BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Showing posts with label Taman Syurga. Show all posts
Showing posts with label Taman Syurga. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Menuju taqwa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Salam ramadhan ke 28..

Menuju 'taqwa'



Perbezaan Tudung Labuh dan Tudung Biasa (Dari wallpost rakan fb)

Mungkin tudung biasa pun dah kira menutup aurat, tapi tudung labuh tu lebih berhati-hati (taqwa) daripada tudung biasa kot-kot ditiup angin dan sebagainya.

Saya andaikan disini tudung biasa tu adalah tudung yang tak labuh, cukup-cukup makan je tutup aurat menurut al-Quran. Tudung bungkus aurat tak termasuk penulisan saya ni sebab saya tak iktiraf tudung berkenaan sebagai menutup aurat.

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Al-A'raf: 26)

****

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:

Ertinya: Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?

Jawab Ubay: Pernah

Umar: Bagaimana kamu lakukan?

Ubay: Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri.

Umar: Itulah juga sifat taqwa

****

Seorang lagi sahabat, iaitu Abu Darda r.a berkata:

"Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah (arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram."

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini BERSUMBERKAN sebuah hadis nabi, yang ertinya :

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh)

****

Ali Bin Abi Talib merumuskan ciri taqwa itu sebagai :

"Taqwa itu adalah TAKUT kepada (azab dan murka) Al-Jalil (Allah), YAKIN teguh dengan apa yang diturunkan (seluruh inti Al-Quran), REDHA dengan sedikit (nikmat dunia), SEDIA menghadapi hari pemergian kematian)."

****

Jadi, pada asalnya, bertudung labuh adalah ciri-ciri pakaian orang yang bertaqwa.. Namun, telah banyak diselewengkan oleh orang lain... Ada yang mencampur adukkan pakaian syuhrah, ketat sendat di leher dan sebagainya..

Allahurobbi....
Jadi, pakailah pakaian yang bertaqwa.....
InsyaAllah... Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa..

p/s ''Kalau kalian mahukan BAKAL SUAMI yang baik sisi agamanya, maka usahlah sempitkan pilihan kalian hanya kepada mereka yang dipanggil USTAZ. Berhenti sebentar & lihatlah sekeliling, ternyata masih ramai lagi PEMUDA yang BUKAN USTAZ namun terlebih wajar dinikahi kerana jernihnya fikrah agama yang mereka miliki. Kahwinilah lelaki yang jadikan Al-Quran & agama sebagai akhlaknya. Bukan kerana gelaran atau tahap pendidikan agamanya.'' ...InsyaAllah...

Tuesday, August 23, 2011

Di sebalik..

Salam ramadhan ke 24

Moga Allah menerima amal 'kebaikan' kita pada saat ini..Amin



Entah, terlintas sesuatu di fikiran tadi. Seusai membersihkan ruang tamu. Segala kekotoran dibersihkan, di celah2 kerusi dan sofa..Tiada habuk 'degil' lagi yang kelihatan..Alas meja sudah bertukar warna..Yang kotor sudah di 'Daia' dalam baldi bilik air..Biar wangi dan menyegarkan..Semua ini dilakukan selepas bonda dah berkali-kali mendesak...Bukan tidak ingin dipenuhi 'desakan' bonda tapi ada 'tugas' yang perlu disegerakan..Bonda memahami..Akhirnya, segalanya selesai

Cantik rumah Bonda bila sudah bersih,
Kemas dan teratur,
Rasa aman dan damai,
Sejuk hati yang menduduki,

Alangkah indahnya,
Diri ini bila turut 'dibersihkan',
Tentu lahir keindahan,
Si 'Soleh' dan 'Solehah'
Tenang hati yang 'memiliki'

Macam tu la yang 'bermain' di benak fikiran..Tangan asyik menyapu sampah tapi fikiran jauh 'menerobos' sesuatu yang 'simbolik' disebalik semua ini..Membersihkan laman akan mencantikkan 'empunya' rumah'. Cantik dipandang. Apatah lagi bila rumah itu diberi 'nafas' Islami..Pasti malaikat 'menaungi' penghuninya..Allah memberkati segala isinya..Allahuakbar, seperti diri kita juga. Bila di'hiasi dengan keindahan 'taqwa' pasti akan terserlah 'keberkatannya'..Semua suka, semua sayang..Allah dan Rasul-NYA lagilah sayang...Aku tersenyum..

"Tiap sesuatu itu tidak Allah ciptakan dengan sia-sia"

p/s Alunan surah As-Sajadah oleh Imam Muda..Indah Kalamullah...Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka..Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka..Setitik air mata ibu kerana perangai jahat anaknya, selamanya kamu dalam neraka selagi tiada keampunan dari ibumu..

Wednesday, February 23, 2011

Ambillah Waktu Itu..

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumberalah rahsia dari kekuatan..
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahari masa muda yang kekal abadi..
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah..
Ambillah waktu untuk bersahabat, kerana itu jalan menuju bahagia..
Ambillah waktu untuk tertawa, kera itu muzik yang menggetarkan jiwa..
Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa beerti..
Ambil waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan..
dan..
Ambillah waktu untuk beramal, kerana itu KUNCI menuju syurga
p/s Sarat dengan bebanan tugas yang bukan sahaja 'membukit' malah sampai ketahap 'menggunung'. Moga Allah beri kesempatan untuk 'melangsaikan' amanah ini dengan baik..InsyaAllah..terima kasih kepada insan yang menghadiahkan buku DETIK-DETIK MASA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM (Dr. Yusuf Al- Qardawi) dan CD Al-Quran..Moga bermanfaat buat diriku

Thursday, January 27, 2011

Yang Cantik Itu..

From FB Ammar Wajihah

Seindah Mawar Berduri..

Yang Cantik itu......

Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….

Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” lah Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. ” Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.”lah Ruum : 21.

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu.”An Nahl :72 

p/s Kini berada d Kota Kinabalu..Ketibaan malam semalam disambut dengan rahmat 'renyai-renyai' Ilahi..Suasana sekitar airport lengang. Pemergian tadi ditemani oleh ayahanda, bonda dan my 'fiance'..Moga Allah 'menyintai' kalian semua..Tak sabar menanti siang menjelma..nak shopping!!! menyelam sambil minum air dan tanggap sotong besar..hahahaha. Apa2 pun, moga segalanya selamat. Petang nanti menuju ke The Palace hotel...selamat berkursus (^_*) 

Tuesday, December 21, 2010

Tarbiah..



Salam..

Selamat pagi..

Salam sejaktera..

Salam 1 Malaysia..

Bu Laits berkata..
"Sesiapa yang menjaga dan mengingati 7 kalimah, maka dia mulia di sisi Allah S.W.T dan malaikat-NYA serta diampunkan dosanya walau sebanyak buih dilautan dan merasa manisnya keimanan dan ketaatan kepada Rabbul Alamin serta hidup dan mati keduanya dirasakan baik baginya"

Kalimah itu ialah..

1) Ketika akan berbuat sesuatu bacalah: Bismillah..
2) Ketika selesai membuat sesuatu, bacalah: Alhamdulillah..
3) Jika terlanjur dari lidahnya sia-sia dan amal yg tidak baik, ucaplah: Astagfirullahal adzim..
4) Jika akan membuat sesuatu pada esok hari, ucaplah: InsyaAllah..
5) Jika menghadapi kesukaran selalu, bacalah: La Haulawa Kuwata Illa Billahil A'liyyil adzim..
6) Jika ditimpa bala, ucaplah: Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rhajiun..
7) Siang dan malam lidahnya berzikir: La Ilaha Illallah..

* teringat kata-kata ustaz Das'ad Latif dalam sesi tausiahnya..'yang senang/gambang tu masuk syurga,bkn neraka

p/s Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya.Terima kasih ya Rabb.Terlalu besar nikmat kejayaan ini. Moga Aku sentiasa menjadi hamba-MU yang bersyukur.Amin..hehehehehe

Sunday, October 3, 2010

Mesej Dari Rakan FB

Jika engkau sudah merasakan nikmatnya dekat dengan Allah, nescaya engkau dapat merasakan bagaimana pahitnya jauh dari Allah

p/s Terasa sunyi 4 hari ni. Adinda bongsu dan 2 rakannya serta Cikgu Latifah yang memenangi pertandingan Maxis Cyberkids 2010 peringkat negeri Sabah bertolak ke KL Jumaat lepas untuk meneruskan 'persaingan' ke peringkat Kebangsaan di PD Negeri Sembilan. Terasa sunyi tiada teman sembang sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja. Sampai ke hari ini belum ada khabar berita (adik pesan jangan hubungi sebab HP ada dengan cikgu Latifah. Lagipun jadual kami 'ketat' sangat. Habis program baru boleh 'call'). Moga segalanya dalam rahmat Allah

Sunday, August 22, 2010

Bidadari DUNIA vs Bidadari SYURGA


 


Bidadari tercantik & tidak mampu digambar oleh aqal & mata buat lelaki soleh di syurga. Ketahuilah berdasarkan dalil Quran & Hadis, dari kalangan bidadari itu adalah isteri & wanita solehah di dunia ini, apabila mereka ke syurga, akan di'transform' untuknya semua sifat bidadari yang disebutkan oleh Allah sehingga jadilah mereka seorang darinya, Ramadan semestinya mencerahkan peluangmu. Hanya WANITA SOLEHAH & untuk LELAKI SOLEH.! 
( Petikan drpd Ustz Zaharuddin.net dlm FB)
p/s Seindah Mawar Berduri, kerana dirimu begitu BERHARGA

Sunday, July 25, 2010

KEDATANGAN IBLIS KETIKA SAKARATUL MAUT (ROMBONGAN 1)

MATI itu PASTI

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia , bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW.
Menerangkan : 

Yang bermaksud : " Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. 

TO BE CONTINUE .. 

P/S Tiada hadiah yang paling berharga selain daripada NASIHAT yang BAIK

Monday, July 12, 2010

Mujur Dosa itu Tidak Berbau


 Langkah terhenti..

Niat untuk ke pejabat dimatikan. Terkedu seketika tatkala terpandang cebisan majalah yang telah 'dikoyak' tertampal di meja salah seorang rakan sekerja. Ada 3 kesemuanya. Namun tajuk di atas yang menjadi santapan mataku..

Bayangkan andai dosa yang kita lakukan itu 'dibayar' dengan 'bau'. Dari sekecil-kecil dosa hingga yang sebesar-besar dosa. Dosa ini lain baunya, dosa itu pun lain baunya..Semakin besar dosa itu, maka semakin bau diri kita. Adakah sesiapa yang ingin mendekati diri kita? Sudah pasti semua 'menjauh'. Pasti juga tiada manusia yang melakukan 'kejahatan'. Sebesar zarah pun tidak ingin 'disentuh' dosa itu..Itu kalau dosa..

Kalau amal kebaikan pula dibayar dengan wangian yang cukup menusuk kalbu. Sudah pasti semua akan 'mendekat'. Manusia pasti akan berlumba-lumba mengejar amal kebaikan..Ya, untuk 'melekatkan' wangian pada diri..Aromanya usah pasti menusuk ke hidung, menyemarakkan panorama dunia. Menjadi terapi kepada orang lain agar berusaha 'memiliki' wangian itu..Siapa yang tidak suka wangian? Semua pasti suka kerana wangian itu lambang kebersihan..Islam itu bersih, sempurna serba serbi..

Tapi Allah tidak 'bayar' sedemikian itu. Tanda Allah cukup sayang kepada hambanya. Diberi kita akal supaya dapat berfikir tiap kejadian ciptaan-NYA. Akal yang satu ini untuk menilai kekhilafan diri. Sebab Allah sudah siapkan 'syurga' dan 'neraka' di sana. Setiap amal kebaikan dibayar dengan 'syurga' dan sebaliknya. Kalau di dunia fatamorgana ini, acapkali pengadilan yang 'tidak adil' berlaku. Yang salah bisa jadi benar, yang benar bisa jadi salah. Penindasan juga pasti terjadi..Kasihan kepada yang teraniaya padahal yang 'berdosa' itu terlepas dari 'tangan' dosanya..hingga lupa bahawa pengadilan 'sana' pasti tiba. Tiada lagi dolak dalik. Benar dan salah akan dipertanggngjawabkan. Manusia tidak mampu lagi membela diri. Hanya anggota yang kita usung saban hari 'berbicara' saat itu..Aduhhh, tiada siapa dapat membantu..Di dunia kita masih mampu 'menyembunyikan' doa daripada pengetahuan manusia lain, namun MUSTAHIL menipu ALLAH dan DIRI SENDIRI!!

P/S Bulan Julai bz dengan tugasan. Usaha untuk menyiapkan apa yang patut sebelum menghilangkan diri dari tugas 'rutin' sebelum 16 hingga 19 Julai dan 23 hingga 26 Julai..'Lari' sebentar untuk merehatkan minda yang kusut barangkali. Moga rahmat Allah selalu bersama kita semua..Ameen ya rabb

Wednesday, March 31, 2010

Jom Muhasabah Diri



Renungkan Bersama..

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang
ini.TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh
orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita
yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya
dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu
sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan
pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah
orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran
Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang
memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat
Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan
walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih
kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada
ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi
merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu
bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak
mendidik menjadi anak anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah,
sembahyang,hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak
didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan
bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan
buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang
anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di
buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi
anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang
kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa
yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI
dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung
banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi
dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia
tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunna h Nabi SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah.
Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai
macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai
juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang
suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang
suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2,
kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam
semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3,
kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada
kedua-duanya atau ketiga -tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai
diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan
berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas
yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong
tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku
berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu
sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

p/s Bintulu, Moga 2 menjadi 1 akan tercapai.Ameen

JIKA AKU JATUH CINTA





 “NILAI HIDUP LETAKNYA PADA HATI DAN PERASAAN…
BUKAN PADA HARTA DAN KEKAYAAN…
SESUNGGUHNYA HIDUP INI HANYA SEMENTARA..
DI AKHIRAT SANA YANG KEKAL ABADI…”

DUNIA INI HANYALAH PERSINGGAHAN SEMENTARA UNTUK KITA MENIKMATI KHAYALAN YANG PENUH DENGAN KEDUKAAN…..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada insan yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk terus mencintai-Mu….

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu…

Ya Allah, jika aku jatuh HATI, izinkanlah aku menyentuh HATI insan yang HATInya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta dunia…

Ya Rabbana, jika aku jatuh HATI, jagalah HATIku padanya agar tidak berpaling HATI dari-Mu….

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada insan yang merindui syahid di jalan-Mu….

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu…

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihku, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya munajat di sepertiga malam terakhir-Mu….

Ya Allah, jika aku jatuh HATI pada kekasihku, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu….

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihku, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu…

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa HATI-HATI ini telah berhinpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa untuk taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu,. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah HATI-HATI ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan keindahan bertawakkal di jalan-Mu….
Ameen Ya Robb….

p/s Moga orang di sana mengingati orang di sini 

Sunday, February 28, 2010

Air Mata

Bila membicarakan hal air mata, sering terbayang di minda kita bahawa air mata dikaitkan dengan 'kesedihan', 'kepiluan' dan perasaan yang lahir dari sesuatu yang kita tidak inginkan berlaku tetapi berlaku pula yang sebaliknya. Iya, takdir di sebalik tadbir manusia yang menencana. Namun, tidak kurang juga tangisan lahir dari hati yang penuh kegembiraan tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah limpahkan..Itu yang lazim kita lihat dan rasa. Air mata juga merupakan senjata ampuh bagi seorang wanita (kalau digunakan kearah kebaikan). Kerana air mata ini mampu meruntuhkan keegoan seorang lelaki. Mungkinkah???? Perlu diingatkan bahawa, kerana air mata ini jugalah manusia boleh terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka..kerana air mata sahaja...MasyaAllah, hebatnya 'kuasa' air mata ini




Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.



Tangis tercela atau terpuji
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.




Junjungan Mulia bersabda:
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)
 
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
 
sampaikanlah walau satu ayat 



p/s Moga Air mata keinsafan seringkali 'membanjiri' lautan kasih kita kepada Allah. Menangislah selalu..


Friday, February 26, 2010

CINTA - VISI DAN MISI

Minggu lepas, beberapa rakan dan sahabat menghubungiku melalui sms dan 'call'. Banyak yang kami ceritakan dan kadang-kadang cerita itu berkaitan dengan rumah tangga mereka (opppp!!aku belum kahwin lagi). Maybe mereka bercerita memandangkan aku dalam proses ke arah 'sana'. InsyaAllah, doakan aku menuju cinta yang Allah redhai ini. Mengharapkan aku memahami bahawa 'alam' itu memang indah tapi perlu juga diingati ianya datang dengan 'ujian'. Ya, aku mengerti itu..Rumah tangga boleh jadi syurga dan juga boleh jadi neraka..Itu yang pernah aku baca dalam beberapa majalah dan blog rakan lain. Bagaimana untuk mencorakkannya, terpulang kepada pelukis dan pewarnanya (aplikasi PSV yang aku ajar di sekolah..hehehehe (^_^).  Apa yang baik aku ambil sebagai panduan, mana yang kurang elok dan perlu dibuang ke' tepi' aku jadikan itu sebagai sempadam esok hari..Terima kasih kepada sahabat yang selalu berkongsi cerita.. 

 
Hargailah erti sebuah CINTA yang halal buatmu

Namun, aku ada sedikit perkongsian yang aku perolehi daripada entri Ustaz Hasrizal Abd Jamil semasa forum bersama panelis Ustaz Habiburrahman el-Shirazi iaitu novelis AYAT-AYAT CINTA (AAC) DAN KETIKA CINTA BERTASBIH (KCB 1&2). Alhamdulillah, aku telah menonton filem 'terhebat' ini..

 
Baiti Jannati..InsyaAllah
 
Menurut beliau, al-Quran telah memaparkan 4 jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi. 4 jenis misi dan visi yang berlainan..Hal ini juga terjadi dalam rumah tangga kini. Di mana ada isteri yang solehah tapi mendapat suami yang 'derhaka'. Terdapat juga yang sebaliknya apabila si isteri yang 'derhaka' mendapat suami yang 'soleh'. Itu pun kira bersyukur kerana salah seorang masih menginagti Pencipta dan insyaAllah boleh 'memandu' pasangannya. Bagaimana pula dengan suami dan isteri yang dua2nya derhaka. Persis Firaun dan isterinya..Nauzubillah...Namun, cinta yang kekal dan terus tumbuh mekar di syurga yang tiada tolok bandingannya ialah cinta Rasullulah bersama kekasih hatinya Saidatina Khadijah yang berjaya mempasakkan visi dan misi kepada Allah yang Esa...Semoga kita menjadikan rasulullah contoh tauladan terbaik..Banyak yang perlu aku pelajari lagi...huhuhuhu

 
Berkasih hingga ke SYURGA


Berikut contoh visi dan misi cinta seperti yang ada di dalam al-Quran

NUH DAN LUT

Mereka berdua adalah insan yang soleh. Rasul utusan Allah, ‘alayhim al-solaat wa al-salaam.
Tetapi Allah menguji mereka dengan beristerikan wanita yang durhaka kepada Tuhan. Begitu juga dengan sang anak. Si suami menyeru manusia kepada Iman manakala isteri pula bermati-matian mempertahankan kekufuran. Rumahtangga dan cinta antara mereka musnah oleh visi dan misi yang bertentangan. Satu memanggil ke Syurga dan satu lagi menyeru ke Neraka.

ISTERI FIRAUN

Sama ceritanya dengan isteri Firaun.
Seorang wanita yang beriman, bersuamikan manusia paling kufur kepada Allah. Gila kuasanya, bukan setakat mahu menduduki takhta kepimpinan malah mendakwa diri Tuhan. Cinta dan rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan pada sempadan iman dan kufur. Seorang tabah mempertahankan iman, tatkala seorang lagi sanggup mati pada menjulang kekufuran hingga tenggelam dalam keingkaran.
Kedua-dua rumahtangga ini saling berantakan apabila cita-cita antara suami dan isteri berbeza. Berlainan pada visi dan misi mereka.

ABU LAHAB DAN UMMU JAMIL

Pasangan ini sehati sejiwa. Mereka berdansa seirama pada meraikan kekufuran mereka.
Suami sangat membenci kebenaran dan menolak kenabian. Isteri pula memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada menyokong apa yang diperjuangkan. Mereka sekepala, satu selera, satu cita-cita. Hidupnya hanya terhimpun pada satu erti. Mereka bercinta dalam perjuangan mendaulatkan Jahiliyyah dan kekufuran terhadap Tuhan.
Mereka ‘bahagia’.
Bahagia pada seiring dan sejalannya mereka menuju Neraka.
Nantikan nasib mereka di Sana!

RASULULLAH S.A.W DAN ISTERI

Itulah contoh teladan utama kita. Uswah Hasanah.
Tiada cacatan pada rumahtangga yang berjaya dan cemerlang itu bermula dengan berpacaran atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian. Apa yang ada, adalah Taaruf dan segala titik mula yang Maa’ruf. Apa yang dicatat adalah merealisasikan cinta pada mencintai kebenaran. Dalam kemiskinan, ketika ada harinya dapur rumahtangga itu ketiadaan makanan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda mengecap kebahagiaan.
Benar sekali… rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia, biar sampai ke Syurga.

p/s Kepada sahabatku, bersabarlah dalam mengharungi setiap ujian dan dugaan ini. bukan anda bersendirian menghadapinya, bahkan beribu malah berjuta yang lain. Yang penting, berjalanlah selagi mampu atas nama yang SATU. Jangan hilangkan DIA dalam meniti hidup yang sementara ini. Sebab kita akan menjadi MAYAT juga esok hari (teringat blog MAYAT)

Friday, February 5, 2010

Hati dan Perasaan



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.



Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis..


Thursday, February 4, 2010

Nikmat Ujian


Jangan sedih selalu tersisih,
Bukan kau saja  ditimpa malang,
Ingatlah para rasul mulia,
Lebih terseksa menderita..



Demikian antara bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh vokalis nasyid Hijjaz, Munif Ahmad. Lagu yang menjadi 'kegilaan' ku semasa di kampus suatu ketika dulu. Hingga kini, aku masih menjadi pendengar setia..:-)

Hari ini, aktiviti tidak sepantas hari semalam. Bukan malas atau culas tapi 'adat' kesihatan yang tidak mengizinkan. Aku demam selsema. Ditambah batuk yang memeritkan leherku. Suara agak parau dan 'keras'. Alhamdulillah, masih tersisa ubat yang dibekalkan oleh 'sahabatku' beberapa bulan lepas. Terima kasih ya Nakajima..Allah gerakkan hatimu untuk menghulurkan bantuan kepada insan yang kerdil ini..Terima kasih sekali lagi..

Ujian ini tidak la berat sangat jika dibandingkan dengan penderitaan dan kesakitan orang lain. Berapa ramai manusia dalam dunia ketika ini, tengah berperang dengan kesakitan. Terlantar di hospital yang menghalang setiap gerak laku mereka. Teringat peristiwa tahun lepas, sewaktu ayahku terlantar selama 2  minggu di hospital Kunak. Aku melihat sekujur jasad yang dahulunya gagah mencari rezeki, 'diam' tidak bermaya di katil. Berbaring sendirian. Ini baru di dunia, bagaimana jika berseorangan di alam kubur? Syukur pada yang Esa, ayahku masih diberi peluang untuk menikmati nikmat sihat. Meskipun tidak 'seaktif' dulu, kami akur. Itulah sunnatullah yang perlu diterima. Yang sihat pasti akan merasa sakit...Sekali lagi aku aku belajar erti sebuah KESYUKURAN. 

Bagaimana pula dengan insan yang diuji dengan kehilangan? Hilang insan yang disayang..Kehilangan harta benda dan seumpamanya. Wahai hamba Allah, bersabarlah kalian..Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan hambanya..

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud:
"Dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Aku perlu bersyukur atas nikmat sakit ini. Allah baru mencubit pahaku sedikit sahaja, mengapa aku perlu meraung dan 'bermalasan' melaksanakan tugas yang maha berat. Petang tadi, setiap kali masuk bilik darjah, perkara ini yang bermain di fikiranku..Dan setiap kali itulah aku gagahkan diri mengajar dan terus mengajar. Tidak mahu KALAH dengan ujian yang sedikit ini..Mesti lawan. Tidak membenarkan lena atas ujian yang tidak seberapa ini. Bersangka baik dengan sang Pencipta. Mungkin Allah ingin menghapuskan dosa-doaku sebelum aku menghadapi pembalasan di akhirat kelak. Atau Allah ingin memberi kesedaran kepadaku, atas  tujuan hidup yang tersasar. Mungkin!! Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Supaya aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. Ya Allah, ingatkan sekiranya aku lupa..

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung..Bersabarlah!!


”Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia medapat kurnia dia akan bersyukur, maka jadilah kurnia itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya.”(Hadis Riwayat Muslim)

p/s Merintih dan terus merintih..Allah sayang hamba-NYA yang selalu mengadu hanya pada-NYA..nangis

Wednesday, January 27, 2010

Apakah Allah Terima Taubatku?

Kamu lakukan Dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat...



Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
(Surah al-Nisa' 4:17)

Kamu lakukan Dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri..



Firman Allah yang bemaksud "Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas Rahmat-NYA"
(Surah al-Nisa' 4:16)

Dia memaafkan kesalahan yang kamu lakukan..



Firmana Allah yang bermaksud "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dariada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan"
(Surah al-Syura 42:25)

Dia memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA





 Firman Allah yang bermaksud "Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendaki-NYA; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
(Surah at-Taubah 9:15)

p/s Selagi ada kesempatan, bertaubat sebelum segala pintu tertutup..sebelum mata tertutup buat selamanya..


Monday, January 25, 2010

Hargai Selagi Ada..

Sekadar renungan bersama...


Kita kadang-kadang keliru antara dua pilihan. Acapkali membuatkan kita terfikir dan terus berfikir. Sampai satu tahap, kita akan berhenti untuk memikirkannya..Antara dua pilihan? Kalau pilihan itu kedua-duanya baik, memamg payah dan sukar untuk membuat nilaian..Kan bagus senadainya antara dua pilihan itu satu yang baik dan satu lagi sebaliknya. Saya yakin, dan anda pun pasti akan memilih yang baik. Sebabnya mudah, lumrah manusia inginkan segalanya baik, cantik, dan menawan..kesempurnaan. Hakikatnya bukan begitu dan jarang ditemui manusia yang dambakan 'kejelekan'..Tidak ada manusia yang ingin berbuat jahat meskipun 'terlanjur' berbuat demikian. Itulah sifat manusia yang selalu leka..lena dalam keseronokan dunia yang sementara..Antara syurga dan neraka, kita memilih yang abadi tapi sikap dan tingkah itu menuju yang 'sementara'..aduhhhhhh susahnya membuat pilihan kalau hati mati

"Jika kamu telah memilih sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, menyenyangkan, berkhasiat..mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..terlalu ingin mengejar kelazatan.? Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..pasti kamu menyesal..Begitu juga jika kamu bertemu dengan seorang insan. Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu..Mengapa kamu berlengah cuba membangdingkannya dengan yang lain. Telalu mengejar kesempurnaan? Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia belalu pergi..Iya, pergi tak kembali"

p/s Kita akan memperoleh yang terbaik daripada orang lain jika jita memberi yang terbaik kepada diri sendiri...Saling memberi dan menerima..:-)

Wednesday, January 20, 2010

Teringat seorang 'kawan'

Ntah la macam mana aku boleh 'moody' sangat hari ni. Rosak hariku disebabkan KUNCI sahaja. Petang tadi, selepas memantau kedai koperasi aku sudah mengingatkan agar kunci dikembalikan kepadaku selepas kedai ditutup. Hingga pukul 5.45, kunci belum aku terima. Akhirnya aku pulang dengan muka yang 'masam'. Risau bila mengingatkan kunci tu. Bayangkan kalau kunci itu hilang, mampus aku!!!

Seusai solat maghrib, aku terus melayari laman blog teman-teman. Perasaan yang pada mulanya 'moody' tu tiba-tiba hilang. Aku melayari blog http://ana-solehah6511.blogspot.com. Terasa ada kelucuan bila membaca entri sahabat tu. Mengingatkan aku pada seorang teman yang hampir-hampir sama dengan perwatakan penulis. Ya seorang kawan yang aku cukup kenali. 10 tahun dulu, dia seorang yang tomboy. Lagaknya persis seorang lelaki. Di mana ada lelaki, di situ dia ada bersama. Pernah sekali aku terserempak dia tengah berpelukan dengan lelaki. MasyaAllah, tapi itu cerita 10 tahun yang lalu..

Selepas aku tamatkan pengajian di negeri orang, aku kembali ke sekolah lamaku Institut Akademik Bakti. Aku hampir tidak percaya, kawan yang dahulunya tudung tunggang terbalik, kini lengkap sebagai seorang muslimah. Syukur sangat atas HIDAYAH Allah...Moga dalam rahmat dan kasih sayang-NYA

 
Contoh terbaik 

Di sini, aku copy entri kawan tu untuk tatapan anda semua. Memang agak 'melampau' jgk entri tu tapi realiti kena terima juga la. Kan UBAT tu pahit tapi MENYEMBUHKAN..:-P
Selamat Membaca..hehehehehe


  Macam-macam ada

Ada apa dengan tudung?
Kenapa gadis-gadis islam kena pakai tudung?
Kenapa Tuhan wajibkan hukum tudung?
Bagaimana nak bertudung?
Apa kelebihan bertudung?

ADA APA DENGAN TUDUNG?
Tudung ada keindahan, keenakan dan kesedapan. *senyum*
Kenapa indah, kenapa enak dan kenapa sedap? sebab terpelihara.


Ambil perumpamaan mudah.
Aku letak dua menu sama di atas meja.
Keduanya adalah ayam goreng.
Satu dilitup saji.satu lagi d biar mengangga.
Kau lapar.maka kau datang melihat dua keadaan.
Aku tanya kau, ayam goreng mana yang akan kau pilih untuk santapan nafsu perut?
Ayam yang tertutup saji atau ayam yang terkuak?
Pastinya ayam yang tertutup saji lah bukan?*senyum lagi*
Kenapa? sebab ayam tertutup saji pastinya lebih ENAK dan SEDAP diratah berbanding ayam terkangkang yang mungkin telah ditaikkan oleh beribu-ribu lalat.
Bukan? faham tak?


Wanita.
Dengar dan pandang aku.
Kalau kau mencari kecantikan, kelangsingan, keseksian dan keghairahan.
Maka bertudunglah.sebab?? penyantap tentunya memilih menu yang tertutup saji kerana mereka pasti menu berkenaan selamat dijamah tanpa was-was, sedap diperut dan enak dihati.


Menu terkangkang?? bahaya.berpenyakit.
Penyantap akan memilih engkau setelah teristihar darurat bilamana mereka lapar dan tidak punya pilihan lain.memakan dengan perasaan terpaksa dan tidak ikhlas.akibatnya?? termuntah dan terberak.

Kasihan.
Maka wanita.
Apa pilihanmu sekarang?
Bertudung?atau bertelanjang?



KENAPA GADIS-GADIS ISLAM WAJIB BERTUDUNG?

Kerana engkau wanita..:-)
Allah ciptakan wanita dengan seni yang tiada tandingan.
Bibir merah basah merekah.pipi mulus bak seludang.dahi licin bak minyak pelincir (haha) rambut ikal mayang bak bunian.betis bak padi bunting.kulit secerah mentari sedingin embun pagi.bentuk badan melengkung bak sebuah gitar.gebu.mampam.padat.bergetah.lagi apa? HAHA.


Lelaki menarik wanita dengan 9 nafsu.nafsu satu ada dilehernya.nafsu dua ada didahinya. Nafsu tiga ada dibetisnya, nafsu empat ada di pehanya.nafsu lima ada didadanya.nafsu enam ada diperutnya.nafsu akhir ada dicelah kangkangnya!woha!seronok? PANG! kahkah.


Okeh move on.
Setiap inci tubuh wanita adalah perhiasan.
Setiap inci tubuh wanita adalah titik rangsangan.
Lelaki ini punya nafsu satu.iaitu wanita.
Makanya setiap inci tubuh wanita itu adalah SYAHWAT baginya hatta sekeping kuku sekalipon.
Tak percaya? habis yang engkau warna kuku itu apa?apasal lelaki tak warna kuku? ini statistik rawak.


Lelaki ini nafsu perempuannya besar.tengok yang bukan aurat pon contoh jemari runcing dan wajah wanita saja pon dah boleh naik syahwat.apatah lagi tengok leher? tengok dada? memang meleleh. Kasihan dekat mereka kan?


Dan inilah sebabnya Tuhan perintahkan gadis-gadis manis bertudung.
Untuk MEMELIHARA KEGADISAN!untuk MENYELAMATKAN NAFSU LELAKI! (wah semangat!)


Kenapa? sebab perumpamaan diatas tadilah.jadilah SANTAPAN TERPELIHARA YANG INDAH,ENAK DAN SEDAP.FAHAM? !haha.
Mahu lagi mantap?
BERTUDUNG LABUH lah!
Mahu lagi hebat?
BERPUDAH LAH!
Ajaib bukan wanita-wanita buatan Tuhan ini?


Sebab kedua.
Memupuk sifat malu.
Dengan TUDUNG wanita otomatik ada sifat MALU dalam diri.
Sekejap.aku nak mengkategorikan jenis tudung zaman sekarang mengikut suka hati aku.haha..


1-tudung terbelah dada.tudung ekin.tudung siti.itu tudung terbelah dada.
2-tudung labuh 60 inci.macam tudung ummi.HAHA.
3-tudung dan niqab.pon macam ummi juga.hahaha.


Nampak? bukan iman dan taqwa saja ada pembahagian peringkat.
Tudung pon ada.


Aku dulu bermula daripada kepala telanjang perlahan beranjak ke tudung terbelah dada sikit-sikit kemudian berpindah randah ke tudung labuh dan insya Allah sedikit masa lagi akan berniqab.
Apa penjelasannya??
Berakit-rakit dahulu berbukit-bukit kemudian.faham? kahkahkah.
Maksudnya enjit-enjit semut siapa maju naik atas.haha.tak tak.aku guraulah.hadoiii kau neh muka ketat tak reti berhibur lah heh.


Mana-mana wanita yang nak berhijrah ke jalan benar eceh kena lah bermula dari bawah.
Setiap peringkat ada cabaran tertentu yang berbentuk presepsi masyarakat, tomahan dan fitnah.
Jadi bukan TAKBOLEH dari kepala telanjang terus nak berniqab.tapi syaratnya JIWA WAJIB KENTAL.
Allah suka perubahan yang sikit-sikit tapi istiqamah bukan?jadi aku risau kalau kau memilih untuk terus duduk diperingkat teratas kau tak boleh kawal cabaran dan kau jatuh kemudian kembali semula kepada asal.itu perbuatan termurka Tuhan.sabar dan takboleh gelojoh.

Kenapa aku cakap tudung mampu memupuk rasa MALU?
Senang.mari aku cerita pengalaman aku.sila ambil tempat masing-masing dengan tekun.haha


Dulu bila aku kepala telanjang.orang lelaki sewenang nak mencuba rasa kulit melepak aku neh.padahnya?? aku lempang sampai mati berdarah ditempat kejadian.see? Betapa samsengnya aku dulu? sumpah percayalah.HAHAHA.
Kemudiannya.


Aku fikir.kenapa orang lelaki begini?aku telek diri.ohh patutpon.aku jenis ayam yang TERKANGKANG,TERKUAK.jadi itu sebab lalat-lalat sial ini tak segan nak hurung dan usik.
Shit!aku menyumpah dalam hati.


Fikir lagi.dengan kepala telanjang aku gelak macam nak rak.WAKAKAKAKAH depan belakang tak hengat orang macam dunia aku yang punya.BEDEBAH!haha.
Implikasinya?? lelaki wanita tak hormat aku pon.suka hati dia nak tepuk tampar bahu pipi aku neh.lagi aku menyumpah..babih! dangkal!!!sensor yee adik-adik.HEHE


Fikir lagi sampai pusing. Fikir macam mana cara nak buat lelaki bodoh ini berhenti usik aku. Wanita ini hormat aku. Lama fikir sampai aku tertidur.tiba-tiba TING!! macam magik.
Bangun saja aku teringat tudung yang telah lama ditinggalkan usia aku waktu itu sekitar 15 tahun. Wohhh kalau lah kau dapat bayang betapa aku sangat mafia dulu, ketua samseng perempuan disekolah hampir setiap hari kena balun sebab bergaduh punya pasal.sama siapa?sama lelaki sial-sial.HAHAHA.seronok sekali ketika itu.HAHA.


Aku cuba bertudung.
Hari pertama.
“pergh!ummi,jadah ko pakai tudung?”kena bantai gelak siolll..:-)
Iblis memang kerja dia suka menghasut manusia.dan bila engkau berbuat kebaikan, manusia mempertikai,mengejek,mempersenda. Itu sifat manusia zaman sekarang, tapi bila kau buat jahat, buat sial mereka akan sorak kau beri semangat.jahanam bukan? hehe.


Aku tabah lagi sebab aku macam dah nekad neh.esok bukak tudung.pastuh nangis. Pastuhpakai lagi. Macam itulah lebih kurang berlanjutan sehingga kehujung peperiksaan menengah rendah.skemanya haha. Alhamdulillah mampu istiqamah dengan tudung pendek.


Dan Inilah yang aku takrifkan sebagai CABARAN HIJRAH.weiih kau ingat hijrah itu mudah? kalau mudah tadanya nabi pecah keringat bergadai nyawa nak hijrah.


Peringkat kedua.
Dah pakai tudung tapi baju lengan pendek.seluar ketat.masalah masih sama.kena usik juga.siul-siul macam burung tiung dekat aku.puih!! aku menyumpahahaha.makluman dulu aku sangat ANTI LELAKI.semua lelaki aku berani hambat dengan batang paip.hah jangan main-main.sebab benci dendam kesumat punya pasal. HAHA. Hampir aku jadi pengkid lah bodoh! haha.


Fikir lagi.aduhh mana lagi tak kena.aku pergi depan cermin.telek diri.
Lorhh patut pon.
Pastuh pakai baju panjang lengan.pakai seluar longgar.pakai baju kurung.


“pergh!ummi alim bodok kau sekarang”heh kena kutuk lagi wehh. Aku senyum dan diam.
Nampak cabarannya?? sebab itu haruslah berperingkat-peringkat.


Peringkat ketiga.
Macam tuh pon masih juga dijeling-jeling lelaki.aduss.aku macam putus harapan sudah.apa lagi?
“adik.adik, abang kirim salam.ada pakwe tak?”serupa babih comel hell aku paling meluat kena sound macam ini bukan berlagak cantik kah apa tapi sangat memalukan ovari aku lah haihhh ayat senafas hambek mu jom makang budu tetiba.HAHA... usia aku ketika ini 16 tahun dah mula masuk asrama.
Argh!tertekan neh sampai ke penghujung spm.aku dirundung kebinggungan..Eceh.haha.


Dan akhirnya!!
Masuk kolej.
Sekali kau hambek!tudung labuh dan jubah siap pakai stoking.

Note: semua tudung labuh aku jahit guna tangan sendiri okeh kecuali 3 ketul.sila kagumi aku. Anda dah semak? tak yah cakap.akak ummi gebus memang hebakahkahkah... anggap saja iklan.


Rakan-rakan terbeliak bijik mata.hairan.aneh.mengerumun aku macam lalat jumpa taik.
“ummi, apasal ummi?kenapa ummi?apakah?siapakah?bagitahu sikit siapa buat kau jadi macam ini?”
HAHAHAHAHA.aku pulak bantai gelak.HAHAHAHAHA.sungguh comel mereka ini.
Ohh disinipon ada episode CABARAN. Orang dok sibuk canang cerita, ummi berubah sebab bekas mengandung. I was like NGAAAAAAA?? KEPALA HOTAK SAMDOL!! Jahanam okeh bawak cerita begini sampai aku hsiteria dua kali dikolej. Jadah haram! sampai mati aku tak ampun mulut puaka sebar fitnah celaka begini.siol.
See? nampak tak bukan calang-calang cabaran nak berhijrah neh, kalau tak kental jiwa memang terkandas habis nyahhhh nokssss.

Mana tahan bai.aku kena tuduh bekas mengandung gila kah apa tuih!!! kononnya aku berubah sebab lelaki.aku berubah sebab cinta.SIAL! hangin betol bila mengenang sejarah luka.haha. Punya suci muka aku neh tak pernah main cinta-cinta semua. Aku kenal cinta pon lepas SPM. Semua cinta-cinta aku duduk jauh-jauh.negeri Sembilan, Sarawak, Pahang dan akhir ini KELANTAN MANIS. auewww. haha. Aku tak pernah sumpah bercinta ditepi semak samun. Ditepi longkang pantai, bertemuduga dengan kekasih dalam kereta duduk berdua bercanda ria aku bahagia -lagu mas idayu. HAHA.TAK PERNAH!! aku kan metal.jiwa rokess beb.heh.


Habis pasal itu.
Eh belum.


Setiap semester aku buat hijrah.balik rumah saja asik dok menjahit tudung labuh sampai emak aku marah cakap “ummi kenapa membazir neh buat tudung labuh banyak sangat?” aku pon selamba katak jawab “alaaa mak, membazir untuk ke syurga bukan berdosa pon daripada bazir pergi salon” gila terbaik kan ayat kencang aku.mak aku terus gelak dan cakap “ummi hebakkk.”see?? aku pon tak menyempat nak bangga riak ujub semua.HAHAHAHA.

Pas tuh hujung bulan.
“mak, minta duit.”
“ehh mak bukan dah bank in minggu lalu kah ummi?”
“habis dah.”HAHAHA anak derhaka betol :p
“larrrr buat apa?”
“beli jubah mak.cantik-cantik, beli tshirt labuh 3 keping.cantik mak”
“ummi, jangan membazir”
“sori mak, ummi dah taksub sangat neh..hahaha”
Comel tak ada anak pisau cukur macam ini? hell saja perangai aku. Suka menyusahkan emak.hehe.
Sori cerita ini macam dah sesat tajuk dah.haha.

Baiklah.
Nampak tak apa yang aku cuba nak tonjolkan disini?
Pada gadis yang punya hasrat untuk BERTUDUNG tapi masih TAKUT-TAKUT, sila kentalkan jiwa anda.tayah takut, cercaan, fitnah semua neh macam kacang saja.tayah layan. Senyum dan diam.pas tuh zikrullah banyak-banyak.Allah nak uji sejauh mana engkau boleh bertahan. Allah nak beri pangkat srikandi tuh.so pliss pliss bertahanlah! percayalah, engkau sangat-sangat JELITA TAHAP DEWA DEWI bila bertudung.

Takpa.
Mula-mula bertudung dulu.terpaksa pon takpa.
Macam aku cakap, sempurnakan menda wajib terlebih dahulu.jangan tunggu niat baik datang baru terhengeh nak pakai tudung. Karang tak sempat dah jumpa kiamat. Tak naya tuh. Sekurang-kurangnya engkau dah lunasi satu perkara wajib. Bila dah biasa, dah sebati. Barulah perlahan-lahan asah niat baik dalam hati, sumpah boleh. Yakinilah! aku dulu pon bertudung bukan sebab PERINTAH TUHAN. Tapi sebab nak lari dari penghinaan. Nak sembunyi kelemahan. Tapi lama-lama Allah kirimkan hidayah.nanti aku cerita pasal hidayah dientry lain.


Jadi.
Bila dah kemas bertudung, secara tiba-tiba terselit rasa malu dalam diri.nak buat jahat taksampai hati sebab bertudung kan.nak gelak besar-besar pon taksampai hati sebab bertudung.nampak? nampak tak hikmah bertudung macam mana?sangat berkuasa mempengaruhi sahsiah si gadis.langkah jalan pon jadik kecik-kecik.duduk pon asik kepit-kepit.betul bukan?

Makanya.
Kepada mereka yang berada ditahap zon SELESA itu jangan bajet bagus sangatlah nak GELI nak JELING tengok wanita yang pakai selendang, pakai tudung ekin, tudung pendek.J ANGAN. Kena sokong. Kena bantu. Kena beritahu.
Tayah dok mengata, mengumpat dekat belakang.menjuih bibir macam mak enon. Sangat HODOH okeh muka kau mencebik.haha.

Bagaimana nak bertudung?
Seeloknya bertudung biarlah labuh melepasi dada.jangan bertudung tapi leher telanjang, dada terbelah.melanggar etika bertudung dalam islam. Tapi takpa macam aku cakap bertudung ini berperingkat-peringkat. Yang penting tudung bukan sebab nak FESYEN SAJA. Sepatutnya setiap pekerjaan manusia wajib bersandarkan nama Allah semata-mata. Kalau tak memang ada saja pincangnya. Susah nak dapat LILAHITAALA dalam kehidupan. Tapi bak kata mak aku “ummi, nak syurga. Jangan malas. Nak Tuhan jangan malas. Cayok2”giler comel mak aku. HAHAHA.


KELEBIHAN BERTUDUNG?
1-disegani dan dihormati.lelaki pon jadi malu nak siul-siul.
Semenjak pakai tudung labuh, Alhamdulillah sangat tada lelaki berani usik sampaikan aku risau.aik? risau tak berjodoh.wakakakakah.hell. Kena yakin dengan Allah. Bukankah wanita yang solehah untuk lelaki yang soleh? Memandangkan disabah ini sangat KURANG SEKALI lelaki soleh maka terpaksalah aku redha tak merasa dimengorat kah apatah.sebab dekat kampong ramainya kutu rayau mat rempit adehhh. Risau den.HAHAHAHAHAHAHAHA!


Mak cakap ‘saham ummi terlalu tinggi untuk penempatan kampong orang asli (orang asli?HELLO!omong dengan tangan.haha) ini walaupon bukan graduan agama.”aku?hahahahahahaha bangga siol bersarang dalam jiwa tapi Allah murka terus cepat istigfar..

2-nampak ayu, nampak jelita.nampak kegadisan terserlah.orang memandang pon sejuk saja.
3-makcik-makcik berebut-rebut nak buat menantu hanya sebab anda bertudung? kan? bukankah seronok?..:-)
4-wanita bertudung ini sangat cantik kalau nak tahu.betul tak tipu.kenapa cantik?sebab kulit terpelihara dari lapisan ozon yang perit.ceh pepandai aku buat teori sendiri.haha.eh betul.kulit wanita bertudung sangat terjaga.putih mulus.berseri wajah tawwww.auwww.hell...ooo..haha.


Lagi apa? tolong senaraikan.letih mak nak perah minda neh nokss.sila.sila.

Dan lagi.
Wanita bertudung itu sebenarnya seksi.*terkebil-kebil*
Betul tak tipu.jadi wanita-wanita semua, marilah bertudung beramai-ramai.tak rugi bertudung taw.


Dah Allah cakap wajib bertudung bukan sebab nak sekat kebebasan wanita tapi sebab Allah sayang wanita banyak dari lelaki tau.sebab itu Allah keluarkan perintah wajib bertudung nak jaga, nak pelihara kaum hawa.nak angkat kehormatan wanita.aduhaii Allah baik hati sangat, kenapa masih tidur?..:-)

Oh dan lagi.
Berkenaan kes wanita bertudung tak kiralah tudung pendek, tudung labuh, purdah yang TERLEPAS BUAT PERANGAI, jangan sesekali MUDAH MENGHUKUM.ada sebab kenapa begitu dan kita kita kena tanya apa punca dan cuba tolong selesaikan, tak lut juga baru berdoa.jangan berdoa tapi kerja tak buat.biar Allah yang buat keputusan sebab Dia yang MAHA BERHAK ke atas hati-hati manusia..aku dan engkau bukan Tuhan nak rejamkan manusia lain dengan penistaan.anggap saja itu UJIAN bagi mereka.kita sama-sama berasal dari setitis air yang sangat HINA dan kembali kepada tanah yang TAK BERMAKNA.jadi bilamana ada saudara-saudara kita yang TERSESAT ARAH kena bantu secara berhemah.lagi tak best mereka-mereka yang TAHU AGAMA pon ikut sekaki mengumpat.

Sitelanjang mengumpat si tudung.
Si tudung mengumpat si telanjang.
Sampai bila persengketaan?
Bila islam nak tertegak kalau begini?
Dan pemulanya adalah kita.YANG TAHU HUKUM.YANG TAHU AGAMA.
Plis lah,jangan sombong sangat.heii aku bernanah betul melihat panorama SOMBONG ini dikalangan mereka yang TAHU AGAMA.entah sombong kenapa pon aku tak tahu.taksub dengan kemuliaan barangkali.heh.pemalas.penakut.hahaha sedap tak aku mengumpat? mengumpat haruslah berani.okeh? kahkahkah

Okeh dah terlalu banyak merepek lah malam ini.huh.
Oh nah.ada link berkenaan isu tudung juga.sorilah ini entry puaka sikit.
Nah.nah.nah.manja betol.haha..

p/s Sama-sama menggapai title 'muslimah' solehah, anak solehah, isteri mithali..ameen