BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Tuesday, February 2, 2010

Pergi Buat Selamanya..Azli Aldam

“Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita akan kembali”

Berderai air mataku tatkala bacaan yasin dibacakan..Bukan aku sahaja, bahkan rakan guru yang lain. Tersedu dalam tangisan, menahan sebak di dada.

Yasin…

Manik-manik jernih terus membasahi pipiku. Betapa payah meneruskan bacaan. Ya Allah kuatkan hati kami..tempatkan rohnya dikalangan hamba-Mu yang soleh. Ameen

Berita kematian pelajar tingkatan 3, Azli Aldam menyejutkan kami selaku warga pendidik SMK Kunak Jaya..5 hari koma di hospital selepas disahkan jangkitan kuman di bahagian telinga telah merebak hingga ke otak. Menurut rakan guru yang sempat membuat kunjungan ziarah, peluang untuk hidup umpama telur di hujung tanduk..Meskipun yakin bahawa ajal maut di tangan yang Kuasa..

Malamnya, kami sepakat untuk menziarah jenazah pada keesokan harinya di Kampung Jaya Baru, Kunak. Berkumpul di astaka perhimpunan pada pukul 9 pagi..InsyaAllah


Meskipun aku tidak pernah mengajar Allahyarham sepanjang 3 tahun di sekolah ini, namun kelibatnya selalu bermain di mata. Seorang pelajar yang agak ‘istimewa’. Dengan kaki yang sedikit tempang, tetapi terkenal sebagai seorang pelajar yang baik..kurang berkawan dengan pelajar lain, tidak menonjol berbanding rakan-rakannya yang lain..agak pendiam. Hanya menjawab bila disoal, hanya menyapa bila disapa. Itulah dia pelajar yang berdisiplin dan pandai menjaga hati guru..pemergiannya cukup meruntum hati sanubari guru yang cukup mengenali dirinya..di kejauhan, mantan guru kelasnya Cikgu Norizan Abd Patah (bertukar mengikut suami awal Januari) menangisi ‘pemergiannnya’ dalam sepi..Anakku ‘pergi’ selepas pemergianku..pilu


“Cikgu, ada bah aku tengok c Azli ketawa-ketawa time sukan” Wilyani memberitahuku melalui telefon malam selepas aku khabarkan berita kematian itu kepadanya. Aku kehairanan tapi kubiarkan sebab allahyarham tengah koma hamper seminggu semasa sukan itu berlangsung

“Aku dan Shela nampak dia berseorangan di belakang makmal sains time kemuncak sukan tu” Wilyani terus menerangkan. Aku diam. Mengiakan setiap tutur bicaranya

“Aku tegur dia, cikgu. Dia pakai baju putih dan seluar putih”

“Sebelum tu aku tengok dia berseorangan juga bersebelahan bagunan ‘oren’. Dia pakai baju yang sama tapi pegang air dalam plastik” Wilyani menyambung..

“Cikgu, aku perli dia sebab dia tidak bagi pun air tu semasa saya minta. Dia cuma senyum” Diam

“Lepas tu kami ketawakan dia sebab dia hanya memakai baju dan seluar yang sama sejak hari semalam” Kedengaran suara Wilyani ketawa melalui telefon..

Aku membiarkan apa sahaja yang pelajarku itu tuturkan. Bagiku biar apa pun yang dilihat olehnya (pelajar yang suka mengusik), yang pergi tetap pergi..Perginya hanya untuk memisahkan roh dan jasad. Meninggalkan dunia yang sementara menuju akhirat yang abadi. Damailah anakku di sana, semoga Allah merahmatimu..Ameen

p/s al fatihah buat sahabatku yang telah pergi, pergi sebelum aku Almarhun Salmi Mukhtar (1997), Norsiah Saefi (2001), Hanisah (2005), Allahyarham Muhadi (2008) dan Azman (2008)...Kau Teman, Kau Sahabat..

0 ulasan: