BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Wednesday, April 27, 2011

Kita akan 'pergi'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

31 Mac 2011 (Malam)


Hujan membasahi bumi Kunak hampir setiap hari..tidak kira subuh hingga ke malam. Pasti hujan 'bertamu', bukan sedikit tapi membanjiri sesetengah kawasan. Terutamanya yang berhampiran dengan sungai..Penduduk di sekitar pastinya melalu saat yang sukar ketika ini. Perjalanan dari tawau semalam pun mengambil masa yang lama untuk tiba di laman bonda..Menjelang maghrib baru bertemu muka. Mana tidaknya, perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa 1 jam 15 minit 'berlarutan' hingga ke 2 jam..Memang menguji tahap 'keimanan' apatah lagi bila 'bersama' berderetan dengan 'lori' dan 'bas'..Sabarlah duhai hati

Saat seperti ini biasanya berlaku..Menjadi 'rutin' harian pengguna jalan raya. Manusia selalunya hilang erti 'sabar'. Memecut sesuka hati, tanpa menghiraukan pemandu dan pengguna jalan raya lain. Memintas kereta lain tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, kita melihatnya yang kecut perut..

Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu S Nor Hamid satu ketika dulu "Bila berada di jalan raya, kita sebenarnya mengundang maut. Yang ada kereta pun mati juga, yang tiada kereta pun mati akhirnya". Katanya itu diambil 'bulat-bulat'. Al maklumlah, arena pemikiran pun masih 'keanakan'..bila sudah semakin dewasa, pemikiran itu pun ikut 'membesar'. Malah sudah pintar 'mencabangkan' pemikiran asal..Ada pro dan kontra..

Bila mengenangkan kembali, semua manusia akan 'pergi'. Tidak kiralah dia punya 'mobil' atau tidak. Dia pejalan kaki atau pembonceng sahaja. Malah, yang tengah buat kereta itu pun akan meninggalkan kehidupan yang diibaratkan fatamorgana ini..Tempat persinggahan sementara menuju persinggahan abadi..Semua akan pergi..

1996..
Pagi yang redup. Sahabatku Salmi Muktar kembali ke rahmatullah ketika pulang dari sekolah. Cuba melintas jalan menuju ke rumah, tak semena2 sebuah kereta merempuhnya. Jasad itu melayang seperti burung berterbangan..perginya seorang sahabat yang baru kutemui selepas terpisah pada 1992 (Allahyarhamah berpindah sekolah) dan bertemu semula pada 1995 di sekolah menengah. Hingga kini (takdirNYA, aku posting di sekolah kami hingga sekarang) apabila melalui/masuk ke kelasnya, bayangannya kerap muncul di 'layar' memoriku..

1998..
Si periang 'pengawas' sekolah Kamal juga kembali akhirnya. Sering kali mengusik satu ketika dulu..Pergi tak kembali secara 'tiba2'..Ya, mati itu datang tiba2, dari pintu yang tidak disangka (Catatan majalah solusi yang pernah kubaca). Lagak jalannya seolah-olah dia masih 'ada' di sekolah..Sekolah ini masih hidup!!

2001..
Sekelas selama hampir 3 tahun. Dia yang selalu membantuku bila 'kesempitan'. Matanya sepet, berkulit gelap. Wajahnya payah untuk dilupakan sebab kekandanya kini satu tempat kerjaku, wajahnya sememangnya persis. Saling tak tumpah. Apatah lagi kekandannya berkahwin dengan abg sepupuku..Allahyarhamah Norsiah Saefi kembali ke pengkuanNYA selepas bertarung dengan penyakit..

2006..
Sering kali aku menjadi peneman ketika mereka ingin berdiskusi..Khabar 'gempar' petang itu mematikan bicara kami..Dia pergi dalam satu kemalangan motosikal. 'Sahabatku' menangis pilu' tiada lagi suaranya di hujung telefon..

2007..
"Ajar aku untuk jadi baik kak"..Pinta Muhadi sebelum aku meninggalkan Hitachi Cable SDN BHD, Johor. Aku meninggalkan bumi Senai untuk baktiku di tanah air, Sabah. Beberapa bulan, panggilan telefon mengejutkan aku. Almarhum Muhadi selamat diterbangkan ke Sandakan selepas di pukul (tersalah pukul orang) sebelum motosikal yang ditungganginya untuk menyelamatkan diri dilanggar oleh sebuah bas pekerja..Ohhh, semuanya tidak diduga

2008..
Siapa dapat menduga, pertemuan pertama dalam program UMS ke UPSI (2007) menjadikan ukhwah berlanjutan dalam program SMK Kunak Jaya ke UMS (2008). Program yang menjadikan lebih ramai pelajar berminat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading..Sanggup menangguhkan 'posting' guru semata-mata usaha mempelajari seni perubatan Islam di Kota Kinabalu. Pagi Rabu yang mengalirkan ribuan airmataku, keluargamu memaklum dirimu koma di ICU..esoknya dirimu sempat sedar dan menjamah sedikit makanan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir..'terkulai' aku saat khabar itu tiba. Akhirnya sahabatku Azman juga pergi buat selamanya..

2011

2012

2013

...

2050

Setiap saat itu pasti tetap 'bergerak'. Cepat atau lambat, ia pasti datang juga. Hanya diri kita merasakan 'lambatnya' padahal masa itu tidak pernah berkurang..Masa tidak pernah 'memungkiri' janji pada Tuhannya..Dia akut untuk ketatapan saat, minit dan jam..Hari, minggu, bulan dan tahun..Pasti akan dilalui jua. Masa itu emas bagi yang menilai 'kekayaan' sementara. Tapi bagi yang 'melihat' masa itu dengan penilaian mata 'hatinya' menaikkan darjat masa itu dengan sesuatu yang lebih 'berharga' daripada emas.. Ya, masa itu 'nyawa'. Kalau masa itu dibazirkan, sama ertinya 'membazirkan' nyawa. Ayuh, kita segerakan mengisi nyawa itu dengan 'masa' yang  bernilai agar nantinya masa itu tetap 'bernilai' untuk diri kita bukan sahaja di sini malah untuk di sana sebab KITA SEMUA AKAN PERGI

p/s Ya Allah, tempatkan sabahatku yang telah dulu menemui-MU dikalangan hamba-MU yang soleh.Amin