Jauhnya untuk Mengungkapkan Antara Dua Kata. Hanya Pena Mampu Menari. Lirikan hati Menyapa Diri. Minta diterjak Segala Paksi. Moga Segalanya Antara Aku dan DIA yang SATU. Andai itu yang tertakdir disebalik tadbirku yang terencana, aku akur setiap ketentuanMU. Jangan Engkau biarkan aku bersendirian kerana aku tahu Engkau selalu bersamaku. Hanya CintaMU yang kuraih. Bantu ya Allah dalam Meniti Hidup Dalam Perjuangan Agama Ini..Ameen
"KUTERUSKAN LANGKAH BIARPUN KU TAHU MENJEJAK CINTAMU AMAT PAYAH"
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Menanti 'khabar bahgia' dari sana..Moga Allah mempermudahkan..Amin ya Rabb
Bingkisan untukmu 'adamku'
Adam ku, Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.
Adam ku, Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin dan memahami al-Quran. Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Adam ku, Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al-jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah Al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.
Bingkisan tulus dari Adam buat Hawa…
Hawa ku, Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.
Hawa ku, Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.
Hawa ku, Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok,namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah.Oleh itu,ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa.Kelak Hawa ku ini bakal menghuni Al-Firdaus.
Aamiin Ya Rabbal'alamin..
p/s Ya Allah..ber aku kekuatan sepertimana Engkau beri kekuatan ketika melepaskan 'dia' pergi..Beri aku kekuatan ketika melalui semua ini..Ya Allah, moga ramadhan ini akan menggantikan yang dulu telah 'pergi'..Aku merindui segalanya..
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Asr maksudnya "Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" (Surah al-Asr 103:1-3)
::DEMI MASA::
Keberkatan yang paling penting ialah keberkatan dalam hidup dan keberkatan dalam waktu kita. Yakinilah, kita diciptakan untuk suatu tugas MAHA penting, dan waktu ialah MODAL yang penting untuk dapat menunaikan TUGAS tersebut dengan baik..Ya dengan cukup baik
Ahmed al-Jabari
-
Mereka menuju Jannah... Pemimpin no. 2, briged al-qassam, Ahmed Jabar,
syahid hari ini setelah serangan israel tanpa henti masuk hr yg keempat.
Beliau dh d...
Aku?
-
Salam pagi Jumaat..Hujan membasahi bumi Kunak sejak subuh tadi. Sifat
rahman dan Rahim-NYA melimpahkan 'hujan' barakah kepada semua
makhluknya..Moga terus ...
Seorang pendidik di SMK Kunak Jaya, Kunak. Mendapat pendidikan akhir di UPSI, Tanjong Malim Perak. Kini mengajar di sekolah tercinta SMK KUNAK JAYA Seorang yang masih merangkak dalam menggapai redha Ilahi..Berusaha menjadi anak yang solehah, muslimah solehah dan menjadi isteri solehah, InsyaAllah..Moga Allah permudahkan..Semoga kehadiranku di sini, menjadi titik permulaan sesuatu yang bermakna kepada diri sendiri dan anda semua..Moga bermanfaat dunia dan akhirat..Setiap inci jari yang menaip, insyaAllah ada nilai di sisi-NYA. Ameen
teja_3218@yahoo.com
Pelangi Indah
-
*P*agi ini seperti kelmarin. Hujan gerimis membasahi bumi. Mentari seakan
malu keluar menyinar alam. Kabus tebal masih kelihatan di puncak bukit.
Dala...
FULLTIME MUSLIMAH
-
Suatu petang raya.
Si gadis menghampiri ibunya di laman rumah. Ibunya tengah mencekik ketupat.
Si gadis: "Mak, saya dah umur 33 tahun ni. Tak kahwin-ka...
BERTEMU KEMBALI
-
Sejak sekian lama laman ini menyepi. Entah kenapa, apa yang pasti hari ini
terlintas pula difikiran untuk menjenguk blog yang sekian lama
ditinggalkan. Alh...
2014 tinggal 3 bulan?
-
Bismillahirrahmanirrahim
Sungguh rajin.tiba tiba di awal pagi mcm ni terfikir nak bukak blog lama yg
dah mcm dikunci rapat dan tak nak bukak lagi.hohoho.
...
Coretan Pasif Pemula Bicara
-
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Setiap masalah yang datang, janganlah engkau memandangnya berat, kerana di
hadapan sana lebih banyak ujian y...
Debat PTPTN: Tahniah KJ dan Rafizi.
-
Semalam berlangsungnya debat PTPTN antara dua calon dengan dua parti
komponen yang berbeza, Khairy Jamaluddin yang dikenali sebagai KJ dan
Rafizi. Debat ...
Assalamualaikum...w...w...
-
wah....lama dah tak update blog....huhu maklumlah busy dengan kerja...
Ni tetiba rasa nak buka blog....sekali tgk lamanya dah x update...
insyALLAH lepas ni ...
Melangkah Satu Tangga Lagi
-
Assalamualaikum...
Alam Mahasiswa telah berlalu.Kampus merupakan satu medan tarbiyah yang
sungguh memberi nilai yang mendalam dalam diri..
Kini 2011 ber...
Cerita Januari
-
Salam Fillah...
Alhamdulillah..pujian itu sememangnya layak untukMu Allah kerana Engkaulah
yang memiliki segala- galanya.
*5 Januari 2011*
Genap setahun ...
PUDURAYA BOLEH !
-
1. 16 Feb 2010. Hari ini saya ada ke Kuala Lumpur kerana ada urusan.
Seperti biasa antara tempat yang menjadi tumpuan di Kuala Lumpur ialah
PUDURAYA.
2. W...
MenCari Diri..
-
assalamualaikum..
erm.. lamenye tak tulis somethin...
sebenarnye.. x tau nk ckp pe...
aku "stuck" dgn situasi sekarang...
mcm2 dugaan dtg.. runsing juga..tap...
Anak anugerah dari Allah
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Bagaimana kehidupan seharian dengan anak-anak? Bertambah baik atau
tidak? Harapnya ibu-ibu sentiasa bahagia di s...
-
UPDATE !!!!!!!!!!!
Assalamualaikum...
selamat berpuasa buat semua dan selamat menyambut aidilfitri yang bakal
menjelma tidak lama lagi.
bertemu kembali set...
THE GOVERNOR'S MAIL
-
A local stampless cover from the Governor dated 1 March 1962 to Mostyn
bearing the rare cachet GOVERNOR AND COMMANDER-IN-CHIEF / COLONY OF NORTH
BORNEO. ...
Saya tahu teman saya adalah seorang penulis
-
Seperti hidup saya, hal-hal yang membersihkan. Saya diemail wanita itu dan
mengatakan kepadanya bahwa teman saya yang menulis dan sangat berbakat akan
sena...
SALAM EIDULFITRI - HUTANG
-
Dalam sirah Rasulullah SAW pernah Baginda duduk semasa jenazah diletakkan
dihadapan Baginda untuk disembahyangkan. Baginda SAW mengangkat kepalanya
ke...
Anak Saudara Mak Lang Part 2
-
Muhammad 'Aqil b. Abdul Kuddus (2 tahun)
Ahmad Syauqi b. Abdul Kuddus (8 bulan)
Ahmad Mu'az b. Fakhruddin (5 bulan)
B...
Lelaki Itu.......
-
Lelaki itu...
Terlihat tenang dalam kegamangan hatinya
Begitu sabar dalam menghadapi kerikil kehidupan
Selalu tersenyum saat sedih menyapa
Tertawa kecil saat...
TUDUNG CHIFFON REBEN KANAK-KANAK BERCORAK VIRAL!!!!
-
*Terdapat pelbagai corak dan warna menarik*
*Material chiffon mix bercorak(setiap corak kainnya tidak sama jenis)*
*Boleh digayakan dengan pelbagai baju :)*...
Tudung El-Zayn (TERBARU)
-
Ciri-ciri : Mudah dibentuk, tahan kedut, tidak jarang, sejuk dan pastinya
selesa apabila dipakai.
**warna sebenar mungkin sedikit berbeza dari warna dala...
ARABELLA LACE
-
ARABELLA LACE
SEPERTI DALAM MAJALAH NONA MAC 2012
Tudung terbaru yang sangat cantik dengan corak yang sweet dengan material
baldu.
TUDUNG S.E.S PESONA
AW...
DEDIKASI FOR MY LOVE.LOVE MY FAMILY..:-) "Jika Ada Cinta, pasti ada SYURGA di wajah kita" (Petikan dipetik dari artikel SOAL CINTA oleh Pahrol Mohamad Juoi-Mencari Cinta di Kesesakan Jalan Raya)
"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keihklasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji" ~HAMKA~
Menangislah selalu,nasib kita belum tahu,walaupun dalam PETUNJUK,belum tentu diterima. Kita patut selalu pilu,mengenang nasib sendiri,KEMATIAN belum tentu, apakah dalam IMAN.Ataupun sebaliknya..
:: KASIH KIRANA SYURGAWI ::
::KASIHMU HINGGA KE SYURGA::
::MY SWEETHEART::
::KOPI dan SUSU::
Allah Berbicara Denganmu
Subhanallah
Iman Mutiara
Senyum Seindah Suria
IMPIAN KASIH
Sabar Menanti kehadiranmu
::KEMBARA MENUJU CINTA ILAHI.MENANTI UNTUK DISATUKAN::
Aku suka melihat dan menjenguk kampung Bonda.Aku gemar memetik bunga Bonda.Bunga Bonda terlalu 'sejuk' di mataku.Tiap kali melihat bunga-bungaan walau di mana sahaja,ingatanku pasti abadi buat Bonda.Tangan Bonda 'subur'.Tangan Bonda 'sejuk' tiap kali menanam bunga,tiap kali menjirus air ke daun-daun 'mereka'. Mereka hidup subur di laman Bonda.Mereka tidak pernah 'merajuk' acapkali Bonda 'menyentuh'.Aduhhh,berkatnya jari-jemari Bonda pada Sang Alam ini..Moga bonda selalu segar dalam ingatanku..sampi ke akhirnya di syurga abadi..Aku sayang bonda
:: KETIKA DIRI MENCARI SINAR ::
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obir pengharapan
Tika ku kealpaan
Kua bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku
Di uji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan tuhan
Kau katakan rahmatnya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
::BILA DIRI DISAYANGI::
CINTA TUHAN
Terdengar bisikan mesra Kalimah keramat bermentara Bermulanya siang berakhir malam ku Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu Tiada tempat mu tertentu Di gunung di lembah, di darat, di air Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan Kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi Langkah kaki ini semakin berani Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya Izinkahlah aku menumpang di sini Di bawah naungan kasih dan sayang mu Ku berserah diri pada-Mu Ya ILLAHI
Kekasih… Ke mana hilangnya… Kunci ilmu kalam dan falsafah yang terbuang ?
Kekasih… Ke mana terbangnya… Tasawuf, tariqat, makrifat dan hakikat terbitnya ilmu dan amal Lalu menyingkirkan keperibadian yang sempurna.
Hati… Tergoda pada cahaya yang terang Sudah menghalau nikmat kegelapan Sedang hakikat qiamullail… Terbukanya pintu keimanan dan amal perbuatan…
Diri (kita)… Jadilah yang Siddiq (pembenar)… Kazab (pendusta) dijauhkan… Kebatilan, kejahilan, kesesatan, kenistaan… Jadi sanjungan Iblis dan Syaitan.
Diri (kita) terlupa… Harumnya… Lazatnya… Manisnya buah keimanan dan jantung ketaqwaan Apabila rohaniah tersumbing Iffah! Tasamuh! Kitman! Zuhud! Qana’ah! Sumbang dusta dalam iman.
Zikrullah yang tertinggal… Membiarkan hati dalam kegelapan Merela hati dalam kebekuan Lalu… Apabila terlupa, Setiap hembusan nafas adalah nikmat!
Lupakah (kita)… Yang dituntut Ilahi pada guru adalah tablighnya, Yang dituntut pada Ulama’ adalah amanah, Yang dituntut pada kita adalah taqwa dan imannya… Sedangkan rahmat dan kuasa adalah ujian Tuhan, Untuk dinilai dihari kebangkitan!
Ke mana hilangnya… Martabat tawadhu’ anugerah Ilahi pada hambaNya ? Sedangkan hakikat tawadhu’ tanda ketaqwaan dan keimanan.
Ke mana perginya… Tasawuf ilmu dan amal (kita) ? Yang dituntutNya setiap masa Ke mana terbangnya… Muraqabah – mensuci akhlak, hati, roh dan memerangi nafsu ? Sedangkan itu adalah penentu Di perkampungan kekal abadi…
Aku… Dahagakan seratus sebelas wasiat junjungan Rasulullah Teraba dalam kesedihan… Tercicir hidup dalam keredhaan… Lalu hilang amar ma’ruf nahi mungkar Membuat hati selalu bergegar.
Aku rindukan… Makam Muhibbah dan makam Hidayat
Aku rindukan… Makam ibadat dan taufik yang mensuci zahir batin
Aku rindukan… Kesempurnaan hakikat rohaniah
Aku rindukan… Zahid untuk memandang Allah…
Dan… Aku rindukan… Istiqamah untuk keramat yang hakiki Aku tidak mahu jadi insan rakus yang tidak mengenal diri.
Pulanglah! Pulanglah!
Kita mencari taubat untuk dikasihi Allah… Memburu taqwa untuk mendapatkan petunjuk dan rahmatNya… Meneroka zahud untuk dianugerahkan ilmu hakikatnya… Mendakap sabar untuk beserta denganNya… Memeluk syukur untuk memperoleh rahmat dan nikmatnya… Mereka ikhlas untuk diterima amal olehNya… Menyerah tawakkal untuk kegembiraanNya…
Tidak rindukah (kita) pada manisnya buah iman itu ?
Pulanglah… Supaya sama-sama mendapat taufiq dan hidayah, Ilmu yang manfaat, amal yang terpuji, Taubat yang dikasihi
Demi yang Maha Pengasih… Demi yang Maha Pengampun… Kerana keimanan dan ketaqwaan Menjauhi segala bencana
glitter-graphics.com Selamat tinggal kampungku yang telah banyak mengajarku erti sebuah kehidupan. Selamat tinggal penderitaan yang begitu akrab menemaniku saban waktu. Selamat tinggal kenangan, denganmu kubina kekuatan. Selamat tinggal kekasih hatiku, usah ditangisi pemergianku ini. Pemergianku ialah satu permulaan, bukan pengakhiran kehidupan..Selamat Datang Hikmah Kembara Hijrah. Moga Allah selalu bersama di setiap langkah ini glitter-graphics.com
0 ulasan:
Post a Comment