BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Thursday, June 21, 2012

Brownie cheese cake

Bah..

Begitu lama diri ini mendiam..'check list' update blog pada Mei lepas, itupun sekadar mencoretkan sesuatu yang sekadar mengisi kekosongan masa..Sebetulnya, begitu banyak yang ingin dilakar pada 'kanvas' blog ini..Tapi, kekangan, halangan dan pelbagai lagi menghadkan diriku 'menghambakan' diri pada dunia blog..Sebetulnya juga, diri ini sentiasa dihujani 'kesibukan' yang acapkali juga menjemputku tidur dengan tugas2 yang berselerakan di katil..Aduh, begitulah kehidupam..Selalu disibukkan dengan 'ntah apa2 hal'..

Tapi..

Ada sesuatu yang menyeronokkan diriku..bahkan bukan diriku sahaja tetapi orang-orang yang berada di sekelilingku..hehe

Ya, aku punya hobi baru..ku kira ini merupakan impikan dan harapanku satu masa dulu. Aku pernah merasakan apa yang aku lakukan ini 'mustahil'..'tidak mungkin!!'

Tapi, itulah yang terjadi. Hobi ini menghambat dan mencuri banyak masa senggangku dan 'tidur'..Semangat yang kuat dan jati diri serta keinginan menjadikan aku si penunggu setia A Mart Bakery Tawau setiap Sabtu. menjelma..Tepat pukul 2 kelas memasak akan dimulakan. kerana semangat, aku pasti sudah terpacak awal 30 minit daripada masa dijanjikan..Sbetulnya, sudah banyak yang aku pelajari, dan sudah banyak juga menu dan resepi kubuat sendiri..Jangan hairan, hampir semua bahan-bahan memasak lengkap didapur rumah..Bermula dengan ketuhar, Stand Mix, Spatula, kotak kek, pisau, penimbang digital, album kuih, nozel, ring tray, acuan plbagai jenis dan bentuk serta bahan2 kuih lain..Alhamdulillah juga, aku sudah memperuntukan sebuah peti ais khusus untuk penyimpanan bahan kuih..seriuskan minat ni.hehehe

 Hasil tanganku (1)

 Hasil tanganku (2)
 
Dan, inilah hasilnya..Alhamdulillah

Resepi, insyaAllah akan dikongsikan sebab sekarang ni masih kat tempat kerja..menunggu masa pulang..

P/s Masa terus meranggak pergi..sepanjang perjalanan masa, ada yang ketawa riang, ada yang menangis hiba, ada yang tengah berduka lara dan tidak kurang ada yang menanti saat 'pencabut roh' datang menjemput..Aduh, peritnya terasa bila tiada 'persediaan' untuk melaluinya..Ya hanya dengan mengingatinya dalam setiap masa itu yang terbaik..Pasti, ketawa itu dalam taqwa, menangi itu dalm taqwa, duka dalam taqwa dan menanti si 'pemisah roh dan jasad' juga dalam taqwa...Ya Rabb, pohonku..Ampuni setiap dosaku..redhai aku dalam setiap perjalanan masa..Amin


0 ulasan: