BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Monday, May 31, 2010

Catatanku


(Lagu yang menemani sepanjang kembara)

Awan-awan menghitam
Langit 'runtuhkan' bumi
Saat aku tahu
Kenyataan 'menyakitkan'

Mengapa semua menangis
Padahal aku selalu 'tersenyum'
Usap air matamu
Aku 'tak ingin' ada 'kesedihan'

Burung sampaikan 'hajat' pilu
Angin terbangkan 'rasa' sendih
Jemput 'bahagia' di harinya
Berikan dia 'hidup'

Tuhan terserah pada-MU
Aku 'ikut' mahu-Mu Tuhan
Kucatat semua ceritaku
Dalam harianku

Keletihan masih terasa. Kembara selama beberapa hari berakhir semalam. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Masih terus mencari 'kekuatan' diri. Masih terus mencari damai di hati. Kutelusuri 'makna' erti sebuah 'kehidupan'. Terlalu 'perit' ranjau ini. Keliling 'menyedari' apa yang terjadi, kubutakan mata melihat 'jelingan' penuh makna. Masih terus 'membisu'. Merelakan 'masa' merangkak pergi dan menjawab semua teka teki ini. Jangan..Jangan biarkan 'ujian' ini menghanyutkan diri hingga lemas untuk terus 'mujahadah'. Ahh, kalau diikutkan amarah dan 'cakap-cakap' orang yang tidak tahu puncanya, pasti salah jadi betul,betul jadi salah. Ya Allah, cukuplah Engkau bagi kami. Aku takut 'doa' orang yang teraniaya..Doanya makbul ya Rabb. Engkau pimpin dia suburkan benih 'kesabaran'. Aku yakin dia 'kuat' untuk setiap takdir perjalanannya..*senyum 

p/s Terima kasih buat sahabatku Hasnawati yang sudi 'menemani' malam-malam perjalanan itu. Buat saudara Judda yang menjadi 'petunjuk' destinasi, Sudik dan Ramlee yang berkunjung di laman 'teck guan'..Ceritera kalian menghiburkan hingga aku 'lupa' kisah duka yang 'membanjiri' kolam air mata. Teristimewa buat Nakajima dan Alamshah, kisah kalian 'pembakar' semangat untuk aku 'menilai' hati, antara kaca dan permata. Kusandarkan segalanya pada janji-NYA yang abadi..Buat bonda angkatku, maafkan aku pergi buat 'seketika'. Doamu kala senja berlabuh semalam kujadikan 'ubat' bius agar aku dapat 'bertahan' hingga sampai masanya. Saat ku kucup tangan sejukmu, aku masih menahan agar 'senjata' wanitaku tidak 'tumpah' di langit itu. Ya Allah, kuatkan 'nadi' ini untuk bertemu-MU di sana..Ameen

Friday, May 21, 2010

Awan 'memayungi' orang yg BERTAUBAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..



Alhamdulillah..segala puji hanya milik-NYA. Ya Allah, lindungi kami dari fitnah dunia yang tiada kesudahannya ini. Pelihara kami, hindari kami dari sifat wasangka yang boleh menjerumuskan kami ke 'neraka'-Mu ya Allah..Terima taubat kami, terima taubat kami..Ameen ya Afu..Engkau Maha Pemberi Maaf

Minggu ni 'bz' dgn exam semester 1. Alhamdulillah, semua paper dah siap  kusemak. Letih juga, habis meeting PPIM daerah tadi terus ke sekolah. Tidak terhingga kesyukuran, terpamer di wajah. Tidak terhitung nikmat yang Allah kurniakan. Kadang-kadang dalam keadaan yang tidak diduga, tidak disangka. Allah limpahkan 'rezeki' yang aku fikir belum masanya untuk aku memilikinya.Terima kasih ya Allah atas kurnia ini. Engkau 'tutup' pintu cintaku tapi Engkau buka pintu 'lain' untuk terus aku gapai redha-Mu. Agungnya cinta-MU ya Rabb

Ya Allah, ku sahut cinta-Mu..Jadikan kami hamba yang di nanti..Ameen

Sebelum terlena, ingin aku bingiskan sebuah kisah teladan. Moga 'nota' ini menjadi bahan nota hatiku sepanjang musafir esok hari bersama 'penghuni' desa bonda..Ya Allah rahmati perjalanan kami. Ameen

************************

Diriwayatkan bahwa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab,

"Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahwa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi heran melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata,

"Janganlah heran terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Maha Suci Allah..Maha Pengampunnya Cinta Agung ini. DIA menerima taubat hambanya. DIA 'lebarkan' 'sayap' keampunannya pagi dan petang. Siang dan malam..Pinta taubat 'luas' terbentang..pintalah keampunannya. Kembali ke 'pangkal' jalan menuju jalan yang 'lurus'. Jalan yang dijanjikan syurga-NYA. Masih sempat untuk 'kembali'. Pulanglah..

p/s Jangan pernah memandang 'mereka' yang 'ternoda' dengan dosa itu sebagai titik 'pengakhiran' hidup mereka. Jangan pernah 'menghukum' mereka kerana kejahilan mereka. Bantu meraka untuk 'kembali'. Moga kita sama-sama menuju kasih-NYA. "Hidup t'lalu singkat utk MEMBENCI..Krn cintaNYA terus 'sudi' memaafkn n krn cinta juga kita seharusnya MEMAAFKN krn m'harapkn kemaafahanNYA.Ingat,kita 'mencintai' mereka bkn krn mereka 'mencintai' kita tetapi kerana perintah-NYA agar mencintai 'mereka'" *Sedarlah tika ini Allah 'menguji' cintamu!!
*DIA 'mengajar' n 'mendidikmu' erti 'CINTA' n 'SABAR'
*Aku sepertimu,b'mujahadah utk 'MEMAAFKAN'

Sunday, May 16, 2010

Jihad Cinta


Ukhwah itu indah bila 'bertemu' dan 'berpisah' kerana-NYA

Jihad cinta
jihad cinta.....
jihad yang manis pada ucapannya tapi amat pahit pada maknanya,
cinta.....
cinta pada seseorang,
pada akhlaknya, pada nur di wajahnya...
namun hati ini tidak mampu,
tidak mampu melanggar batas syariat
hati ini perlu berjihad,
jihad nan suci....

jihad cinta.....
laksanakanlah....
semoga cinta yang bakal di capai
menjadi cinta sufi...
cinta nan diredhai oleh ILAHI....
cinta nan putih bersih....
cinta nan membawa ke syurga
bukan setakat cinta nan membawa ke pintu syurga

jihad cinta....
percayalah....
cinta itu diredhai ALLAH...
jodoh di tangannya ILAHI
andai tekad.....
doalah, tawakkal....
kerana jihadmu di dalam cinta
bukan suatu yang sia-sia
tapi ia penuh makna...
membawa bahagia di dunia dan akhirat......

teruskanlah...
jihad cintamu

p/s Redha kedua orang tua itu penting. Jangan kerana CINTA tergadai segalanya. CintaNYA juga yang abadi..kekal selamanya
           

Saturday, May 15, 2010

Kamar-kamar di Syurga

Segala Puji Hanya milik Allah, Pemilik Cinta Agung..


Hujan lebat di luar sana. Menanti tayangan drama carekarama 'sebelum akhirat'. Namun hampa, channel hilang punca (services currenly not available). Mencuri ruang masa sambil 'entri' sesuatu dalam blog cintaku 'Kirana Syurgawi'. Satu nama yang Allah ilhamkan tika aku sedang mencari 'arah' semalam..Terima kasih Tuhan atas nikmat ini.Engkau permudahkan jalan menuju-Mu..

Mari kita 'suburkan' amalan yang mudah ini. Kita 'booking' siap-siap kamar ini untuk menuju Cinta Ilahi. Moga bermanfaat buat diriku, dirimu dan kalian semua Kamar-kamar di Syurga..

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia. Subahanallah..

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap."

Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya. Mudah bukan, rutin harian yang kadang-kadang kita pandang hanya 'sebelah mata'..

p/s Esok ada sesuatu untuk aku laksanakan di laman bonda

Friday, May 14, 2010

Guru, mengajar dan Mendidik..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Malam masih muda, aku kira. Jam baru menunjukkan ke jarum 9.30 malam. Mata 'melayan' drama alif firdausi. Sebuah rancangan TV3..Mata 'malas' untuk tido awal, tidak seperti hari sebelumnya. Minggu ini jadualku 'crowded' sangat. Seminggu bagai tidak terasa..Berjalan bak air lalu di sungai idaman..persis anak sungai di belakang laman bonda ini. berlalu tidak kira hujan dan panas..Tup tup hari dah malam..Ah, masa itu ibarat pedang yang terhunus. Betul2 di hujung, kalau tidak gunakan sebaiknya maka kita akan 'tertikam' oleh pedang tersebut. Ngeri!!!

Selasa dan Rabu aku 'menghabiskan' masa bersama pegawai ANGKASA Kota Kinabalu. Berpinar2 mataku menghadap laptop berjam-jam lamanya. Kursus SEKKOP (perisian setiausaha dan bendahari koperasi sekolah) ini banyak beri manfaat kepada aku. Lepas ni aku bagi kursus pulak kat anggota koperasi sekolah. Kepada En Rizal dan Syafiq, terima kasih atas tunjuk ajar kalian..Jasamu dikenang..hehehehehe

Khamis, 'merangkak' pergi menghadiri meeting PPIM Gabungan Lahad Datu di PKG Lahad Datu. Ditemani oleh kakak2 yang sporting gitu, Kak Hajah Maznah dan Kak Sadarisman. Meeting yang dijadualkan dalam agenda berakhir lebih awal. Sebelum berangkat pulang, sempat 'menyinggah' di Kak Pah SPA..(^_^)

***Kerana dirimu begitu berharga


Baru hari ini berkesempatan 'duduk' lama di sekolah. Ini pun seusai menyelesaikan beberapa tugasan 'urgent' di PPD Kunak. Terkejar ke sana dan ke mari. Harap 'amanah' yang diberikan dapat di 'lunaskan' segera. Alhamdulillah, segalanya dalam 'plan' yang diharapkan. Cuma, ada beberapa lagi yang tidak 'terdaya' aku laksanakan. Ya Allah, moga Engkau permudahkan segalanya. Ameen

Esok, sambutan Hari Guru Malaysia akan diadakan. Di sekolahku, sudah dirangka gotong royong perdana. Aku ditugaskan menceriakan laman sekolah dengan bunga-bungaan. Pasti lepas ini, sekolah dalam taman akan jadi impian. Heeheeheheh

Kepada semua rakan guru, SELAMAT HARI GURU. Jadilah 'pendidik' dan 'pengajar'. Moga dengan profesion ini kita dapat meraih 'jannah'-NYA. Kerja ikhlas akan mebuahkan berkat. Dengan 'Keberkatan' inilah kita akan mendapat ketenangan. Sekolah umpama syurgawi bagi pendidik yang merasai hangatnya nikmat 'ibadah' itu. Iya, dengan meletakkan kerjaya ini dilandasan yang sebenarnya. Tiada istilah 'culas' dan 'curi tulang'. Tiada istilah 'dia bukan anak aku' maka tugas aku hanya ajar dan bagi tugas. Balik rumah tidur dan rehat. Esoknya datang lagi dan pulang bila loceng 'amaran' disirenkan..

Ah..mudahnya tugas guru itu (mengiyakan apa yang diwarkan oleh masyarakat). Tugas guru 'enteng' di mata manusia di luar sana. Barangkali melihat dengan mata kasar dan membuat konklusi bahawa guru hanya masuk dan keluar kelas. Kerja hanya setengah hari. Itupun beberapa jam sahaja dalam setengah hari tu. Belum kira cuti sekolah..pelajar cuti, guru pun cuti..Itu yang menjadi nilaian masyarakat. 'Kesenangan' itu pernah dilontarkan kepadaku..dulu

"Bagus jadi cikgu, bukan banyak sangat kerja. Lagipun cuti panjang..Gaji pun beribu"

Bukan sekali..malah banyak kali..Betulkah 'kenyataan' itu? Guru-guru jawablah sendiri..

Terkesan dengan masalah pelajar di sekolah, menjadikan tugas guru agak mencabar kebelakangan ini.Kes salah laku pelajar datang bertubi-tubi. Belum 'seatle' satu kes, kes lain pulak yang datang. Guru disiplin dan guru kelas jadi pening kepala..akibatnya 'pihak pentadbir' yang botak kepala (memikirkan masalah pelajar. Masalah peribadi lain cerita)..Itu lah guru, masa berlalu dan persepsi dan mentaliti pelajar pun semakin 'kedepan'. Mendepani zaman yang dianggap globalisasi dan era IT. Guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai cagang ilmu..dunia (silibus sekolah) dan paling penting akhirat sana (silibus sepanjang usia). Ah, mampukah diistiqamahkan semua ini. Moga mujahadah ini intipati untuk semua usaha 'murni; itu..mendidik dan mengajar insan. Biar cemerlang di 'sini' dan cemerlang di 'sana'. Bijaksana dan bijaksini..

Menyingkap semua ini..hati kadang-kadang gerun. Takut dengan amanah yang 'maha' berat. Ya, 'menjaga' anak orang lain ni perlu ketekunan yang 'panjang'. Bukan berdikit-dikit usaha yang perlu dicurahkan. Sesi persekolahan yang 5 hari kadang-kadang tidak cukup untuk menyuburkan ilmu di dada. Sabtu dan ahad terpaksa dikorbankan (cuti pun buat kelas itu dan ini)..demi menerangi hidup insan yang bernama 'anak orang lain'. Guru ibarat lilin yang membakar diri sendiri..(teringat lagu in-team yang selalu didendangkan dalam kereta)

Namun, pelajar dulu tidak sama dengan pelajar kini. Sikap dan tingkah laku amat berbeza. Kalau dulu, kita amat menghormati insan yang bernama guru ini. Pantang dengar gelaran 'guru' kita secara outomatik akan disegani. Guru amat mendapat tempat di sisi masyarakat. Ya, kerana merekalah anak-anak yang dulunya 'kosong' dapat menjadi anak-anak yang 'berisi'. Malah lebih gemilang daripada guru sendiri apabila dewasa..Itu dulu..sebelum zaman ini. Ini senario yang berlalu di sekolahku. Bukan untuk 'menconteng' arang di muka, tapi aku yakin situasi ini juga berlalu di serata sekolah di mana sahaja..Hati rawan, melihat anak-anak yang pintar tetapi kurang 'diajar'. Bijak'sini' tapai gagal untuk bijak'sana'. Keputusan A untuk semua subjek tapi sikap dan moraliti amat 'layu'. Guru menyumpah seperti sampah....Bukan ini yang kami harapkan!!!

Kepada guru-guru dan rakat sejawat, mari kita bersama-sama memikul tugas dan 'amanah' ini. Tugas kita makin berat. Jadual kita makin 'sempit' Perjalanan kita menuju 'syurga' itu kian berliku. Kita sama-sama mengajar dan mendidik mereka agar terus menjadi 'pelajar' yang bukan sahaja cemerlang atas kertas 'exam' dunia sementara ini tapi juga gemilang di atas kertas'exam' di akhirat sana. Kalau ini kita dapat terapkan, insyaAllah hati mereka akan ter'renovate' sendiri. Ajarlah sejarah, geografi, BI dan apa sahaja..Tapi jangan lupakan 'silibus' untuk hati mereka. Tajamkan minda mereka dengan 'pandangan' mata hati. Biar mereka melihat dunia ini bukan untuk dunia sahaja tapi melihat dunia untuk akhirat...

p/s Selamat hari guru buat sahabatku. Moga Allah memberkati kalian. Aku sayang kamu, sebab sayang kamu akan menjadikan aku sayang kepada muridku..sayang mereka moga hatiku terdidik menjadi 'murabbi' yang dinanti. Ameen
**teruja untuk cerita di laman bonda..hehehehe

Sunday, May 2, 2010

4 cara mengenali keaiban diri sendiri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

"Ya Allah, jadikan aku hambamu yang bersyukur. Ampuni dosaku,cekalkan hatiku dalam meraih kasih-MU"



Mencuri masa yang sedikit ini..Selepas melontarkan 'kalimah' di bilik darjah tadi, aku terus melabuhkan masa di sini..sekadar berehat seketika, mencedok ilmu sebelum menyambung tugas seperti biasa

4 Cara Mengenali Keaiban Diri Sendiri..diriku

1)Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2).Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan
agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

5).Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu.

Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

p/s Aku hamba biasa..punya hati dan perasaan. Moga tarbiah ini menjadikan aku dan diri kita semua lebih tabah..Mari menuju cinta ILAHI..Cinta hakiki, tiada dusta, tiada cela..rindu yang sehebat cinta-NYA