BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Sunday, February 28, 2010

Moga Allah memberkati 'saat' umur ini..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang telah memberikan ruang kepadaku untuk terus 'melakar' diblog yang menjadi tempat 'luah rasaku'. Hanya pada-NYA tempat bergantung, hanya pada-NYA yang layak menerima pujian..

Hari ini genap umurku yang ke 27 tahun. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepadaku untuk menghirup udaranya yang tiada mampu 'dibayar' sedikit pun. DIA masih memberi aku peluang untuk menatap wajah ayah bonda pagi tadi. DIA juga masih memberi kesempatan untukku menikmati hidangan yang ibu bekalkan dari kampung bonda..Terima kasih ya Allah


Ucapan selamat
Seawal 25hb Februari, beberapa ' studentku' sudah mengucapkan salam selamat atas ulang tahun kelahiranku.
"Selamat hari jadi cikgu" Ucap mereka sambil menghulur tangan agar dapat mengucup tanganku. Tanganku pantas di hulur (budaya pelajar di sekolahku)..Excited!!!

"Awal lagi la nak wish" Aku memberitahu 

"Birthday cikgu hari Ahad, cuti sekolah. Jadi kami wish awal la cikgu" Seloroh mereka dalam loghat sabah. Aku sudah sedia maklum akan hal itu. Tahun ini, tarikh 'keramat' itu jatuh pada hari Ahad, cuti sekolah.

Malam semalam 'sms' menghujani telefonku.

"Salam cikgu. Selamat ulang tahun ya.Semoga cikgu sihat2 selalu"

"Akum.Cikgu,selamat hari lahir.Kami sayang cikgu"

"Salam sam.Selamat ulang tahun ya. Umur semakin bertamabah,tapi umur makin kurang.Moga Allah merahmati hidupmu.Ameen"

"Salam pren.Selamat ulang tahun.Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki"

Bermacam-macam lagi 'sms' yang au terima. Sampi ada beberapa 'sms' yang aku 

Terima kasih kepada sahabatku Susiyathy dan Masriana..Ucapan ingatan dari kalian yang sentisa ku tunggu. Ain? Ya Allah, aku memahami keadaannya. Moga Allah merahmati hidupnya dunia dan akhirat

*Aku rindu dia. Dia yang mewarnai zaman kanak-kanak, remaja dan dewasaku di kampus..~~(~_~)~~

Menghubungi Bonda

Sebetulnya, aku telah menghubungi emak seawal sebelum asar. Namun, adik lelaki bongsuku yang menyambut deringan itu. Katanya emak ke sungai dengan ayah. Emm..hobi mereka sejak muda lagi, sungai menjadi 'destinasi' setia tika ada kelapangan masa. 

"Malam nanti 'call' semula" Pesannya sebelum meletakkan telefon

Tepat pukul 8, seusai solat isyak emak menghubungi. Aku khabarkan bahawa esok merupakan hari lahirku. Emak mengingati hari itu. Aku cukup bahagia. Bahagia sangat-sangat. Terima kasih bonda..Aku sayang bonda..Love u so much..

"Esok kita jumpa di rumah Madai ya. Tidak payah masak, emak siap-siap masak di sini. Di Madai nanti kita makan ramai-ramai. Bapa dapat ikan besar, esok emak masak kunyit."

Tidak sabar menanti hari esok. Terbayang ikan 'kandiyak' hasil pancingan dua pasangan bahagia itu..hehehehe

Malam 27hb februari 2010

Beberapa 'sms' daripada rakan dan 'student' tidak dapat aku membalasnya segera. InsyaAllah pagi esok akan aku 'tunaikan'. Apabila mengucapkan kalimah 'insyaAllah' terngiang-ngiang babak dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH II (KCB)

"ucapan InsyaAllah mu itu akan ditagih" Aduhhh, perlu ditunaikan sekiranya mampu..

Sebelum waktu menginjak ke angka 12, aku sudah siap dengan air wuduk kecintaan ini. Pada malam yang penuh bermakna, aku tidak mahu 'ketinggalan' dalam meraih redha-Mu ya Allah. Aku ingin meluahkan segalanya. Tidak terhitung rasa rindu dan malu atas segala dosa yang telah aku lakukan. Ya Allah, aku titiskan air mata ini untukmu. Ampunkan segala dosaku. engkau berkati usiaku selamanya. Matikan aku dalam Rahmat dan Kasih sayang-MU. Ameen

Aku duduk berteluku di birai katil. Dalam gelap, dalam samar. Mencari diri, mencari siapa aku di sisi-Mu. Cahaya 'hp' yang mewarnai laman bilikku tidak aku hiraukan. Minta diangkat dan dijawab. Aku masih membiarkan..tiada bunyi dan deringan (silent mode). Biarlah!!

Aku masih menangis..

Nangis..

Si cengeng terus mengalirkan air mata..

Telekung menjadi 'kain lap' si pipi gebu..

Lagi..

dan..

lagi...

Air mata tidak mahu lekang dari kelopak mata, si coklat anak mata

Nangislah, biar hilang segala rindu..

Biar punah segala dosa..

Hancurlah segala derita..

Pergi bersama semalam yang berlalu..

Nangis lagi..huhuhuhuhu

*Buat apa tidak tidur lagi ni. Dah nak masuk subuh? Ada la..iya la, buat apa?Aku tengah berbicara dengan Tuhanku (dalam hati)

Kini...

Aku masih mencari, mencari diri. Bila dan di mana akan aku habiskan 'sisa' usia ini. Hati bertanya pada diri

Masih berkesempatankah dirku menikmati hidup ini pada tahun hadapan?

Masih adakah waktu seperti ini?

Masihkah aku bisa berbicara lagi?

Masih adakah 'kesempatan' jari jemari ini menaip 'saat' seperti ini?

Sempatkah aku menjadi miliknya sebelum pemilik yang kekal abadi menjemputku?

"Ya Allah, aku masih menangsi. Terasa dosaku terlalu menggunung untuk menuju ke sana. Ya Allah, berkati setiap langkah ini. Jadikan aku hamba-Mu yang dinanti"

Ameen


p/s sila lihat hukum berkaitan menyambut ulang tahun pada list blog. Moga Allah melindungi kita daripada kesesatan..Sama-sama kita saling ingat mengingati..

0 ulasan: