BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Saturday, January 29, 2011

Sekadar di pinggiran..(The Palace Hotel KK)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...



Masih di dewan kuliah saat ni..Sebentar lagi agenda bermula tapi kelibat rakan 'sekuliah' masi bergerak macam semut..Barangkali masih di dewan makan, menghabiskan sisa makan yang 'terakhir' sebelum berangkat pulang tengah hari nanti. Adinda bongsu ku tinggalkan berseorangan di bilik hotel. Katanya mau  habiskan masa tengok tv sementara menunggu aku menghabiskan 'kuliah'. Kedatangannya subuh tadi menceriakan aku..sekurang2nya ada teman 'shopping'..hehehehe

Alamak!!!
Time up!!!

'lecturer' dah sampai la..Next time sambung lagi...Apa2 pun, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Usahakan untuk jadi yang terbaik. Beri makna pada kehidupan ini. Jangan terlampau mengharapkan yang 'sempurna' sebab tiada yang sempurna pada diri insan yang bernama hamba..Sekadar di pinggiran, kita hanya hamba dalam pelayaran ini. Hargai apa yang kita ada..daaaaa

p/s Teruja menghabiskan pembacaan novel 'iman syafie'..Aku Terima Nikahnya 1,2 n 3 serta Mukmin Profesional masih dalam 'beg palstik'. Akan diusaha untuk 'khatam'..InsyaAllah. Aku makin sayang..hehehe


Thursday, January 27, 2011

Yang Cantik Itu..

From FB Ammar Wajihah

Seindah Mawar Berduri..

Yang Cantik itu......

Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….

Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” lah Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. ” Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang.”lah Ruum : 21.

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu.”An Nahl :72 

p/s Kini berada d Kota Kinabalu..Ketibaan malam semalam disambut dengan rahmat 'renyai-renyai' Ilahi..Suasana sekitar airport lengang. Pemergian tadi ditemani oleh ayahanda, bonda dan my 'fiance'..Moga Allah 'menyintai' kalian semua..Tak sabar menanti siang menjelma..nak shopping!!! menyelam sambil minum air dan tanggap sotong besar..hahahaha. Apa2 pun, moga segalanya selamat. Petang nanti menuju ke The Palace hotel...selamat berkursus (^_*) 

Friday, January 21, 2011

Sekadar Mengisi Subuh yang Tersisa..(Nor Hafizah Abg Rahim)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hampir sebulan blog ni 'sepi' tanpa khabar berita..Tahun lepas, hujung tahun masa dipenuhi dengan kenduri kendara..Ditambah lagi 'musibah' yang menguji kudratku..Alhamdulillah segalanya dalam 'kawalan' iman. InsyaAllah..

Aduhhhh..sedih juga tidak dapat 'post' kronologi sepanjang 2010 (sebetulnya banyak peristiwa yang berlalu sepanjang tahun). Tapi masih berbasi di 'save mode'..insyaAllah bila 'kelapangan' akan di'publish' nanti..Muhasabah diri agar segala kekurangan akan diperbaiki dan diterima dengan 'berlapang dada'..

21 Januari 2011..

Ini merupakan catatan terawalku d tahun baru. Sedia maklum, awal bulan ini 'disarati' dengan meeting dan meeting..program tidak perlu di 'cakap'..hampir setiap minggu terus berlangsung..Tambahan pula, sukan tahunan makin 'mampir'. Pagi tadi sahaja baru berakhir 'majlis merentas desa' sekolah..Buat pertama kali rumah sukanku kalah 'teruk'..

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan..kita bertemu untuk berpisah. Adat pertemuan, pasti tiba saat pergi. Buat sahabatku Nor Hafizah Abd Rahim yang akan berpindah balik ke semenajung esok hari, doa kami selalu bersamamu. Kenang kami dalam doamu..Moga terus sukses di sekolah baru n bahagia bersama suami tercinta. Kenangan abadi akan terus kami kenangkan selamanya..kekal dalam ingatan, abadi dalam kenangan

 Nur Hafizah Abg Rahim (berdiri di belakangku-tudung 'pink' labuh

Geng2 anak kak Irma..hehehe
(Hargai selagi ada)
p/s Akhirnya peristiwa April 2010 terjawab..Ketika Allah uji hanya melalui kata2 'pembohongan' orang lain, kenapa mudah percaya? Mana letaknya keyakinan pada 'kepercayaan' n janji Allah..Yang benar pasti benar akhirnya..Kepada yang 'melayangkan' fitnah n tomahan, dosamu telah dimaafkan.Ribuan terima kasih atas 'perbuatan' itu yang akhirnya 'meruntuhkan' impian orang lain. Moga Allah memberikan hidayah..Allah telah gantikan yang lebih baik. Sungguh tiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..Amin.
Buat pakcik Alam Shah, katamu n wife buatku makin kuat..

Tuesday, December 21, 2010

Tarbiah..



Salam..

Selamat pagi..

Salam sejaktera..

Salam 1 Malaysia..

Bu Laits berkata..
"Sesiapa yang menjaga dan mengingati 7 kalimah, maka dia mulia di sisi Allah S.W.T dan malaikat-NYA serta diampunkan dosanya walau sebanyak buih dilautan dan merasa manisnya keimanan dan ketaatan kepada Rabbul Alamin serta hidup dan mati keduanya dirasakan baik baginya"

Kalimah itu ialah..

1) Ketika akan berbuat sesuatu bacalah: Bismillah..
2) Ketika selesai membuat sesuatu, bacalah: Alhamdulillah..
3) Jika terlanjur dari lidahnya sia-sia dan amal yg tidak baik, ucaplah: Astagfirullahal adzim..
4) Jika akan membuat sesuatu pada esok hari, ucaplah: InsyaAllah..
5) Jika menghadapi kesukaran selalu, bacalah: La Haulawa Kuwata Illa Billahil A'liyyil adzim..
6) Jika ditimpa bala, ucaplah: Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rhajiun..
7) Siang dan malam lidahnya berzikir: La Ilaha Illallah..

* teringat kata-kata ustaz Das'ad Latif dalam sesi tausiahnya..'yang senang/gambang tu masuk syurga,bkn neraka

p/s Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya.Terima kasih ya Rabb.Terlalu besar nikmat kejayaan ini. Moga Aku sentiasa menjadi hamba-MU yang bersyukur.Amin..hehehehehe

Monday, December 6, 2010

Salam Tahun Baru 1432H

Ya Rabb.. Kami datang kepadaMU. Bukakan pintu 'kemaafan'

Ya Rabb.. Kami datang kepadaMU. Hamparkan sejadah 'keampunan'

Ya Rabb.. Kami datang kepadaMU. Hidangkan sajian 'keinsafan'

Moga bulan2 yang telah pergi..Engkau terima amalan kami..

Moga bulan2 yang akan datang esok dan akan datang Engkau masih 'terima' kami..



p/s Blackberry coming soon..hehehehe

Thursday, December 2, 2010

Pandai Masak (P) VS Jadi Imam (L)

by Siti Zainab on Thursday, 25 November 2010 at 16:26


KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

p/s Ndak sangka, gara2 angkara orang lain yang akhirnya diri sendiri terkena juga. Syukur, 'terkena' di hati tandanya ada yang perlu dimuhasabah. Perbaiki diri..Biar apapun sangkaannya, Allah tahu apa yang berlaku..Serahkan pada milik hati yang Hakiki..

Sunday, November 28, 2010

Bayi yang Berkata-kata

Dengan Nama Allah yang Pemurah Lagi Maha mengasihani..

Kutitipkan 'sirah' ini untuk santapan diriku dan dirimu..Moga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan melahirkan insan yang sama. Bahagia di 'sini' dan bahagia juga di 'sana'..

 Anakku Hafidz, c manja

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”
Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”
Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”
Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”
Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.”
Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.
Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”
Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”
Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.
Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.”


Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”



p/s Baru abis bantu ayahanda dan Bonda buat dapur di belakang rumah. InsyaAllah petang ni sambung pasang pagar pulak. Huh!! cuti ni padat sekali dengan tugas2 di laman bonda


Wednesday, November 24, 2010

Hadiah ini Untukmu..

Terima kasih kepada 'insan' yang menghadiahkan buku 'permata' ini buatku..


Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah
(Zamri Mohamad & Imran Yusof)
-Serlahkan kehebatan cinta dan kekalkan kehangatan dalm perkahwinan bagi mengabdikan kehidupan bersama yang disinari nikmat kebahagiaan dunia dan akhirat-


Nota Hati Seorang lelaki
(Pahrol Mohd Juoi)
-Hati seorang lelaki, kekadang perlu sekeras waja, ada masanya mesti selembut sutera. Ah lelaki, jika jiwamu tulus kerana Ilahi, pasti lurus perananmu sebagai LELAKI-

p/s Baru ber 'chat' dengan abg Alam Shah Hafidz d FB..Moga kita sama-sama bersabar ya. Kita cari bahagia yang hilang dulu. Yakin, Allah bersama hamba-NYA yang sabar. Aku derita ini pasti terselit kasih sayang-NYA

Tuesday, November 23, 2010

Monolog Kala Malam Tadi..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Karat di Laman bonda. 'Karat' di hati?


Menelusuri 'perjalanan' masa sepanjang cuti ni..Masih tercari2 untuk ke mana. Adinda bongsu pula masih menghabiskan cuti 'sakannya' di KL. InsayaAllah minggu hadapan baru kembali. Moga selamat hendaknya.

Rakan dan sahabat sering bertanya 'cuti kali ni di mana?' Aku hanya tersenyum bila persoalan itu ditujukan. Sebetulnya perancangan sudah ada. Di awal tahun sudah direncana. Cuma menanti 'jadi' or 'tak jadi'..Terbayang panorama tempat 'percutianku'..hehehehe (Moga Allah perkenankan. Amin)

Namun..

Allah maha Berkehandak..
Berkehendak pada tiap sesuatu..
Kita 'plan', Dia pun 'plan' juga..
Namun 'plan-NYA' lebih baik..
Walaupun kadang2 kita merasa 'plan' kita itu yg terbaik..
Terlupa..
Semua itu hanya pada pandangan 'mata hati' insan..
Insan lemah yang hanya menilai pada 1 sudut biasan sahaja..
Pendek akal, panjang angan-angan ..
Akhirnya tersunggur di pinggiran 'kekecewaan'

Pinta bahagia, sengsara yang tiba..
Pinta kejayaan, kegagalan yang berkunjung..
Pinta itu, ini yang diberi..
Pinta kekayaan, malah kemiskinan yang melarat..

Aduh..payahnya menggapai redha
Peritnya menyahut seruan 'syukur'..
Padahal semuanya itu yang 'terbaik'..
Hadiah yang tidak dipinta tetapi itu yang 'membahagiakan'
Mata 'buta' melihat ibrahnya yang 'tersembunyi'..
Kerana ingin 'cepat' di depan mata 'kasar'

Ingat..
DIA tidak akan ambil sesuatu yang kita paling 'sayang'..
KECUALI akan Dia gantikan dengan yang 'lebih baik'..
Pasti!!

p/s Baru balik dari Hospital. Dapat panggilan 'emergency' di kampung. Ayahanda tengah sakit 'kuat'. Memecut 'teman' agar segera tiba ke destinasi. Alhamdulillah, doktor mengesahkan ayahanda cuma demam biasa. Debar juga sepanjang menanti keputusan doktor..Ujian itu benar2 mengujiku