BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Thursday, February 4, 2010

Nikmat Ujian


Jangan sedih selalu tersisih,
Bukan kau saja  ditimpa malang,
Ingatlah para rasul mulia,
Lebih terseksa menderita..



Demikian antara bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh vokalis nasyid Hijjaz, Munif Ahmad. Lagu yang menjadi 'kegilaan' ku semasa di kampus suatu ketika dulu. Hingga kini, aku masih menjadi pendengar setia..:-)

Hari ini, aktiviti tidak sepantas hari semalam. Bukan malas atau culas tapi 'adat' kesihatan yang tidak mengizinkan. Aku demam selsema. Ditambah batuk yang memeritkan leherku. Suara agak parau dan 'keras'. Alhamdulillah, masih tersisa ubat yang dibekalkan oleh 'sahabatku' beberapa bulan lepas. Terima kasih ya Nakajima..Allah gerakkan hatimu untuk menghulurkan bantuan kepada insan yang kerdil ini..Terima kasih sekali lagi..

Ujian ini tidak la berat sangat jika dibandingkan dengan penderitaan dan kesakitan orang lain. Berapa ramai manusia dalam dunia ketika ini, tengah berperang dengan kesakitan. Terlantar di hospital yang menghalang setiap gerak laku mereka. Teringat peristiwa tahun lepas, sewaktu ayahku terlantar selama 2  minggu di hospital Kunak. Aku melihat sekujur jasad yang dahulunya gagah mencari rezeki, 'diam' tidak bermaya di katil. Berbaring sendirian. Ini baru di dunia, bagaimana jika berseorangan di alam kubur? Syukur pada yang Esa, ayahku masih diberi peluang untuk menikmati nikmat sihat. Meskipun tidak 'seaktif' dulu, kami akur. Itulah sunnatullah yang perlu diterima. Yang sihat pasti akan merasa sakit...Sekali lagi aku aku belajar erti sebuah KESYUKURAN. 

Bagaimana pula dengan insan yang diuji dengan kehilangan? Hilang insan yang disayang..Kehilangan harta benda dan seumpamanya. Wahai hamba Allah, bersabarlah kalian..Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan hambanya..

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud:
"Dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Aku perlu bersyukur atas nikmat sakit ini. Allah baru mencubit pahaku sedikit sahaja, mengapa aku perlu meraung dan 'bermalasan' melaksanakan tugas yang maha berat. Petang tadi, setiap kali masuk bilik darjah, perkara ini yang bermain di fikiranku..Dan setiap kali itulah aku gagahkan diri mengajar dan terus mengajar. Tidak mahu KALAH dengan ujian yang sedikit ini..Mesti lawan. Tidak membenarkan lena atas ujian yang tidak seberapa ini. Bersangka baik dengan sang Pencipta. Mungkin Allah ingin menghapuskan dosa-doaku sebelum aku menghadapi pembalasan di akhirat kelak. Atau Allah ingin memberi kesedaran kepadaku, atas  tujuan hidup yang tersasar. Mungkin!! Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Supaya aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Ya Allah, ingatkan sekiranya aku lupa..

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung..Bersabarlah!!


”Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia medapat kurnia dia akan bersyukur, maka jadilah kurnia itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.”(Hadis Riwayat Muslim)

p/s Merintih dan terus merintih..Allah sayang hamba-NYA yang selalu mengadu hanya pada-NYA..nangis

0 ulasan: