BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Sunday, November 28, 2010

Bayi yang Berkata-kata

Dengan Nama Allah yang Pemurah Lagi Maha mengasihani..

Kutitipkan 'sirah' ini untuk santapan diriku dan dirimu..Moga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan melahirkan insan yang sama. Bahagia di 'sini' dan bahagia juga di 'sana'..

 Anakku Hafidz, c manja

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”
Juraij berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij....... Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat wajah wanita-wanita penzina.”
Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.”
Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.”
Juraij berkata: “Di mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.”
Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.
Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”
Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: “Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.”
Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.
Ibunya merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.” Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.”


Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”



p/s Baru abis bantu ayahanda dan Bonda buat dapur di belakang rumah. InsyaAllah petang ni sambung pasang pagar pulak. Huh!! cuti ni padat sekali dengan tugas2 di laman bonda


Wednesday, November 24, 2010

Hadiah ini Untukmu..

Terima kasih kepada 'insan' yang menghadiahkan buku 'permata' ini buatku..


Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah
(Zamri Mohamad & Imran Yusof)
-Serlahkan kehebatan cinta dan kekalkan kehangatan dalm perkahwinan bagi mengabdikan kehidupan bersama yang disinari nikmat kebahagiaan dunia dan akhirat-


Nota Hati Seorang lelaki
(Pahrol Mohd Juoi)
-Hati seorang lelaki, kekadang perlu sekeras waja, ada masanya mesti selembut sutera. Ah lelaki, jika jiwamu tulus kerana Ilahi, pasti lurus perananmu sebagai LELAKI-

p/s Baru ber 'chat' dengan abg Alam Shah Hafidz d FB..Moga kita sama-sama bersabar ya. Kita cari bahagia yang hilang dulu. Yakin, Allah bersama hamba-NYA yang sabar. Aku derita ini pasti terselit kasih sayang-NYA

Tuesday, November 23, 2010

Monolog Kala Malam Tadi..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Karat di Laman bonda. 'Karat' di hati?


Menelusuri 'perjalanan' masa sepanjang cuti ni..Masih tercari2 untuk ke mana. Adinda bongsu pula masih menghabiskan cuti 'sakannya' di KL. InsayaAllah minggu hadapan baru kembali. Moga selamat hendaknya.

Rakan dan sahabat sering bertanya 'cuti kali ni di mana?' Aku hanya tersenyum bila persoalan itu ditujukan. Sebetulnya perancangan sudah ada. Di awal tahun sudah direncana. Cuma menanti 'jadi' or 'tak jadi'..Terbayang panorama tempat 'percutianku'..hehehehe (Moga Allah perkenankan. Amin)

Namun..

Allah maha Berkehandak..
Berkehendak pada tiap sesuatu..
Kita 'plan', Dia pun 'plan' juga..
Namun 'plan-NYA' lebih baik..
Walaupun kadang2 kita merasa 'plan' kita itu yg terbaik..
Terlupa..
Semua itu hanya pada pandangan 'mata hati' insan..
Insan lemah yang hanya menilai pada 1 sudut biasan sahaja..
Pendek akal, panjang angan-angan ..
Akhirnya tersunggur di pinggiran 'kekecewaan'

Pinta bahagia, sengsara yang tiba..
Pinta kejayaan, kegagalan yang berkunjung..
Pinta itu, ini yang diberi..
Pinta kekayaan, malah kemiskinan yang melarat..

Aduh..payahnya menggapai redha
Peritnya menyahut seruan 'syukur'..
Padahal semuanya itu yang 'terbaik'..
Hadiah yang tidak dipinta tetapi itu yang 'membahagiakan'
Mata 'buta' melihat ibrahnya yang 'tersembunyi'..
Kerana ingin 'cepat' di depan mata 'kasar'

Ingat..
DIA tidak akan ambil sesuatu yang kita paling 'sayang'..
KECUALI akan Dia gantikan dengan yang 'lebih baik'..
Pasti!!

p/s Baru balik dari Hospital. Dapat panggilan 'emergency' di kampung. Ayahanda tengah sakit 'kuat'. Memecut 'teman' agar segera tiba ke destinasi. Alhamdulillah, doktor mengesahkan ayahanda cuma demam biasa. Debar juga sepanjang menanti keputusan doktor..Ujian itu benar2 mengujiku 

Wednesday, November 17, 2010

Kekal Dalam Ingatan,Abadi Dalam Kenangan


Impian Jadi Beach Resort, Tuaran
01-15 november 2010

Nama kita diukir di pantai ini




Sahabat baruku, wife abg Abu Zarin (UPSI)
Kak Aishah Salim, SK Patikang Keningau

Bersama urusetia, En Awang Lai

Bersama dengan Penghulu Cikgu Bakar Hj Tahir
Guru Besar SK Nyaris2

Makan ice cream menuju ke pantai

Peace!!




Tuesday, November 16, 2010

KEMBARA kini KEMBALI

Maafkan aku andai hatimu terluka..
Maafkan aku andai terasa di setiap inci sanubarimu..
Ke'ingkaran'ku..
Kekilafanku..
Keterlanjuranku..
Aku betul-betul pinta kemaafan darimu..
Ampunkan aku sekali lagi..

Jam dinding masih diangka 7. Ayahhanda dan bonda melayan sinetron kegemaran mereka 'Cinta Kirana' di ruang tamu. Kelihatan adinda bongsuku menemani ayahanda dan bonda tercinta sambil tangannya melipat kain.

Alhamdulillah..
Syukur sangat-sangat..
Kembara 1 hingga 15 November berakhir semalam. Perjalanan yang dijangka tiba pada pukul 2 pagi akhirnya 'terbabas' ke pukul 5.30 pagi..Takdir Allah memang mengatasi segala tadbir manusia. Selepas 'outing' di Kundasang, tayar keta pancit dalam kehujanan..nasib baik ada insan berhati 'mulia' sudi menghulurkan bantuan..

Rezeki punya pasal, beli sayur segar 6 bungkus tapi dapat 'free' juga 6 bungkus. Sedaya upaya untuk menolak tetapi 'makcik' penjual itu tetap berkeras. Melihat tingkahku yang terus menolak, akhirnya dia terus memasukkan sayur tersebut ke dalam plastik. Aduhhhh, bertuahnya badan. Ditolak maknanya menolak 'rezeki'. Imam muda yang memerhati sejak tadi hanya terdiam dan memandangku..aku senyum tatkala melihat bungkusan sayur yang 'membukit' di atas rimbunan sayur yang lain. Dalam hati berbisik 'keta aku akan jadipesta sayur '

Sebelum berangkat pergi..mataku terpandang sekuntum bunga putih. Aku ambil dan bertanya harganya.

 Bunga 'free'

Kecewa..:-(

"Maaf dik, bunga tu bukan untuk dijual" Kata makcik tu

Belum sempat kereta kubuka, makcik itu terus memanggil. Aku menoleh

"Kalau adik mau, ambil yang ini la. Tapi ada 3 kuntum jak"

Aku terkejut dalam kegembiraan

"Berapa harganya makcik?" Aku bertanya 

"Tidak payah bayar, makcik bagi free" 

"Ha,betul bah makcik!!" Aku seperti tidak percaya

"Betul. Balik nanti letak dalam pasu berair ya. Kalau letak dalam air berwarna, bunga ini juga akan ikut warna air tu" Pesan makcik untuk sekalian kalinya

Aku gembira

****

Tengah memilih sayur 

Entah berapa kali 'menyinggah' sepanjang perjalanan ini. Mata yang kuyu, perlu dilayan. Akhirnya, halaman rumah kampung dan stesen petronas menjadi 'mangsa'. Berehat sebentar untuk menghilangkan lelah..

5.30 pagi, aku tiba di laman bonda dengan selamat. Bonda yang sudah sedia menanti di kaki lima turut terperanjat bila melihat ber'plastik2' sayur di dalam kereta. Aku hanya diam..Tak mampu untuk berkata-kata. Letih dan mengantuk..

p/s "Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilaj kebaikan. Tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan diri kita sendiri" ~Nota Hati Seorang Lelaki~

Tahniah buat Kak Nong, Sunarti, Noryati, Tiaga n Hafizaini sebab dapat pindah (negeri dan daerah). Semoga terus sukses di tempat kerja baru nanti..

Thursday, November 11, 2010

Catatan Ringkas Malam ini..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

 Suatu petang di tepian pantai, Tuaran

Syukur sangat sebab assigment individu dan kumpulan telah siap. Public Speaking pun baru selesai petang tadi..Hanya menanti hari peperiksaan yang dijadualkan pada Isnin ini. Esok, tiada apa-apa aktiviti yang sarat. Ikut plan, sekadar ingin memerap di bilik menelaah buku-buku yang setebal kamus dewan. Aduh!! sakit kepala bila mengingatkan itu semua..(Catatan pada 7.15 pm sebelum ke bilik kuliah)

Kembali..(11.48 pm. Catatan selepas pulang dari bilik kuliah dengan mata 'kelabu') hehehehehe

Aishah terus ambil bantal dan tido selepas 'bergayut' dengan suami. Bibi, Ivy dan Siti masih menatap laptop. Menyiapkan asiggment saat-saat akhir. Aku? hehehehehe...Syukur, semuanya dah seatle. 

Cuma ingin meluahkan rasa 'kepuasan' selepas melalui hari-hari ini. 2 minggu masa yang cukup lama bagiku. Tidak sabar rasanya untuk kembali ke laman Bonda tercinta. Apatah lagi menanti kedatangan 'tut'..hehehe. Apa2 pun, moga segalanya dalam rahmat Allah. Aku akan kembali ke desa tercinta pada 16hb ni. Kena pulang dengan segera kerana adinda bongsu akan berangkat ke KL sekali lagi pad 20hb ni..Orang 'sana' tunggu kedatanganku..

Kepada Aishah, esok bangun awal siapkan assigment!!
Ivy, Siti n Bibi pun jangan tido lewat sangat!!

Zzzzzzzzzzzzzzz

p/s Usia umpama HARTA..bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi KEBERKATANNYA. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan KEBAKTIAN...Pangjangkan USIAku
 

Tuesday, November 2, 2010

Kembara ini bermula lagi..KISSM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, akhirnya aku tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat. Bertolak pada 30hb Oktober 10 pagi dan tiba di Kota Kinabalu 9.00 malam. Perjalanan yang cukup jauh bagiku. Nasib baik ada Imam Muda yang menemani, Boleh bertukar 'driver' ketika keletihan. Menumpang tidur untuk 2 malam di Sepanggar di rumah Ustaz Abdullah sekeluaga. Terima kasih kepada family 'baru' ini..InsyaAllah kami akan datang lagi. Pagi Ahad 31hb Oktober 2010, kami berdua sempat 'joging' ditemani family ustaz Abdullah yang cukup ceria gitu..Sepanjang 1 hari, kaki naik kebas 'round' bandar. Keletihan tahap 'gaban' melanda. hehehehehe

Joging dipagi hari

Ustaz Abdullah dengan puteranya, Wafi

Putera Ustaz Abdullah, comel sangat!!

  Banjir di Penampang

 Tuaran, makan2 sementara menunggu kwn 

1hb November 2010..meneruskan perjalanan ke Daerah Tuaran, destinasi yang dituju. Akhirnya tiba pada pukul 11.30 pagi di Mimpian Jadi Beach resort Tuaran yang jauhnya hanya 45 km dari bandar KK

p/s Moga aku dan sahabat yang lain dapat menjalani kursus ini dengan jayanya. Ya Allah permudahkan jalan kami menuju-Mu. Amin

Monday, October 25, 2010

Tahniah buat Roomate akak!


Salam tahniah buat adinda, peneraju bakal-bakal guru yang dedikasi..Anak Kandung Suluh Budiman. Pejam jelik, tak sedar kalian sudah mencapai impian yang pada satu ketika dulu menanti masa yang kukira cukup lama. Ketika akak (Kak Sam, Kak Ain, Kak Huda n the geng) berada di tahun akhir dan kalian baru menjejakkan kaki ke menara gading, pertemuan dan perkenalan kita di teratak Kolej Aminuddin Baki KAB 209 membibitkan ikatan ukhwah..Moga Kalian terus sukses selepas ini..welcome to our club..hehehehehe

Setelah sekian lama, terima kasih sebab datang ketika akak konvo dulu. Maaf sangat-sangat kerana tidak dapat membalas jasa kalian untuk 'menghadirkan' diri di hari 'kemenangan' kalian pulak..Ampun dipinta atas 'kebatasan' ini..Apa-apapun, kamu yang terbaik. We love u sayang...

Adik Salwa dan Rokiah (2010)

Aku pada satu ketika dulu (2007)

p/s Alhamdulillah, baru selesai Sambutan Hari Puteri PPIM Peringkat Daerah Kunak. Berbaloi dengan keletihan dan 'kehitaman' wajah selepas sebulan berpanas di bawah sinaran matahari (Latihan Kawad Puteri). PPIM SMK Kunak Jaya johan Kawad Kaki, Nasyid, Marhaban, Permainan Tradisional, Busana Muslimah manakala Memasak, ICT dan Gubahan bahan Terbuang di tempat naib johan..Yang best sangat, buat pertama kali kami menghantar pasukan kompang PPIM untuk majlis perasmian penutupan. Terima kasih kepada anak didikku sekalian..Anda semua kusayangi...(^_^)

Sunday, October 3, 2010

Mesej Dari Rakan FB

Jika engkau sudah merasakan nikmatnya dekat dengan Allah, nescaya engkau dapat merasakan bagaimana pahitnya jauh dari Allah

p/s Terasa sunyi 4 hari ni. Adinda bongsu dan 2 rakannya serta Cikgu Latifah yang memenangi pertandingan Maxis Cyberkids 2010 peringkat negeri Sabah bertolak ke KL Jumaat lepas untuk meneruskan 'persaingan' ke peringkat Kebangsaan di PD Negeri Sembilan. Terasa sunyi tiada teman sembang sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja. Sampai ke hari ini belum ada khabar berita (adik pesan jangan hubungi sebab HP ada dengan cikgu Latifah. Lagipun jadual kami 'ketat' sangat. Habis program baru boleh 'call'). Moga segalanya dalam rahmat Allah

Sunday, September 26, 2010

Aktiviti Kali ini..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hari ini Ahad..26 September 2010
Sementara menanti solat Isyak, aku cuba untuk 'menghadihakan' sesuatu pada blog yang ku kira sudah lama sunyi. Kedengaran suara bonda 'membaca' Ayat-ayat Cinta Ilahi di sebalik kamar tidurnya. Aku di meja makan dapur, kebetulan kamar bonda di sebelah ruang dapur yang dipisahkan oleh dinding kayu bervarnis merah kilat..Ayahanda dan adik bongsu tengah melawan tv di ruang tamu hadapan..

Sejujurnya, hujung minggu kali ini seperti tidak cuti. Al maklumlah semalam diadakan Program gotong royong bersama ibu bapa sempena Program Mencegah Malagi sekaligus meraikan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Fuhh!!! Seronok rasanya bila dapat 'turun padang' bersama ibubapa serta anak didik melaksanakan program di bawah 'orang kesihatan' Daerah Kunak. Mengutip sampah, membersihkan longkang, sabit rumput serta melupuskan sampah dilakukan bersama-sama. Yang seronoknya, pihak PIBG turut menyumbang tenaga meraikan sekolah ini..terima kasih kepada semua.

Usai mesyuarat agung Permainan, majlis aidilfitri diadakan. Puas 'round' kelas pelajar sambil menjamah makanan pelajar. Jamuan guru dihidangkan dengan 'mihun sup' hasil tangan kak Sarinah dan Mi Tom Yam Seafood hasil tangan Ustaz Nasrul..hehehehehehe

Apa-apa pun balik rumah terus terlelap..sampai malam ni keletihan masih terasa.Aduhhh, esok nak sekolah lagi...hehehehehehe


p/s Malam sebelum gotong-royong, aku dan adinda buat Kek Coklat Kukus untuk jamuan kelasku 3 Smart dan kelas adindaku 2 Excellent. 4 talam semunya..1 talam untuk bonda dan 1 talam untuk orang 'sana'..hehehehe. Tidak sempat 'snap' gambar kuih tu semalam. Gambar di atas di ambil puasa pertama baru2 ni..layannnnnnnnnn..

Saturday, September 18, 2010

Selamat Pengantin Baru

Firman Allah yang bermaksud : "Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan Rasul sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan juga keturunan" (Ar-Rad : 38)

Daripada Aisyah r.a berkata, bersabda Nabi s.a.w " Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku" (Riwayat Ibn Majah)





Selamat Pengantin Baru sahabatku Rafidah Rappe (18 September 2010) dan pasangannya. Maaf sebab tak sempat nak makan 'nasi pengantin'. Risau kereta 'parking' kat luar (Kg Ice Box hujung ni orang gelar BLACK AREA)

p/s Kepada pakcik Jamaluddin Jala yang akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 8 Oktober 2010, jangan lupa 'HAJATKU' bila tiba di Jabal Rahmah. Moga Allah permudahkan segalanya. Ku pohon setiap ketenangan dalam apa juga keputusan yang kupilih. Bahagia dunia dan akhirat. Ameen

Sunday, September 12, 2010

Raya 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk syawal ke 4..

Sebetulnya, terasa letih..




Raya hari pertama

Raya pertama hanya duduk di rumah menanti tetamu..

Pagi hingga ke malam tidak putus tetamu yang datang..

Maklumlah, rumah tidak sejauh macam tahun-tahun lepas..

Kali ini beraya di rumah baru..

Malamnya, tetamu 'istimewa' berkunjung ke rumah. Moga Allah merahmati kita hingga ke sana. Ameen


Raya ke 2
Pukul 7 sudah bergerak ke Mostyn Estate
Buat ziarah kubur arwah adik bongsu n saudara yang lain
Moga roh meraka dalam peliharaan-NYA
Seusai bacaan doa, bergegas ke perkuburan islamiah Tawau
Buat ziarah kubur makcik n pakcik
Lautan manusia membanjiri kawasan ini
Alhamdulillah sekali lagi..
Bertemu sepupu di pusara wajib

Terus berzirah mahabbah
Taman Semarak, Pasir Putih dan Tg Batu Laut
Hujan menemani perjalanan kami
Malam tiba di laman bonda
Habis mandi terus tertidur..
hehehe

Raya ke 3
Menanti family jauh dan dekat
Pergi ke pasar membeli barang
Untuk juadah tetamu
Tapi sayang..
masih di pasar family dah sampai
Akhirnya..makan kuih jak la
Hehehehehe
Petang sampai malam buat konvoi..
Bersama classmate spm 2000
Balik..terus tido

Apa2 pun..
Selamat Hari Raya semua
Moga Allah selalu ada di hati kita
Hidupkan amalan hingga ke akhir sana

P/s Salam takziah buat kak Masni Karate sekeluarga atas kembalinya Ayahanda Imam Karate semalam. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama hamba yang soleh. Ameen

Saturday, August 28, 2010

Aku dan kamu ibarat 'pengembara'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Kupetik muhasabah diri di atas meja bilik guru seusai kelas petang semalam..Majalah Nur Julai 2007 halaman 107


Abdullah bin Umar menceritakan, Rasulullah pernah memegang bahunya dan baginda berkata,
  1. Jadilah kamu ketika hidup di dunia ini ibarat orang asing yang berada di sesuatu tempat, atau pengembara yang masih berada dalam perjalanan
  2. Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba pagi esoknya
  3. Apabila kamu berada di waktu pagi, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba waktu petang
  4. Gunakanlah waktu ketika kamu sihat dengan melakukan amalan baik bagi menggantikan amalan kamu yang tidak mampu lakukan ketika kamu sakit
  5. Gunakanlah waktu ketika kamu masi hidup dengan melakukan amalan baik sebagai menggantikan amalan yang memang takkan dapat kamu lakukan selepas kamu mati
(Riwayat Bukhari)

p/s Kak, rasulullah pesan jangan ditolak jodoh yang baik dan beriman. Tapi kak, ustaz bagitau juga pilih jodoh yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang dia ada. Bukan yang banyak ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya..mesej lewat petang tadi oleh adik Santi. Tinggi dan mendalam maksudnya tapi cukup jelas dan mudah untuk 'mengertikan'

Thursday, August 26, 2010

Selamat Ulang Tahun Sahabatku..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Aku dedikasikan buat sahabatku Masriana Langampo..Aku sayang kamu

Moga hidupmu dalam rahmat dan kasih sayang-NYA, tercapai segala hajatmu dan yang paling penting, Allah memberkati sepanjang usia ini...Ameen

Mas, aku 'sajian' kan segala kenangan kita bersama. Start kita sama-sama mendaki ke puncak 'menara gading' hingga ke saat kita 'bertatih semula' di alam pekerjaan. Masih 'kemas' dalam lipatan album dan fail laptop. Malah aku sanggup selongkar CD lama untuk mencari, namun hanya ini yang terdaya (banyak adegan2 yang tak patut di lihat. Hanya utk tatapan kita je.hehehehehe)

Kek ni pemberian seseorang. Lama dah disuruh upload tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, baru punya kesempatan dan tujaun. Terima kasih ya atas 'pemberian' ini. Lain kali hadiahkan lagi..hehehehehe

Buat pertama kali kita tiba d KLIA 2003. Kita tengah tunggu abg Syukur Salleh Lasile untuk bawa kita ke UPM. Masih segar dalam ingatanku, time ni kita mengalami 'kejutan budaya'. Sampai ke hari ini 'kenangan' itu tetap ku bawa bila ke mana-mana. Jadi pengalaman berharga agar sentiasa ingat kita siapa dan berada di 'bumi' siapa

Mas, gelaran 'kanak-kanak riang' amat sesuai denganmu. Selari dengan kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dikau impikan. Memang benar, kursus itu mempengaruhi perwatakanmu. Dari hobi, barang-barang bahkan pilihan makanan pun seakan 'keanakan'.hehehehehe
Jiwamu jiwa keibuan..sayang kepada kanak-kanak

Setiap kali ulang tahun salah seorang daripada kita berempat, pasti ada kejutan yang akan berlaku. Tunggu saat menjelang tengah malam, pasti mendebarkan kita kan. Sampai sanggup panjat jendela gara-gara nak buat surprise!!! Sampai sanggup sembunyi-sembunyi daripada kedapatan oleh 'pak jaga malam'!! Sampai sanggup tido lewat !! Sanggup pi pekan merentasi 'jambatan tembok putih' dan bergadai nyawa melintasi landasan keratapi tanjung Malim semata-mata nak dapatkan sekotak KEK!!! Bila salah seorang ada kelas, salah seorang akan berkorban ke pekan, walaupun berseorangan (ramai rakan UPSI) lain sepanjang jalan. Itu semua kerana apa??? Hanya kerana menghargai seorang insan yang namanya SAHABAT. Sebab di dunia UPSI ini kita tiada 'family' lain. Aku dan kamu adalah 'family'. Aku jaga kamu, dan kamu jaga aku..
Ya, atas nama SAHABAT

Yan (23 Feb 1983)
Siah (28 Feb 1983)
Mas (26 Ogos 1983)
Ain@Lucy (7 Okt 1983)

Siapa yang lupa wish malam tu, ada yang mejjok dalam 'diam'.hhahahaha

Ke mana pasti bersama. Ingat ka gambar di atas? Fuhh, 1st kita jumpa penyanyi kesukaan. time ni aku yang paling fanatik dengan kumpulan Hijjaz. Tanya la pasal lagu dorang, pasti aku tau. Semua kaset dan CD kumpulan ini aku beli. Cenderamata apa pun aku sanggup beli. Dan kamu semua turut beli..Yang masi keka dalam ingatanku kita masing-masing beli tuala ikut 'favourite colour'. Tapi Alhamdulillah, 'kefanatikan' inilah yang membuka hati NURUL AIN ZINNIRAH mencintai agama fitrah. Dia sangat suka dilaungkan zikir kumpulan Brothers. Lagu In-team tidak pernah sunyi di kamar kami..hehehehe

Sapa yang sanggup pi panggil c Hafiz Hamidun ni untuk ambil gambar?
Mas, ko jwb sendiri la ya..aku tau ko pun ingat jgk saat ni

Pesta konvo selalu menjadi destinasi kita berkumpul saban tahun. Pada masa ini, pasti terpacul di mulut kita dengan persoalan "Bila pulak giliran kita yang konvo?"
Masa menjawabnya..Ogos 2007 (time ulang tahunmu juga Mas)

Ntah siapa yang jadi mangsa mengambil gambar kita ni. Skemanya kita kan..lucu pulak
(di hadapan kawasan ini pada suatu ketika dulu, aku menerima sekuntum bunga pada malam 31 Ogos.hahahaha. Aku abadikan dalam kenangan hadiah sebuah buku "La Tahzan"

PERKASA..di sini cinta bersemi. Hahahaha
kiri kanan kiri, kiri kanan kiri
Habis kawad yang memandikan keringat, kita singgah di rumah Pendeta Za'ba. Macam-macam kenangan di rumah ni..diabadikan sama seperti aku mengabdikan kenangan kita
PERKASA datang lagi..
Di hadapan ini tertegaknya bangunan IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN..
Bangunan yang menjadi tapak aku mengenali 'arwah Azman'
Moga rohnya tenang di 'sana'
Dia juga pergi saat OGOS datang..
Semua kita pasti kembali..

KAMPUNG CHANGKAT LADA, BATU GAJAH PERAK..

Di kampung ini kita mengenal keluarga 'baru'
Sebuah kampung yang banjir dengan DURIAN..
Di sini juga kita kenak erti 'kerja'
Di sini juga kita kenal erta 'saudara'
Di sini juga kita kenal erti 'menghargai'
Pada keluarga Hajah Fatihah dan Arwah Khalid..terima kasih atas kasih sayangnya
Raya pertama di perantauan menitiskan air mata kita..
Di kamar kecil tembok batu..

 Semasa majlis perkahwinan Abg Yeop
Time ni kita letih sangat. Maklumlah kita tuan rumah, kita juga yang kena bantu kak Intan n Abg Samad Masak. Tapi di sini kita belajar masak ala2 orang Perak.hahahahahaha
(Perkajwinan itu menyingkap 'TABIR RAHSIA')

Di auditorium untuk pementasan teater

Masa terus pantas berlalu..
Aku dan kita kian matang..
Kian percaya meniti usia..
Bersama berlalunya masa..

Siapa akan percaya..
Tempat ini menjadi saksi bila tumbangnya seseornag di hadapan mata..hehehehe
Lagunya keramat jiwa..remaja

Semasa aktiviti kokum..Aku, Ain dan Yan kelab Taewondo. Engkau pulak mas masuk kelab senamrobik
Memang kami bertiga lagak 'ganas' sikit tapi hati lembut..perghhhhhhhhhh

Di awal pagi kat kampus..
Tandingilah kami geng2 anak 'kem'..
Tiada yang bleh bangun lebih awal daripada kami..
Kamilah juara tunggu bas di Proton City..
Kami penunggu setia di Cafe ni..
Pasal rebut bas? Kami pun tersenarai juga..hehehehehe
Itulah dunia KAMPUS KAMI..kan Mas..(ketawa lagi)

Di PWTC Kuala Lumpur sempena majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah bersama pelajar2 Sabah seluruh IPTA
Ketika ini Ain sudah menemui agama Cintanya..

2008..
Kita mengharungi dunia masing-masing
Nurul Ain Zinnirah Abdullah ke SK Changkat Lada 2, Perak
Samsiah Sanusi ke SMK Kunak Jaya, Kunak
Masriana Langampo ke SK Kmpg Selamat, Kunak
Susyhaty Laslile ke SMK Kunak, Kunak

Bersiap ke Semporna untuk menghantar rombongan kahwinSusyhaty Laslile (Yan) ke Semporna

Mas..
Masa itu terus merangkak pergi..satu persatu kita terpisah dalam linangan air mata gembira. Ain sudah jauh di mata, Yan juga jauh seperti Ain..tapi mereka tetap dekat di hati kita. Aku bahagia bila kalian juga bahagia


Pertandingan NETBALL peringkat daerah 

Mas..
Moga saat ini menjadi pengalaman berharga buat kita..
Hari ini untukmu..
Esok hari untuk mereka..
Cuma pintaku..moga hari kelahiranmu menjadikan kita semakin kuat..
Kuat dalam menghargai hidup..
Kuat dalam 'beramal'
kuat dalam ketaatan pada-NYA..ameen

p/s Aku sayang kalian semua..selamat ualang tahun jgk buat Asraf Mohamad n adik bucuk Andi Fitri

Tuesday, August 24, 2010

Akhirnya KAU tiba jua..

Iqra
 "Bacalah. Bacalah dengan nama Tuahnmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia daripada seketul daging (alaqah)" Surah al-'Alaq : 1-2

Bacalah..kerana membaca itu anak kunci kepada ILMU. ilmu itu pula IMAM kepada segala AMALAN. Dan amalan itu akan membawa kepada TAQWA. Alah s.w.t telah memilih kalimah IQRA' untuk mentarbiah UMAT...

Sentiasa tidak cukup ILMU, adalah rasa orang BERILMU
(Petikan SOLUSI isu 18)

 

Alhamdulillah, buku yang di 'order' akhirnya tiba. Hampir sebulan lamanya..Ntah la, first time pula lewat sampai macam ni. Biasanya, dalam tempoh seminggu sudah boleh sampai. Apa-apa pun, yang penting buku ni 'selamat'. Kena bersangka baik kn!! Maybe ada masalah di sepanjang 'perjalanan' KL ke KUNAK. Girang terbayang di wajahku dan Kak Siti tatkala memo kiriman pejabat pos 'bertukar tangan'. Kak Sitti yang juga 'ulat buku' tersenyum simpul..Mana tidaknya, buku yang di 'ordernya' lebih daripada 5 buah. Aku? Tiga buah je. hehehehehehehe

Aku nukilkan sesuatu yang ada pada buku ni. InsyaAllah, masa senggang akan di 'khatam' kan. Nampaknya kena 'curi' masa lagi lepas ni (bukan curi tulang ya En Suradi Syamsudin!!)

Di Mana DIA di Hatiku (Pahrol Mohd Juoi)
Allah itu amat hampir, Tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berfikir..

Kembara Seorang Hamba (Dato' Shahnon Ahmad)
Merentasi perjalanan daripada kegelapan kepada CAHAYA

Bila Pintu Hati Terbuka (Dr. Ridwan Bakar)
Kuasailah ilmu setinggi mungkin dan binalah harapan buat diri sendiri, anak-anak dan semua insan..

p/s Jangan asyik baca ayat-ayat cinta manusia sampai lupa baca AYAT-AYAT CINTA ALLAH..mukjizat yang Allah kurniakan kepada KEKASIHNYA

Monday, August 23, 2010

Berbudi kepada 'TANAH'

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Syukur, limpahan rahmat-NYA selalu bersama kita. Moga Ramadhan kali ini yang terbaik dalam hidup kita bersama. 10 malam pertama sudah berlalu, maknanya fasa 'keberkatan' juga sudah pergi. Bila ada yang pergi pasti ada yang datang 'berganti'..10 malam yang kedua pula bertamu, menghamparkan keampunan (maghrifah) buat hamba yang 'meraih'nya..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.26 pagi. Sudah agak lewat jika waktu-waktu seperti ini. Malam terasa cukup damai. Tiada bunyi bising macam hari-hari siang. Hanya cengkerik dan unggas 'berbisik' sendiri. Irama alam yang tetap akur pada 'fitrah' suruhan yang Esa..

Sebelum mata terlena, ingin terus 'berbicara' dengan blog ni. Berkongsi rasa dan aktiviti sepanjang pagi ramadhan. Alhamdulillah, laman bonda 'dibanjiri' buah-buahan serta sayuran sebelum Ramadhan. Tidak habis di makan, pasar menjadi medan niaga. Jiran tetangga turut 'merasa' sama..Kadang-kadang bertukar buah dengan mereka. Adat memberi dan menerima terus subur di laman ini. C tupai turut 'meraih' rezeki pemberiannya-NYA...Moga ianya terus berkekalan..Ameen


‘Dia yang mengadakan bumi untukmu sebagai tikar dan langit sebagai atap (bina) dan Dia menurunkan air hujan dari langit , lalu ditumbuhkan –Nya dengan air itu buah-buahan untuk rezeki bagimu; sebab itu janganlah kamu adakan bagi Allah beberapa sekutu , sedang kamu mengetahuinya’
(Surah Al-Baqarah : 22)

Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya .Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) , kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu , anggur dan sayur-sayuran , zaitun dan pohon kurma , kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan , untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.
(Surah ‘Abasa : 24-32)




Agungnya kurniaan ini. Diciptakan tanah sebagai 'alat' oleh manusia untuk memakmurkan bumi. Dari tanah inilah manusia bercucuk tanam dengan pelbagai tanaman dan sayuran. Diturunkan hujan memandikan 'usaha' manusia yang mengharapkan keberkatan rezeki tuhan. Di kebun bonda aku melihat segalanya. Berfikir tentang alam ini, terus belajar secara 'direct'. Melihat pokok durian dan kelapa yang menjulang tinggi, terbayang bagaimana segalanya 'bermula'. Melihat air sungai mengalir, menghanyutkan segala macam 'anasir' membuatkan aku berfikir ke mana arah penghabisannya? dari hulur ke hilir? Ah!! seperti juga diriku..ada mula dan ada akhirnya. Ke tanah juga akan kembali...aku terus belajar. Melihat buah rambutan, mangga, jambu, duku yang tumbuh dari tanah yang sama. Bila tumbuh mempunyai daun, buah dan rasa yang berbeza. Andai dipelihara, dibaja dengan baik dan teratur pasti menghasilkan pulangan yang lumayan. Tapi jika dibiar, pasti 'lalang' merosakkan. Maka buah yang dipetik ada yang tidak sempurna, CACAT sana sini. Ah lagi!! Manusia juga seperti itu. Keluar dari perut insan yang bergelar ibu, tapi bila lahir juga berbeza. Bila dewasa juga berbeza, terlalu jauh bezanya..Ada yang baik, ada yang jahat. Ada yang 'manfaat' ada juga yang 'mudarat'. Aduh!!aku terus belajar..Alam ini 'guru' yang diam tapi mengajar penuh 'teliti'

Sebelum subuh berlabuh, aku ingin terus belajar dari alam ini. Subuh yang 'diam' pagi yang 'bingit'. InyaAllah esok masih ada lagi 'silibus' itu..tunggu

C tupai melompat riang..
Tatkala 'sangkakala' pagi sudah berlabuh pergi..
Mengintai 'rezeki' di laman TUAN..
Yang menjadi hak milik TUHAN..

Rezeki di kebun bonda. Masih banyak lagi tapi sang suria dah kat atas kepala. Terik sangat. Tak larat nak amik gambar berlebihan, tambah2 time puasa.hehehhehehe. Rambutan tak menjadi sangat tahun ni. Bonda cakap pokok rambutan 'mejjok/merajuk' tu sebab tak banyak sangat buahnya. Buah sukun pun sama. Buah Salak baru nak di 'kwinkn'. Durian yang 10 pokok tu pun hanya 'diam' membisu.Yang lain, Alhamdulillah. Manggis dan terap masih merah tanahnya. Perlu dibaja selalu..minggu dpn banyak 'tugas berat' menanti di kebun ni..(*_#)

Rambutan (1) kat tepi rumah

Ini jak buah Duku yang 'tersisa' oleh c tupai.hehehe

Mangga kat depan rumah

Mangga + rambutan = Kenyang

Pisang yg diidamkan oleh family angkat di Kg Gajah, Perak

Masih muda lagi, buah nanas kat tepi sungai belakang rumah

Nasib la, c tupai dah makan dulu nangka ni.
Kelapa penuh kat dlm keta. Nak bwk balik Tingkayu Estate utk dijual

Yang merah tu cili..

Buah kedondong. Berbuah tak kira musim

Pokok mangga ni renek sgt tapi buahnya rimbun

Pokok tebu yg baru berusia 1 bulan lebih

Hasilnya...hehehehe

Untuk dibawa ke pasar

Ke pasar juga

Pokok buah naga yang kian membesar

Serai yang baru di tanam

Lengkuas

Deretan pokok jambu air

Daun pandan yg juga masih muda usianya

Angkara siapa?Dah terlebih masak.Tggu masa nak tumbang

Barisan pelbagai jenis pokok limau

Terung pun ada..

Di kejauhan, pokok durian

Tumbuh subur (1)

Tumbuh subur (2)

p/s Laman bonda kian subur..lebih 10 tahun menjaga dan terus menjaga, akhirnya tanah yang 'ditatang' membalas jasa. "Ya Allah, jadikan penghuni laman ini dalam rahmat-MU"