BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Wednesday, May 18, 2011

Teguran PAHIT yang kecil

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani...


Berkata benarlah sekalipun kenyataan/kebenaran itu cukup pahit..

"Awal pulak akak datang hari ni?" Jaharah bertanya. Jam baru menunjukkan angka 8 pagi

"Jaga exam excel form 3. Tu yang datang awal" Jawabku ringkas. Tengah bersarapan dengan 3 rakan lain yang juga mengajar sesi petang sepertiku tetapi dikehendaki pentadbir turun pagi..

"Oh, patutlah. Tapi bestkan kalau ajar pagi, fresh. Yang paling best...."Laini menyuap makanan ke mulutnya sebelum menghabiskan ayatnya

"...tidak perlu kelam kabut nak fikir solat. Kalau ajar petang, kadang2 terkejar-kejar. Mana nak masuk kelas dan solat..Kalau solat Zohor tu ok lagi, boleh siap2 ambil wuduk dari rumah sebelum ke sekolah. Kalau asar tu yang kalut.." Sambungnya. Beberapa rakan lain yang mengajar sesi pagi mengiyakan. Aku sekadar mengangguk tanda setuju. Memang kenyataannya macam tu. Apatah lagi sekiranya pada waktu petang ada relief atau kekurangan guru..Bagi yang solat, masa yang 'free' itulah untuk bersolat

" Tapi..kalau ajar petang kita boleh 'perasan' siapa yang tidak solat" Aini pula menyampuk. Aku hampir-hampir tersedak

"Kenapa pulak?" Tanya Laini

"Dulu aku pernah mengajar petang di sekolah lama. Boleh tahu siapa yang ke surau atau tidak. Asyik2 muka yang sama keluar masuk surau. Yang lain, entah di mana. Pelikkan? Padahal semua guru..Hampir setahun juga aku di sesi petang tu. Confirm la yang lain tu tidak solat"

"Ala, biasa la tu kalau perempuan. Dorang nak jaga make-up, mana tahan nak touch-up selalu. Cepat habis, mahal tu!" Sampuk seorang kawanle laki, Aiman.

Aku diam..'komentar' terus berlangsung di dewan makan. Aku abaikan terus 'komentar' itu lalu meminta izin untuk ke kedai koperasi sekolah. Meninggalkan kawan lain yang 'tengah berperang' kali dengan perasaan..Allah jentik hati mereka. Bisikku dalam hati..

Seraya mencuri pandang dua wajah 'sahabat' yang aku memang 'tahu' dan 'sedar' komentar' ini 'mengena' kepada diri mereka. Mereka hanya diam membisu, tiada bicara balas. Makanan yang singgah ke tekak mereka seperti 'payah' untuk ditelan. Kali 'terasa' dan 'terkesan'. Fikirku...

"Solat itu tiang agama, barang siapa yang mendirikannya maka dia mendirikan agamanya dan barang siapa yang merobohkannya, maka dia merobohkan agamanya" Maksud hadis

Pahit!!! Itu kali yang meraka rasakan. Ubat itu memang pahit. Dalam hati aku bersyukur, Allah hantar Aini sebagai 'pengantara' untuk 'menegur' dan 'memberi peringatan' kepada mereka yang lalai. Kalau bukan Aini yang bercakap tadi, maybe satu hari nanti orang lain pula yang menggantikan posisi itu. Sebagai kawan, ingin menegur tapi tiada kekuatan. Hanya 'cara' lain digunakan tapi dengan cara 'berhikmah'...Jaga hati kadang2 kadang..Uhhhh!!!

Teguran itu masih terlalu kecil. Hanya melalui 'luar bicara' orang lain. Jangan sampai Allah tegur dengan cara yang 'keras'. Perintah solat bukan main-main. Soal WAJIB!!!. Kalau kita rosakkan alam, Allah datangkan bencana dan malapetaka sebagai peringatan atas kerosakan yang kita lakukan. Barangkali 'syiar' lain tidak tertegak..Allah terus tegur. Bukan alam sahaja rosak, bahkan kehilangan yang 'nyata'.

Tidak kira cikgu mahupun sesiapa. Asal namanya orang ISLAM, solat itu wajib didirikan. Kekangan waktu ketika sesi petang mengajar itu bukan alasan untuk kita 'bersenang-senang'. Anggap sahaja semua itu cabaran..Orang yang TAHU dan FAHAM, tidak akan bagi alasan. Apatah lagi hanya kerana masalah 'make-up'. Aduh, berapa mahal untuk bayar 'solekan' itu berbanding 'syurga' Allah. Sedangkan dunia ini hanya tipu daya..Kecantikan wanita bukan terletak pada 'kecantikan' di 'mata' tapi cantiknya wanita itu kerana SOLEHAHNYA iaitu taat dan patuh pada perintah. Solat itu kan PERINTAH. Bukan dari seorang suami tapi ALLAH..Tuhan yang memberi rezeki untuk anda beli 'make-up' tu..Allah suruh syukuri dengan solat tapi kita sombong..Angkuh!! Enggan sujud pada yang telah MEMBERI

Duhai sahabat, jangan kita terus leka. Allah itu maha melihat'. Allah tahu kita solat, sebab Allah Maha Tahu. Allah Maha Melihat..Kita 'tahu' solat itu wajib tapi kita gagal untuk 'faham'. Tahu itu dengan lisan..manakala faham itu dengan perbuatan kita..Maka kerjakanlah. 

Solat itu kebaikan, solat itu ketenangan, solat itu kerahmatan, solat itu keredaan, solat itu keberkatan menuju KEJAYAAN..

"Dan berjayalah orang mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.." Surah Al Mukminun 23:1-2

p/s Gambar di atas, hadiah hari guru yang baru diterima pagi tadi. Terkejut bila seorang pelajar meletakkan hadiah di atas mejaku dan terus berlari keluar dari bilik guru. Tak sempat untuk aku say 'thank you'..sekumtun bunga, wangi sangat. Di dalam kotak, sebuah pasu bunga yang comel, sebotol minyak wangi, terselit kad kecil 'kupohon doa restumu cikgu' dan origami bintang yang sangat kreatif..terima kasih anak muridku Mohd Al Fikar Syamsudin..Moga jadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat

0 ulasan: