BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Thursday, April 29, 2010

Nangis



Duhai mataku..
Nangislah..
Biar hilang dukamu..
Biar sendu temani petang ini..

Duhai mataku..
Nangislah..
Jangan ditahan lagi..
Sebak di dada, kelam di hati..

Duhai mataku..
Terasa rindu pada cintaku..
Cinta yang bisa cairkan..
Rindu membuku di kalbu..

Nangislah..
Nasib kita belum tahu..
Biar direncana seperti ini..
Yang terjadi seperti itu..
Aduh..pilu hatiku

Nangislah..
Untuk sekalain kalinya..
Biar rindu terus datang..
Menangih kasih yang SATU

p/s Dugaan itu akhirnya bertamu lagi. Yang ditakuti sudah terjadi, akhirnya melepaskan pergi. Air mata terus jatuh, melerai tawa yang dulu dianyam masa..Moga diriku dan dirimu terus tabah menghadapinya. Moga dikau terus bahagia..dunia dan akhirat..IBUKU SANJUNG, KASIHKU JUNJUNG.HARAP MEREKA DAPAT BERSATU

Wednesday, April 28, 2010

Kasih untuk selamanya..

Sutera Kasih
Kasih Kekasih
Damba Kasih
Jalinan Kasih

Imagehosting at Imageloop
Bulan madu di pantai ciptaan-MU


Moga disatukan dalam rahmat-NYA

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak lah setabah Fatimah.

Justeru isterimu
hanyalah wanita akhir zaman yang punya
Cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin!

Untuk isteri.... renungkanlah....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita-cita membangunkan keturunan yang soleh. 


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
 

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t.
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri, jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman; dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.


p/s Ampunkan dosa semalamku..Malam kian berlabuh, pagi datang menjelma. Rupa-rupanya dosa semalam kerana itu..ampunkan sekali lagi

Tuesday, April 27, 2010

NAK CANTIK!!!!

Aku ingin cantik seperti mereka.. seperti kalian juga..
~~(^_^)~~

Imagehosting at Imageloop
Engkaulah, bidadari dunia

Imagehosting at Imageloop
Dia wanita dambaan Kasih

Imagehosting at Imageloop
Pahlawan srikandi

Untuk menjadi cantik seperti mereka, selitkan 'kata kunci' di bawah..insyaAllah, ia akan menjadi nyata..KENYATAAN dan REALITI
MUSYARAKAH
YAKIN DIRI MEMPUNYAI KECANTIKAN TERSENDIRI

                                          MURABAKAH                      
TERIMA DENGAN INSAF DAN SYUKUR KEADAAN DIRI SENDIRI

MUHASABAH
SENTIASA LIHAT KEKURANGAN DIRI DAN MEMPERBETUKANNYA

MUAKOBAH
SENTIASA DIDIK DIRI JADI WANITA SEMPURNA

MUQARRABAH
SENTIASA DEKATKAN DIRI PADA ALLAH

MUJAHADAH
BERUSAHA LAWAN NAFSU JAHAT

MUARABAH
CUBA HAKIS KEJAHATAN DALAM DIRI

p/s Bukan wajahmu yang menjadi nilaian, bukan baju yang ratusan ringgit, bukan kasut yang 'meninggi' (baru beli kasut baru semalam.hehehehe), bukan harta yang bertimbun membukit..bukan ijazah mu yang menjadi taruhan..bukan intan berlian yang terpamer di tubuh yang menggiurkan..TAPI akhlakmu, budi pekertimu, agamamu..pelihara ia, hingga menjadi BIDADARI DUNIA hingga DI SANA..Ameen

Syukur, sabar..aku punya!!

 Syukur dalam sedikit, lebihkan syukur dalam banyak

Azan isyak tengah berkumandang di saluran astro oasis..hujan lebat baru reda, unggas terus menyanyikan gurindam malam..sayup kedengaraan di laman bonda tersayang

Bonda dan si bongsuku sudah lena..sejuk barangkali..fikirku

Malam masih muda, tapi mata minta di 'layan' rehatnya. Tugas sekolah yang ku galas masih tersisa..Soalan geografi belum terusik..60 soalan terasa berat bagiku. Seolah-olah perlu menaip buku setebal 500 muka surat. Mengeluh lagi!!!

Malam tadi, bonda menemaniku menyiapkan soalan 'exam' PSV dan sejarah di ruang tamu..hingga lewat, kulihat bonda tertidur di sebelahku. Tanpa bantal, tanpa alas, kasihan bonda.

Bersyukur punya bonda yang cukup memahami..sama seperti bonda kalian. Ameen

Lalu, laptop ku 'off' kan..bonda kukejutkan. Seiring menuju ke kamar 'beradu'..

************

Malam ni, aku bersendirian di ruang tamu. Masih mengurus tugasan yang perlu disegerakan. Mesti!!

Sekadar 'relax' kan minda yang serabut, minda perlu di asah lagi..hati perlu di 'airi' dengan sungai yang bersih, sejuk dan nyaman..dibaja, lega

Petang tadi, di surau sekolah. Seorang sahabat, kulihat wajahnya kusam..tiada seri tiada 'cahaya' tapi tenang. Tidak seperti hari-hari biasa. Memahami apa yang tersirat, aku mendekati. Bertanya dan terus bertanya..Dua minggu lepas, aku dikhabarkan bahawa ibu kepada sahabatku ini dimasukkan ke hospital, kanser pankreas. Memaksanya 'terbang' ke Pahang..Dari kawan juga aku diberitahu, doktor hanya memberi jaminan hidup sebulan (Allah jua yang menentukan ajal maut manusia)..Agaknya ini yang mempamerkan wajah sungulnya..Inna lil la wa in'na lillahi roji'un. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali..Kini, ibunya diletakkan dibawah jagaan adik kandung yang lain (sahabatku kena kembali bertugas). Malam sebelumnya, seorang sahabat menghubungiku (ketika itu aku di kebun bonda). Meminta kepastian (ayahku juga pernah masuk hospital kerana strok) untuk cuti emergency kerana ibunya dimasukkan ke hospital, katanya kencing manis. Dan sahabatku juga mohon CRK (cuti rehat khas) kerana menemani ibunya ke hospital..masalah yang hampir sama..

"Kak sam, syukurnya aku. Ibuku sakit tapi tidak seteruknya sakit orang lain.Rupa-rupaya ada lagi diuji dengan dugaan yang lebih dasyat" Begitu isi bicara seorang sahabat lewat 'meeting' tengah hari tadi (sempat lagi). hehehehe

Begitulah kehidupan, ujian tidak pernah sunyi dalam menduga manusia. Ujian itu datang dan pergi berulang kali. Senang pun ada, susah pun ada..tidak 'tidur' dalam mendidik manusia menjadi manusia. Tidak 'culas' dalam mentarbiah insan yang ingin 'mencapai' redha tuhannya..Pencipta Agung. Lain orang, lain juga ujiannya. Tapi punya matlamat yang sama, menginsafi diri sebagai hamba. Itu bagi manusia yang 'sedar diri'. Bagi yang masih menyalahkan diri dan takdir yang terencana, sila kembali ke pangkal jalan..jalan pulang masih terbentang luas di hadapanmu. Lihat dengan pandangan MATA HATI, bukan MATA yang lain..pasti ketenangan yang akan ditemui..kerana jalan LURUS itu matlamat yang PASTI

Mati itu pasti..tiada yang hidup terus hidup di dunia yang hanya persinggahan sementara. Nabi yang mulia pun akhirnya kembali menemui Allah..Ingatlah mati, walau di mana pun kita berada. Dengan mengingati mati, amal pun dapat di 'upgrade' ke arah kebaikan. Itu anjuran Rasulullah s.a.w dalam sabdanya

"Cukuplah kematian itu sebagai pengajaran"

Daripada Ibnu Umar, seorang Ansar bertanya kepada Rasullulah mengenai orang yang paling CERDIK dan paling TEGUH..Tahu apa yang Rasulullah jawab!!!

"Mereka yang paling banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang CERDIK"

Nabi bersabda lagi..

"Ingatlah MATI! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-NYA, kalau kamu tahu yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dab banyak menangis"

Untuk peringatan kepada diriku sendiri yang acapkali leka dan lena dalam 'persembahanku' di pentas dunia ini. mari kita sama-sama saling ingat mengingati..agar hati kita tidak mati, agar hati kita terus hidup dalam nafas kalimah TAUHID..cinta Allah, cinta Rasul..cinta Agama Suci ini..Biarkan MATI itu sentiasa hidup dihatiku, hidup di hatimu..segar dan semerbak berbanding bunga di laman bonda..SELAMAT MALAM semua

p/ s "Malam-malam akhirku, biar aku yang ucap selamat. Moga tidurmu dalam rahmat, moga hidupmu temui bahagia, kerana itu IMPIAN..sekali lagi, SELAMAT MALAM pujangga"


Thursday, April 22, 2010

'Pergi'

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Semuanya tekun 'mentelaah' akaun koperasi masing-masing. Bagi koperasi 'ikan bilis' seperti kami, tidak juga sampai memeningkan kepala (pening juga..hehehe). Tapi bila melihatkan koperasi 'ikan jerung', mata kami sekadar melirik sambil senyum-senyum kambing..Buku tunai, sebesar meja aku, kak Siti dan Kak Is di bilik guru..fuhhhhh. Belum lagi dengan fail-fail yang masih ber'plastik' tersandang di belakang bilik kursus, maklum la untung berjuta-juta.Yang 'best'nya bila sembang dengan geng-geng 'ikan jerung' ni, mereka banyak pengalaman dalam bidang koperator. Dari mereka juga aku belajar selok belok pengurusan pentadbiran koperasi..yang aku aplikasikan dlm kehidupan..ya, sehari-hari..Sekali lagi aku tersenyum (Wajah si nariah sudah 'kemek seribu'..hahahaha)...

Kursus akaun yang aku ikuti selama 3 hari dua malam bertempat d Grace Hotel belum berakhir. Pukul 2.30 petang nanti masih dalam proses kemas kini fail sumber..rasa tidak sabar untuk pulang (rindu laman bonda..huhuhuhu)


Seorang junior mendekatiku seusai sesi pagi tadi..kebetulan aku sedang melayari laman web 'I luv Islam'

Dia amat 'suka' dengan kata-kata hikmah di atas..

Terpacul dari kalimah bibirnya "Aku mau 'sent' kpd seorang kwn yang tengah berperang dengan masalah hidup. Kesian dia kak, hampir-hampir bunuh diri. Mudah-mudahan dengan kata-kata dia lebih 'kuat' dan 'tabah'"...

"Mudah-mudahan"

Tiada bicara lagi..seusai menaip kalimah itu, dia terus berlalu. Membiarkan aku sendiri..

P/S Bunuh Diri!!! Aku juga pernah punya seorang teman, kukira dia sahabat. Hampir bunuh diri kerana 'dosa' yang tidak tertanggung lagi. Hanya melihat 'kematian' sebagai jalan 'pengakhiran' kehidupan..Aku pujuk dirinya, aku cuba tanamkan pada hatinya bahawa Allah tidak pernah membiarkan hamba-NYA bersendirian kerana pintu TAUBAT selalu terbentang bagi hamba yang ingin 'kembali'. Sayu hatiku bila kenangkan semua itu..Dia 'kembali' ke jalan itu tapi dia 'pergi' dari hidupku...Moga dia terus bahagia..kerana itu janjinya sebelum 'pergi'




Terbentang...di hamparan 'biru'-MU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Segala puji hanya layak untuk-NYA..

***********
"Hari ini macam mau 'makan' jak semua pelajar" rungut Kak Ros

"Iya bah, sudah la hari kelas 'full'..Pi kantin tidak sempat. Lapar sangat, tu yang aku pun rasa nak mkn budak-budak tu" Sambung kak Siti.

Aku yang tengah kusyuk 'driving' mendengar keluhan mereka, hanya mampu tersenyum. Membiarkan pemanduanku cermat..Keluhan mereka, sama seperti keluhanku..bicara hati yang sama, cuma tidak terluah. Aku tidak berdaya, sebetulnya aku juga kelaparan. Badan pun dah terketar, kepala dah pening. Perutku tidak 'berisi' sejak tengah hari tadi. Seusai solat Zohor, aku bergegas ke kelas...kelas full selepas rehat hingga pulang 5.45..keletihan (tenaga habis utk 'membebel' saban hari)

Di surau tadi, rasa nak 'lempang' jak student tu. Ntah dari mana datangnya, tiba-tiba keluar dari surau dengan memakai kasut. DALAM SURAU!!!

Abis aku 'cuci' telinganya tadi..nasib baik ada perkataan MAAF darinya, janji tidak akan buat lagi..Aku hanya minta dia 'hormat' rumah Pencinta Agung ini..dia tunduk, moga ini kesalahan terakhirnya di sini..aku berharap!

Doaku...

************

Agak lewat sedkit tiba di laman bonda..tidak seperti 'rutin' kebiasaanku

Menghantar Kak Bed, Kak Siti dan Kak Ros ke laman masing-masing (kereta sewa mereka masuk bengkel)

...Cuci mata di kampung mereka, sempat 'mengintai' laman rumah Bintulu..hahahahahaahaha (nakal)

Ketika keluar kaki lima rumah (angkat kain di ampaian, ntah tergerak hati utk buat demikian. Biasanya aku membiarkan kain itu 'berselimutkan' bayu pagi..tggu esok hari menjengah baru kain tu 'terambil'). Sesaat itu, aku terpaku lagi..

Subahanallah

Subahanallah

Subahanallah

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah

Kalimah Allah dan nabi junjungan mulia terpamer di depan mataku..betul-betul depan mataku. Terbentang luas..seperti di hamparan 'biru'

Cantik, indah..cukup sempurna (sebelum di 'snap')

Terpaku lagi, apa yang harus aku buat? Ya..kamera?handpohe?aduhhhhhhhhhh

Aku berlari, mencari kamera yang baru semalam aku gunakan..cepat!!!!!! Adik bongsuku yang mendengar jeritanku bergegas ke kaki lima. Geram sangat, 'setting' kamera pun dah tak betul..hehehehehe

Alhamdulillah, hanya sempat 'snap' sedikit sahaja. Itu pun nasib baik belum bertukar ditiup bayu petang. Sekelip mata 'tulisan' itu berlalu, di tiup angin..Itu yang aku fahamkan adikku apabila dia yang lebih 'excited' (sempat bergaduh). Dia nak sangat panjat pagar kaki lima tapi aku tidak benarkan(pemandangan lebih jelas di tempat tinggi...Bahaya kataku, maghrib. Dia akur

Tapi kami hampa, kalimah Muhammad tidak sempat kami 'snap'...kecewa!!








p/s Mencari kebesaran-NYA dalam diri sendiri..Penciptaan Agung bukan di HADAPAN MATA tetapi ada di DALAM DIRI..Mari renungkan!!!

Friday, April 16, 2010

Cermin Diri


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah

Baru selesai kelas tambahan ICT kelas 2 Smart..hanya 8 pelajar yang hadir berbanding 38 jumlah keseluruhan pelajar sepatutnya (perkara biasa bagi kelas 'hujung'. Liat sangat untuk hadir kelas, apatah lagi datang ke sekolah...Kecewa)

Pagi tadi, joging di SMK Madai..sekitar 2 km jaraknya dari rumah. Berjalan kaki melalui deretan kelapa sawit sebelum menyeberang sungai dan jalan raya..masih lengang lagi (pukul 6 pagi)..mencari ketengan dan minda sihatku

Seusai 6 kali pusingan dan latihan taewondo(aku dan adik bongsu, yakin tiada yang melihat kecuali Pencinta Agung), balik melalui jalan yang sama..

Hati terkesima..mendengar alunan suara sedang mengaji ayat-ayat suci al-quran. Pondok usang di sebalik pokok kelapa sawit. Halamannya bersih..tanahnya basah (hujan membanjiri bumi Pangkalan Madai sejak petang semalam)..merdu suara itu!!

Kelihatan..

Anak-anak bertudung litup dan bersongkok menaiki rumah itu.."mereka berguru di rumah itu". Bisik hati kecilku

"Kiyanah, esok kita datang ke pondok itu. Kita tanya mana tau kita boleh mengaji di sini pulak" Aku memberitahu si kecil kesayanganku..

"ok" balasnya pendek

Esok, ada misi yang perlu aku tunaikan..seawal seperti ini..kali

**************

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 
*Senyum seindah suria

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 
*Manusia yang tidak menghargai 'sejarah' pasti akan kembali kepada sejarah itu

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
*Istiqamah

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
*Cari kelapangan hati

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 
*Memperlihatkan 'kebodohan' diri..

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal. 
*Bila rasa nak marah, bertenang..diam dan istigfar banyak-banyak

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan. 
*Tawaduk

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
*Taubat seorang hamba

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula. 
*Hablun minallah,hablun minannas

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. 
*Kita tidak akan mati dengan keji orang, dan tidak akan hidup dengan puji sanjung orang lain

p/s Damai sungguh di desa ini. Azan berkumandang bersahutan terutamanya ketika subuh hari dan maghrib (aku kerja petang). Dari hulu ke hilir..membangunkan lena yang panjang. Rasanya, kali kedua aku mendengar ayam 'berkokok' sekitar pukul 2 pagi..1st malam pertama berada di desa ini..2nd minggu kedua selepasnya..Aduh, damaikan hatiku bermunajat kepada-MU


Wednesday, April 14, 2010

Kasih IBU dan ISTERI SOLEHAH

 Syurga dunia, syurga di 'sana'

Dipetik dari salah sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali...

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata. Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh, sebaliknya bertambah teruk.

Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.

Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali. Lelaki itu berkat kepadanya dalam nada marah.

"Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah." Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur. Beberapa kali dia beristighfar...sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Di gosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.

Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. 

"Nazar apa?" tanya si anak.

"Begini...semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan," jelas si ibu. 

"Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama termenung. 

"Apalagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si ibu.

"Gali kubur? Tapi...bukankah kubur hanya untuk orang mati?" soal si anak penuh kehairanan. 

"Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insyaallah mak akan selamat, " ujar si ibu selamba.

Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa..


"Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku. Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku."

Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk mengambus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. "Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya. Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang.

Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara..

" Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami," pelawanya penuh sopan.

Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut. Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. 

"Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?" tanyanya lagi. 

"Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat." 

Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. 

"Semasa di dunia, " jawabnya tersekat-sekat.

".. aku perempuan soleh. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku...maka itulah Allah jadikan kuburku ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." Insyaallah, " jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.

Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata bercucuran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semula selepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itupun bersuara. 

"Dia arwah isteri saya" kata lelaki itu sayu. 

"Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana," jelas si ibu itu. 

"Baiklah...aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya," sambung lelaki itu lagi.

Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. 

"Bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya si ibu itu. 

"Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali...

Sabda Rasulullah saw... "Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: Mengapa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab. Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suamimya." 

p/s Kalau suamiku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah...Aduhhh, kalau TUHAN sudah di hati, cinta sesama insan sudah sebati..tulen dan suci


Monday, April 12, 2010

Jadikan kami penyejuk di mata SUAMI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

 

Sucikan 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Pencitamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu"

*******************

Terkedu

Tidak mampu berkata-kata, terkunci

Aku, dia dan dia lagi terdiam..(tidak berani/takut 'tersalah' komen) hermmmmmmmmm

??????????

******************
Tiga hari berkampung di SK Kampung Selamat. Terlibat dengan program Pintar SAGA (salah satu program kecemerlangan under PPD Kunak). Kali ini kami 'bekerja keras' untuk mencapai target 2010. Sasaran PPD perlu direlisasikan. Sebagai 'pekerja', kami akur. Mengajar dan mendidik anak bangsa, moga menjadi pelajar yang cemerlang..Moga bukan cemerlang di 'sini' sahaja, harap cemerlang dan gemilang di 'sana'..Ameen

Adanya aktiviti seperti ini, menjadi medan rakan guru berkumpul beramai-ramai. Aku difahamkan, lokasi kami yang paling meriah (SK Kmpg Selamat utk PMR dan UPSR), SMK Madai utk STPM dan SMK Kunak utk SPM)..Mana tidaknya, kombinasi sekolah rendah dan menengah..Best 'bangat'

Bila berkumpul macam ni, macam-macam juga cerita yang timbul (yang tak patut diceritakan pun ada. "Alahai kakak-kakak2 ku sekalian, menahan malu sudah kami" ). Dengar je la..sambil tersenyum.hehehehehehe. Suasana yang agak 'happening' dengan tawa dan usikan tiba-tiba terhenti...

Rumah tangga, rakan sekerja 'berantakan'. Mahligai yang dibina 12 tahun berkecai. Puncanya? Ntah la, aku pun tidak pasti (Moga dijauhkan daripada fitnah). Yang menarik perhatianku, si isteri pernah mengalami 'masalah' ketika hendak bersalin. Bertarung nyawa untuk melahirkan anak hasil pekongsaian kasih dengan suami. Macam-macam cara digunakan, doktor pun naik pening. Ntah di mana silapnya (biarlah menjadi rahsia antara mereka), si isteri terpaksa diminumkan air basuhan kaki si suami..Itupun setelah habis ikhtiar...(baru dapat bersalin dengan mudah)..Nauzubillahminzalik

* moga sama-sama ambil pengajaran, bagi isteri dan bakal isteri. Suami pun boleh juga..

**********************

"Jangan derhaka kepada suami" Bicara seorang kakak senior, anak dah 4 orang. Membuka 'diskusi' yang baru bermula.

"Syurga isteri ada dengan suami, taat sahaja kita sudah dapat pahala" balas kakak senior yang lain. Anak baru 1, suami jauh nun di sana, Kuching

"Di dunia Allah dah tunjuk, akhirat nanti lagi la Allah nak balas. Selagi sempat, bertaubatlah" Pesan kakak yang seingat aku anaknya sudah 3 orang

Diam, diam dan terus diam..masing-masing tenggelam dengan 'monolog' diri ...Macam-macam tafsiran yang dibuat. Aku? 

Seusai majlis, aku bergegas pulang. Seiring dengan kakak senior anak 4..tiada lagi 'diskusi' seperti tadi. Fikiranku masih berlegar dengan apa yang aku dengari tadi..Nasi kangkang!!! Tergamakkah???

********************

p/s Dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara. Destinasi penuh pancaroba dihuni oleh insan yang bergelar 'kita'. Menumpang sementara waktu bagi menuai hasil di akhirat kelak. Jambatan menuju ke sana yang abadi hanya ada DUA persimpangan. Jalan lurus atau jalan bersimpang siur. Jalan lurus penuh mujahadah, cukup pahit kerana syurga di sana manis. Biasanya ubat itu pahit tetapi menyembuhkan. Begitulah kehidupan, perlu susah dulu senang kemudian..buat baik dibalas baik, buat jahat nerakalah tempatnya. Jangan dituding jari ke arah orang lain, sebab yang 9 lagi menunjuk ke arah diri kita, insan yang lemah. Jangan mencari jalan singkat untuk memperolehi sesuatu, kerana NAFSU tidak pernah tidur dalam melalaikan kita. Syaitan 'and the geng' sudah berjanji akan terus berusaha menyesatkan kita..Wanita adalah senjatanya, cukup ampuh bagi yang leka, lena dalam keseronokan..Bersyukur dengan apa yang ada, kerana 'halawatul' iman itu hanya dapat dirasa bagi mereka yang sentiasa bersyukur dengan nikmat..Ya kalau kita bersyukur dengan yang sedikit, pasti kita mensyukuri nikmat yang melimpah..

"Ya Allah, lindungi kami para wanita, muslimah ini. Jadikan kami hamba yang bersyukur dengan segala pemberian-MU..Jangan Engkau sesatkan kami dalam menggapai redha-Mu. Ingatkan kami apa yang kami lupa.Ameen"



Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 8, 2010

Tolong Beritahu Dia


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..


Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..



p/s Aku pun tidak tahu bila dan di mana aku copy 'entri' ni. Yang pasti, sebelum pergi keje pagi tadi sempat 'xplore' laptop ni..terbuka document 'ntah apa2'..
Untuk penantian Bintulu, duku kini dan selamanya

Wednesday, April 7, 2010

Teman Sejati


“ Teman sejati ialah orang yang meraih tangan dan menyentuh hatinya.”

p/s Aku merindui dia yang bernama kawan, aku merindui dia yang bernama teman, aku merindui dia yang bernama sahabat...ukhwah fillah

Sunday, April 4, 2010

Istirehat yang panjang..tp bz

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Segala puji hanya untuk Allah, pencipta sekalian alam…Alhamdulillah

Syukur kerana masih mempunyai ruang untuk terus ‘melewati’ laman ini. Masih punya waktu dan masa untuk terus ‘menarikan’ jari jemari..pantas!!!

Hampir 3 minggu, blog kesayanganku ‘membisu’

Hampir 3 minggu juga aku ‘tidak’ dan ‘kurang’ melayari alam maya ini..

Uhhhhhh!!!!

Masih ada kekuatan yang ‘sedikit cuma ini..mesti dan harus aku luangkan. Meskipun sekejap..

Di facebook pun aku tidak lagi ‘seaktif’ dulu..sahabat bertanya kenapa diam?? lewat email dan sms di ‘hp’

Aku ‘busy’…

Program penyerahan anak angkat PMR berlangsung ketika aku 'bz' menyiapkan soalan ujian Mac. Aku dpt anak angkat 3 tahun berturut-turut. Kalau 2 tahun lepas, pelajar muslimin tapi kali ni 'pengarah' menyerahkan pelajar muslimah untukku bimbing sebelum menjelang PMR. Buat pertama kali, seorang pelajar menitiskan air mata ketika aku bertanya 'solat kah'....

 Anak angkatku..Nabilah Nor

 Pelajar PPIM yang mewakili sekolah MSSZK

Cuti sekolah yang hanya seminggu (syukur sebab cikgu je yang selalu cuti ni..hehehe), aku habiskan dengan memunggah barang dari rumah (flat sekolah) ke rumah baru (aku pindah rumah baru. Yang pastinya segalanya baru..Penantian Pangkalan Madai)…hehehehehe

Seronok sangat

 Diawal pagi, kebun peneman setia..melihat 'mereka' membesar

Akhirnya dapat merasai rumah sendiri..Alhamdulillah..Laman Bonda yang menjadi impianku hampir-hampir menjadi kenyataan. Moga Allah permudahkan segalanya..(jalan raya masuk ke laman bonda sudah berturap seminggu sebelum aku berpindah)..sedihnya, line kat tempat baru ni 'slow' sangat. Tu yang malas nak buka internet..GPRS vs 3G..aduhhh

Bonda mengadakan sedikit kenduri..tapi dikalangan keluarga terdekat sahaja. Terasa bahagia sangat dapat berkumpul ramai2 macam ni. ‘ Maaf kepada kawan-kawan yang ter’miss’ dijemput. Majlis ‘naik rumah’ yang ‘second’ akan diadakan kemudian sebab yang pindah ni aku dan adik bongsu je. Bonda n the geng belum lagi. InsyaAllah sekali dengan majlis tu..hehehehehe. Tu bonda yang pesan kalau2 ada yang bertanya kenapa tidak di ‘inform’ buat majlis..(memang dah ada yang kecik hati pun..Ampunlah.huhuhuhu)

 Ini hasil tanganku selepas setahun..puas

Hari pertama cuti, my bestfriend kahwin..sapa lagi kalau bukan Alam Shah Hafidz dan Kak Kasmah Hj Karim. Meriah majlis ni..Lepas tu terus 'pecut' ST 3218 M ke Tawau, majlis Liza pulak kat Muhibbah sana. Moga kalian akan terus bahagia hingga ke syurga. Ameen

 Alam Shah Hafidz dan Kak Kasmah Hj Karim

My frienad..Liza

Esoknya..tetamu yang kunanti tiba dari Bintulu. Cuti ni aku  berteman ke mana sahaja. Terima kasih kepada sahabatku dari Bintulu..terima kasih kerana sudi luangkan masa menemaiku seminggu ni..Aku menghantarnya ke airport Tawau, tak sangka bertemu pula sahabatku Kamaruddin Mohd Rafi dan isteri serta keluarga..(sekilas kebahagiaan kutemui di sini)

 Di Airport Tawau pukul 8 malam, menanti ketibaan Bintulu

Buka sekolah..aku jadi pening2 lalat. Rutin harian bermula lagi..Sibuk dengan Mesyuarat Agung PIBG sekolah..tugas Bendahari Kehormat bukan senang..Nasib baik laporanku sudah siap diaudit sebulan lebih awal. Cuma, MA kali ni yang ‘rumit’ sikit. Perasmian oleh YB dan pelancaran logo PIBG serta augerah sumbangan pelajar cemerlang diadakan sekali dalam MA. Dalam fikiranku ‘berapa banyak lagi duit yang perlu aku kelarkan.Aduhh!!’ (bukan senang nak kelurkan duit ni, bila dah keluarkan lain pulak ceritanya).

Tapi..Alhamdulillah, sejam selepas majlis MA aku terus ke rumah bonda. Ambil bonda dan ‘memecut’ ke kedai cermin ‘Casa Impian Kunak’

Aku dan Setiausaha Kehaormat PIBG melepas ‘geram’. Dia mengabiskan masa pagi Ahad dengan tido. Aku? Pastinya menghabiskan masa di kebun...bercucuk tanam bersama bonda..cucuk dan tanam..hehehe 

Banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ni. Ada yang sedih dan ada yang menggembirakan aku. Ayah kepada rakan guru, Kak Rosmiati Anuar telah kembali kerahmatullah pagi Selasa. Kak Ros kini menjadi rakan sekampung sebab dia pun tinggal berdekatan dengan rumah baruku. Aku melihat wajah allahyarham sebelum dimandikan dan selepas dimandikan. Meninggal pukul 7 pagi, dan aku mendapat panggilan pukul 8 pagi..bergegas ke sekolah untuk mengambil rakan guru yang lain sebelum bertolak ke rumah Kak Ros. 

p/s Aku melihat kematian di mana-mana sahaja. Tidak kira masa, tempat dan siapa. Janji Allah itu pasti, janji Allah itu benar. Yang hidup akan menemui ‘kematian’. Tiada siapa yang dapat menghalangnya..Ya, aku dan kita semua perlu bersiap sebelum mati itu datang. Bersiap seperti aku menyiapkan laporan PIBG, kena lebih awal. Tapi mesti lebih ‘mantap’ kerana mati itu kita tidak tahu ‘due date’nya. PIBG ada tarikh yang telah ditentukan tetapi MATI? Bila-bila masa, bila ‘dipanggil’..Perlu bawa ‘amalan’ bukan lagi ‘laporan Bendahari Kehormat’..itu yang selalu aku ingatkan pada diri yang kerdil ini