mereka dan sekutu2 tu' padam semula. Itu cerita sebelum...sedih ada, gembira pun ada..

 
Sebelum berarak

 
Nak bergambar juga..(~_~)


Pelajarku memegang bungan manggar

 Penilaian oleh hakim sepanduk

 
Jom minum air free (tugasku menyediakan air utk pelajar)

 
Kak Irma dan Kak Hajah Maznah membantu 
aku menyiapkan minuman. Aku sayang kamu..

 
Geng-geng Koperasi SMK Kunak Jaya Berhad

Hari perarakan, syukur yang teramat sangat sebab sepanduk itu mendapat tempat ke 2 (nain johan). Bukan alang2 gembira pelajar aku..Tahniah la cikgu ucapkan..Tahun depan kita cuba lagi dapatkan yang johan pulak ya..hehehehe. Tahniah kepada pemenang nasyid, hafazan, tilawah, syarahan dan macam-macam lagi. Buat yang terbaik untuk ke peringkat Daerah Kunak nanti.

Tugas aku semasa kemuncak sebagai ketua unit AJK Makanan. Terima kasih kepada rakan guru yang telah aku tugaskan untuk vanue makanan pelajar, guru dan VIP. Terima kasih atas segala kerjasama..

 
Pelajar sekolahku yang ikut beraraka di Daerah Kunak

 Aku dan guru baru Cik Sabariah Lajamani

Selesai perarakan pada hari itu, aku pulak yang 'bermatian' dengan kak Hajah Maznah menyiapakn sepanduk PPIM Daerah Kunak..'start' pukul 2 petang hingga 11.30 malam baru siap sepanduk tu. Menggunakan bilik guru sebagai 'destinasi' melakar sepanduk (maaf kalau ada yang 'terconteng' pelaka di meja or kerusi rakan guru yang lain.hehehe). Alhamdulillah, kami mendapat tempat ke 3 pertandingan sepanduk kategori pertubuhan dan persatuan..Terima kasih kepada pengerusi kerana sudi 'turun padang' bersama kami menjayakan program ini. Laporan boleh dilihat pada pautan http://www.ppimsukunak.blogspot.com.

p/s Ulang tahun kelahiran junjungan besar ini kita semarakkan dengan mengingati setiap perjuangan baginda. Kita terus melaksanakan segala sunnah Baginda..Kita telusuri sirah Baginda dan Para Sahabat..Sepanjang masa, sepanjang zaman..Di man pun ada, siapa pun anda, apa pun yang anda lakukan ikutan 'teladan' terbaik sepanjang zaman ini. Tiada akhlak yang terbaik selain Baginda..Ya Rasulullah, kami merinduimu

p/s SMK Kunak Jaya paling banyak menghantar penyertaan pertandingan sepanduk Peringkat Daerah Kunak kategori sekolah sebab kami dah sambut pun Khamis lepas. Sekolah lain belum buat lagi. Dengan semangat 'SENTIASA KE HADAPAN' menjadikan sekolah kami berlumba2 mengecapi kejayaan. Tahniah kepada pelajar STPM..Minggu hadapan 'maybe' keluar berita sekolah kita tu. atas kejayaan STPM 2009. Tercatat lagi sejarah dalam result STPM. Tahniah buat cikgu Azwan Hammis@Kalimung (PK Kokum Pejabat Daerah Kunak) sebab beliau menjadi 'best student' STPM di sekolah kami...4A lagi!!..Isnin ini aku ada temujanji dengan beliau d PPD Kunak atas urusan PPIM Daerah..tunggu ya..hehehehe


Saturday, February 20, 2010

Muslimah (2)





WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan.
Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah
disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah
mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga
pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya
menyejukkan hati bila memandang.

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan
lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka
mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia
menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat
kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya
ke jalan yang diredhai Allah.

Resepi Perkahwinan Pasangan Bahagia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Terasa begitu lama tidak menulis di blog ini. Maklumlah, kesibukan selalu bertandang sepanjang cuti sekolah. Seawal 13hb hingga 15hb, aku pengunjung 'setia' di rumah family yang mengadakan kenduri kahwin. Sabtu lepas, majlis perkahwinan keluarga angkat di Tawau (pasangan Kak Siek & Ali) dan 14hb pula majlis kakak kepada adik iparku (pasangan Kak Diana & Abg Olle) di Lembaga Borneo Samudera Kunak. Aku doakan semoga ikatan itu kekal hingga ke syurga..Kak Siek dan Ali kini tengah 'honeymoon' di Genting..hehehe

 
Kak Siek dan aku 


Kak Diana dan Abg Olle (welcome to our family)

17hb, seorang sahabat membuat kunjungan ziarah ke rumah bonda di Tingkayu Estate..Katanya tersangat rindu denganku. Sepanjang 4 hari di kampung, aku menemaninya melihat 'panorama' kampung yang begitu mengujakannya. InsyaAllah, jika ada kesempatan aku akan membawanya ke tempat yang lebih menarik..(~_*). Pagi tadi, aku menghantarnya pulang ke Tawau (Tanjung Batu Laut) selepas 'shopping' beberapa helai jubah di Grace Plaza. Seharian berada di butik pengantin. Terasa 'aura' itu. Tapi kesabaran itu yang menjadi 'didikan' dari Allah..Sabar dan sabar menanti 'pencinta' Bintulu. Terasa begitu letih (aku sempat tidur di rumahnya)..Aku tiba di rumah tepat pukul 6.30 petang..


 
Alamak, kepala ter 'cut' la pulak



Aktiviti sebelah malam (bakar sayap n sate)


Apa yang begitu menarik perhatianku, sepanjang seminggu ini setiap kali berjumpa mahupun terserempak rakan-rakan pasti topik 'perkahwinan' yang akan dibicarakan. Tidak kira terjumpa di sekolah, di bandar mahupun di pasar. Seperti 'seru' sudah semakin hampir denganku. Doakan segalanya berjalan dengan baik ya..Ameen. Aku 'plan', Allah pun 'plan' juga. Namun 'plan' Allah itulah yang terbaik untukku..Moga Allah merahmati Kembar menuju Cinta Ilahi ini...

 
Panorama di kampung Bonda (1)

  
Panorama di kampung Bonda (2)

Berikut, aku kongsikan resepi perkahwinan agar pasangan akan terus mengecapi erti 'bahagia'. Ingat, bukan masakan sahaja ada resepi tau. Hubungan suami isteri pun ada resepi. Bahkan dalam muamalat sesama sesiapa sahaja pun mesti ada resepi. Melalui resepi inilah, jika diadun dalam acuan dengan penuh bijaksana akan menghasilkan  apa yang kita harapkan, apa yang kita idam-idamkan. Dedikasi aku tujuan kepada sesiapa sahaja termasuk untuk diriku sendiri. Moga bermanfaat buat kita semua..(^_^)

Bahan-bahannya
2kg                 Penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran agama
1kg                 Rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1kg                 Rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan          Rasa tanggungjawab
3 cawan        Daya penambat hati 
                       (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan        Penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan        Pati kemanusiaan
2 cawan        Keyakinan diri masing-masing, dorongan 
                       dan sokongan
1 cawan        Rasa kepuasan
1 cawan        Rasa timbang rasa
1 cawan        Tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan 
                        kelemahan-kelemahan pasangan
2 gelas          Ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan      Peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang         Anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan        Penuh pengucapan maafkan daku 
                        (ini juga sangat penting untuk kita jadikan amlam diet)
Secubit         Campur tangan mertua. Curahkan kerjsama yang 
                        perlu dan persediaan kerja berpasangan 
                       dan perkongsian


Cara membuatnya :
  • Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati
  • Isikan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran
  • Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing..hehehehe
Pantang larangnya :

"JANGAN SEKALI-KALI DIHIDANGKAN DENGAN SIKAP DINGIN DAN LIDAH YANG BERBISA. MAKANAN KALU SEDAP MANA PUN JIKA DIHIDANGKAN DENGAN SIKAP DINGIN AKAN MENJADI HAMBAR. HIASKAN DENGAN SENYUMAN MANIS PENUH KASIH SAYANG.."

Syurga Rumah Tangga
(Oleh Ustz Pahrol Mohd Juoi)

Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk..Allah jua

Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
Tempat merujuk segala kekusutan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah mawaddah..
Berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih sayang seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Lahirlah zuriat yang osleh dan solehah!

p/s Selamat mencuba ya. Semoga resepi ini akan menjadi santapan anda sehari-hari. Diyakini halal dan sedap..Cubalah!! ~~~(^_*)~~~

Monday, February 15, 2010

Kesantunan Diri (1)


Guru menjadi payung sekolah
Jauh mula tampak
Dekat mula bersua
Rimbun tempat berteduh
Hebat tempat berlindung
Besar tempat bernaung
Kukuh tempat bersandar
Wajib dihormati
Pantang dikhianati
Damar batu damar keluluk
Belah kundur tengok bijinya
Guru disanjung budinya elok
Tidak percaya selami hatinya

MOHD ROSLI SALUDIN, Ph. D

Sunday, February 14, 2010

Berkat Bismillah


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. 


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


P/S Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu..:-)

Thursday, February 11, 2010

Pertunangan sahabatku..Alam Shah


07 Feb 2010  (10.15 pm)
Kampung Bonda..Tingkayu Estate

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah….syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara-NYA, masih berpeluang melihat kebesaran ciptaan-NYA..selawat dan salam buat Imam Umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa buat para sahabat serta anbiya’ yang dikasihi..

Syukur dalam keletihan, aku masih berkesempatan untuk menjenguk blog teman-teman. Sebetulnya aku berada di kampung bonda tika ini. Tiga hari berulang alik, menghantar emak ke rumah besannya kenduri kahwin. Maklumlah, ayah yang sedia maklum tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini membataskan ‘pergerakan’ ayah yang biasanya sedia berkhidmat menghantar emak ke mana sahaja. Aku sebagai anak yang paling dekat dengan emak dan ayah mengambil tugas ini, menghantar serta menjemput emak tambah-tambah lagi majlis kenduri keluarga. Kesihan ayah..Kesihatannya kian ‘terganggu’ selepas dimasukkan ke hospital tahun lepas..

‘Ya Allah, Engkau lebih mengetahui semua ini’

*********
Kepada sahabatku, Alam Shah Hafidz dan kak Kasmah Hj. Karim

 Aku, makcik bulan dan kak Kasmah

Minta maaf sebab lewat masukkan entri majlis pertunangan kalian..Kesibukan yang berpanjangan menghadkan masaku..Ini pun aku ‘curi’ sedikit masa sebelum malam kulabuhkan (10.49 pm)..Pertunangan ini telah diadakan pada 30 Januari 2010

Indahnya saat ini

 
Rumah kak Kasmah (mcm kenduri nikah la pulak)

 
Wajah ceria 

Bersalaman dengan kaum keluarga 

Peneman setiaku..Sakiah

p/s Sedih sebab aku kehilangan seorang lagi sahabat. Nakajima, aku doakan ko bahagia walau di mana sahaja. Tiada yang mampu akau 'hadiah' kan selain doa ini..Bahagialah kerana engkau layak untuk memilikinya. Jangan pernah tewas dalam perjuangan ini. Doa kami selalu bersamamu..Ameen

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2010/2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Segala puji hanya untuk-NYA. Salam sejahtera ke atas nabi junjungan, Muhammad S.A.W..para sahabat serta hamba-hamba-NYA yang dikasihi

Alhamdulillah, hari ini selesai satu misi untuk tahun 2010. MAT yang dirancang awal tahun ini berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Lahad Datu yang sudi datang untuk menyaksikan perjalanan MAT koperasi SMK Kunak Jaya Berhad. Tidak terhingga ucapan terima kasih ini kepada Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang banyak memberi kerjasama sepanjang program berlangsung. Seawal jam 9 pagi aku sudah berada di sekolah. Memastikan dewan telah siap dibersihkan (pesanan PK 1 En. Haripudin Parakasi) Sudah semestinya, setiap kali menjelang MAT, akulah orang yang paling sibuk sebelum, samasa dan selepas MAT. Selagi MAT belum selesai, selagi itu tugas belum berakhir bagiku. Segala surat perlu dimaklumkan kepada SKM sebulan sebelum MAT (aku lewat seminggu menghantarnya..hehehehe). Tapi, syukur dapat diterima oleh SKM. Kini sudah tamat..Tugasku buat masa iterdekat menyiapkan minit, pindaan Undang-undang Kecil (UUK) dan menghantarnya ke ANGKASA. Apa-apa pun, aku akan buat 'time' cuti ini. Rasa nak 'rest' 2 'or' 3 ari tahun baru Cina..hehehehehehe. MAT ditunda tepat pada pukul 11.20 pagi

 
Ucapan pengetua selaku pengerusi Koup SMK Kunak Jaya Berhad

 
 Pegawai SKM En Zulkifli dan En Abdul


Laporanku selalu setiausaha Agong


 
Laporan Bendahari Agong oleh Siew Chin


 Sekitar MAT 



Antara ALK yang hadir


Inilah yang ditunggu-tunggu oleh kami. Makan!!

p/s Kepada adik Herlina dari SMK Kunak, akak minta maaf sebab minggu ni akak 'bz' sangat. InsyaAllah minggu depan jika ada kelapangan boleh la jumpa akak ya. Akak akan ajar bab-bab koperasi semampu yang akak tahu..Salam perkenalan olehku..:-)