BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Saturday, February 20, 2010

Resepi Perkahwinan Pasangan Bahagia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Terasa begitu lama tidak menulis di blog ini. Maklumlah, kesibukan selalu bertandang sepanjang cuti sekolah. Seawal 13hb hingga 15hb, aku pengunjung 'setia' di rumah family yang mengadakan kenduri kahwin. Sabtu lepas, majlis perkahwinan keluarga angkat di Tawau (pasangan Kak Siek & Ali) dan 14hb pula majlis kakak kepada adik iparku (pasangan Kak Diana & Abg Olle) di Lembaga Borneo Samudera Kunak. Aku doakan semoga ikatan itu kekal hingga ke syurga..Kak Siek dan Ali kini tengah 'honeymoon' di Genting..hehehe

 
Kak Siek dan aku 


Kak Diana dan Abg Olle (welcome to our family)

17hb, seorang sahabat membuat kunjungan ziarah ke rumah bonda di Tingkayu Estate..Katanya tersangat rindu denganku. Sepanjang 4 hari di kampung, aku menemaninya melihat 'panorama' kampung yang begitu mengujakannya. InsyaAllah, jika ada kesempatan aku akan membawanya ke tempat yang lebih menarik..(~_*). Pagi tadi, aku menghantarnya pulang ke Tawau (Tanjung Batu Laut) selepas 'shopping' beberapa helai jubah di Grace Plaza. Seharian berada di butik pengantin. Terasa 'aura' itu. Tapi kesabaran itu yang menjadi 'didikan' dari Allah..Sabar dan sabar menanti 'pencinta' Bintulu. Terasa begitu letih (aku sempat tidur di rumahnya)..Aku tiba di rumah tepat pukul 6.30 petang..


 
Alamak, kepala ter 'cut' la pulak



Aktiviti sebelah malam (bakar sayap n sate)


Apa yang begitu menarik perhatianku, sepanjang seminggu ini setiap kali berjumpa mahupun terserempak rakan-rakan pasti topik 'perkahwinan' yang akan dibicarakan. Tidak kira terjumpa di sekolah, di bandar mahupun di pasar. Seperti 'seru' sudah semakin hampir denganku. Doakan segalanya berjalan dengan baik ya..Ameen. Aku 'plan', Allah pun 'plan' juga. Namun 'plan' Allah itulah yang terbaik untukku..Moga Allah merahmati Kembar menuju Cinta Ilahi ini...

 
Panorama di kampung Bonda (1)

  
Panorama di kampung Bonda (2)

Berikut, aku kongsikan resepi perkahwinan agar pasangan akan terus mengecapi erti 'bahagia'. Ingat, bukan masakan sahaja ada resepi tau. Hubungan suami isteri pun ada resepi. Bahkan dalam muamalat sesama sesiapa sahaja pun mesti ada resepi. Melalui resepi inilah, jika diadun dalam acuan dengan penuh bijaksana akan menghasilkan  apa yang kita harapkan, apa yang kita idam-idamkan. Dedikasi aku tujuan kepada sesiapa sahaja termasuk untuk diriku sendiri. Moga bermanfaat buat kita semua..(^_^)

Bahan-bahannya
2kg                 Penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran agama
1kg                 Rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1kg                 Rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan          Rasa tanggungjawab
3 cawan        Daya penambat hati 
                       (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan        Penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan        Pati kemanusiaan
2 cawan        Keyakinan diri masing-masing, dorongan 
                       dan sokongan
1 cawan        Rasa kepuasan
1 cawan        Rasa timbang rasa
1 cawan        Tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan 
                        kelemahan-kelemahan pasangan
2 gelas          Ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan      Peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang         Anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan        Penuh pengucapan maafkan daku 
                        (ini juga sangat penting untuk kita jadikan amlam diet)
Secubit         Campur tangan mertua. Curahkan kerjsama yang 
                        perlu dan persediaan kerja berpasangan 
                       dan perkongsian


Cara membuatnya :
  • Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati
  • Isikan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran
  • Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing..hehehehe
Pantang larangnya :

"JANGAN SEKALI-KALI DIHIDANGKAN DENGAN SIKAP DINGIN DAN LIDAH YANG BERBISA. MAKANAN KALU SEDAP MANA PUN JIKA DIHIDANGKAN DENGAN SIKAP DINGIN AKAN MENJADI HAMBAR. HIASKAN DENGAN SENYUMAN MANIS PENUH KASIH SAYANG.."

Syurga Rumah Tangga
(Oleh Ustz Pahrol Mohd Juoi)

Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk..Allah jua

Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
Tempat merujuk segala kekusutan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah mawaddah..
Berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih sayang seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Lahirlah zuriat yang osleh dan solehah!

p/s Selamat mencuba ya. Semoga resepi ini akan menjadi santapan anda sehari-hari. Diyakini halal dan sedap..Cubalah!! ~~~(^_*)~~~

0 ulasan: