Monday, May 31, 2010
Catatanku
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 5/31/2010 06:15:00 PM 0 ulasan
Label: Aku Dalam Lagu
Friday, May 21, 2010
Awan 'memayungi' orang yg BERTAUBAT
*DIA 'mengajar' n 'mendidikmu' erti 'CINTA' n 'SABAR'
*Aku sepertimu,b'mujahadah utk 'MEMAAFKAN'
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 5/21/2010 07:32:00 AM 0 ulasan
Label: AL KISAH
Sunday, May 16, 2010
Jihad Cinta
jihad cinta.....
jihad yang manis pada ucapannya tapi amat pahit pada maknanya,
cinta.....
cinta pada seseorang,
pada akhlaknya, pada nur di wajahnya...
namun hati ini tidak mampu,
tidak mampu melanggar batas syariat
hati ini perlu berjihad,
jihad nan suci....
jihad cinta.....
laksanakanlah....
semoga cinta yang bakal di capai
menjadi cinta sufi...
cinta nan diredhai oleh ILAHI....
cinta nan putih bersih....
cinta nan membawa ke syurga
bukan setakat cinta nan membawa ke pintu syurga
jihad cinta....
percayalah....
cinta itu diredhai ALLAH...
jodoh di tangannya ILAHI
andai tekad.....
doalah, tawakkal....
kerana jihadmu di dalam cinta
bukan suatu yang sia-sia
tapi ia penuh makna...
membawa bahagia di dunia dan akhirat......
teruskanlah...
jihad cintamu
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 5/16/2010 07:26:00 AM 0 ulasan
Label: Sajak Penenang Kalbu
Saturday, May 15, 2010
Kamar-kamar di Syurga
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 5/15/2010 07:32:00 AM 0 ulasan
Label: Kisah Teladan
Friday, May 14, 2010
Guru, mengajar dan Mendidik..
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 5/14/2010 08:08:00 PM 0 ulasan
Label: GURU OH GURU
Sunday, May 2, 2010
4 cara mengenali keaiban diri sendiri
2).Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan
agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.
3).Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.
4).Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.
5).Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu.
Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 5/02/2010 11:54:00 PM 0 ulasan
Thursday, April 29, 2010
Nangis
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/29/2010 02:45:00 AM 0 ulasan
Label: Iktibar
Wednesday, April 28, 2010
Kasih untuk selamanya..
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidak lah setabah Fatimah.
Justeru isterimu
hanyalah wanita akhir zaman yang punya
Cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin!
Untuk isteri.... renungkanlah....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita-cita membangunkan keturunan yang soleh.
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t.
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri, jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman; dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/28/2010 04:38:00 PM 0 ulasan
Label: PERKAHWINAN
Tuesday, April 27, 2010
NAK CANTIK!!!!
~~(^_^)~~
Pahlawan srikandi
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/27/2010 06:15:00 PM 0 ulasan
Label: WANITA HIASAN DUNIA
Syukur, sabar..aku punya!!
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/27/2010 07:00:00 AM 0 ulasan
Label: MUHASABAH
Thursday, April 22, 2010
'Pergi'
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/22/2010 10:48:00 PM 0 ulasan
Terbentang...di hamparan 'biru'-MU
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/22/2010 03:43:00 PM 0 ulasan
Label: KEAGUNGAN
Friday, April 16, 2010
Cermin Diri
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/16/2010 10:21:00 PM 0 ulasan
Label: MUHASABAH
Wednesday, April 14, 2010
Kasih IBU dan ISTERI SOLEHAH
Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali. Lelaki itu berkat kepadanya dalam nada marah.
Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan.
Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa..
Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk mengambus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. "Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya. Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang.
Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu.
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/14/2010 06:44:00 AM 0 ulasan
Label: AL KISAH
Monday, April 12, 2010
Jadikan kami penyejuk di mata SUAMI
Sucikan 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Pencitamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu"
**********************
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/12/2010 07:59:00 AM 0 ulasan






































