BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Wednesday, November 14, 2012

Ahmed al-Jabari

Mereka menuju Jannah...

Pemimpin no. 2, briged al-qassam, Ahmed Jabar, syahid hari ini setelah serangan israel tanpa henti masuk hr yg keempat. Beliau dh dpt tiket syurga mewariskan perjuangan yg blm selesai pd kita semua.
Gambar menunjukkan Israel membedil tepat pada kenderaan yg beliau naiki.
Satu gugur 1000 akn mengganti. Allahuakhbar!

Monday, November 5, 2012

Lambaian Kaabah..

Rindu Menggamit Hikmah..


p/s Ya Rabb, permudahkan urusanku bertemuMu di 'sana'..Ah, rindu ini makin 'kuat'

Ikat Nikmat Dengan 'SYUKUR'

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Terima kasih Tuhan atas segala yang Engkau berikan ini..
Moga aku terus..terus..dan terus menjadi hamba yang bersyukur..

Memetik bicara kata pada cover 'majalah solusi isu 49-Melawan Bisikan Syaitan'

"Allah menjanjikan kepada orang Mukmin untuk mengurniakan tambahan nikmat-NYA jika mereka MENGIKAT NIKMAT TERSEBUT dengan rasa penuh kesyukuran. Ibn 'Atailah berkata : "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia telah menghilangkan nikmat tersebut. Dan sesiapa yang mensyukuri, maka dia telah mengikatnya dengan tali."

Alhamdulillah..sekali lagi aku 'di pentas' penghujung Hari Anugerah Kecemerlangan..

Anugerah Pelaporan Terbaik Kokurikulum

Anugerah Info terbaik Kokurikulum

Anugerah Pencapaian GPS & Peratus PMR (Sejarah)


..dan setiap kali 'Allah' 'menghadiahkan' seperti ini, aku akan 'menghadiahkan' kepada diri dengan 'sesuatu' yang akan disimpan dan paling penting ianya ada 'value' pada diri..Maybe untuk orang lain juga..InsyaAllah


Di Hamparan Shamrock

Pertama kali menatap cover, aku terus jatuh cinta. Apatah lagi baris nama penulis. Antara penulis yang 'tersohor' dalam medan 'motivasinya'..Membacanya? Alhamdulillah..air mataku jatuh, panas sepanjang pembacaan..Aku melihat 'diriku' sendiri sepanjang bacaan ini..Terima kasih En. Hasrizal Abdul Jamil..Terima kasih mengingatkan aku kembali 'SIAPA DIRI INI SEBAGAI HAMBA'


Diari Musafir 'JANGAN BERHENTI BERLARI'

Aduh, longlai aku saat menelaah buku ni. Aku rasakan akulah insan yang paling 'bz' di dunia pendidikanku..Sehingga sampai tahap 'aku terpaksa' meletakkan beberapa jawatan..Sekadar meminimumkan tugas...tapi usai membaca buku PAKAR EKONOMI tulisan DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN ini..aku malu pada diri sendiri..Bacalah!! 

p/s Lambaikan KAABAH dari sana 'memanggil-manggil'




Thursday, November 1, 2012

THE BOOK OF LIFE


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Terjumpa 'poem' ini saat 'dunia guru' hari ini tengah bergelora



The Book Of Life (Gwee Li Sui)

In the last hour
of this night in the world
there will be on loud crack
becouse we will have learnt
that nothing is ever broken.
This split universe
is not in lack,

not a soul we set
ourselves to lick away
on all fours like a beast.
It is not unable
to reanimate us the way
good wine brought out late
renews a feast.

In this last hour,
we will yet learn to love
the good bounce in a ball,
the space between people,
every child with an old face,
all the ways to feel,
about leaf-fall.

What the world is
is a book in room
in need of a reader.
Its brown pages have not
begun to seed a consciousness
that joins our senses
TO ANOTHER.

Gwee Li Sui

*****

Ya..macam itulah kehidupan. Namun, bagi diriku dan ini yang selalu aku tanamkan pada 'hati'..Apa pun yang berlaku dalam hidup ini adalah ujian..yang kita lalui 'jambatan' menuju titik hujung yang pasti..Akhirat menuju syurga yang abadi..Hadapi dengan tenang yang kita lalui..Pasti terselit hikmah..Kita Hamba yang 'wajib' patuh dan tunduk dengan apa pun yang dikehendaki..suka atau tidak, paksa diri untuk terima..lama-lama dengan berlalunya masa, kita akan terima dengan hati yang paling dalam..REDHA

p/s tabahkan hatiku sayang

HADIAH DIRIMU 'SESUATU'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Syukur..

Syukur..

Syukur..Ya Allah

Hari ini 02 November 2013..

Pelajar anak didik sudah bercuti..

Kami..

InsyaAllah 'proses kembara' akan bermula pada minggu hadapan..

Destini seterusnya..masih dalam rahsia

InsyaAllah kali ini bukan kembara berdua..

Tapi berempat..

Ya..

Bersama-sama anak2 angkatku..

Sekarang ini taklimat kepada pelajar sesi pagi dan bakal 'spm' dan 'stpm'

Akan menduduki 'exam' Isnin ni. Mudah2an Allah permudahkan anak2 didik menjawab dan peroleh kejayaan. Aku dan diri anda pernah lalui semua itu..dan syukur, kita berjaya laluinya..Dulu, kalau perolehi 'kejayaan' hanya ucapan 'tahniah' dan sedikit hadiah daripada guru..Itu pun guru yang rapat dan mesra dengan kita..

Dewata ini, bila sudah bekerjaya dan punya family..hadiah juga sudah berubah. Selera lama pun sudah ber'basi'..Ya, peredaran masa dan usia yang 'mengubah' ini..Aku kini lebih suka hadiahkan diriku dengan yang 'relate' hobby..MEMBACA..jadi apa pun hadiah, aku mahupun 'BUKU'..

 Zikir Terapi 'utk cintaku di kereta'


Deretan buku hadiah tahun ini..terima kasih

Maka, ucapan terima kasih kepada sesiapa pun yang menghadiahkan 'sesuatu' kepadaku tahun ini..bahkan tahun2 lalu (meskipun aku sudah lupa)..Tapi 'pemberian' itu cukup bermakna buatku..kerana ia antara 'jambatan' menuju 'syurga kesyukuranku'..itu kan nikmat..

Teringat bicara kata ini 'Barang siapa yang tidak bersukur dengan yang sedikit, dia tidak akan bersyukur dengan yang banyak' Jadi, fikirkanlah..nikmat itu milikNYA..maka wajar kita pulangkan dengan 'tasbih' kesyukuran..selamat beramal

p/s Anak2 makin membesar..Moga Allah terus 'restu' usaha ini..Terima kasih Tuhan

Friday, October 5, 2012

Anugerah itu 'Allah' yang 'kurniakan'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Segala Puji Hanya Milik-NYA
 
Tarikh ini keramat sepanjang 4 tahun aku berkhidmat sebagai 'pendidik'..Kerja dengan ikhlas segalanya kerana Ibadah..

 Tarikh : 15 September 2012
Tempat : SMK Kunak Jaya

Kalau kita bantu 'agama' Allah. InsyaAllah, Dia pasti bantu kita semula..Terasa keletihan bersenggang mata dan tenaga, Allah balas dengan 'kepuasan' ini..






Penerima APC 2011 SMK Kunak Jaya
Sulotoha Lakile (Cikguku), Boon Jen Kiong. Norsiah Bakar (cikguku), Rohaya Matli, 
Pn Gan Siew Lin(cikguku) dan Samsiah Sanusi (aku)

p/s 'Terima kasih Tuhan atas nikmat ini. Terlalu banyak nikmat yang telah diberikan, namun kesyukuranku ralit utk ditadahkan..Kerap alpa..membiarkan masa berlalu tanpa sedikit 'doa' dan 'niat' pengabdian pada-Mu..

Thursday, June 21, 2012

Brownie cheese cake

Bah..

Begitu lama diri ini mendiam..'check list' update blog pada Mei lepas, itupun sekadar mencoretkan sesuatu yang sekadar mengisi kekosongan masa..Sebetulnya, begitu banyak yang ingin dilakar pada 'kanvas' blog ini..Tapi, kekangan, halangan dan pelbagai lagi menghadkan diriku 'menghambakan' diri pada dunia blog..Sebetulnya juga, diri ini sentiasa dihujani 'kesibukan' yang acapkali juga menjemputku tidur dengan tugas2 yang berselerakan di katil..Aduh, begitulah kehidupam..Selalu disibukkan dengan 'ntah apa2 hal'..

Tapi..

Ada sesuatu yang menyeronokkan diriku..bahkan bukan diriku sahaja tetapi orang-orang yang berada di sekelilingku..hehe

Ya, aku punya hobi baru..ku kira ini merupakan impikan dan harapanku satu masa dulu. Aku pernah merasakan apa yang aku lakukan ini 'mustahil'..'tidak mungkin!!'

Tapi, itulah yang terjadi. Hobi ini menghambat dan mencuri banyak masa senggangku dan 'tidur'..Semangat yang kuat dan jati diri serta keinginan menjadikan aku si penunggu setia A Mart Bakery Tawau setiap Sabtu. menjelma..Tepat pukul 2 kelas memasak akan dimulakan. kerana semangat, aku pasti sudah terpacak awal 30 minit daripada masa dijanjikan..Sbetulnya, sudah banyak yang aku pelajari, dan sudah banyak juga menu dan resepi kubuat sendiri..Jangan hairan, hampir semua bahan-bahan memasak lengkap didapur rumah..Bermula dengan ketuhar, Stand Mix, Spatula, kotak kek, pisau, penimbang digital, album kuih, nozel, ring tray, acuan plbagai jenis dan bentuk serta bahan2 kuih lain..Alhamdulillah juga, aku sudah memperuntukan sebuah peti ais khusus untuk penyimpanan bahan kuih..seriuskan minat ni.hehehe

 Hasil tanganku (1)

 Hasil tanganku (2)
 
Dan, inilah hasilnya..Alhamdulillah

Resepi, insyaAllah akan dikongsikan sebab sekarang ni masih kat tempat kerja..menunggu masa pulang..

P/s Masa terus meranggak pergi..sepanjang perjalanan masa, ada yang ketawa riang, ada yang menangis hiba, ada yang tengah berduka lara dan tidak kurang ada yang menanti saat 'pencabut roh' datang menjemput..Aduh, peritnya terasa bila tiada 'persediaan' untuk melaluinya..Ya hanya dengan mengingatinya dalam setiap masa itu yang terbaik..Pasti, ketawa itu dalam taqwa, menangi itu dalm taqwa, duka dalam taqwa dan menanti si 'pemisah roh dan jasad' juga dalam taqwa...Ya Rabb, pohonku..Ampuni setiap dosaku..redhai aku dalam setiap perjalanan masa..Amin


Tuesday, May 8, 2012

Mengharap 'tenang' dalam 'kesulitan'

Alhamdulillah..segala puji hanya milik Allah sahaja. terima kasih ya Rabb atas segala yang 'dimiliki' sekarang..tak terhingga kesyukuran...Moga kami terus menjadi hambaMu yang 'redha'..Amin

"Damai hati melihat keindahan Pencipta"

Ketika aku menangis,
Ketika aku disakiti,
Ketika aku tak kuat lagi,
Ketika doaku pun seakan tak terjawab,
Seakan aku sendirian,
Aku tahu Allah 'menggendongku' saat ini..

p/s Duhai hati..redha lah atas 'kehilangan' yang sedikit itu. Yakin, Allah akan gantikan yang lebih baik daripada yang hilang itu..duhai hati, tenanglah dalam ketenangan lembayung Ilahi..
RM300

Friday, March 2, 2012

Hadiah 'Terhebat'

Alhamdulillah..



Terasa 'kekok' untuk melakar sesuatu di kanvas 'penulisanku' ini..Al maklumlah, berbulan sepi tanpa 'diisi'..Entahlah, akhir 2011 sehingga memasuki tahun baru, mood selalu diserang 'kesibukan' yang kukira sudah tahap 'gaban'...Meskipun sudah mencuba untuk mengurangkan 'aktiviti' luar namun pasti ada 'sesuatu' yang lain bertandang..minta dipenuhi masa yang terluang..Alhamdulillah, syukur sangat kepada yang Esa. Dberi kemudahan disebalik 'kesukaran' ini..Dihadiahkan 'kelebihan' disebalik 'kekurangan'..Ketika rasa diri begitu 'tertekan' sedaya upaya mengingatiNYA dalam kalam agungNYA. Surah yang  ke-94 dalam Al Quranul-kareem yang terdiri dari 8 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah iaitu Surah Al-insyirah..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Alhamdulillah..Allah selalu 'mengirimkan' hadiah ..Hadiah yang tidak dijual di mana2 kedai


Ketenangan


Kelapangan


Kebahagiaan


Maha Besar Engkau ya Rabb


p/s "Ya Allah berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkan kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepada-Mu atas segala perkara, aku mohon perlindungan-Mu daripada keadaan ahli neraka"-Riwayat al Tirmizi-


Tuesday, January 31, 2012

Pena Kembali Menari (^_^)

Alhamdulillah..

Terasa begitu lama tidak menjengah ke 'alam maya' ni..Al maklumlah, kesibukan masa selalu mencuri perhatian. Tambahan pula, sepanjang cuti 'bz' dengan kelas jahitan dan kelas bakery..Syukur sangat, kemahiran kian bertambah..Allah jua yang layak dipuji atas kurnian yang diberikan..Hadiah buat diriku yang inginkan 'kepuasan' untuk melengkapkan 'title' itu..Moga Allah permudahkan usaha ini..hehehe


 Sekadar renungan bersama buat diriku dan dirimu yang acapkali lupa, leka, lalai dan tertidur

"Tiap mata pasti akan menangis pada hari kimata kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah SWT" 
(Riwayat Abu Naim)

p/s InsyaAllah, moga Allah berkenankan segala doa..Andai termakbul, itu yang terbaik Allah janjikan..Andai tidak, yakin itu juga yang terbaik Allah janjikan..Selamat bersukan buat SMKKJ