BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Tuesday, May 24, 2011

Tidak sesaat lambat dan cepat..Janjinya Pasti

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Moga Allah merahmati kalian (sebelum kejadian)

Tanah Menyembah Bumi (Selepas kejadian)

Al fatihah kepada semua mangsa tanah runtuh rumah anak-anak yatim dan fakir di Rumah Anak Yatim al-Taqwa Hulu Langat Selangor..Apapun yang berlaku, sudah tertulis..Moga Allah merahmati roh mereka..Amin

"Setiap yang bernyawa itu akan menemui kematian, dan sesungguhnya di hari kiamatlah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan daripadanya neraka, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah memperolehi kemenangan, dan kehidupan di dunia hanyalah kesenangan palsu belaka" Ali Imran : 185

p/s Setiap saat dan tika, ingatan pada-NYA. Setiap saat itu juga, umur kian meningkat tapi 'mati' kian hampir..Ya Rabb, pimpim kami ke jalan-MU..Jangan biarkan kami tergolong di kalangan hamba yang rugi..Amin

Di sini ada cinta untukmu..

Wednesday, May 18, 2011

Teguran PAHIT yang kecil

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani...


Berkata benarlah sekalipun kenyataan/kebenaran itu cukup pahit..

"Awal pulak akak datang hari ni?" Jaharah bertanya. Jam baru menunjukkan angka 8 pagi

"Jaga exam excel form 3. Tu yang datang awal" Jawabku ringkas. Tengah bersarapan dengan 3 rakan lain yang juga mengajar sesi petang sepertiku tetapi dikehendaki pentadbir turun pagi..

"Oh, patutlah. Tapi bestkan kalau ajar pagi, fresh. Yang paling best...."Laini menyuap makanan ke mulutnya sebelum menghabiskan ayatnya

"...tidak perlu kelam kabut nak fikir solat. Kalau ajar petang, kadang2 terkejar-kejar. Mana nak masuk kelas dan solat..Kalau solat Zohor tu ok lagi, boleh siap2 ambil wuduk dari rumah sebelum ke sekolah. Kalau asar tu yang kalut.." Sambungnya. Beberapa rakan lain yang mengajar sesi pagi mengiyakan. Aku sekadar mengangguk tanda setuju. Memang kenyataannya macam tu. Apatah lagi sekiranya pada waktu petang ada relief atau kekurangan guru..Bagi yang solat, masa yang 'free' itulah untuk bersolat

" Tapi..kalau ajar petang kita boleh 'perasan' siapa yang tidak solat" Aini pula menyampuk. Aku hampir-hampir tersedak

"Kenapa pulak?" Tanya Laini

"Dulu aku pernah mengajar petang di sekolah lama. Boleh tahu siapa yang ke surau atau tidak. Asyik2 muka yang sama keluar masuk surau. Yang lain, entah di mana. Pelikkan? Padahal semua guru..Hampir setahun juga aku di sesi petang tu. Confirm la yang lain tu tidak solat"

"Ala, biasa la tu kalau perempuan. Dorang nak jaga make-up, mana tahan nak touch-up selalu. Cepat habis, mahal tu!" Sampuk seorang kawanle laki, Aiman.

Aku diam..'komentar' terus berlangsung di dewan makan. Aku abaikan terus 'komentar' itu lalu meminta izin untuk ke kedai koperasi sekolah. Meninggalkan kawan lain yang 'tengah berperang' kali dengan perasaan..Allah jentik hati mereka. Bisikku dalam hati..

Seraya mencuri pandang dua wajah 'sahabat' yang aku memang 'tahu' dan 'sedar' komentar' ini 'mengena' kepada diri mereka. Mereka hanya diam membisu, tiada bicara balas. Makanan yang singgah ke tekak mereka seperti 'payah' untuk ditelan. Kali 'terasa' dan 'terkesan'. Fikirku...

"Solat itu tiang agama, barang siapa yang mendirikannya maka dia mendirikan agamanya dan barang siapa yang merobohkannya, maka dia merobohkan agamanya" Maksud hadis

Pahit!!! Itu kali yang meraka rasakan. Ubat itu memang pahit. Dalam hati aku bersyukur, Allah hantar Aini sebagai 'pengantara' untuk 'menegur' dan 'memberi peringatan' kepada mereka yang lalai. Kalau bukan Aini yang bercakap tadi, maybe satu hari nanti orang lain pula yang menggantikan posisi itu. Sebagai kawan, ingin menegur tapi tiada kekuatan. Hanya 'cara' lain digunakan tapi dengan cara 'berhikmah'...Jaga hati kadang2 kadang..Uhhhh!!!

Teguran itu masih terlalu kecil. Hanya melalui 'luar bicara' orang lain. Jangan sampai Allah tegur dengan cara yang 'keras'. Perintah solat bukan main-main. Soal WAJIB!!!. Kalau kita rosakkan alam, Allah datangkan bencana dan malapetaka sebagai peringatan atas kerosakan yang kita lakukan. Barangkali 'syiar' lain tidak tertegak..Allah terus tegur. Bukan alam sahaja rosak, bahkan kehilangan yang 'nyata'.

Tidak kira cikgu mahupun sesiapa. Asal namanya orang ISLAM, solat itu wajib didirikan. Kekangan waktu ketika sesi petang mengajar itu bukan alasan untuk kita 'bersenang-senang'. Anggap sahaja semua itu cabaran..Orang yang TAHU dan FAHAM, tidak akan bagi alasan. Apatah lagi hanya kerana masalah 'make-up'. Aduh, berapa mahal untuk bayar 'solekan' itu berbanding 'syurga' Allah. Sedangkan dunia ini hanya tipu daya..Kecantikan wanita bukan terletak pada 'kecantikan' di 'mata' tapi cantiknya wanita itu kerana SOLEHAHNYA iaitu taat dan patuh pada perintah. Solat itu kan PERINTAH. Bukan dari seorang suami tapi ALLAH..Tuhan yang memberi rezeki untuk anda beli 'make-up' tu..Allah suruh syukuri dengan solat tapi kita sombong..Angkuh!! Enggan sujud pada yang telah MEMBERI

Duhai sahabat, jangan kita terus leka. Allah itu maha melihat'. Allah tahu kita solat, sebab Allah Maha Tahu. Allah Maha Melihat..Kita 'tahu' solat itu wajib tapi kita gagal untuk 'faham'. Tahu itu dengan lisan..manakala faham itu dengan perbuatan kita..Maka kerjakanlah. 

Solat itu kebaikan, solat itu ketenangan, solat itu kerahmatan, solat itu keredaan, solat itu keberkatan menuju KEJAYAAN..

"Dan berjayalah orang mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.." Surah Al Mukminun 23:1-2

p/s Gambar di atas, hadiah hari guru yang baru diterima pagi tadi. Terkejut bila seorang pelajar meletakkan hadiah di atas mejaku dan terus berlari keluar dari bilik guru. Tak sempat untuk aku say 'thank you'..sekumtun bunga, wangi sangat. Di dalam kotak, sebuah pasu bunga yang comel, sebotol minyak wangi, terselit kad kecil 'kupohon doa restumu cikgu' dan origami bintang yang sangat kreatif..terima kasih anak muridku Mohd Al Fikar Syamsudin..Moga jadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu

17 Mei 2011 (1.20 am)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

16 Mei 2011..Buat pertama kali dalam hidup sebagai 'murabbi' dapat kad yang paling besar. Terima kasih anak didikku. Terharu sangat-sangat..Moga Allah merahmati kalian..Amin

Buat rakan sekerja, Selamat Hari Guru buat kalian..Walau di mana anda berada sekarang ni. Moga sukses selalu..



Memoir UPSI 2003-2007

Tunjuk Ajar Menjadi Suluh Diri

Guru yang lupa diri,
Guru yang lupa pakaian,
Guru yang sudah lupa diri,
Guru yang sudah lupa pakaian,
Banyak bala yang hampir,
Banyak kerja yang salah,
Bala yang menimpa negara,
Di situ tempat kembangnya syaitan,
Di situ tempat binasanya iman..

Harus ada tunjuk ajar untuk :
Telaga Budi
menunjuk yang elok
mengajar yang benar
mencelikkan mata
menyaringkan telinga
membersihkan hati
menyempurnakan budi
membaikan pekerti

Guru yang terpuju,
Dahulukan suluh diri,
Bukan menunjuk dengan maki,
Bukan mengajar dengan caci,
Menunjuk pada yang perlu,
Mengajar supaya tahu,
Petunjuknya berfaedah,
Pengajarannya berguna..

Berilah manfaat pada didikan,
Supaya menjadi contoh pada semua,
Langkahnya diikuti, lidahnya dipegang,
Sesuaikan tongkah dengan bicara,
Ke darat tidak jadi durjana,
Ke laut tidak jadi gelora,
Ke huli tidak jadi berdengki,
Ke hilir tidak jadi menista,
Ke gunung tidak jadi caci mencaci..

Tandanya guru terpuji ialah :
Budi halus dan rendahhati..
Lemah lembut sebarang pekerti..
Sesama manusia ia hormat..

Pucuk manis condnong ke paya,
Sayang selasih pada yang lain,
Mulut manis jangan percaya,
Hati kasih di tempat lain..
Mari pergi mencari rotan,
Dapat sebatang rotan dahan,
Buah manis jangan dimakan,
Kalau dimakan jahanam badan..

Jangan jadi tak tahu diri..
Orang bebal mengaku ahli..
Orang ke hilir awak ke hulu..
Duduk beramai memandai-mandai..
Tegak bersama mengada-ngada..
Dalam berunding tengking menengking..
Dalam muafakat umpat mengumpat..
Diri bebal lagak menyombong..
Ke tengah menyalah ke tepi bingung..
Cakap meninggi kepala kosong..

Kenapa guru tiada suluh diri?
kenapa guru tiada suluh hati?
Orang ke kanan awak ke kiri,
Hidup menurut selera sendiri,
Tunjuk ajar orang tiada peduli,
Lupa kepada bodoh sendiri,
Ditunjuk ajar ia tak sudi..

Kebaikan orang dibalas dengki..
tak tahu dir lagaknya angkuh..
ke mana pergi membuat gaduh..
Nasihat yang baik ia cemuh..

Jangan jadi guru celaka,
Diri sendiri ianya lupa,
Tak tahu aturan lupa agama,
Diberi nasihat masamlah muka,
Lupa diri tak ingat asalnya,
kepada oranf dengkian sahaja,
Syaitan iblis kawan setianya,
Hantu jerangkung saudara maranya,
Pontianak pelesit jiran rapatnya,
Sundelbolong polong bisikan hatinya,
Lupa diri lupa ibadat,
Tanah sekangkang hidupnya terlaknat,
Hidup bergelumang dalam maksiat,
Orang mengutuk Tuhan Melaknat..

Lupa diri, binasa sendiri,
Lupa diri, hidup terkeji,
Lupa diri, musnahlah budi,
lupa diri, binasa 'body'
Lupa diri, akalpun mati..

Jadilah guru yang ikhlas berdada lapang..
Mulut manis akalpun panjang..
Niat tidak iri dan dengki..
Buka kulit nampak isi..
Disimpan dengan budi pekerti..
Hidup berterus terang.
Pantang sekali main belakang..
Mulut dijaga, nafsu dikekang..
Jauh sekali tidur di kangkang..
Niat tidak binasakan orang..
Syarak dijunjung adat dipegang..

Guru Bersahsiah Unggul

p/s Subuh yang syahdu..Tiada titisan hujan kala ini..Berseorangan di kamar hidup. Mentadabbur 'keinsafan diri'..Ya Rabb, agungnya CintaMu ini..Tiada penghujungnya..Sentiasa damai menyapa hidayah. Tiada cinta melainkan cinta pada-MU..

Kepada insan 'jujur' yang kuketemui siang tadi, moga Allah memberkatimu selalu..Ingat janji Allah, bila kita jaga hak-NYA, insyaAllah DIA akan pelihara kita..Janji-NYA itu kan pasti..

Saturday, May 14, 2011

Program Bahasa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Pagi Sabtu kali ini tiada 'plan' utk apa-apa aktivit..Jadi ringankan 'tulang' bantu Bidang Bahasa untuk Program Pantun dan Drama Zon Tenggara..Tu yang baju aku lain sikit dari dorang semua. Al maklumlah, kaki penyibuk (Aku bukan bidang bahasa tapi bidang kemanusiaan)..Program ini bertempat di SMK Madai..Kebetulan, pada hari yang sama diadakan program Sukan Olyimpic..Dari jauh kelihatan cukup meriah dengan sorakan pengunjung..


 Kamal, Kak Ros, Kak Bed, Kak Anie, Kak Irma, Kak Is n Adha..

Kak Iju, Kak Ros, Shiel, tifa, Kak Irma, Zakiah, Kak Bed, Kak Siti, Aku, Shan, Kak Is n Along

Geng-geng yang bertugas di 'padang' pantun..Kami la wanita-wanita SMKKJ kecuali Along (Anak Kak Bed)..Dia beriya-iya sangat nak ikut ibunya ke pesta pantun..Apa-apa pun, kepada pemenang tahniah diucapkan. Yang gagal meraih sebarang tempat, cuba lagi masa akan datang..hidup ini perlu selalu belajar..Sampai bila-bila pun..

p/s Kepada yang ditimpa ujian saat ini, tidak kira dalam bentuk apa pun jua. Yakinlah Allah selalu bersama diri kalian..Dia mengujimu..Ingat janji-NYA yang pasti..Tidak dikatakan beriman selalgi tidak diuji..Kehidupan ini diciptakan untuk 'medan' ujian..Allah ingin melihat hamba-NYA yang paling sabar. DIA rindu mendengar rintihan hamba-NYA itu..Allah suka melihat tangisan 'pengharapan' pada-NYA..Ya Allah, tabahkan hati kami, redhai agar kami selalu bersabar..Amin

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu hari ini dan selamanya..

Teristimewa buat insan yang melahirkan, menjaga, mendidik n segalanya..My mom Hajah Singke Bt Hakim

Buat adindaku tersayang Puan Fatimah Bt Sanusi..

Khas buat adik iparku Puan Jumiati Sakka..

Buat semua anda yang bergelar ibu..selamat hari ibu buat kalian..

Jadilah insan yang terbaik kerana 'syurga itu terletak di bawah kaki anda'..

Moga kasih kita membawa ke syurga

Ibu dan bakal2 ibu..insyaAllah

p/s Al fatiah buat Mohd Azri Dollah..kembalinya ke pangkuan pencipta-NYA pagi tadi..Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..Buat sahabatku Latifah Jalilul, tabahkan hatimu ya. Allah lebih menyayanginya..Moga apa yang berlaku, Allah memberkati segalanya..

"Hidup ini medan perjuangan. Berjuang untuk redhaNYA..menuju destinasi abadi..Mati yang tiada mati lagi.."

Monday, May 2, 2011

Kebun Bonda 'berhasil' lagi..

Alahai Kebun Bonda..kian subur di 'Bumi Peladang'

Aktiviti hari pekerja,menemani bonda di kebunnya..Sekarang buah ni yang merimbun..Tak lama lagi "Dragon Fruit' pulak ambil alih..Moga rezeki ini berkat dari-NYA. Ini buah jambu air yang tepi bilik adinda bongsu lelaki..Yang kat tepi ampaian belakang rumah baru mengelurkan 'bunga'..yang kat kebun belakang tepi sungai bonda kata dah berbuah tapi diri ini belum berkesempatan lagi ke sana..Maklumlah, terkejar pagi tadi ke 'car wash'. Ingatkan petang ni nak 'snap' tapi 'Rahmat-NYA' membasahi bumi ni sekali lagi..niat terus terkubur..InsyaAllah, satu ketika bila berkelangan nanti..












Habuan c 'pemangsa'

p/s Dua hari berkampung di Pasir Putih Tawau..Menghadiri majlis aqiqah anak buah (4 orang). Terasa letih badan ni..Aku makin rindu kamu..hehehehe

Wednesday, April 27, 2011

Kita akan 'pergi'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

31 Mac 2011 (Malam)


Hujan membasahi bumi Kunak hampir setiap hari..tidak kira subuh hingga ke malam. Pasti hujan 'bertamu', bukan sedikit tapi membanjiri sesetengah kawasan. Terutamanya yang berhampiran dengan sungai..Penduduk di sekitar pastinya melalu saat yang sukar ketika ini. Perjalanan dari tawau semalam pun mengambil masa yang lama untuk tiba di laman bonda..Menjelang maghrib baru bertemu muka. Mana tidaknya, perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa 1 jam 15 minit 'berlarutan' hingga ke 2 jam..Memang menguji tahap 'keimanan' apatah lagi bila 'bersama' berderetan dengan 'lori' dan 'bas'..Sabarlah duhai hati

Saat seperti ini biasanya berlaku..Menjadi 'rutin' harian pengguna jalan raya. Manusia selalunya hilang erti 'sabar'. Memecut sesuka hati, tanpa menghiraukan pemandu dan pengguna jalan raya lain. Memintas kereta lain tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, kita melihatnya yang kecut perut..

Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu S Nor Hamid satu ketika dulu "Bila berada di jalan raya, kita sebenarnya mengundang maut. Yang ada kereta pun mati juga, yang tiada kereta pun mati akhirnya". Katanya itu diambil 'bulat-bulat'. Al maklumlah, arena pemikiran pun masih 'keanakan'..bila sudah semakin dewasa, pemikiran itu pun ikut 'membesar'. Malah sudah pintar 'mencabangkan' pemikiran asal..Ada pro dan kontra..

Bila mengenangkan kembali, semua manusia akan 'pergi'. Tidak kiralah dia punya 'mobil' atau tidak. Dia pejalan kaki atau pembonceng sahaja. Malah, yang tengah buat kereta itu pun akan meninggalkan kehidupan yang diibaratkan fatamorgana ini..Tempat persinggahan sementara menuju persinggahan abadi..Semua akan pergi..

1996..
Pagi yang redup. Sahabatku Salmi Muktar kembali ke rahmatullah ketika pulang dari sekolah. Cuba melintas jalan menuju ke rumah, tak semena2 sebuah kereta merempuhnya. Jasad itu melayang seperti burung berterbangan..perginya seorang sahabat yang baru kutemui selepas terpisah pada 1992 (Allahyarhamah berpindah sekolah) dan bertemu semula pada 1995 di sekolah menengah. Hingga kini (takdirNYA, aku posting di sekolah kami hingga sekarang) apabila melalui/masuk ke kelasnya, bayangannya kerap muncul di 'layar' memoriku..

1998..
Si periang 'pengawas' sekolah Kamal juga kembali akhirnya. Sering kali mengusik satu ketika dulu..Pergi tak kembali secara 'tiba2'..Ya, mati itu datang tiba2, dari pintu yang tidak disangka (Catatan majalah solusi yang pernah kubaca). Lagak jalannya seolah-olah dia masih 'ada' di sekolah..Sekolah ini masih hidup!!

2001..
Sekelas selama hampir 3 tahun. Dia yang selalu membantuku bila 'kesempitan'. Matanya sepet, berkulit gelap. Wajahnya payah untuk dilupakan sebab kekandanya kini satu tempat kerjaku, wajahnya sememangnya persis. Saling tak tumpah. Apatah lagi kekandannya berkahwin dengan abg sepupuku..Allahyarhamah Norsiah Saefi kembali ke pengkuanNYA selepas bertarung dengan penyakit..

2006..
Sering kali aku menjadi peneman ketika mereka ingin berdiskusi..Khabar 'gempar' petang itu mematikan bicara kami..Dia pergi dalam satu kemalangan motosikal. 'Sahabatku' menangis pilu' tiada lagi suaranya di hujung telefon..

2007..
"Ajar aku untuk jadi baik kak"..Pinta Muhadi sebelum aku meninggalkan Hitachi Cable SDN BHD, Johor. Aku meninggalkan bumi Senai untuk baktiku di tanah air, Sabah. Beberapa bulan, panggilan telefon mengejutkan aku. Almarhum Muhadi selamat diterbangkan ke Sandakan selepas di pukul (tersalah pukul orang) sebelum motosikal yang ditungganginya untuk menyelamatkan diri dilanggar oleh sebuah bas pekerja..Ohhh, semuanya tidak diduga

2008..
Siapa dapat menduga, pertemuan pertama dalam program UMS ke UPSI (2007) menjadikan ukhwah berlanjutan dalam program SMK Kunak Jaya ke UMS (2008). Program yang menjadikan lebih ramai pelajar berminat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading..Sanggup menangguhkan 'posting' guru semata-mata usaha mempelajari seni perubatan Islam di Kota Kinabalu. Pagi Rabu yang mengalirkan ribuan airmataku, keluargamu memaklum dirimu koma di ICU..esoknya dirimu sempat sedar dan menjamah sedikit makanan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir..'terkulai' aku saat khabar itu tiba. Akhirnya sahabatku Azman juga pergi buat selamanya..

2011

2012

2013

...

2050

Setiap saat itu pasti tetap 'bergerak'. Cepat atau lambat, ia pasti datang juga. Hanya diri kita merasakan 'lambatnya' padahal masa itu tidak pernah berkurang..Masa tidak pernah 'memungkiri' janji pada Tuhannya..Dia akut untuk ketatapan saat, minit dan jam..Hari, minggu, bulan dan tahun..Pasti akan dilalui jua. Masa itu emas bagi yang menilai 'kekayaan' sementara. Tapi bagi yang 'melihat' masa itu dengan penilaian mata 'hatinya' menaikkan darjat masa itu dengan sesuatu yang lebih 'berharga' daripada emas.. Ya, masa itu 'nyawa'. Kalau masa itu dibazirkan, sama ertinya 'membazirkan' nyawa. Ayuh, kita segerakan mengisi nyawa itu dengan 'masa' yang  bernilai agar nantinya masa itu tetap 'bernilai' untuk diri kita bukan sahaja di sini malah untuk di sana sebab KITA SEMUA AKAN PERGI

p/s Ya Allah, tempatkan sabahatku yang telah dulu menemui-MU dikalangan hamba-MU yang soleh.Amin

Thursday, March 31, 2011

Air mata II


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Hujan di waktu malam hari..kedinginan mencucuk hingga ke tulang yang paling dalam. Guruh terus berdentum-dentum. Nyanyian lagu 'kedamaian' mengusik jiwa..syahdu!!

Lalu..
Air mata terus berlalu..
Meninggalkan semalam yang pergi..
Bersama manik jernih berguguran..
Bak permata di tepian mahal..
Indah tersusun..
Mengalun sendu..

"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takutkan kepada Allah s.w.t" (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

Jatuh lagi..
Tempiasnya membasahi kain nan lusuh..
Disapu, ia tetap gugur..
Tanpa henti..
Kenangan itu pahit..
Terpalit sejuta dosa..
Terhimpun segunung kekesalan..
Tiada kesudahan..
Pilu..

Di penghujung tangis..
Merintih dan teru merintih..
Memujuk akan DIKAU..
Keampunan..
Kerahmatan..
Keselamatan..
Dunia dan akhirat..
Di sini menuju yang abadi..
Di sana yang selamanya..
Terima air mata ini..
Ya Rabb..

Amin

P/s Maafkan atas 'keterlanjuran' bicara hari ini..Keletihan dengan beban tugas sehingga mengabaikan sesiapa pun yang perlu dihargai saat ini..Mohon maaf atas segalanya ya..

Terima kasih atas bacaan kalamullah tadi..Moga Allah permudahkan jalan ini.Amin

Wednesday, March 2, 2011

Ilmu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Pesanan Imam Syafie

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat"

Pujangga pula ada mutiara katanya
"Sekali waktu lakukanlah perjalanan untuk menyegarkan semula  suasana hidup, untuk melihat perihal dunia di luar dunianya, untuk melihat hal-hal baru, negeri-negeri lain. Perjalanan adalah satu kenikmatan tersendiri"

"Faedah membaca itu banyak sekali antaranya melancarkan lidah, mengembangkan akal, menjernihkan fikiran, menghilangkan keresahah, mengambil pelajaran daripada berbagai pengalaman, memetik nilai-nilai keutamaan"

p/s Taklimat sarjana sudah berakhir semalam. UUM nantikan kedatanganku!! Kak Ina (Azlina Mat Jamil-AMJ), nantikan aku di sana. Moga Allah ketemukan kita sekali lagi..Amin

Monday, February 28, 2011

Sanah Helwah ya Ukhti..(^_^)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Sampai 'saat' itu, kita ditinggal pergi

Sekali lagi untuk tahun ini..umur bergerak ke angka baru. Tandanya usia juga semakin meningkat. Tapi ada yang semakin 'berkurang'..(macam main teka teki.hehehe)

Semalam, sengaja lewat mengunjungi laman sosial 'fb'. Niat untuk menyiapkan tugasan akhir 'Jangan Marahkan Udin'. Alhamdulillah, segala sudah 'beres'..

Hari ini, ucapan bertali arus. Tidak henti dengan ucapan 'selamat hari lahir cikgu'..Di bilik guru pun sama, terasa mata sudah berkaca-kaca. Terharu dan gembira. Semua bercampur..

Di FB, ucapan selamat tidak kurang hebatnya. Maaf sebab tidak dapat 'reply' semua 'wish' rakan2. Mana larat nak layan hampir 500 'wish' tu..hehehehe

Apa-apa pun, tima kasih semua ya. Doa kalian moga Allah perkenankan. Buat my bestfriend Susyhaty Lasile n family, Masriana Langampo n Nurul Ain Zinnirah kamu juga yang terawal wish. Nangis tau time baca sms kamu..huhuhuhuhu (teringat time kat kampus dulu)

Yang paling best..terima kasih kepada 'insan' yang menghadiahkan laptop tu. Tak sangka!!

Untuk adinda2ku sekalian, terima kasih sebab hadiah buku yang akak cari-cari selama ini Novel sejarah Imam Hanbali, Imam Hanafi, Tariq, Sultan Muhammad Al Fateh n Salahudin Al Ayubi..InsyaAllah hadiah kalian akan dijaga sebaiknya..

Doa buat diri sendiri "Moga Allah berkati setiap inci kehidupan ini. Berkat usia, rezeki, amal, berkat usaha dalam perjuangan yang tidak sudah. Ameen ya Rabb"

p/s Petang ni kelas 2 Brilliant buat party ulang tahunku. Nak buat suprise konon. Tapi cikgu ni dah tahu sebab 'someone' yang 'bocorkan' rahsia. Jadi petang ni buat muka 'terkejut' la aku ni kan... Jemput datang ya..hehehehe

Wednesday, February 23, 2011

Ambillah Waktu Itu..

Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumberalah rahsia dari kekuatan..
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahari masa muda yang kekal abadi..
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan..
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah..
Ambillah waktu untuk bersahabat, kerana itu jalan menuju bahagia..
Ambillah waktu untuk tertawa, kera itu muzik yang menggetarkan jiwa..
Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa beerti..
Ambil waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan..
dan..
Ambillah waktu untuk beramal, kerana itu KUNCI menuju syurga
p/s Sarat dengan bebanan tugas yang bukan sahaja 'membukit' malah sampai ketahap 'menggunung'. Moga Allah beri kesempatan untuk 'melangsaikan' amanah ini dengan baik..InsyaAllah..terima kasih kepada insan yang menghadiahkan buku DETIK-DETIK MASA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM (Dr. Yusuf Al- Qardawi) dan CD Al-Quran..Moga bermanfaat buat diriku

Sunday, February 13, 2011

Kami Menyintaimu..Ya Rasulullah

Ya Rasulullah, kami merinduimu..


p/s Alhamdulillah, segalanya sudah 'seatle'. Sepanduk untuk perarakan PPIM di daerah Kunak 'selamat' disiapkan petang semalam sebelum azan maghrib berkumandang. 2 hari bertungkus lumus menyiapkan, rehat memang tidak betah berkunjung..Terima kasih anak-anak didik PPIM yang 'turun padang' membantu cikgunya yang seorang ini bersama Hjh Maznah Hj Hassan. Terima kasih kepada Kak Mazidah atas tulisan khat tangannya. Memang anak didik al Azhar ini bijak bermain dengan jari. Tidak dilupakan anak buah kak Maznah di Kampung Kunak Jaya juga atas sumbangan Khat Tema tahun ini. Kepada Latifah Jalilul dan Herma Hamsaari, jangan lupa esok pun kamu kena berarak bersama. Apa-apa pun, moga hidup dan mati kita ini terus mencintai Rasul tercinta ini Muhammad b  Abdullah. Ikuti ajaran dan akhlak terpujinya..

Thursday, February 3, 2011

Ku pinang Engkau Dengan Hamdalah

Subuh yang Damai bagi yang 'damai' dan 'mendamaikan' keberkatan pada subuh yang 'bernyawa' ni..Kutitipkan secebis 'peringatan' dari laman fb saudara sebagai sentuhan kalbu kita bersama..Ammar Wajidah
 




Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah, ialah diciptakannya pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung padanya. Dan Allah menjadikan di antara kalian perasaan tenteram dan kasih sayang. Pada yang demikian ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.

Ketika tiba masa usia aqil baligh, maka perasaan ingin memperhatikan dan diperhatikan lawan jenis begitu bergejolak. Banyak perasaan aneh dan bayang-bayang suatu sosok berseliweran tak karuan. Kadang bayang-bayang itu menjauh tapi kadang terasa amat dekat. Kadang seorang pemuda bisa bersikap acuh pada bayang-bayang itu tapi kadang terjebak dan menjadi lumpuh. Perasaan sepi tiba-tiba menyergap ke seluruh ruang hati. Hati terasa sedih dan hidup terasa hampa. Seakan apa yang dilakukannya jadi sia-sia. Hidup tidak bergairah. Ada setitik harapan tapi berjuta titik kekhawatiran justru mendominasi.

Perasaan semakin tak menentu ketika harapan itu mulai mengarah kepada lawan jenis. Semua yang dilakukannya jadi serba salah. Sampai kapan hal ini berlangsung? Jawabnya ada pada pemuda itu sendiri. Kapan ia akan menghentikan semua ini. Sekarang, hari ini, esok, atau tahun- tahun besok. Semakin panjang upaya penyelesaian dilakukan yang jelas perasaan sakit dan tertekan semakin tak terperikan. Sebaliknya semakin cepat / pendek waktu penyelesaian diupayakan, kebahagiaan & kegairahan hidup segera dirasakan. Hidup menjadi lebih berarti & segala usahanya terasa lebih bermakna.

Penyelesaian apa yang dimaksud? Menikah! Ya menikah adalah alat solusi untuk menghentikan berbagai kehampaan yang terus mendera. Lantas kapan? Bilakah ia bisa dilaksanakan? Segera! Segera di sini jelas berbeda dengan tergesa- gesa. Untuk membedakan antara segera dengan tergesa- gesa, bisa dilihat dari dua cara :

Pertama, tanda-tanda hati. Orang yang mempunyai niat tulus, kata Imam Ja’far, adalah dia yang hatinya tenang, sebab hati yang tenang terbebas dari pemikiran mengenai hal-hal yang dilarang, berasal dari upaya membuat niat murni untuk Allah dalam segala perkara. Kalau menyegerakan menikah karena niat yang jernih, Insya Allah hati akan merasakan sakinah, yaitu ketenangan jiwa saat menghadapi masalah-masalah yang harus diselesaikan. Kita merasa yakin, meskipun harapan & kekhawatiran meliputi dada. Lain lagi dengan tergesa-gesa. Ketergesaan ditandai oleh perasaan tidak aman & hati yang diliputi kecemasan yang memburu.

Kedua, tanda-tanda perumpamaan. Ibarat orang bikin bubur kacang hijau, ada beberapa bahan yang diperlukan. Bahan paling pokok adalah gula & kacang hijau. Jika gula & kacang hijau dimasukkan air kemudian direbus, maka akan didapati kacang hijau tidak mengembang. Ini namanya tergesa-gesa. Kalau gula baru dimasukkan setelah kacang hijaunya mekar ini namanya menyegerakan. Tapi kalau lupa, tidak segera memasukkan gula setelah kacang hijaunya mekar cukup lama orang akan kehilangan banyak zat gizi yang penting.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda : “Tiga orang yang selalu diberi pertolongan Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar & seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya” (HR Thabrani)

Banyak jalan yang dapat menghantarkan orang kepada peminangan & pernikahan. Banyak sebab yang mendekatkan dua orang yang saling jauh menjadi suami istri yang penuh barakah & diridhai Allah. Ketika niat sudah mantap & tekad sudah bulat, persiapkan hati untuk melangkah ke peminangan. Dianjurkan, memulai lamaran dengan hamdalah & pujian lainnya kepada Allah SWT. Serta Shalawat kepada Rasul-Nya. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Setiap perkataan yang tidak dimulai dengan bacaan hamdalah, maka hal itu sedikit barakahnya (terputus keberkahannya)” HR Abu Daud, Ibnu Majah & Imam Ahmad.

Setelah peminangan disampaikan, biarlah pihak wanita & wanita yang bersangkutan untuk mempertimbangkan. Sebagian memberikan jawaban segera, sebelum kaki bergeser dari tempat berpijaknya, sebab menikah mendekatkan kepada keselamatan akhirat, sedang calon yang datang sudah diketahui akhlaqnya, sebagian memerlukan waktu yang cukup lama untuk bisa memberi kepastian apakah pinangan diterima atau ditolak, karena pernikahan bukan untuk sehari dua hari.

Apapun, serahkan kepada keluarga wanita untuk memutuskan. Mereka yang lebih tahu keputusan apa yang terbaik bagi anaknya. Anda harus husnudzan pada mereka. Bukankah ketika meminang wanita berarti anda mempercayai wanita yang diharapkan oleh anda beserta keluarganya.

Keputusan apapun yang mereka berikan, sepanjang didasarkan atas musyawarah yang lurus, akan baik dan Insya Allah memberi akibat yang baik bagi anda. Tidak kecewa orang yang istikharah & tidak merugi orang yang musyawarah. Maka apapun hasil musyawarah, sepanjang dilakukan dengan baik, akan membuahkan kebaikan. Sebuah keputusan tidak bisa disebut buruk atau negatif, jika memang didasarkan kepada musyawarah yang memenuhi syarat, hanya karena tidak memberi kesempatan kepada anda untuk menjadi anggota keluarga mereka. Jika niat anda memang untuk silaturrahim, bukankah masih tersedia banyak peluang untuk menyambung?

Anda telah meminangnya dengan hamdalah, anda telah dimampukan datang oleh Allah Yang Maha Besar. Dia-lah Yang Maha Lebih Besar. Semuanya kecil. Ada pelajaran yang sangat berharga dari Bilal bin Rabbah tentang meminang. Ketika ia bersama Abu Ruwaihah menghadap kabilah Khaulan, Bilal mengemukakan : “Jika pinangan kami anda terima, kami ucapkan Alhamdulillah. Dan kalau anda menolak, maka kami ucapkan Allahu Akbar.” Maka, kalau pinangan yang anda sampaikan ditolak, agungkan Allah, semoga anda tetap berbaik sangka kepada Allah & juga kepada keluarganya. Sebab bisa jadi, penolakan merupakan jalan pensucian jiwa dari kedzaliman diri sendiri, bisa jadi penolakan merupakan proses untuk mencapai kematangan, kemantapan & kejernihan niat. Sementara ada banyak hal yang dapat mengotori niat. Bisa jadi Allah hendak mengangkat derajat anda, kecuali anda justru malah merendahkan diri sendiri. Tapi hati perlu diperiksa, jangan-jangan perasaan itu muncul karena ujub.

Kekecewaan, mungkin saja timbul. Barangkali ada perasaan yang perih, barangkali juga ada yang merasa kehilangan rasa percaya diri saat itu. Ini merupakan reaksi psikis yang wajar, kecewa adalah perasaan yang manusiawi, tetapi ia harus diperlakukan dengan cara yang tepat agar ia tidak menggelincirkan ke jurang kenistaan yang sangat gelap. Kecewa memang pahit. Orang sering tidak tahan menanggung rasa kecewa, mereka berusaha membuang jauh-jauh sumber kekecewaan. Sekilas nampak tidak ada masalah, tetapi setiap saat berada dalam kondisi rawan. Perasaan itu mudah bangkit lagi dengan rasa sakit yang lebih perih. Dan yang demikian tidak dikehendaki Islam. Islam menghendaki kekecewaan itu menghilang perlahan-lahan secara wajar. Sehingga kita bisa mengambil jarak dari sumber kekecewaan dengan tidak kehilangan obyektivitas & kejernihan hati, kita menjadi lebih tegar, meskipun proses yang dibutuhkan untuk menghapus kekecewaan lebih lama.

Kalau anda merasa kecewa, periksalah niat anda. Dibalik yang dianggap baik, mungkin ada niat yang tidak lurus. Periksalah motif-motif yang melintas dalam batin. Selama peminangan hingga saat menunggu jawaban. Kemudian biarkan hati memproses secara wajar sampai menemukan kembali ketenangan secara mantap.

Tetapi kalau jawaban yang diberikan oleh keluarga wanita sesuai harapan, berbahagialah sejenak. Bersyukurlah. Insya Allah kesendirian yang dialami dengan menanggung rasa sepi sebentar lagi akan menghapus kepenatan selama di luar rumah. Insya Allah sebentar lagi.

Tunggulah beberapa saat. Setelah tiba masanya, halal bagi anda untuk melakukan apa saja yang menjadi hak anda bersamanya. Akan tiba masanya anda merasakan kehangatan cintanya. Kehangatan cinta wanita yang telah mempercayakan kesetiaannya kepada anda. Setelah tiba masanya, halal bagi anda untuk menemukan pangkuannya ketika anda risau.

p/s Dalam proses melengkapkan buku 'aku terima nikahnya'..tima kasih 'imam mudaku' atas hadiah ini

Saturday, January 29, 2011

Sekadar di pinggiran..(The Palace Hotel KK)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...



Masih di dewan kuliah saat ni..Sebentar lagi agenda bermula tapi kelibat rakan 'sekuliah' masi bergerak macam semut..Barangkali masih di dewan makan, menghabiskan sisa makan yang 'terakhir' sebelum berangkat pulang tengah hari nanti. Adinda bongsu ku tinggalkan berseorangan di bilik hotel. Katanya mau  habiskan masa tengok tv sementara menunggu aku menghabiskan 'kuliah'. Kedatangannya subuh tadi menceriakan aku..sekurang2nya ada teman 'shopping'..hehehehe

Alamak!!!
Time up!!!

'lecturer' dah sampai la..Next time sambung lagi...Apa2 pun, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Usahakan untuk jadi yang terbaik. Beri makna pada kehidupan ini. Jangan terlampau mengharapkan yang 'sempurna' sebab tiada yang sempurna pada diri insan yang bernama hamba..Sekadar di pinggiran, kita hanya hamba dalam pelayaran ini. Hargai apa yang kita ada..daaaaa

p/s Teruja menghabiskan pembacaan novel 'iman syafie'..Aku Terima Nikahnya 1,2 n 3 serta Mukmin Profesional masih dalam 'beg palstik'. Akan diusaha untuk 'khatam'..InsyaAllah. Aku makin sayang..hehehe


Thursday, January 27, 2011

Yang Cantik Itu..

From FB Ammar Wajihah

Seindah Mawar Berduri..

Yang Cantik itu......

Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….

Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” lah Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. ” Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.”lah Ruum : 21.

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu.”An Nahl :72 

p/s Kini berada d Kota Kinabalu..Ketibaan malam semalam disambut dengan rahmat 'renyai-renyai' Ilahi..Suasana sekitar airport lengang. Pemergian tadi ditemani oleh ayahanda, bonda dan my 'fiance'..Moga Allah 'menyintai' kalian semua..Tak sabar menanti siang menjelma..nak shopping!!! menyelam sambil minum air dan tanggap sotong besar..hahahaha. Apa2 pun, moga segalanya selamat. Petang nanti menuju ke The Palace hotel...selamat berkursus (^_*) 

Friday, January 21, 2011

Sekadar Mengisi Subuh yang Tersisa..(Nor Hafizah Abg Rahim)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hampir sebulan blog ni 'sepi' tanpa khabar berita..Tahun lepas, hujung tahun masa dipenuhi dengan kenduri kendara..Ditambah lagi 'musibah' yang menguji kudratku..Alhamdulillah segalanya dalam 'kawalan' iman. InsyaAllah..

Aduhhhh..sedih juga tidak dapat 'post' kronologi sepanjang 2010 (sebetulnya banyak peristiwa yang berlalu sepanjang tahun). Tapi masih berbasi di 'save mode'..insyaAllah bila 'kelapangan' akan di'publish' nanti..Muhasabah diri agar segala kekurangan akan diperbaiki dan diterima dengan 'berlapang dada'..

21 Januari 2011..

Ini merupakan catatan terawalku d tahun baru. Sedia maklum, awal bulan ini 'disarati' dengan meeting dan meeting..program tidak perlu di 'cakap'..hampir setiap minggu terus berlangsung..Tambahan pula, sukan tahunan makin 'mampir'. Pagi tadi sahaja baru berakhir 'majlis merentas desa' sekolah..Buat pertama kali rumah sukanku kalah 'teruk'..

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..kita bertemu untuk berpisah. Adat pertemuan, pasti tiba saat pergi. Buat sahabatku Nor Hafizah Abd Rahim yang akan berpindah balik ke semenajung esok hari, doa kami selalu bersamamu. Kenang kami dalam doamu..Moga terus sukses di sekolah baru n bahagia bersama suami tercinta. Kenangan abadi akan terus kami kenangkan selamanya..kekal dalam ingatan, abadi dalam kenangan

 Nur Hafizah Abg Rahim (berdiri di belakangku-tudung 'pink' labuh

Geng2 anak kak Irma..hehehe
(Hargai selagi ada)
p/s Akhirnya peristiwa April 2010 terjawab..Ketika Allah uji hanya melalui kata2 'pembohongan' orang lain, kenapa mudah percaya? Mana letaknya keyakinan pada 'kepercayaan' n janji Allah..Yang benar pasti benar akhirnya..Kepada yang 'melayangkan' fitnah n tomahan, dosamu telah dimaafkan.Ribuan terima kasih atas 'perbuatan' itu yang akhirnya 'meruntuhkan' impian orang lain. Moga Allah memberikan hidayah..Allah telah gantikan yang lebih baik. Sungguh tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..Amin.
Buat pakcik Alam Shah, katamu n wife buatku makin kuat..

Tuesday, December 21, 2010

Tarbiah..



Salam..

Selamat pagi..

Salam sejaktera..

Salam 1 Malaysia..

Bu Laits berkata..
"Sesiapa yang menjaga dan mengingati 7 kalimah, maka dia mulia di sisi Allah S.W.T dan malaikat-NYA serta diampunkan dosanya walau sebanyak buih dilautan dan merasa manisnya keimanan dan ketaatan kepada Rabbul Alamin serta hidup dan mati keduanya dirasakan baik baginya"

Kalimah itu ialah..

1) Ketika akan berbuat sesuatu bacalah: Bismillah..
2) Ketika selesai membuat sesuatu, bacalah: Alhamdulillah..
3) Jika terlanjur dari lidahnya sia-sia dan amal yg tidak baik, ucaplah: Astagfirullahal adzim..
4) Jika akan membuat sesuatu pada esok hari, ucaplah: InsyaAllah..
5) Jika menghadapi kesukaran selalu, bacalah: La Haulawa Kuwata Illa Billahil A'liyyil adzim..
6) Jika ditimpa bala, ucaplah: Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rhajiun..
7) Siang dan malam lidahnya berzikir: La Ilaha Illallah..

* teringat kata-kata ustaz Das'ad Latif dalam sesi tausiahnya..'yang senang/gambang tu masuk syurga,bkn neraka

p/s Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya.Terima kasih ya Rabb.Terlalu besar nikmat kejayaan ini. Moga Aku sentiasa menjadi hamba-MU yang bersyukur.Amin..hehehehehe

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru 1432H

Ya Rabb.. Kami datang kepadaMU. Bukakan pintu 'kemaafan'

Ya Rabb.. Kami datang kepadaMU. Hamparkan sejadah 'keampunan'

Ya Rabb.. Kami datang kepadaMU. Hidangkan sajian 'keinsafan'

Moga bulan2 yang telah pergi..Engkau terima amalan kami..

Moga bulan2 yang akan datang esok dan akan datang Engkau masih 'terima' kami..



p/s Blackberry coming soon..hehehehe

Thursday, December 2, 2010

Pandai Masak (P) VS Jadi Imam (L)

by Siti Zainab on Thursday, 25 November 2010 at 16:26


KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

p/s Ndak sangka, gara2 angkara orang lain yang akhirnya diri sendiri terkena juga. Syukur, 'terkena' di hati tandanya ada yang perlu dimuhasabah. Perbaiki diri..Biar apapun sangkaannya, Allah tahu apa yang berlaku..Serahkan pada milik hati yang Hakiki..