BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Friday, September 16, 2011

Open House With 'the geng'

Segala pujian hanya milik Allah, Tuhan yang menjadikan, memiliki dan mentadbir sekalian alam. Tiada daya dan upaya kita melainkan pertolongan-NYA jua. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w, seluruh ahli keluarga, para sahabat dan orang yang mengikut jejak langkah Baginda sehingga Hari 'kesudahan'..Moga kita berlindung di bawah naungan 'syafaat' Baginda kelak..Amin

 Beraya rumah Sheila Halim (Tudung kelabu baju hitam)

Alhamdulillah..setelah sekian lama, akhirnya semalam Bonda bagi 'keizinan' aku dan adinda keluar malam untuk berkunjung ke rumah terbuka sahabat sekerja. Malam kelmarin, open house kat Rumah Bonda..Hidangkan tetamu dengan Mi rebus dan air buah..Special air buah sebab tambah dengan buah 'rabbisek' yang ayahanda tanam sendiri di kebun...Puas mereka makan. Namun, Malam isnin lepas tidak dapat 'join' the geng beraya rumah Hasma dan Siti Haisah sebab dah plan nak makan bersama family..

Di sini ingin berkongsi sedikit adab menyambut tetamu.Moga2 bermanfaat buat kita semua..Info ini dikutip dari artikel majalah solusi isu 35 (m/s 82)
  1. Niat yang betul (mengharapkan pahala semata-mata bagi kedua-dua belah pihak)
  2. Memuliakan tetamu (Saling hormat-menghormati)
  3. Menempatkan tetamu di tempat yang sesuai (Yang menyenangkan tetamu dan selesa ikut kemampuan)
  4. Menyegerakan hak tetamu (minuman dan makanan)
  5. Tidak berlebihan dalam menjamu tetamu (Ikut kemampuan tuan rumah. Yang diundang terima dengan penuh 'syukur')
  6. Layanan terbaik kepada tetamu (Layanan tanda penghormatan dan dihargai)
  7. Menghantar ke muka pintu (Tanda memuliakan mereka. Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Moga pertemuan sebelum dan selepasnya dalam rahmat dan keberkatan-NYA)
p/s Cinta di Makkah - Isu suami atau isteri yang berubah hati meskipun telah 'berjanji' taat setia sebelum perkahwinan..Duhai sahabatku..tiada janji yang kekal abadi kecuali janji-NYA yang pasti..Hidup ini adalah tangisan, hidup ini untuk menangis atau ditangisi..sebab ujian itu merupakan kehidupan kita..Bahagia dipenuhi dengan tangisan, derita lagilah dihiasi dengan tangisan..Jangan disalahkan takdir sebab Allah ingin berikan yang terbaik..Memang payah menongkah sesuatu yang diluar 'fikiran' ini sebab ketentuan-NYA tertulis demikian..Pohonlah moga Allah berikan kekuatan saat laluinya..Belajar bukan hanya pada buku tetapi juga melalui perjalanan 'pengalaman' diri sendiri dan manusia lain..Kita mentadabbur 'kehidupan' melalui 'sejarah' sebab sejarah tetap dalam kenangan tapi kenangan itu jika tidak diambil 'pengajaran' akan terus berulang..Sejarah mungkin berulang..Cuma jalan cerita yang berbeza..Duhai diriku, bersiap sedialah untuk menghadapi segalanya..Kupohon Allah beri kekuatan dalam apa jua 'kemungkinan' mendatang...Amin ya rabb

Thursday, September 15, 2011

Pergilah duhai 'Kesedihan'

Alhamdulillah..segala puji hanya milik-NYA. Pemilik agung alam maya..


Allah berfirman yang bermaksud "Dan orang yang mahu menerima petunjuk, Allah akan menambah petunjuk dan memberikan kepada mereka ketakwaan" (Surah Muhammad 47:17)

p/s Buat sahabat dunia dan akhiratku..Nurul Ain Zinnirah Abdullah @ Lucy Yulius Bata..Moga terus tabah menghadapi dugaan dan 'ujian' hidup ini..Bertuahnya dirimu saat ini. Melihat 'gelombang' itu sebagai satu 'limpahan' Rahmat-NYA yang tiada tepi..Indahnya hidupmu selepas hujani 'gerimis' ketenangan..Moga terus tabah ya..Salam sayang dariku..Selamat juga kembali ke tanah air tercinta kita 'bumi peladang' Tingkayu Estate...InsyaAllah Sabtu ini aku dan family akan menziarahimu..terasa ingin memelukmu sepuasnya..Tunggu ya

Tuesday, August 30, 2011

Salam Syawal 2011

Mari puji memuji,
Kepada Tuhan,
Nikmat diberi,
Melimpah seluruh alam..

Selamat Hari Raya Aidilfirti dari Kami sekeluarga. Ampun dan maaf di pinta..Jika ada salah dan silap, keampunan kami pinta..Dengan penuh rendah diri, segalanya telah kami 'bersihkan'..dunia hingga akhirat sana


My family tersayang..

Menyintaimu hingga ke syurga

p/s Beraya bersamanya..Moga hingga ke syurga

Sunday, August 28, 2011

Menuju taqwa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Salam ramadhan ke 28..

Menuju 'taqwa'



Perbezaan Tudung Labuh dan Tudung Biasa (Dari wallpost rakan fb)

Mungkin tudung biasa pun dah kira menutup aurat, tapi tudung labuh tu lebih berhati-hati (taqwa) daripada tudung biasa kot-kot ditiup angin dan sebagainya.

Saya andaikan disini tudung biasa tu adalah tudung yang tak labuh, cukup-cukup makan je tutup aurat menurut al-Quran. Tudung bungkus aurat tak termasuk penulisan saya ni sebab saya tak iktiraf tudung berkenaan sebagai menutup aurat.

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-A'raf: 26)

****

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:

Ertinya: Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?

Jawab Ubay: Pernah

Umar: Bagaimana kamu lakukan?

Ubay: Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri.

Umar: Itulah juga sifat taqwa

****

Seorang lagi sahabat, iaitu Abu Darda r.a berkata:

"Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram."

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini BERSUMBERKAN sebuah hadis nabi, yang ertinya :

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh)

****

Ali Bin Abi Talib merumuskan ciri taqwa itu sebagai :

"Taqwa itu adalah TAKUT kepada (azab dan murka) Al-Jalil (Allah), YAKIN teguh dengan apa yang diturunkan (seluruh inti Al-Quran), REDHA dengan sedikit (nikmat dunia), SEDIA menghadapi hari pemergian kematian)."

****

Jadi, pada asalnya, bertudung labuh adalah ciri-ciri pakaian orang yang bertaqwa.. Namun, telah banyak diselewengkan oleh orang lain... Ada yang mencampur adukkan pakaian syuhrah, ketat sendat di leher dan sebagainya..

Allahurobbi....
Jadi, pakailah pakaian yang bertaqwa.....
InsyaAllah... Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa..

p/s ''Kalau kalian mahukan BAKAL SUAMI yang baik sisi agamanya, maka usahlah sempitkan pilihan kalian hanya kepada mereka yang dipanggil USTAZ. Berhenti sebentar & lihatlah sekeliling, ternyata masih ramai lagi PEMUDA yang BUKAN USTAZ namun terlebih wajar dinikahi kerana jernihnya fikrah agama yang mereka miliki. Kahwinilah lelaki yang jadikan Al-Quran & agama sebagai akhlaknya. Bukan kerana gelaran atau tahap pendidikan agamanya.'' ...InsyaAllah...

Thursday, August 25, 2011

Ingatlah yang 'tersayang'


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Hari ini turun awal ke sekolah..Sebenarnya dah siap pun, tapi tengah tunggu adinda bongsu bersiap..Sambil2 tu update blog..Al maklumlah, hari ini hari bahagia untuk sesetengah 'kawan'.. Majoriti akan balik kampung bertemu family tercinta..tidak kurangnya buat 'rakan' sekerja, sedang menanti kepulangan suami tersayang...hehehehe

Apa pun, rancang perjalanan anda. Moga tiba ke destinasi yang di tuju dengan selamat. Jangan nakal-nakal ya..Cari 'kerahmatan' dan 'cinta-NYA' di sepanjang perjalanan kalian..Moga ada cinta-NYA di sisimu walau di mana dan apa jua yang anda laksanakan..Segalanyanya untuk 'raih' cinta agung-NYA..

"INGATLAH ORANG TERSAYANG"

Sedikit tips sebelum anda berangkat pagi ini atau sebentar lagi..syababmusafirkasih
Tips mati dalam iman 2011:

Ramai yang mati kemalangan jalanraya dekat-dekat nak raya ni. Sedih jugak tak dapat nak beraya, yang sedihnya golongan kanak-kanak yang kena gilis lori, kereta. Nauzubillahi min zaalik. Jom praktikkan tips simple ni:-

1. Setiap malam sebelum tdo, solat taubat. Baca Surah al-Mulk
2. Sebelum azan Subuh, solat taubat.

3. Selepas atau sebelum solat Zohor, solat taubat.

4. Sebelum solat Asar, solat taubat.

5. Selepas solat Maghrib, solat taubat.

6. Selepas solat Isya', solat taubat.

7. Solat hajat 2 rakaat sebelum turun utk mana-mana perjalanan. Tak sampai 5 minit pun.

8. Jangan lupa salam cium tangan orang yang tersayang. Tambah2 ibu ayah. Anak2 isteri.

9. Baca syahadah. Mengucap dua kalimah syahadah masa start kenderaan.

10. Baca doa di atas sebelum berangkat.

11. Selawat pada Rasulullah. Allahumma solli 'ala Saiyyida Muhammad wa 'ala aali Saiyidina Muhammad.

12. Boleh mulakan perjalanan dengan berhati2, cermat dan tawakkal.

Selamat memandu :)
p/s Akhirnya terlerai segala 'hutang'..Tima kasih kerana 'semuanya' sudah dipulangkan..Ada sesuatu tapi Allah lebih tahu..Buat Imam Muda, rezeki ada di mana-mana..Tahniah atas lantikannya..Moga ada khabar bahagia 'sekejap' lagi..tunggu...

Wednesday, August 24, 2011

Adamku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Menanti 'khabar bahgia' dari sana..Moga Allah mempermudahkan..Amin ya Rabb

Bingkisan untukmu 'adamku'


Adam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin dan memahami al-Quran. Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Adam ku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al-jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah Al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.

Bingkisan tulus dari Adam buat Hawa…

Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.

Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok,namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah.Oleh itu,ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa.Kelak Hawa ku ini bakal menghuni Al-Firdaus.

Aamiin Ya Rabbal'alamin..


p/s Ya Allah..ber aku kekuatan sepertimana Engkau beri kekuatan ketika melepaskan 'dia' pergi..Beri aku kekuatan ketika melalui semua ini..Ya Allah, moga ramadhan ini akan menggantikan yang dulu telah 'pergi'..Aku merindui segalanya..



Tuesday, August 23, 2011

Di sebalik..

Salam ramadhan ke 24

Moga Allah menerima amal 'kebaikan' kita pada saat ini..Amin



Entah, terlintas sesuatu di fikiran tadi. Seusai membersihkan ruang tamu. Segala kekotoran dibersihkan, di celah2 kerusi dan sofa..Tiada habuk 'degil' lagi yang kelihatan..Alas meja sudah bertukar warna..Yang kotor sudah di 'Daia' dalam baldi bilik air..Biar wangi dan menyegarkan..Semua ini dilakukan selepas bonda dah berkali-kali mendesak...Bukan tidak ingin dipenuhi 'desakan' bonda tapi ada 'tugas' yang perlu disegerakan..Bonda memahami..Akhirnya, segalanya selesai

Cantik rumah Bonda bila sudah bersih,
Kemas dan teratur,
Rasa aman dan damai,
Sejuk hati yang menduduki,

Alangkah indahnya,
Diri ini bila turut 'dibersihkan',
Tentu lahir keindahan,
Si 'Soleh' dan 'Solehah'
Tenang hati yang 'memiliki'

Macam tu la yang 'bermain' di benak fikiran..Tangan asyik menyapu sampah tapi fikiran jauh 'menerobos' sesuatu yang 'simbolik' disebalik semua ini..Membersihkan laman akan mencantikkan 'empunya' rumah'. Cantik dipandang. Apatah lagi bila rumah itu diberi 'nafas' Islami..Pasti malaikat 'menaungi' penghuninya..Allah memberkati segala isinya..Allahuakbar, seperti diri kita juga. Bila di'hiasi dengan keindahan 'taqwa' pasti akan terserlah 'keberkatannya'..Semua suka, semua sayang..Allah dan Rasul-NYA lagilah sayang...Aku tersenyum..

"Tiap sesuatu itu tidak Allah ciptakan dengan sia-sia"

p/s Alunan surah As-Sajadah oleh Imam Muda..Indah Kalamullah...Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka..Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka..Setitik air mata ibu kerana perangai jahat anaknya, selamanya kamu dalam neraka selagi tiada keampunan dari ibumu..

Monday, August 22, 2011

Memburu berkat 1000 bulan

Salam ramadhan ke 23

Apa khabar puasa anda hari ini? Adalah 'impak'nya sama seperti hari semalam? InsyaAllah lebih baik dari sebelumnya..Mari kita sama2 'berusaha' memperbaiki 'momentum' ibadah di bulan barakah ini..Lebih2 lagi dimalam sepuluh terkahir..Terasa sebak pulak..ish ish ish..Mata dah berair ni. Terasa cepat masa berlalu..Pejam celik sekejap lagi bulan ini akan berakhir..Dalam memburu Lailatul Qadar..Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan..Ruginya 'makhluk' yang tidak merebut 'saham' ini...teringat isi ceramah satu ketika dulu 'maka rugilah manusia yang menemui ramadhan tetapi tidak terampun dosanya'..



Ingin berkongsi sedikit mengenai malam yang kita 'buru' ini..Mudah2an masih berkesempatan lagi..

Dahsyatnya Lailatul Qadar !

1. Dosa lalu terampun kesemuanya. "Barangsiapa yg menghidupkan Lailatul Qadar dengan iman dan muhasabah, dosanya yang telah lalu akan diampuni." (R.Bukhari)

2. Malaikat Jibril sendiri turun. FirmanNya yg bermaksud: "Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan."

3. Berlangsung kedahsyatan keberkatannya sampai terbit fajar. Maknanya sebelum bersahur, masih sempat lagi jika anda luangkan sedikit masa bersolat dan baca al-Quran serta berdoa.

4. Kita semua adalah insan terpilih utk mendapatkannya! Kerana kita umat Islam.Jom rebut

5. Segala doa termakbul

6. Wanita yang uzur tak boleh solat pun boleh bangun malam dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid. Semua jantina boleh, tiada had umur. Tiada alasan utk berkata 'tak nak' pada Qiamulail..

p/s Ya Allah, ku pinta pada-Mu keampunan..Terima taubatku. Amin

Tuesday, August 16, 2011

Kuih Nanas Kukus

Adat orang memberi, kita akan merasa..

Hujung minggu lepas, jiran bertandang ke rumah. Bukan dengan tangan kosong tapi ada 'buah tangan' yang dibawa..Buah nangka..Bibir tersenyum riang, ada yang bermain di kepala sejak sekian lama akan ditunaikan..Untuk menunggu buah nangka ayahanda masak di kebun Bonda, kena tunggu beberapa bulan lagi..Alhamdulillah, rezeki Allah itu datang dari mana-mana 'pintu'

Nak kongsi, resepi ni..sekadar catatan ringkasku mengisi masa sebelum balik kerja. Last bonda buat kuih ni time aku masih bergelar 'mahasiswa'..lama dulu. Kali ini, 'tangan sendiri' membuatnya...hehehehe


Bahan-bahan (Sukatan ikut rasa sahaja. Main agak2 sbb dah biasa buat)

~ Semangkuk nangka yang telah dipotong didadu
~ 9 biji telur
~ 3 gelas tepung gandum
~ Sebiji kelapa, diambil santannya
~ Sedikit vanilla
~ 3 gelas gula
Cara membuatnya
~ Adun telur, gula dan vanilla hingga kembang
~ Campurkan tepung dan adun hingga rata
~ Kemudian, campurkan santan dan gaul hingga sebati
~ Campurkan nangka dan gaul lagi
~ Bila rasa dah sebati/rata gaulan tu, letak dalam acuan
~ Kukus hingga masak..gunakan acuan sesuka hati
~ Bila dah masak, masukkan dalam peti ais..Sedap dimakan ketika sejuk

p/s Kuih kegemaran Imam Muda..Malam ni ada ceramah di dua tempat. Moga program berjalan dengan baik. InsyaAllah

SEKKOP 123 Julai 2011

Akhirnya..data koperasi SMK Kunak Jaya Berhad 'update'

Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu
28-30 Julai 2011




p/s Terima kasih atas tunjuk ajar..Singgah d Kundasang beli bunga.hehehe

Saturday, August 13, 2011

Peristiwa di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..segala puji hanya milik Allah. Moga pagi ini melimpahkan rahmat dan kasih sayangNYA buat semua..Buat ayahanda n bonda di laman ni, agar sentiasa sihat dan ceria

Hari ini sudah masuk ke 14 Ramadhan, bermakna sudah 14 hari umat Islam menunaikan puasa, rukun Islam ke 3. Sesuatu yang perlu ditanya dalam muhasabah saban hari, sudah sejauh mana amalan kita sepanjang 'ramadhan' kali ini?..Adakah bertambah baik dalam mendekatkan diri pada-NYA atau kita makin 'jauh' hilang entah ke mana. Hanya diri sendiri yang bisa menjawabnya..Ya, acapkali aku mengingatkan diri 'andai ini ramadhan terakhir untukku'  Kredit to syedjamalullail

Saudara dan saudari, Ramadhan ini bulan kejayaan..bulan kemenangan, beruntunglah bagi diri yang menggunakan 'masa' ini dengan sebaik2 amalan..Mari kita hayati  antara peristiwa yang berlaku sekitar ramadhan dalam kalendar Islam..

~ Umat Islam mencapai kejayaan besar dalam Perang Badar pada 17 Ramadhan, tahun ke 2 hijrah
~ Berlakunya Pembukaan Kota Mekah (Fathu Makkah) juga pada bulan Ramadhan tahun ke 8 hijrah
~ Hancurnya berhala-berhala yang disembah sekian lama sekitar Baitullah dan Kota Makkah pada Ramadhan tahun ke 8 hijrah
~ Kerajaan Islam menumbangkan kerajaan Parsi juga berlaku dalam bulan Ramadhan iaitu tahun ke 15 hijrah
~ Siapa tidak mengenali Penakluk Jurussalem, iaitu Salahuddin al-Ayubbi yang telah mengalakan tentera salib pada Ramadhan 584 hijrah
~ Mesir dan Syiria menewaskan Israel di Semenanjung Sinai pada Ramadhan 1393 hijrah

Betapa hebatnya Islam pada bulan Berkat ini. Mampu menjadi SUPER walaupun dalam keadaan 'berlapar' dan 'dahaga'..Itulah keberkatan dalam berpuasa..

Ayuh..

Kita sama2 menjadi hebat di bulan ini. Tidak kira anda sebagai apapun (asalkan ikut syariat), kita berebut2 meraih bulan kejayaan ini agar dapat 'berhari raya' dengan penuh 'kemuliaan' sebagai insan taqwa..InsyaAllah

Amin ya Rabb...

p/s Imam Muda selalu berpesan 'Bulan ni banyakkan berdoa, tahajjud kalau boleh istiqamah. Pohon agar doa kita dimakbulkan. Doa orang berpuasa itu mustajab'..Ya Allah, moga kami akan jadi 'hebat'..Perkenankan doa kami ya Allah.. 



Tuesday, August 2, 2011

Salam Ihya' Ramadhan..

Alhamdulilah..

Segala puji hanya milik-NYA..

Hari ini sudah masuk ramadhan ke-2. Terasa masa bergerak begitu pantas sekali. Bermakna, sudah dua hari aku berada di laman bonda tercinta selepas seminggu berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja..Badan tidak terlalu letih, cuma mata ini minta di 'rehatkan' sedikit..Al maklumlah, sehari suntuk menyiapkan SAPS kementerian..Fuhh, terkejut rakan2 sekerja bagaimana aku boleh menyiapkan tugasan tersebut padahal aku sedang berkursus di KK..hanya mampu tersenyum 'kambing'..hehehehehe (terima kasih buat sahabat Latifah Jalilul, PK 1 En Haripudin Parakasi n PK Petanga Pn Jumatia Warisi). Asbab mereka aku boleh siapkan segera..

Masih berkisar di bulan ramadhamad yang suci..Syukur, majalah solusi Edisi Khas Ramadhan isu 34 sudah habis aku edarkan petang tadi..Moga kita semua mendapat manfaat dari pembacaan yang cukup bermakna..


p/s Apa pun..SELAMAT BERPUASA SEMUA..moga ada 'bahgia' di 'sana'

Sunday, June 5, 2011

Jatuh Cinta Lagi..

Bertahun aku mencari, akhirnya Engkau datang jua..Aduh, aku jatuh cinta sekali lagi


Teruja rasanya..Bila dapat tahu novel ini masih 'wujud' lagi. Bertahun aku mencari, akhirnya penantian itu akan berkahir..

Teringat zaman remajaku satu ketika dulu di sekolah menengah. Ya, sememangnya aku meminati novel. Semua 'genre' cerita aku 'suka'. Cuma tidak berpeluang untuk memilikinya sendiri. Ketika itu, rakan-rakan yang menjadi 'tempat' untuk aku meminjam..Dalam banyak2 novel yang aku minat itu, satu novel yang tetap dalam ingatanku..Yang acapkali berjalan 'bersama' diriku..Setiap bait2 katanya aku nukilkan dalam diari 'hidup' ku..Diari yang penuh dengan kata2 'zek'..Tidak terhenti di situ, menjejakkan kaki ke dunia 'kampus' pun aku turut membawanya..hehehehehe

Hayati bait2 kata ini petikan dari novel Bila Sena Kembali Berbunga..

"Jika hati hendak terbang, tiada siapa mahu merangkak"

"Biar seribu bintang di langit, bulan juga membawa cahaya"

"Mampukah aku menjadi mentari menccairkan salji yang dingin"

"Ibu ku junjung, kekasih ku sanjung. Harap mereka dapat bersatu" 

"Berjanji mati di tapak tangan, hendak berkubur di hujung jari"

"Ijab dilafaz, kabul terikat akan membimbingku ke jalan akhirat"

"dengan segala yang ada, kucuba jafi isteri yang mulia"

"Alu dn lesung, selamat berkenalan"

"Bungan cantik jadi sanjungan, rupa berseri harum baunya"

"Apa guna menaruh bimbang, menahan sabar ada gunanya"

"Sepanjang musin ku pandang manis, manis lagi hati budinya"

"Harapkan pagar tempat bermain, mengapa lalang tumbuh juga"

"Niat di hati henfdak berbuah, menanti musim bilakah tiba"

"Belum tiba musimnya lagi, tidak ku paksa pokok berbuah"

"Siapa tahu impian di hati lebih dari langit yang tinggi"

Ada banyak lagi petikan hadis dan kata pujangga..Tak larat nak tulis semuanya..tapi nak juga tulis kata pujangga HAMKA ini..

"HIDUP DI DUNIA INI LAKSANA LAUTAN YANG JARANG TENANG, AIRNYA BERIAK, BEROMBAK DAN BERGELOMBANG. PADA LAUT, ADA SUSAH DALAM SENANG, ADA SENANG DALAM SUSAH"


p/s Penulis novel Puan Amaruszati mesej petang tadi, kiriman anda sudah di pos..coming soon.tapi edisi 1 belum ada stok. tapi kena tunggu...

Baca novel jangan lupa pulak baca 'kalamullah'..seindah bacaan adalah 'al-Quran'

Tuesday, May 24, 2011

Tidak sesaat lambat dan cepat..Janjinya Pasti

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Moga Allah merahmati kalian (sebelum kejadian)

Tanah Menyembah Bumi (Selepas kejadian)

Al fatihah kepada semua mangsa tanah runtuh rumah anak-anak yatim dan fakir di Rumah Anak Yatim al-Taqwa Hulu Langat Selangor..Apapun yang berlaku, sudah tertulis..Moga Allah merahmati roh mereka..Amin

"Setiap yang bernyawa itu akan menemui kematian, dan sesungguhnya di hari kiamatlah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan daripadanya neraka, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah memperolehi kemenangan, dan kehidupan di dunia hanyalah kesenangan palsu belaka" Ali Imran : 185

p/s Setiap saat dan tika, ingatan pada-NYA. Setiap saat itu juga, umur kian meningkat tapi 'mati' kian hampir..Ya Rabb, pimpim kami ke jalan-MU..Jangan biarkan kami tergolong di kalangan hamba yang rugi..Amin

Di sini ada cinta untukmu..

Wednesday, May 18, 2011

Teguran PAHIT yang kecil

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani...


Berkata benarlah sekalipun kenyataan/kebenaran itu cukup pahit..

"Awal pulak akak datang hari ni?" Jaharah bertanya. Jam baru menunjukkan angka 8 pagi

"Jaga exam excel form 3. Tu yang datang awal" Jawabku ringkas. Tengah bersarapan dengan 3 rakan lain yang juga mengajar sesi petang sepertiku tetapi dikehendaki pentadbir turun pagi..

"Oh, patutlah. Tapi bestkan kalau ajar pagi, fresh. Yang paling best...."Laini menyuap makanan ke mulutnya sebelum menghabiskan ayatnya

"...tidak perlu kelam kabut nak fikir solat. Kalau ajar petang, kadang2 terkejar-kejar. Mana nak masuk kelas dan solat..Kalau solat Zohor tu ok lagi, boleh siap2 ambil wuduk dari rumah sebelum ke sekolah. Kalau asar tu yang kalut.." Sambungnya. Beberapa rakan lain yang mengajar sesi pagi mengiyakan. Aku sekadar mengangguk tanda setuju. Memang kenyataannya macam tu. Apatah lagi sekiranya pada waktu petang ada relief atau kekurangan guru..Bagi yang solat, masa yang 'free' itulah untuk bersolat

" Tapi..kalau ajar petang kita boleh 'perasan' siapa yang tidak solat" Aini pula menyampuk. Aku hampir-hampir tersedak

"Kenapa pulak?" Tanya Laini

"Dulu aku pernah mengajar petang di sekolah lama. Boleh tahu siapa yang ke surau atau tidak. Asyik2 muka yang sama keluar masuk surau. Yang lain, entah di mana. Pelikkan? Padahal semua guru..Hampir setahun juga aku di sesi petang tu. Confirm la yang lain tu tidak solat"

"Ala, biasa la tu kalau perempuan. Dorang nak jaga make-up, mana tahan nak touch-up selalu. Cepat habis, mahal tu!" Sampuk seorang kawanle laki, Aiman.

Aku diam..'komentar' terus berlangsung di dewan makan. Aku abaikan terus 'komentar' itu lalu meminta izin untuk ke kedai koperasi sekolah. Meninggalkan kawan lain yang 'tengah berperang' kali dengan perasaan..Allah jentik hati mereka. Bisikku dalam hati..

Seraya mencuri pandang dua wajah 'sahabat' yang aku memang 'tahu' dan 'sedar' komentar' ini 'mengena' kepada diri mereka. Mereka hanya diam membisu, tiada bicara balas. Makanan yang singgah ke tekak mereka seperti 'payah' untuk ditelan. Kali 'terasa' dan 'terkesan'. Fikirku...

"Solat itu tiang agama, barang siapa yang mendirikannya maka dia mendirikan agamanya dan barang siapa yang merobohkannya, maka dia merobohkan agamanya" Maksud hadis

Pahit!!! Itu kali yang meraka rasakan. Ubat itu memang pahit. Dalam hati aku bersyukur, Allah hantar Aini sebagai 'pengantara' untuk 'menegur' dan 'memberi peringatan' kepada mereka yang lalai. Kalau bukan Aini yang bercakap tadi, maybe satu hari nanti orang lain pula yang menggantikan posisi itu. Sebagai kawan, ingin menegur tapi tiada kekuatan. Hanya 'cara' lain digunakan tapi dengan cara 'berhikmah'...Jaga hati kadang2 kadang..Uhhhh!!!

Teguran itu masih terlalu kecil. Hanya melalui 'luar bicara' orang lain. Jangan sampai Allah tegur dengan cara yang 'keras'. Perintah solat bukan main-main. Soal WAJIB!!!. Kalau kita rosakkan alam, Allah datangkan bencana dan malapetaka sebagai peringatan atas kerosakan yang kita lakukan. Barangkali 'syiar' lain tidak tertegak..Allah terus tegur. Bukan alam sahaja rosak, bahkan kehilangan yang 'nyata'.

Tidak kira cikgu mahupun sesiapa. Asal namanya orang ISLAM, solat itu wajib didirikan. Kekangan waktu ketika sesi petang mengajar itu bukan alasan untuk kita 'bersenang-senang'. Anggap sahaja semua itu cabaran..Orang yang TAHU dan FAHAM, tidak akan bagi alasan. Apatah lagi hanya kerana masalah 'make-up'. Aduh, berapa mahal untuk bayar 'solekan' itu berbanding 'syurga' Allah. Sedangkan dunia ini hanya tipu daya..Kecantikan wanita bukan terletak pada 'kecantikan' di 'mata' tapi cantiknya wanita itu kerana SOLEHAHNYA iaitu taat dan patuh pada perintah. Solat itu kan PERINTAH. Bukan dari seorang suami tapi ALLAH..Tuhan yang memberi rezeki untuk anda beli 'make-up' tu..Allah suruh syukuri dengan solat tapi kita sombong..Angkuh!! Enggan sujud pada yang telah MEMBERI

Duhai sahabat, jangan kita terus leka. Allah itu maha melihat'. Allah tahu kita solat, sebab Allah Maha Tahu. Allah Maha Melihat..Kita 'tahu' solat itu wajib tapi kita gagal untuk 'faham'. Tahu itu dengan lisan..manakala faham itu dengan perbuatan kita..Maka kerjakanlah. 

Solat itu kebaikan, solat itu ketenangan, solat itu kerahmatan, solat itu keredaan, solat itu keberkatan menuju KEJAYAAN..

"Dan berjayalah orang mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.." Surah Al Mukminun 23:1-2

p/s Gambar di atas, hadiah hari guru yang baru diterima pagi tadi. Terkejut bila seorang pelajar meletakkan hadiah di atas mejaku dan terus berlari keluar dari bilik guru. Tak sempat untuk aku say 'thank you'..sekumtun bunga, wangi sangat. Di dalam kotak, sebuah pasu bunga yang comel, sebotol minyak wangi, terselit kad kecil 'kupohon doa restumu cikgu' dan origami bintang yang sangat kreatif..terima kasih anak muridku Mohd Al Fikar Syamsudin..Moga jadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu

17 Mei 2011 (1.20 am)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

16 Mei 2011..Buat pertama kali dalam hidup sebagai 'murabbi' dapat kad yang paling besar. Terima kasih anak didikku. Terharu sangat-sangat..Moga Allah merahmati kalian..Amin

Buat rakan sekerja, Selamat Hari Guru buat kalian..Walau di mana anda berada sekarang ni. Moga sukses selalu..



Memoir UPSI 2003-2007

Tunjuk Ajar Menjadi Suluh Diri

Guru yang lupa diri,
Guru yang lupa pakaian,
Guru yang sudah lupa diri,
Guru yang sudah lupa pakaian,
Banyak bala yang hampir,
Banyak kerja yang salah,
Bala yang menimpa negara,
Di situ tempat kembangnya syaitan,
Di situ tempat binasanya iman..

Harus ada tunjuk ajar untuk :
Telaga Budi
menunjuk yang elok
mengajar yang benar
mencelikkan mata
menyaringkan telinga
membersihkan hati
menyempurnakan budi
membaikan pekerti

Guru yang terpuju,
Dahulukan suluh diri,
Bukan menunjuk dengan maki,
Bukan mengajar dengan caci,
Menunjuk pada yang perlu,
Mengajar supaya tahu,
Petunjuknya berfaedah,
Pengajarannya berguna..

Berilah manfaat pada didikan,
Supaya menjadi contoh pada semua,
Langkahnya diikuti, lidahnya dipegang,
Sesuaikan tongkah dengan bicara,
Ke darat tidak jadi durjana,
Ke laut tidak jadi gelora,
Ke huli tidak jadi berdengki,
Ke hilir tidak jadi menista,
Ke gunung tidak jadi caci mencaci..

Tandanya guru terpuji ialah :
Budi halus dan rendahhati..
Lemah lembut sebarang pekerti..
Sesama manusia ia hormat..

Pucuk manis condnong ke paya,
Sayang selasih pada yang lain,
Mulut manis jangan percaya,
Hati kasih di tempat lain..
Mari pergi mencari rotan,
Dapat sebatang rotan dahan,
Buah manis jangan dimakan,
Kalau dimakan jahanam badan..

Jangan jadi tak tahu diri..
Orang bebal mengaku ahli..
Orang ke hilir awak ke hulu..
Duduk beramai memandai-mandai..
Tegak bersama mengada-ngada..
Dalam berunding tengking menengking..
Dalam muafakat umpat mengumpat..
Diri bebal lagak menyombong..
Ke tengah menyalah ke tepi bingung..
Cakap meninggi kepala kosong..

Kenapa guru tiada suluh diri?
kenapa guru tiada suluh hati?
Orang ke kanan awak ke kiri,
Hidup menurut selera sendiri,
Tunjuk ajar orang tiada peduli,
Lupa kepada bodoh sendiri,
Ditunjuk ajar ia tak sudi..

Kebaikan orang dibalas dengki..
tak tahu dir lagaknya angkuh..
ke mana pergi membuat gaduh..
Nasihat yang baik ia cemuh..

Jangan jadi guru celaka,
Diri sendiri ianya lupa,
Tak tahu aturan lupa agama,
Diberi nasihat masamlah muka,
Lupa diri tak ingat asalnya,
kepada oranf dengkian sahaja,
Syaitan iblis kawan setianya,
Hantu jerangkung saudara maranya,
Pontianak pelesit jiran rapatnya,
Sundelbolong polong bisikan hatinya,
Lupa diri lupa ibadat,
Tanah sekangkang hidupnya terlaknat,
Hidup bergelumang dalam maksiat,
Orang mengutuk Tuhan Melaknat..

Lupa diri, binasa sendiri,
Lupa diri, hidup terkeji,
Lupa diri, musnahlah budi,
lupa diri, binasa 'body'
Lupa diri, akalpun mati..

Jadilah guru yang ikhlas berdada lapang..
Mulut manis akalpun panjang..
Niat tidak iri dan dengki..
Buka kulit nampak isi..
Disimpan dengan budi pekerti..
Hidup berterus terang.
Pantang sekali main belakang..
Mulut dijaga, nafsu dikekang..
Jauh sekali tidur di kangkang..
Niat tidak binasakan orang..
Syarak dijunjung adat dipegang..

Guru Bersahsiah Unggul

p/s Subuh yang syahdu..Tiada titisan hujan kala ini..Berseorangan di kamar hidup. Mentadabbur 'keinsafan diri'..Ya Rabb, agungnya CintaMu ini..Tiada penghujungnya..Sentiasa damai menyapa hidayah. Tiada cinta melainkan cinta pada-MU..

Kepada insan 'jujur' yang kuketemui siang tadi, moga Allah memberkatimu selalu..Ingat janji Allah, bila kita jaga hak-NYA, insyaAllah DIA akan pelihara kita..Janji-NYA itu kan pasti..

Saturday, May 14, 2011

Program Bahasa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Pagi Sabtu kali ini tiada 'plan' utk apa-apa aktivit..Jadi ringankan 'tulang' bantu Bidang Bahasa untuk Program Pantun dan Drama Zon Tenggara..Tu yang baju aku lain sikit dari dorang semua. Al maklumlah, kaki penyibuk (Aku bukan bidang bahasa tapi bidang kemanusiaan)..Program ini bertempat di SMK Madai..Kebetulan, pada hari yang sama diadakan program Sukan Olyimpic..Dari jauh kelihatan cukup meriah dengan sorakan pengunjung..


 Kamal, Kak Ros, Kak Bed, Kak Anie, Kak Irma, Kak Is n Adha..

Kak Iju, Kak Ros, Shiel, tifa, Kak Irma, Zakiah, Kak Bed, Kak Siti, Aku, Shan, Kak Is n Along

Geng-geng yang bertugas di 'padang' pantun..Kami la wanita-wanita SMKKJ kecuali Along (Anak Kak Bed)..Dia beriya-iya sangat nak ikut ibunya ke pesta pantun..Apa-apa pun, kepada pemenang tahniah diucapkan. Yang gagal meraih sebarang tempat, cuba lagi masa akan datang..hidup ini perlu selalu belajar..Sampai bila-bila pun..

p/s Kepada yang ditimpa ujian saat ini, tidak kira dalam bentuk apa pun jua. Yakinlah Allah selalu bersama diri kalian..Dia mengujimu..Ingat janji-NYA yang pasti..Tidak dikatakan beriman selalgi tidak diuji..Kehidupan ini diciptakan untuk 'medan' ujian..Allah ingin melihat hamba-NYA yang paling sabar. DIA rindu mendengar rintihan hamba-NYA itu..Allah suka melihat tangisan 'pengharapan' pada-NYA..Ya Allah, tabahkan hati kami, redhai agar kami selalu bersabar..Amin

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu hari ini dan selamanya..

Teristimewa buat insan yang melahirkan, menjaga, mendidik n segalanya..My mom Hajah Singke Bt Hakim

Buat adindaku tersayang Puan Fatimah Bt Sanusi..

Khas buat adik iparku Puan Jumiati Sakka..

Buat semua anda yang bergelar ibu..selamat hari ibu buat kalian..

Jadilah insan yang terbaik kerana 'syurga itu terletak di bawah kaki anda'..

Moga kasih kita membawa ke syurga

Ibu dan bakal2 ibu..insyaAllah

p/s Al fatiah buat Mohd Azri Dollah..kembalinya ke pangkuan pencipta-NYA pagi tadi..Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..Buat sahabatku Latifah Jalilul, tabahkan hatimu ya. Allah lebih menyayanginya..Moga apa yang berlaku, Allah memberkati segalanya..

"Hidup ini medan perjuangan. Berjuang untuk redhaNYA..menuju destinasi abadi..Mati yang tiada mati lagi.."

Monday, May 2, 2011

Kebun Bonda 'berhasil' lagi..

Alahai Kebun Bonda..kian subur di 'Bumi Peladang'

Aktiviti hari pekerja,menemani bonda di kebunnya..Sekarang buah ni yang merimbun..Tak lama lagi "Dragon Fruit' pulak ambil alih..Moga rezeki ini berkat dari-NYA. Ini buah jambu air yang tepi bilik adinda bongsu lelaki..Yang kat tepi ampaian belakang rumah baru mengelurkan 'bunga'..yang kat kebun belakang tepi sungai bonda kata dah berbuah tapi diri ini belum berkesempatan lagi ke sana..Maklumlah, terkejar pagi tadi ke 'car wash'. Ingatkan petang ni nak 'snap' tapi 'Rahmat-NYA' membasahi bumi ni sekali lagi..niat terus terkubur..InsyaAllah, satu ketika bila berkelangan nanti..












Habuan c 'pemangsa'

p/s Dua hari berkampung di Pasir Putih Tawau..Menghadiri majlis aqiqah anak buah (4 orang). Terasa letih badan ni..Aku makin rindu kamu..hehehehe

Wednesday, April 27, 2011

Kita akan 'pergi'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

31 Mac 2011 (Malam)


Hujan membasahi bumi Kunak hampir setiap hari..tidak kira subuh hingga ke malam. Pasti hujan 'bertamu', bukan sedikit tapi membanjiri sesetengah kawasan. Terutamanya yang berhampiran dengan sungai..Penduduk di sekitar pastinya melalu saat yang sukar ketika ini. Perjalanan dari tawau semalam pun mengambil masa yang lama untuk tiba di laman bonda..Menjelang maghrib baru bertemu muka. Mana tidaknya, perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa 1 jam 15 minit 'berlarutan' hingga ke 2 jam..Memang menguji tahap 'keimanan' apatah lagi bila 'bersama' berderetan dengan 'lori' dan 'bas'..Sabarlah duhai hati

Saat seperti ini biasanya berlaku..Menjadi 'rutin' harian pengguna jalan raya. Manusia selalunya hilang erti 'sabar'. Memecut sesuka hati, tanpa menghiraukan pemandu dan pengguna jalan raya lain. Memintas kereta lain tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, kita melihatnya yang kecut perut..

Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu S Nor Hamid satu ketika dulu "Bila berada di jalan raya, kita sebenarnya mengundang maut. Yang ada kereta pun mati juga, yang tiada kereta pun mati akhirnya". Katanya itu diambil 'bulat-bulat'. Al maklumlah, arena pemikiran pun masih 'keanakan'..bila sudah semakin dewasa, pemikiran itu pun ikut 'membesar'. Malah sudah pintar 'mencabangkan' pemikiran asal..Ada pro dan kontra..

Bila mengenangkan kembali, semua manusia akan 'pergi'. Tidak kiralah dia punya 'mobil' atau tidak. Dia pejalan kaki atau pembonceng sahaja. Malah, yang tengah buat kereta itu pun akan meninggalkan kehidupan yang diibaratkan fatamorgana ini..Tempat persinggahan sementara menuju persinggahan abadi..Semua akan pergi..

1996..
Pagi yang redup. Sahabatku Salmi Muktar kembali ke rahmatullah ketika pulang dari sekolah. Cuba melintas jalan menuju ke rumah, tak semena2 sebuah kereta merempuhnya. Jasad itu melayang seperti burung berterbangan..perginya seorang sahabat yang baru kutemui selepas terpisah pada 1992 (Allahyarhamah berpindah sekolah) dan bertemu semula pada 1995 di sekolah menengah. Hingga kini (takdirNYA, aku posting di sekolah kami hingga sekarang) apabila melalui/masuk ke kelasnya, bayangannya kerap muncul di 'layar' memoriku..

1998..
Si periang 'pengawas' sekolah Kamal juga kembali akhirnya. Sering kali mengusik satu ketika dulu..Pergi tak kembali secara 'tiba2'..Ya, mati itu datang tiba2, dari pintu yang tidak disangka (Catatan majalah solusi yang pernah kubaca). Lagak jalannya seolah-olah dia masih 'ada' di sekolah..Sekolah ini masih hidup!!

2001..
Sekelas selama hampir 3 tahun. Dia yang selalu membantuku bila 'kesempitan'. Matanya sepet, berkulit gelap. Wajahnya payah untuk dilupakan sebab kekandanya kini satu tempat kerjaku, wajahnya sememangnya persis. Saling tak tumpah. Apatah lagi kekandannya berkahwin dengan abg sepupuku..Allahyarhamah Norsiah Saefi kembali ke pengkuanNYA selepas bertarung dengan penyakit..

2006..
Sering kali aku menjadi peneman ketika mereka ingin berdiskusi..Khabar 'gempar' petang itu mematikan bicara kami..Dia pergi dalam satu kemalangan motosikal. 'Sahabatku' menangis pilu' tiada lagi suaranya di hujung telefon..

2007..
"Ajar aku untuk jadi baik kak"..Pinta Muhadi sebelum aku meninggalkan Hitachi Cable SDN BHD, Johor. Aku meninggalkan bumi Senai untuk baktiku di tanah air, Sabah. Beberapa bulan, panggilan telefon mengejutkan aku. Almarhum Muhadi selamat diterbangkan ke Sandakan selepas di pukul (tersalah pukul orang) sebelum motosikal yang ditungganginya untuk menyelamatkan diri dilanggar oleh sebuah bas pekerja..Ohhh, semuanya tidak diduga

2008..
Siapa dapat menduga, pertemuan pertama dalam program UMS ke UPSI (2007) menjadikan ukhwah berlanjutan dalam program SMK Kunak Jaya ke UMS (2008). Program yang menjadikan lebih ramai pelajar berminat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading..Sanggup menangguhkan 'posting' guru semata-mata usaha mempelajari seni perubatan Islam di Kota Kinabalu. Pagi Rabu yang mengalirkan ribuan airmataku, keluargamu memaklum dirimu koma di ICU..esoknya dirimu sempat sedar dan menjamah sedikit makanan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir..'terkulai' aku saat khabar itu tiba. Akhirnya sahabatku Azman juga pergi buat selamanya..

2011

2012

2013

...

2050

Setiap saat itu pasti tetap 'bergerak'. Cepat atau lambat, ia pasti datang juga. Hanya diri kita merasakan 'lambatnya' padahal masa itu tidak pernah berkurang..Masa tidak pernah 'memungkiri' janji pada Tuhannya..Dia akut untuk ketatapan saat, minit dan jam..Hari, minggu, bulan dan tahun..Pasti akan dilalui jua. Masa itu emas bagi yang menilai 'kekayaan' sementara. Tapi bagi yang 'melihat' masa itu dengan penilaian mata 'hatinya' menaikkan darjat masa itu dengan sesuatu yang lebih 'berharga' daripada emas.. Ya, masa itu 'nyawa'. Kalau masa itu dibazirkan, sama ertinya 'membazirkan' nyawa. Ayuh, kita segerakan mengisi nyawa itu dengan 'masa' yang  bernilai agar nantinya masa itu tetap 'bernilai' untuk diri kita bukan sahaja di sini malah untuk di sana sebab KITA SEMUA AKAN PERGI

p/s Ya Allah, tempatkan sabahatku yang telah dulu menemui-MU dikalangan hamba-MU yang soleh.Amin

Thursday, March 31, 2011

Air mata II


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Hujan di waktu malam hari..kedinginan mencucuk hingga ke tulang yang paling dalam. Guruh terus berdentum-dentum. Nyanyian lagu 'kedamaian' mengusik jiwa..syahdu!!

Lalu..
Air mata terus berlalu..
Meninggalkan semalam yang pergi..
Bersama manik jernih berguguran..
Bak permata di tepian mahal..
Indah tersusun..
Mengalun sendu..

"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takutkan kepada Allah s.w.t" (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

Jatuh lagi..
Tempiasnya membasahi kain nan lusuh..
Disapu, ia tetap gugur..
Tanpa henti..
Kenangan itu pahit..
Terpalit sejuta dosa..
Terhimpun segunung kekesalan..
Tiada kesudahan..
Pilu..

Di penghujung tangis..
Merintih dan teru merintih..
Memujuk akan DIKAU..
Keampunan..
Kerahmatan..
Keselamatan..
Dunia dan akhirat..
Di sini menuju yang abadi..
Di sana yang selamanya..
Terima air mata ini..
Ya Rabb..

Amin

P/s Maafkan atas 'keterlanjuran' bicara hari ini..Keletihan dengan beban tugas sehingga mengabaikan sesiapa pun yang perlu dihargai saat ini..Mohon maaf atas segalanya ya..

Terima kasih atas bacaan kalamullah tadi..Moga Allah permudahkan jalan ini.Amin

Wednesday, March 2, 2011

Ilmu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Pesanan Imam Syafie

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat"

Pujangga pula ada mutiara katanya
"Sekali waktu lakukanlah perjalanan untuk menyegarkan semula  suasana hidup, untuk melihat perihal dunia di luar dunianya, untuk melihat hal-hal baru, negeri-negeri lain. Perjalanan adalah satu kenikmatan tersendiri"

"Faedah membaca itu banyak sekali antaranya melancarkan lidah, mengembangkan akal, menjernihkan fikiran, menghilangkan keresahah, mengambil pelajaran daripada berbagai pengalaman, memetik nilai-nilai keutamaan"

p/s Taklimat sarjana sudah berakhir semalam. UUM nantikan kedatanganku!! Kak Ina (Azlina Mat Jamil-AMJ), nantikan aku di sana. Moga Allah ketemukan kita sekali lagi..Amin