BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Showing posts with label Iktibar. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Ahmed al-Jabari

Mereka menuju Jannah...

Pemimpin no. 2, briged al-qassam, Ahmed Jabar, syahid hari ini setelah serangan israel tanpa henti masuk hr yg keempat. Beliau dh dpt tiket syurga mewariskan perjuangan yg blm selesai pd kita semua.
Gambar menunjukkan Israel membedil tepat pada kenderaan yg beliau naiki.
Satu gugur 1000 akn mengganti. Allahuakhbar!

Monday, November 5, 2012

Ikat Nikmat Dengan 'SYUKUR'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Terima kasih Tuhan atas segala yang Engkau berikan ini..
Moga aku terus..terus..dan terus menjadi hamba yang bersyukur..

Memetik bicara kata pada cover 'majalah solusi isu 49-Melawan Bisikan Syaitan'

"Allah menjanjikan kepada orang Mukmin untuk mengurniakan tambahan nikmat-NYA jika mereka MENGIKAT NIKMAT TERSEBUT dengan rasa penuh kesyukuran. Ibn 'Atailah berkata : "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia telah menghilangkan nikmat tersebut. Dan sesiapa yang mensyukuri, maka dia telah mengikatnya dengan tali."

Alhamdulillah..sekali lagi aku 'di pentas' penghujung Hari Anugerah Kecemerlangan..

Anugerah Pelaporan Terbaik Kokurikulum

Anugerah Info terbaik Kokurikulum

Anugerah Pencapaian GPS & Peratus PMR (Sejarah)


..dan setiap kali 'Allah' 'menghadiahkan' seperti ini, aku akan 'menghadiahkan' kepada diri dengan 'sesuatu' yang akan disimpan dan paling penting ianya ada 'value' pada diri..Maybe untuk orang lain juga..InsyaAllah


Di Hamparan Shamrock

Pertama kali menatap cover, aku terus jatuh cinta. Apatah lagi baris nama penulis. Antara penulis yang 'tersohor' dalam medan 'motivasinya'..Membacanya? Alhamdulillah..air mataku jatuh, panas sepanjang pembacaan..Aku melihat 'diriku' sendiri sepanjang bacaan ini..Terima kasih En. Hasrizal Abdul Jamil..Terima kasih mengingatkan aku kembali 'SIAPA DIRI INI SEBAGAI HAMBA'


Diari Musafir 'JANGAN BERHENTI BERLARI'

Aduh, longlai aku saat menelaah buku ni. Aku rasakan akulah insan yang paling 'bz' di dunia pendidikanku..Sehingga sampai tahap 'aku terpaksa' meletakkan beberapa jawatan..Sekadar meminimumkan tugas...tapi usai membaca buku PAKAR EKONOMI tulisan DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN ini..aku malu pada diri sendiri..Bacalah!! 

p/s Lambaikan KAABAH dari sana 'memanggil-manggil'




Tuesday, May 24, 2011

Tidak sesaat lambat dan cepat..Janjinya Pasti

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Moga Allah merahmati kalian (sebelum kejadian)

Tanah Menyembah Bumi (Selepas kejadian)

Al fatihah kepada semua mangsa tanah runtuh rumah anak-anak yatim dan fakir di Rumah Anak Yatim al-Taqwa Hulu Langat Selangor..Apapun yang berlaku, sudah tertulis..Moga Allah merahmati roh mereka..Amin

"Setiap yang bernyawa itu akan menemui kematian, dan sesungguhnya di hari kiamatlah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan daripadanya neraka, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah memperolehi kemenangan, dan kehidupan di dunia hanyalah kesenangan palsu belaka" Ali Imran : 185

p/s Setiap saat dan tika, ingatan pada-NYA. Setiap saat itu juga, umur kian meningkat tapi 'mati' kian hampir..Ya Rabb, pimpim kami ke jalan-MU..Jangan biarkan kami tergolong di kalangan hamba yang rugi..Amin

Di sini ada cinta untukmu..

Wednesday, May 18, 2011

Teguran PAHIT yang kecil

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani...


Berkata benarlah sekalipun kenyataan/kebenaran itu cukup pahit..

"Awal pulak akak datang hari ni?" Jaharah bertanya. Jam baru menunjukkan angka 8 pagi

"Jaga exam excel form 3. Tu yang datang awal" Jawabku ringkas. Tengah bersarapan dengan 3 rakan lain yang juga mengajar sesi petang sepertiku tetapi dikehendaki pentadbir turun pagi..

"Oh, patutlah. Tapi bestkan kalau ajar pagi, fresh. Yang paling best...."Laini menyuap makanan ke mulutnya sebelum menghabiskan ayatnya

"...tidak perlu kelam kabut nak fikir solat. Kalau ajar petang, kadang2 terkejar-kejar. Mana nak masuk kelas dan solat..Kalau solat Zohor tu ok lagi, boleh siap2 ambil wuduk dari rumah sebelum ke sekolah. Kalau asar tu yang kalut.." Sambungnya. Beberapa rakan lain yang mengajar sesi pagi mengiyakan. Aku sekadar mengangguk tanda setuju. Memang kenyataannya macam tu. Apatah lagi sekiranya pada waktu petang ada relief atau kekurangan guru..Bagi yang solat, masa yang 'free' itulah untuk bersolat

" Tapi..kalau ajar petang kita boleh 'perasan' siapa yang tidak solat" Aini pula menyampuk. Aku hampir-hampir tersedak

"Kenapa pulak?" Tanya Laini

"Dulu aku pernah mengajar petang di sekolah lama. Boleh tahu siapa yang ke surau atau tidak. Asyik2 muka yang sama keluar masuk surau. Yang lain, entah di mana. Pelikkan? Padahal semua guru..Hampir setahun juga aku di sesi petang tu. Confirm la yang lain tu tidak solat"

"Ala, biasa la tu kalau perempuan. Dorang nak jaga make-up, mana tahan nak touch-up selalu. Cepat habis, mahal tu!" Sampuk seorang kawanle laki, Aiman.

Aku diam..'komentar' terus berlangsung di dewan makan. Aku abaikan terus 'komentar' itu lalu meminta izin untuk ke kedai koperasi sekolah. Meninggalkan kawan lain yang 'tengah berperang' kali dengan perasaan..Allah jentik hati mereka. Bisikku dalam hati..

Seraya mencuri pandang dua wajah 'sahabat' yang aku memang 'tahu' dan 'sedar' komentar' ini 'mengena' kepada diri mereka. Mereka hanya diam membisu, tiada bicara balas. Makanan yang singgah ke tekak mereka seperti 'payah' untuk ditelan. Kali 'terasa' dan 'terkesan'. Fikirku...

"Solat itu tiang agama, barang siapa yang mendirikannya maka dia mendirikan agamanya dan barang siapa yang merobohkannya, maka dia merobohkan agamanya" Maksud hadis

Pahit!!! Itu kali yang meraka rasakan. Ubat itu memang pahit. Dalam hati aku bersyukur, Allah hantar Aini sebagai 'pengantara' untuk 'menegur' dan 'memberi peringatan' kepada mereka yang lalai. Kalau bukan Aini yang bercakap tadi, maybe satu hari nanti orang lain pula yang menggantikan posisi itu. Sebagai kawan, ingin menegur tapi tiada kekuatan. Hanya 'cara' lain digunakan tapi dengan cara 'berhikmah'...Jaga hati kadang2 kadang..Uhhhh!!!

Teguran itu masih terlalu kecil. Hanya melalui 'luar bicara' orang lain. Jangan sampai Allah tegur dengan cara yang 'keras'. Perintah solat bukan main-main. Soal WAJIB!!!. Kalau kita rosakkan alam, Allah datangkan bencana dan malapetaka sebagai peringatan atas kerosakan yang kita lakukan. Barangkali 'syiar' lain tidak tertegak..Allah terus tegur. Bukan alam sahaja rosak, bahkan kehilangan yang 'nyata'.

Tidak kira cikgu mahupun sesiapa. Asal namanya orang ISLAM, solat itu wajib didirikan. Kekangan waktu ketika sesi petang mengajar itu bukan alasan untuk kita 'bersenang-senang'. Anggap sahaja semua itu cabaran..Orang yang TAHU dan FAHAM, tidak akan bagi alasan. Apatah lagi hanya kerana masalah 'make-up'. Aduh, berapa mahal untuk bayar 'solekan' itu berbanding 'syurga' Allah. Sedangkan dunia ini hanya tipu daya..Kecantikan wanita bukan terletak pada 'kecantikan' di 'mata' tapi cantiknya wanita itu kerana SOLEHAHNYA iaitu taat dan patuh pada perintah. Solat itu kan PERINTAH. Bukan dari seorang suami tapi ALLAH..Tuhan yang memberi rezeki untuk anda beli 'make-up' tu..Allah suruh syukuri dengan solat tapi kita sombong..Angkuh!! Enggan sujud pada yang telah MEMBERI

Duhai sahabat, jangan kita terus leka. Allah itu maha melihat'. Allah tahu kita solat, sebab Allah Maha Tahu. Allah Maha Melihat..Kita 'tahu' solat itu wajib tapi kita gagal untuk 'faham'. Tahu itu dengan lisan..manakala faham itu dengan perbuatan kita..Maka kerjakanlah. 

Solat itu kebaikan, solat itu ketenangan, solat itu kerahmatan, solat itu keredaan, solat itu keberkatan menuju KEJAYAAN..

"Dan berjayalah orang mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.." Surah Al Mukminun 23:1-2

p/s Gambar di atas, hadiah hari guru yang baru diterima pagi tadi. Terkejut bila seorang pelajar meletakkan hadiah di atas mejaku dan terus berlari keluar dari bilik guru. Tak sempat untuk aku say 'thank you'..sekumtun bunga, wangi sangat. Di dalam kotak, sebuah pasu bunga yang comel, sebotol minyak wangi, terselit kad kecil 'kupohon doa restumu cikgu' dan origami bintang yang sangat kreatif..terima kasih anak muridku Mohd Al Fikar Syamsudin..Moga jadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat

Saturday, May 14, 2011

Program Bahasa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Pagi Sabtu kali ini tiada 'plan' utk apa-apa aktivit..Jadi ringankan 'tulang' bantu Bidang Bahasa untuk Program Pantun dan Drama Zon Tenggara..Tu yang baju aku lain sikit dari dorang semua. Al maklumlah, kaki penyibuk (Aku bukan bidang bahasa tapi bidang kemanusiaan)..Program ini bertempat di SMK Madai..Kebetulan, pada hari yang sama diadakan program Sukan Olyimpic..Dari jauh kelihatan cukup meriah dengan sorakan pengunjung..


 Kamal, Kak Ros, Kak Bed, Kak Anie, Kak Irma, Kak Is n Adha..

Kak Iju, Kak Ros, Shiel, tifa, Kak Irma, Zakiah, Kak Bed, Kak Siti, Aku, Shan, Kak Is n Along

Geng-geng yang bertugas di 'padang' pantun..Kami la wanita-wanita SMKKJ kecuali Along (Anak Kak Bed)..Dia beriya-iya sangat nak ikut ibunya ke pesta pantun..Apa-apa pun, kepada pemenang tahniah diucapkan. Yang gagal meraih sebarang tempat, cuba lagi masa akan datang..hidup ini perlu selalu belajar..Sampai bila-bila pun..

p/s Kepada yang ditimpa ujian saat ini, tidak kira dalam bentuk apa pun jua. Yakinlah Allah selalu bersama diri kalian..Dia mengujimu..Ingat janji-NYA yang pasti..Tidak dikatakan beriman selalgi tidak diuji..Kehidupan ini diciptakan untuk 'medan' ujian..Allah ingin melihat hamba-NYA yang paling sabar. DIA rindu mendengar rintihan hamba-NYA itu..Allah suka melihat tangisan 'pengharapan' pada-NYA..Ya Allah, tabahkan hati kami, redhai agar kami selalu bersabar..Amin

Wednesday, April 27, 2011

Kita akan 'pergi'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

31 Mac 2011 (Malam)


Hujan membasahi bumi Kunak hampir setiap hari..tidak kira subuh hingga ke malam. Pasti hujan 'bertamu', bukan sedikit tapi membanjiri sesetengah kawasan. Terutamanya yang berhampiran dengan sungai..Penduduk di sekitar pastinya melalu saat yang sukar ketika ini. Perjalanan dari tawau semalam pun mengambil masa yang lama untuk tiba di laman bonda..Menjelang maghrib baru bertemu muka. Mana tidaknya, perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa 1 jam 15 minit 'berlarutan' hingga ke 2 jam..Memang menguji tahap 'keimanan' apatah lagi bila 'bersama' berderetan dengan 'lori' dan 'bas'..Sabarlah duhai hati

Saat seperti ini biasanya berlaku..Menjadi 'rutin' harian pengguna jalan raya. Manusia selalunya hilang erti 'sabar'. Memecut sesuka hati, tanpa menghiraukan pemandu dan pengguna jalan raya lain. Memintas kereta lain tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, kita melihatnya yang kecut perut..

Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu S Nor Hamid satu ketika dulu "Bila berada di jalan raya, kita sebenarnya mengundang maut. Yang ada kereta pun mati juga, yang tiada kereta pun mati akhirnya". Katanya itu diambil 'bulat-bulat'. Al maklumlah, arena pemikiran pun masih 'keanakan'..bila sudah semakin dewasa, pemikiran itu pun ikut 'membesar'. Malah sudah pintar 'mencabangkan' pemikiran asal..Ada pro dan kontra..

Bila mengenangkan kembali, semua manusia akan 'pergi'. Tidak kiralah dia punya 'mobil' atau tidak. Dia pejalan kaki atau pembonceng sahaja. Malah, yang tengah buat kereta itu pun akan meninggalkan kehidupan yang diibaratkan fatamorgana ini..Tempat persinggahan sementara menuju persinggahan abadi..Semua akan pergi..

1996..
Pagi yang redup. Sahabatku Salmi Muktar kembali ke rahmatullah ketika pulang dari sekolah. Cuba melintas jalan menuju ke rumah, tak semena2 sebuah kereta merempuhnya. Jasad itu melayang seperti burung berterbangan..perginya seorang sahabat yang baru kutemui selepas terpisah pada 1992 (Allahyarhamah berpindah sekolah) dan bertemu semula pada 1995 di sekolah menengah. Hingga kini (takdirNYA, aku posting di sekolah kami hingga sekarang) apabila melalui/masuk ke kelasnya, bayangannya kerap muncul di 'layar' memoriku..

1998..
Si periang 'pengawas' sekolah Kamal juga kembali akhirnya. Sering kali mengusik satu ketika dulu..Pergi tak kembali secara 'tiba2'..Ya, mati itu datang tiba2, dari pintu yang tidak disangka (Catatan majalah solusi yang pernah kubaca). Lagak jalannya seolah-olah dia masih 'ada' di sekolah..Sekolah ini masih hidup!!

2001..
Sekelas selama hampir 3 tahun. Dia yang selalu membantuku bila 'kesempitan'. Matanya sepet, berkulit gelap. Wajahnya payah untuk dilupakan sebab kekandanya kini satu tempat kerjaku, wajahnya sememangnya persis. Saling tak tumpah. Apatah lagi kekandannya berkahwin dengan abg sepupuku..Allahyarhamah Norsiah Saefi kembali ke pengkuanNYA selepas bertarung dengan penyakit..

2006..
Sering kali aku menjadi peneman ketika mereka ingin berdiskusi..Khabar 'gempar' petang itu mematikan bicara kami..Dia pergi dalam satu kemalangan motosikal. 'Sahabatku' menangis pilu' tiada lagi suaranya di hujung telefon..

2007..
"Ajar aku untuk jadi baik kak"..Pinta Muhadi sebelum aku meninggalkan Hitachi Cable SDN BHD, Johor. Aku meninggalkan bumi Senai untuk baktiku di tanah air, Sabah. Beberapa bulan, panggilan telefon mengejutkan aku. Almarhum Muhadi selamat diterbangkan ke Sandakan selepas di pukul (tersalah pukul orang) sebelum motosikal yang ditungganginya untuk menyelamatkan diri dilanggar oleh sebuah bas pekerja..Ohhh, semuanya tidak diduga

2008..
Siapa dapat menduga, pertemuan pertama dalam program UMS ke UPSI (2007) menjadikan ukhwah berlanjutan dalam program SMK Kunak Jaya ke UMS (2008). Program yang menjadikan lebih ramai pelajar berminat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading..Sanggup menangguhkan 'posting' guru semata-mata usaha mempelajari seni perubatan Islam di Kota Kinabalu. Pagi Rabu yang mengalirkan ribuan airmataku, keluargamu memaklum dirimu koma di ICU..esoknya dirimu sempat sedar dan menjamah sedikit makanan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir..'terkulai' aku saat khabar itu tiba. Akhirnya sahabatku Azman juga pergi buat selamanya..

2011

2012

2013

...

2050

Setiap saat itu pasti tetap 'bergerak'. Cepat atau lambat, ia pasti datang juga. Hanya diri kita merasakan 'lambatnya' padahal masa itu tidak pernah berkurang..Masa tidak pernah 'memungkiri' janji pada Tuhannya..Dia akut untuk ketatapan saat, minit dan jam..Hari, minggu, bulan dan tahun..Pasti akan dilalui jua. Masa itu emas bagi yang menilai 'kekayaan' sementara. Tapi bagi yang 'melihat' masa itu dengan penilaian mata 'hatinya' menaikkan darjat masa itu dengan sesuatu yang lebih 'berharga' daripada emas.. Ya, masa itu 'nyawa'. Kalau masa itu dibazirkan, sama ertinya 'membazirkan' nyawa. Ayuh, kita segerakan mengisi nyawa itu dengan 'masa' yang  bernilai agar nantinya masa itu tetap 'bernilai' untuk diri kita bukan sahaja di sini malah untuk di sana sebab KITA SEMUA AKAN PERGI

p/s Ya Allah, tempatkan sabahatku yang telah dulu menemui-MU dikalangan hamba-MU yang soleh.Amin

Thursday, December 2, 2010

Pandai Masak (P) VS Jadi Imam (L)

by Siti Zainab on Thursday, 25 November 2010 at 16:26


KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

p/s Ndak sangka, gara2 angkara orang lain yang akhirnya diri sendiri terkena juga. Syukur, 'terkena' di hati tandanya ada yang perlu dimuhasabah. Perbaiki diri..Biar apapun sangkaannya, Allah tahu apa yang berlaku..Serahkan pada milik hati yang Hakiki..