- Jadilah kamu ketika hidup di dunia ini ibarat orang asing yang berada di sesuatu tempat, atau pengembara yang masih berada dalam perjalanan
- Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba pagi esoknya
- Apabila kamu berada di waktu pagi, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba waktu petang
- Gunakanlah waktu ketika kamu sihat dengan melakukan amalan baik bagi menggantikan amalan kamu yang tidak mampu lakukan ketika kamu sakit
- Gunakanlah waktu ketika kamu masi hidup dengan melakukan amalan baik sebagai menggantikan amalan yang memang takkan dapat kamu lakukan selepas kamu mati
Showing posts with label WASIAT. Show all posts
Showing posts with label WASIAT. Show all posts
Saturday, August 28, 2010
Aku dan kamu ibarat 'pengembara'
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Kupetik muhasabah diri di atas meja bilik guru seusai kelas petang semalam..Majalah Nur Julai 2007 halaman 107
Abdullah bin Umar menceritakan, Rasulullah pernah memegang bahunya dan baginda berkata,
(Riwayat Bukhari)
p/s Kak, rasulullah pesan jangan ditolak jodoh yang baik dan beriman. Tapi kak, ustaz bagitau juga pilih jodoh yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang dia ada. Bukan yang banyak ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya..mesej lewat petang tadi oleh adik Santi. Tinggi dan mendalam maksudnya tapi cukup jelas dan mudah untuk 'mengertikan'
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 8/28/2010 05:49:00 AM 0 ulasan
Label: MUHASABAH, Perjalanan, WASIAT
Thursday, March 11, 2010
WASIAT IMAM SYAFIE BERKENAAN HAK
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
p/s Hari ini aku terasa letih sangat. Habis mesyuarat PIBG, terus masuk kelas untuk buat ujian Mac. Nampaknya cuti ini ada yang jadi 'mangsa'..bercuti sambil buat keje aku..hehehehe. sabar ya org Bintulu..(^_^)
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/11/2010 05:03:00 AM 0 ulasan
Label: WASIAT
Subscribe to:
Posts (Atom)





























