BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Friday, February 26, 2010

CINTA - VISI DAN MISI

Minggu lepas, beberapa rakan dan sahabat menghubungiku melalui sms dan 'call'. Banyak yang kami ceritakan dan kadang-kadang cerita itu berkaitan dengan rumah tangga mereka (opppp!!aku belum kahwin lagi). Maybe mereka bercerita memandangkan aku dalam proses ke arah 'sana'. InsyaAllah, doakan aku menuju cinta yang Allah redhai ini. Mengharapkan aku memahami bahawa 'alam' itu memang indah tapi perlu juga diingati ianya datang dengan 'ujian'. Ya, aku mengerti itu..Rumah tangga boleh jadi syurga dan juga boleh jadi neraka..Itu yang pernah aku baca dalam beberapa majalah dan blog rakan lain. Bagaimana untuk mencorakkannya, terpulang kepada pelukis dan pewarnanya (aplikasi PSV yang aku ajar di sekolah..hehehehe (^_^).  Apa yang baik aku ambil sebagai panduan, mana yang kurang elok dan perlu dibuang ke' tepi' aku jadikan itu sebagai sempadam esok hari..Terima kasih kepada sahabat yang selalu berkongsi cerita.. 

 
Hargailah erti sebuah CINTA yang halal buatmu

Namun, aku ada sedikit perkongsian yang aku perolehi daripada entri Ustaz Hasrizal Abd Jamil semasa forum bersama panelis Ustaz Habiburrahman el-Shirazi iaitu novelis AYAT-AYAT CINTA (AAC) DAN KETIKA CINTA BERTASBIH (KCB 1&2). Alhamdulillah, aku telah menonton filem 'terhebat' ini..

 
Baiti Jannati..InsyaAllah
 
Menurut beliau, al-Quran telah memaparkan 4 jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi. 4 jenis misi dan visi yang berlainan..Hal ini juga terjadi dalam rumah tangga kini. Di mana ada isteri yang solehah tapi mendapat suami yang 'derhaka'. Terdapat juga yang sebaliknya apabila si isteri yang 'derhaka' mendapat suami yang 'soleh'. Itu pun kira bersyukur kerana salah seorang masih menginagti Pencipta dan insyaAllah boleh 'memandu' pasangannya. Bagaimana pula dengan suami dan isteri yang dua2nya derhaka. Persis Firaun dan isterinya..Nauzubillah...Namun, cinta yang kekal dan terus tumbuh mekar di syurga yang tiada tolok bandingannya ialah cinta Rasullulah bersama kekasih hatinya Saidatina Khadijah yang berjaya mempasakkan visi dan misi kepada Allah yang Esa...Semoga kita menjadikan rasulullah contoh tauladan terbaik..Banyak yang perlu aku pelajari lagi...huhuhuhu

 
Berkasih hingga ke SYURGA


Berikut contoh visi dan misi cinta seperti yang ada di dalam al-Quran

NUH DAN LUT

Mereka berdua adalah insan yang soleh. Rasul utusan Allah, ‘alayhim al-solaat wa al-salaam.
Tetapi Allah menguji mereka dengan beristerikan wanita yang durhaka kepada Tuhan. Begitu juga dengan sang anak. Si suami menyeru manusia kepada Iman manakala isteri pula bermati-matian mempertahankan kekufuran. Rumahtangga dan cinta antara mereka musnah oleh visi dan misi yang bertentangan. Satu memanggil ke Syurga dan satu lagi menyeru ke Neraka.

ISTERI FIRAUN

Sama ceritanya dengan isteri Firaun.
Seorang wanita yang beriman, bersuamikan manusia paling kufur kepada Allah. Gila kuasanya, bukan setakat mahu menduduki takhta kepimpinan malah mendakwa diri Tuhan. Cinta dan rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan pada sempadan iman dan kufur. Seorang tabah mempertahankan iman, tatkala seorang lagi sanggup mati pada menjulang kekufuran hingga tenggelam dalam keingkaran.
Kedua-dua rumahtangga ini saling berantakan apabila cita-cita antara suami dan isteri berbeza. Berlainan pada visi dan misi mereka.

ABU LAHAB DAN UMMU JAMIL

Pasangan ini sehati sejiwa. Mereka berdansa seirama pada meraikan kekufuran mereka.
Suami sangat membenci kebenaran dan menolak kenabian. Isteri pula memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada menyokong apa yang diperjuangkan. Mereka sekepala, satu selera, satu cita-cita. Hidupnya hanya terhimpun pada satu erti. Mereka bercinta dalam perjuangan mendaulatkan Jahiliyyah dan kekufuran terhadap Tuhan.
Mereka ‘bahagia’.
Bahagia pada seiring dan sejalannya mereka menuju Neraka.
Nantikan nasib mereka di Sana!

RASULULLAH S.A.W DAN ISTERI

Itulah contoh teladan utama kita. Uswah Hasanah.
Tiada cacatan pada rumahtangga yang berjaya dan cemerlang itu bermula dengan berpacaran atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian. Apa yang ada, adalah Taaruf dan segala titik mula yang Maa’ruf. Apa yang dicatat adalah merealisasikan cinta pada mencintai kebenaran. Dalam kemiskinan, ketika ada harinya dapur rumahtangga itu ketiadaan makanan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda mengecap kebahagiaan.
Benar sekali… rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia, biar sampai ke Syurga.

p/s Kepada sahabatku, bersabarlah dalam mengharungi setiap ujian dan dugaan ini. bukan anda bersendirian menghadapinya, bahkan beribu malah berjuta yang lain. Yang penting, berjalanlah selagi mampu atas nama yang SATU. Jangan hilangkan DIA dalam meniti hidup yang sementara ini. Sebab kita akan menjadi MAYAT juga esok hari (teringat blog MAYAT)

0 ulasan: