BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Monday, July 26, 2010

Warkah 'berharga' buatmu...

Ku selak helaian 'diary' yang baru ku 'selongkar' pagi tadi. Satu persatu kotak lama kubuka. Habuk 'berterbangan' merata. Ku ambil lalu ku susun secara selari mengikut tahun di atas almari 'khas' buatnya. Kemas dan cantik dengan pelbagai warna. Sungguh!! Segalanya mengembalikan memori semalam..Ada sesuatu yang boleh dijadikan tatapan harian dalam menelusuri 'peperiksaan kehidupan' ini.

Pada nama kucipta Kirana Syurgawi

18 Januari 2004

Samsiah Sanusi..

Yakinlah kepada Tuhan,
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan,
Kerana itulah fitrahnya,
Atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang,
Kita harus percaya,
Ini tidak bermakna berakhir segalanya,
dan akhirnya kita akan muncul di tangga teratas,
Jadi biar apapun yang kita lakukan,
Jangan mengeluh..
Kita mesti teruskan usaha,
Biar bagaimanapun hidup kita beredar,
Kerana apa yang menanti kita di HADAPAN SANA,
Tiada siapa yang tahu..
Kita harus percaya,
Bahawa yang terbaik itu pasti akan menang,
dan tidak lama lagi,
ada sebab untuk kita bergembira..
Jadi, biar apapun yang kita lakukan
Jangan mengeluh..

(Terima kasih ****** di atas catatan berharga ini yang terus menjadi pendorongku setiap kali aku berhadapab dengan 'kebuntuan')

p/s Kepada-NYA juga tempat kembali. Ya Allah, tabahkan hati-hati yang melalui 'ujian' MU..Tahniah buat Ady Syam. Moga kita juga akan jadi hamba yang dinanti di sana.Ameen

Sunday, July 25, 2010

KEDATANGAN IBLIS KETIKA SAKARATUL MAUT (ROMBONGAN 1)

MATI itu PASTI

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia , bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW.
Menerangkan : 

Yang bermaksud : " Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. 

TO BE CONTINUE .. 

P/S Tiada hadiah yang paling berharga selain daripada NASIHAT yang BAIK

Wednesday, July 21, 2010

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Terpesona dengan 'hijau' lagu sempena pertandingan koir pagi tadi

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia,
"Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka,"
jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.

p/s Setiap perbuatan insan, ada nilaian mata di sisi-NYA. Buatlah segalanya kerana mengharap redha-NYA. Moga Allah sentiasa memberkati setiap usaha kita semua. Kembali ke 'pangkal jalan'...al fatihah

Sebelum Cahaya..

Lagu yang membuatkan aku terfikir bahawa ada banyak cara untuk 'menenangkan fikiran' saat ini..ah!!!

*Menerobos Sempadan Diri..


Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi 'cinta'
Perjalanan 'sunyi'
Engkau tempuh 'sendiri'
Kuatkanlah hati 'cinta'

Ingatkan 'engkau' kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum 'cahaya'
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu 'cinta'

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
'Ku' tak akan pergi 'meninggalkanmu' sendiri
Temani hatimu 'cinta'

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

p/s Suka dengan lirik lagu ni.Terlalu berpuitis dan mendalam maksudnya..metafora. Hanya yang tahu akan tahu..

Tuesday, July 20, 2010

Usah dibenci Pelaku Maksiat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah. Syukur atas segala nikmat yang telah diberikan.Dua minggu bertungkus lumus mengurus perkhemahan perdana sebelum kemuncak pada 16hb hingga 18hb. Dalam tempoh itu juga, kebetulan majlis kenduri kesyukuran di rumah bonda 17hb (Kampung halamana tercinta Tingkayu Estate) dan di rumahku sendiri pada 18hb (Kampung Bonda Pangkalan Madai Desa Tercinta). Ah!! Keletihan memang terasa. Terpaksa luangkan masa untuk sekolah dan juga majlis di rumah. Kadang-kadang balik lewat malam. Syukur, family yang 'bertandang' ke rumah memahami rutin tugasku sebagai pendidik. Terpaksa 'membiarkan' mereka mengurus segala persiapan majlis. Yang paling 'happy' sahabat baikku menemani sepanjang 'kesibukan' ini..Terima kasih sennah oiiiii..hehehehehe

Hari ini aku masih 'cuti-cuti' Malaysia..terasa nikmat bila dapat luangkan masa bersama keluarga 'tersayang'. Sambil membaca majalah kegemaranku. Kutitipkan anekdot yang 'mengingatkan' aku pada 'seseorang'. Insan ini sudah jauh tapi sentiasa 'dekat' di hatiku. Pengalaman hidupnya, layar kehidupannya sentiasa ada dalam ingatanku..Moga pengalaman lepas yang kami lalui merupakan 'tarbiah' sang Pencipta. Biar apapun yang terjadi, aku 'sayang' insan ini. Terima kasih kerana tunaikan segala hajatku. Sungguh benar, bila bertemu kerana Allah, pasti terpisah tidak gelisah. Moga dirimu terus bahagia. Keluarga ini sentiasa mengingatimu. Meskipun masyarakat 'membuang' dirimu, kami tetap bersamamu. Allah juga yang menjadi saksi atas segala-galanya. Dari jauh kami sekeluarga 'mengintai' khabar dirimu. Kami sentiasa berdoa agar dirimu akan pulang ke 'sini' lagi bersama 'keluarga baru'. Kita lakukan yang terbaik demi-NYA. Mesej terakhirmu raya tahun lepas menjadikan aku yakin 'jalan pulang' semakin jelas. Demi ukhwah, moga mahabbah ini menjadi nilaian-NYA. Ameen

Daripada Anas r.a bahawa Rasululla s.a.w bersabda yang bermaksud "Tidak beriman seseorang daripada kamu dengan Allah sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Ibn Hibban no. 234)

************

Anekdot-Majalah Solusi isu 21 (melebur takabbur)

Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat sedang mengikut mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa a.s itu menoleh ke arah lelaki itu dengan penuh 'kebencian'. Lalu dia berdoa di dalam hati "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini"

Nabi Isa a.s tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat lelaki pemaksiat itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku"

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak beerti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Seringkali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihani lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan

p/s Terima kasih kepada semua yang hadir. Kepada rakan guru, terima kasih banyak2 ya
      Tahniah kepada anak didikku atas kejayaan kalian dalam meraih kejayaan. PPIM insyaAllah            boleh..Jumpa lagi di sambutan Hari Puteri

Monday, July 12, 2010

Mujur Dosa itu Tidak Berbau


 Langkah terhenti..

Niat untuk ke pejabat dimatikan. Terkedu seketika tatkala terpandang cebisan majalah yang telah 'dikoyak' tertampal di meja salah seorang rakan sekerja. Ada 3 kesemuanya. Namun tajuk di atas yang menjadi santapan mataku..

Bayangkan andai dosa yang kita lakukan itu 'dibayar' dengan 'bau'. Dari sekecil-kecil dosa hingga yang sebesar-besar dosa. Dosa ini lain baunya, dosa itu pun lain baunya..Semakin besar dosa itu, maka semakin bau diri kita. Adakah sesiapa yang ingin mendekati diri kita? Sudah pasti semua 'menjauh'. Pasti juga tiada manusia yang melakukan 'kejahatan'. Sebesar zarah pun tidak ingin 'disentuh' dosa itu..Itu kalau dosa..

Kalau amal kebaikan pula dibayar dengan wangian yang cukup menusuk kalbu. Sudah pasti semua akan 'mendekat'. Manusia pasti akan berlumba-lumba mengejar amal kebaikan..Ya, untuk 'melekatkan' wangian pada diri..Aromanya usah pasti menusuk ke hidung, menyemarakkan panorama dunia. Menjadi terapi kepada orang lain agar berusaha 'memiliki' wangian itu..Siapa yang tidak suka wangian? Semua pasti suka kerana wangian itu lambang kebersihan..Islam itu bersih, sempurna serba serbi..

Tapi Allah tidak 'bayar' sedemikian itu. Tanda Allah cukup sayang kepada hambanya. Diberi kita akal supaya dapat berfikir tiap kejadian ciptaan-NYA. Akal yang satu ini untuk menilai kekhilafan diri. Sebab Allah sudah siapkan 'syurga' dan 'neraka' di sana. Setiap amal kebaikan dibayar dengan 'syurga' dan sebaliknya. Kalau di dunia fatamorgana ini, acapkali pengadilan yang 'tidak adil' berlaku. Yang salah bisa jadi benar, yang benar bisa jadi salah. Penindasan juga pasti terjadi..Kasihan kepada yang teraniaya padahal yang 'berdosa' itu terlepas dari 'tangan' dosanya..hingga lupa bahawa pengadilan 'sana' pasti tiba. Tiada lagi dolak dalik. Benar dan salah akan dipertanggngjawabkan. Manusia tidak mampu lagi membela diri. Hanya anggota yang kita usung saban hari 'berbicara' saat itu..Aduhhh, tiada siapa dapat membantu..Di dunia kita masih mampu 'menyembunyikan' doa daripada pengetahuan manusia lain, namun MUSTAHIL menipu ALLAH dan DIRI SENDIRI!!

P/S Bulan Julai bz dengan tugasan. Usaha untuk menyiapkan apa yang patut sebelum menghilangkan diri dari tugas 'rutin' sebelum 16 hingga 19 Julai dan 23 hingga 26 Julai..'Lari' sebentar untuk merehatkan minda yang kusut barangkali. Moga rahmat Allah selalu bersama kita semua..Ameen ya rabb