BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Wednesday, June 24, 2009

Ada Apa Pada Nama?

Assalamualaikum..

Kembara ini telah pun bermula. Masih merangkak-rangkak dan berjinak dalam dunia blog. Kursus 'Pembinaan Blog Dalam Pengurusan Pendidikan pada 16 hingga 19 februari telah dikendalikan oleh penyelaras ICT sekolah, Cikgu Yakari Sulong. Best juga ada blog ni, macam-macam yang kita boleh luahkan. Aktiviti dan banyak lagi..Dalam era IT yang semakin ke hadapan, guru perlu seirang dengan pembangunan semasa. Tidak boleh kalah dengan persekitaran semasa. Kalau kalah, ertinya MATI. Kalau tersungkur, kena bangun semula. Pasti ada jalan keluar, tidak kira la dalam apa jua keadaan. Allah ciptakan sesuatu dengan ubatnya..kecuali MATI. Ya mati yang pasti. Tiada ubat untuk mengundur sedetik pun..TIDAK ADA!!!

Agak lewat sebenarnya, kursus tu pada bulan Februari tapi baru sekarang aku punya masa terluang untuk membina semula blog. Blog yang aku bina semasa dalam kursus, lupa password la pulak. Tu la masalah aku sekarang ni. Apa boleh buat, mahu tidak mahu terpaksa juga 'create' blog baru..huhuhuhuhu

Puas juga aku berfikir dan memeras otak memaikirkan nama blogku..Akhirnya aku memilih DESTINY AIN AYUNI..Knapa? Pasti pembaca pun nak tahu kn..hehehehehe
Macam ni, aku suka dengan perkataan DESTINY tu..Dari dulu aku mmg suka. Pernah sekali tu aku terselak halaman majalah 'ujang'..Majalah komik yang agak famous juga time aku budak-budak dulu..Ada tajuk halaman tu 'DESTINY'..tu yang aku suka sangat tu..hehehehehe

Ain? Aku ada seorang sahabat. Dia teman dan sahabatku..Sejak dia berpindah ke kampungku, aku teman yang paling rapat. Masih aku ingat saat itu..rambutnya yang 'keriting' tapi agak panjang memang cantik. Namanya LUCY YULIUS BATA..dia seorang penganut kristian. Hanya familynya sahaja yang beragama Kristian di kampungku. Namun, pegangan agama seperti tiada. Maybe sebab dikelilingi oleh masyarakat Melayu sehingga budaya mereka hampir pupus..Aku melihat itu sebab setiap kali menjelang perayaan Umat Islam, mereka sekeluarga akan menyambutnya bersama..

Bermula di sekolah rendah, menengah sehingga ke menara gadin kamai selalu bersama. Di kampus pun, kami sebilik hampir 4 tahun sehingga tamat pengajian..Hubungan kami sememangnya agak erat..Di mana ada SAMSIAH, di situ LUCY akan ada..susah untuk kami dipisahkan..Ibarat Aur dengan tebing, ibarat isi dengan kuku..

Masih aku ingat, ketika dia meminta agar aku mengajarnya mengaji al quran..Sayu hatiku, pilu sanubariku..Hanya Tuhan yang Tahu semua itu..Setiap hari, aku akan luangkan mada mengajarnya solat. Dalam diam, aku daftarkan dia di Pusat Pengajian Islam. Kebetulan aku kenal kakitangan di pusat itu..Alhamdulillah, segalanya lancar. Lucy mengikuti kelas agama. Di rumah, aku hanya mengajar apa yang patut..Bemacam-macam yang Lucy soal aku..aku akan jawab semampuku..Dia semenjak sekolah menengah lagi sudah berminat dengan agama SUCI ini..Cuma dia belum yakin ketika itu..

Alhamdulillah, akhir semester aku dan Lucy balik kampung tercinta. Ditemani sahabat kami yang lain, Susyhati dan Masriana, kami menginjak kaki ke pejabat MUIS. Di halaman inilah menjadi saksi lafaz syahadah yang terasa hanyat di mataku..Seperti merasakan hatiku di bawa bersamanya..Lucy menyuruhnya mencarikan nama untuknya..Akhirnya tercipta nama Nurul Ain Zinnirah Abdullah..kami memanggilnya Ain. Ain moga hidupmu sentiasa bahagia di sana..Ameen


Susiyathy, Masriana, Samsiah dan Lucy (belum convert)




 Lucy menghadiahkan aku kad sempena ulang tahunku




Inilah Ain selepas memeluk Islam


Ayuni? Pernah tengaok filem Cinta Tiga Musim lakonan Amy Mastura? Filem tu ada tiga episod..Amy Mastura sebagai AYUNI..aku suka filem ni..dan aku abadikan nama Ayuni tu sehingga sekarang..

Maka terciptalah kombinasi 3 kecintaanku..DESTINY AIN AYUNI