BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Monday, January 18, 2010

Hari yang Penuh Kesyukuran


 Allah maha mendengar setiap rintihan

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kehadrat Allah. Dia yang menciptakan setiap duka dan nestapa ini. Bila luka, jawapannya sabar. Bila gembira, syukur di setiap genap nafas. Hanya tuhan yang tahu perasaan ku hari ini. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat itu. Engkau datangkan musibah yang hampir-hampir menenggelamkan aku dalam kesedihan yang tiada penghujungnya. Aku leka hingga tidak melihat bahawa semua itu hanyalah ujian yang hanya sedikit. Inilah kelekaan yang aku kesali. Bila segala tugas telah aku tunaikan, terasa musibah itu satu nikmat yang tiada galang gantinya..Engkau hadirkan INSAN itu sebagai perantara untuk aku terus berjuang. Ya Allah, Engkau beri kekuatan itu. Moga INSAN itu engkau  berkati..Ameen

Ya..Allah ada jawapan untuk setiap dugaan dan ujian yang ditimpakan. Seperti aku dan anda semua. Cuma bezanya macam mana dan bagaimana kita menghadapai setiap ujian itu. Sahabatku, Tuhan sedang mengajar kita erti IKHLAS dan SABAR. Meskipun payah untuk mencapai tahap itu, kita sama-sama berusaha dan berdoa..Bila telah selesai, bertawakallah..InsyaAllah..semuanya akan baik

RINTIHAN KITA...

YA ALLAH, KENAPA AKU DIUJI?

"Adakah manusia mengira mereka akan dibiarkan saja berkata kami telah beriman sedangkan mereka tidak lagi diuj???? Sesungguhnya telah Kami uji orang-orang yang sebelum mereka supaya Allah mengetahui siapa yang di kalangan mereka golongan yang benar dan siapa yang berdusta"
( Al- Ankabut : 2-3 )

YA ALLAH, KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN????

"Difardhukan ke atas kamu semua berperang walaupun berperang itu sesuatu yang kamu benci itu membawa kebaikan bagi kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai itu membawa keburukan bagi kamu. Dan Allah lebih mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui"
( Al- Baqarah : 216 )

YA ALLAH KENAPA UJIAN SEBERAT INI????

"Tidak Allah mentaklikkan seseorang itu melainkan apa yang mampu mereka lakukan. Bagi mereka kebajikan atas apa yang mereka lakukan. Wahai tuhan kami, janganlah Engkau siksa kami, jika kami lupa atau salah. Wahai tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat di atas bahu-bahu kami sepertimana Engkau pikulkan ke atas bahu-bahu orang sebelum kami. Wahai tuhan kami janganlah Engkau pikulkan di atas bahu kami ini akan apa yang tidak mampu kami mampu. Maafkalah kami dan ampunilah dosa kami dan kasihanilah kami. Engkaulah wali ( pemimpin ) kami maka bantulah kami melawan orang kafir"
( Al –Baqarah : 286 )

YA ALLAH TERKADANG AKU BERASA FRUST…

"Janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula berdukacita sedang kamu orang-orang yang lebih tingi jika kamu beriman"
Al- Imran : 139 )

YA ALLAH BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA???

"Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan bersabarlah kamu dalam melawan musuh-musuh kamu dan jagalah ( di perbatasan ) dan takutlah kamu kepada ALLAH mudah-mudahan kamu berjaya"

YA ALLAH APA AKU DAPAT DARIPADA SEMUA UJIAN INI???

"Sesungguhnya Allah membeli diri dan harta orang-orang yang beriman dengan syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai janji yang benar bagi Alalh ( seperti yang termaktub ) di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Siapakah yang lebih menepati janji mereka saripada Allah? Sebab itu bergembiralah kamu atas penjualan yang kamu dagangkan itu. Demikian itulah kemenangan yang besar"
( At-Taubah : 111 )

YA ALLAH KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??

"Jika mereka berpaling ( tidak mahu beriman ) maka hendaklah engkau katakan; cukuplah ALLAH bagiku, tiada tuhan melainkan Dia. Kepada Dialah aku bertawakkal  dan Dialah tuhan  ‘arasy yang besar"
( At- Taubah : 129 )

Sunday, January 17, 2010

Kehidupan Ini


MyCartopia.com Click here to get one

Rumahku Syurgaku (2)

Hehehehehehehehe...
Sebaik sahaja emak 'call' tadi, aku terus bergegas menyuruh adik2 bsiap untuk ke Pangkalan Madai. Sebelum tu, aku singgah sebentar di pekan membeli pampers anak buah kesayanganku, Moha Hafidz. Itu pun setelah diingatkan oleh Sakiah..Tapi hampa, saiz yang dicari kehabisan stok. Baru sahaja nak bertolak, kelihatan la pulak kaunter celcom untuk register 'plan student' dibuka. Aku menyuruh Sakiah membeli 1 plan (no lamanya aku dah bagi cinta Bintulu)..:-)

Hampir 30 minit menunggu dalam kereta (sambil layan sms), aku melihat sebuah kereta MYVI 'parking' betul2 di tepi keretaku..Aku biarkan...Pemandu dan penumpang tidak kelihatan langsung. Maklum la cermin gelap. Tapi macam tak sedap hati je..aku menoleh sekali lagi, Ya Allah!!!

"Kalau Allah nak temukan, pasti pertemuan itu terjadi" Bisik dalam hatiku..:-)


Akhirnya, Allah makbulkan doaku dengan cepat..:-)

Apa lagi, sebaik sahaja pemandu dan penumpang keluar dari kereta menuju ke Milimewa (sebuah pasaraya), aku buat-buat tidak tahu (mereka dah nampak aku pun). Kebetulan aku yang gemar membawa kamera ke mana sahaja, pantas mengambil gambar kereta Myvi tu..Klik kiri, klik kanan..tak puas dengan itu, aku menyuruh Sakiah ambil dari pandangan hadapan..Ntah macam mana kenakalan tiba2 datang time2 mcm ni. Kalau bukan disebabkan aku tidak memakai stoking, pasti aku yang keluar kereta dan tangkap gambar kereta tu

"Bintuluku..Allah itu maha mengetahui"..syukur Allah temukan juga


Lepas ni nak jumpa empunya keta pulak..ameen

Gara-gara ambil gambar banyak sangat, bateri kamera 'weak' (lupa nak cas pagi tadi)..Sampai rumah di Pangkalan Madai, aku tidak berpeluang mengambil gambar rumah yang sudah pun dalam fasa memasang dinding dalam..Bestnya bila dapat lihat bilikku sudah hampir-hampir siap..InsyaAllah, aku akan 'upload' kn gambar baru tu..tunggu dan tunggu ya


Kebaikan itu..

"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara: Percakapan, diam, pandangan, gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan." 
Kata2 hikmah Saidina Ali Karramallahu Wajhah..

Saturday, January 16, 2010

Aku, dia dan mereka

Assalamualaikum..

Gotong Royong Membersihkan Koperasi

Alhamdulillah, setelah bermesyuarat pada 14hb lepas program yang dirancang akhirnya bejaya mencapai matlamat..Aku dan guru koperasi bersama pengawas koperasi turun ke sekolah seawal pukul 8 pagi. Hujan masih lebat ketika aku dan sakiah bergegas ke kedai koperasi..hujan tidak menghalang kami dua beradik memberikan kerjasama meskipun terpaksa berhujan (sudah lama tidak bermain hujan)

Kedai koperasi yang hampir2 'mati' tahun lepas, diberikan nafas baru. Syukur kerana di sebalik ujian Allah ke atas bangunan sekolah tahun lepas, akhirnya kedai kami berkongsi ceria apabila 'pembaikan' bangunan dikongsi bersama kedai kami..Terima kasih ya Allah.






 

 

 

 

p/s Air di flat dak ok la..hehehehe

Friday, January 15, 2010

Merentas Desa 2010 (15 Januari 2010)


Template Tahun ni

Seawal selepas solat subuh, aku meneruskan rutin harian di dapur. Memasak awal tidak seperti hari biasa untuk adik-adikku (ada di rumahku saat ini). Pukul 6.45 aku sedah berada di sekolah. Hujan yang sejak petang semalam belum reda. Kelihatan warga pelajar SMK Kunak Jaya membanjiri perkarangan dewan dan astaka..Seperti tahun-tahun lepas, tugasku bersama Kak Anie sebagai AJK Hadiah. Ntah macam mana, namaku pun ter 'list' juga sebagai AJK Cabutan Bertuah walapun tidak bertuah pada hari ini..hehehehehe (bukan rezeki). Alhamdulillah, program yang ditemani hujan renyai berakhir dengan jayanya..Keputusan keseluruhan dimenangi oleh rumah sukan jaguh..
  1. Jaguh
  2. Wira
  3. Satria
  4. Perkasa







 

 

 

p/s : Moga SMK Kunak Jaya akan terus maju dan maju..Ameen







"Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan"


Wednesday, January 13, 2010

TQ my friends..Love u all


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI

Kehidupan tidak lari dari suka duka, perit jerih dan susah payah...
Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa...
Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa..
Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda, Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia...
Membuatkan kita kecewa dan berputus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka... Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'

justeru, ayuh teman...
berikan kata2 penawar buat mereka yang bergelar da'ie agar mereka kuat dan cekal untuk sentiasa istiqamah dijalan-Nya....kerana hakikat kehidupan seorang da'ie ibarat tiram di lautan, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguh pun terluka tetap dipendam, sungguh pun pedih tetap disimpan...

berilah penawarnya...



Ajarkan Aku Cinta-MU
Ingin Ku Kata Marah..Marah Bukan Milikku..Ingin Ku Kata Kecewa..Ia Telah Berlalu..Ingin Ku Kata Sayang..Tapi Belum Tiba Waktu..Ingin Ku Luah Rindu..Rindu Hanya Tertentu..Ingin Ku Menangis..Rendah Untuk Air Mata Ku..Ya Allah..Ajarkan Aku Erti CintaMUya Rabbi..Agar Marahku..Kerana Tewas Dengan Nafsu..Agar Kecewaku..Mengubah Diriku..Agar Sayangku..Ke Arah RahmatMU..Agar Rinduku..Ingin Bertemu DenganMU..Agar Tangisku..Memadam Api NerakaMU..(",)..




Sesekali Diuji
Apa jua bala bencana singgah menerpaMenguji jauh mananya sabar kitaMungkin selama ini kita terlupaKita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNyaMaka diberi sedikit ujianMenguji tahap keimanan dijiwaBila kesusahanTerasa hidup terlalu payahBerbagai persoalan menerjahBaru minta petunjuk hidayahOhh….Usah berputus asaKerana ada rahmat disebaliknyaYang tidak kita ketahuiDalam hidup iniTeruslah berdoaPada AllahPengasih…Pemurah dan PenyayangKita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNyaMaka diberi sedikit ujianMenguji tahap keimanan dijiwa..



 

Syurga Dunia


Ya Allah, damaikan aku dengan ketentuan-MU

“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat,aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...”
(Ustaz Asri Rabbani)

Maafkan anakku,cikgu..



"Assalamualaikum cikgu" Sapa seorang wanita yang pada hematku dalam lingkungan umur awal 40 an. Aku membalas salam lalu pelawa ke tempat dudukku di bilik guru. ku hadiahkan seuntum senyuman...manis

"Akak nak bayar yuran anak akak ke?"Aku bertanya setelah lama berdiam.Biasanya ibu bapa atau pelajar yang datang terus menghulurkan bayaran dan aku sedia maklum akan hal tersebut. Kalaupun tidak, mereka akan terlebih dahulu meminta untuk membayar yuran. Dua tahun memegang jawatan bendahari Agung PIBG menjadikan aku cukup dikenali oleh ibu bapa apatah lagi pelajar. Sebut sahaja yuran PIBG dan tandas sekolah, pasti namaku yang terukuir d bibir mereka

"Maaf la cikgu, saya emak si Rafianshah. Saya mau tanya berapa yuran sekolah anak saya".Jelas kakak itu. Aku segera membuka buku 'register' dan membelek kehadiran pelajar 3 Smart. Hampir seminggu kedatangan d tanda 'O'. Sepatutnya aku sudah mengeluarkan 'warning letter' pertama kepada pelejar ini. Sibuk, sehingga rutin ini aku 'terlepas pandang'

"Sebelum tu kak, saya nak tanya kenapa anak akak tidak hadir ke sekolah?" Aku menyoal sambil merenung wajahnya. Duduk bertenatangan membolehka akau memandaing wajahnya degnagn cukup jelas..

Lama..


"Kenapa ya kak?" sekali lagi aku bertanya

"Cikgu, saya betul-betul minta maaf. Anak saya bukan tidak mahu pergi ke sekolah tapi kami ada masalah keluarga. Saya dengan suami baru sahaja bercerai 4 bulan lepas. Semua anak saya yang jaga. Cikgu pun tahu kan si rafianshah tu anak sulung. Ada 2 lagi adiknya yang sekolah. Yang kecil terpaksa dia jaga sementara saya keluar kerja. Cikgu, sekarang saya kerja di kantin. Duit gaji itu yang saya guna untuk belanja anak-anak. Itu sebab saya datang jampa cikgu, saya risau anak saya tu"

"Kak, saya faham" Hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Bukan aku tidak mengenali latar belakang pelajar aku yang seeorang ini. Tahun lepas, aku ada menghantarnya pulang ke rumah kerana sakit. Oleh karana rasa tangungjawab itu ada di bahuku, aku segera menghantnay pulang hingga ke muka pintu. Itu pun selepas mendapat keizinan daripada 'bos' . Dengan rumah yang pada penglihantanya hanyalah 'setinggan', aku dapat rasakan kesusahan yang di tanggung oleh keluarga ini. Tahun ini, pelajar ini akan menduduki PMR. Aku memahami situasi tersebut. Aku pun pernah menjadi anak seperti pelajarku. Aku pernah merasa apa yang dia rasa. Entahlah, bagi aku kesalahan tidak boleh di letakkan pada bahu seseorang sahaja. Melihat masalah orang lain, mengusik sedikit naluriku...Naluri yang selalu meletakkan aku pada situasi orang lain. Begitu banyak tugas yang perlu dilaksanakan.Ya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..Sebagai seorang anak, ibu, guru dan masyarakat.

Akhirnya, aku sarankan ibu kepada pelajarku berjumpa dengan Penyelia petang. Hanya itu yang aku rasa perlu dilakukan..





Monday, January 11, 2010

Allah Masih Sayang..

 Kisah benar ini saya petik dari http://nuriman.wordpress.com/ ..Membaca buat kali pertama menyedarkan saya betapa Allah akan menimpakan bala kepada sesiapa sahaja yang melanggar laranganNYA. Moga bacaan ini dapat dipanjangkan serta iktibar buat semua. Pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka bagi yang dambakan kasih sayangNYA..


Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta
baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan…………..
Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul ular ke?” Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.
Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.
DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA

KEMBARA CINTA SUDAH BERMULA

Nukilan ini aku perolehi daripada blog kesayanganku 'Genta Rasa'..Terlalu mendalam makna di sebalik kata. Aku juga rindu untuk menjadi tetamu yang dinanti. Ya Allah, semoga aku dapat bertemu jejak-jejak kasihMU di sana bila tiba masa untukku..Ameen




KEMBARA CINTA SUDAH BERMULA...

Pergilah tetamu Allah
Pergilah menuju Allah…
Pergilah membawa hatimu yang pasrah
Tiada lain yang kau cari
Kecuali kasih-sayang Ilahi
Haji ertinya menuju…
menuju Allah yang satu
Namun jalan cinta itu penuh sembilu
Kan bertandang ujian beribu liku
Merintang diri dan hati
Kerna setiap cinta itu pasti diuji…
Apakah sejati atau ilusi.


Sebelum melangkah mulakan muhasabah
Bagaimana belanja kita ke sana?
Apakah keringat sendiri yang mengalir?
Apakah dari sumber yang bersih?
Apakah dari pekerjaan yang baik?
Tanpa penipuan, tanpa penzaliman
Hasil usaha ‘halalan taiyiban?’Kemudian muhasabah pula diri kita seikhlasnya
Leburkan mazmumah semampunya
Hasad, dengki, marah, bakhil ditekan sekuatnya
Mensucikan hati di pohon keampunan
Minta kemaafan dari manusia
Mohon taubat segala dosa…
Barulah nanti terlerai rantai di hati
Terasa ringan melangkah kaki!

Pakaikan kain ihram di tubuh
Serah diri seluruh…
Pangkat, derjat, bintang dan gelaran meluruh
Kini kita hanya seorang hamba
Yang benar-benar hina di hadapan-Nya

Datanglah bagaikan hamba tawanan
Yang bertelut gementar… menanti hukuman
Labaiklallah humma labaik!
Hambamu datang ya Allah…
Dengan hias rohani
Di cermin matahati katakan pada diri:
Aku tidak punya apa-apa
Harta, keluarga dan milik Mu jua
Asalku hanya dari titisan air yang hina …
Jahil, miskin, lemah dan tidak berdaya…
Namun Hambamu datang jua ya Allah…
Labaikallah humma labaik
Aku datang wahai Tuhan
Aku datang… menyahut panggilan

Tuluskan niat kita ketika memulakan
Haji ini, ibadah ini…
Bukan untuk ihsan manusia
Bukan lanjutan urus niaga
Pun bukan kerana riak dan bangga
Tetapi benar-benar kerana kita hamba
Yang mengharap wajah dan keredhaan-Nya

Niat yang suci itu perisai hati
Menangkis kelalaian sepanjang destinasi
Ikhlas itu sangat maknawi
Namun kesannya zahir pada diri

Ikhlas melahirkan sabar…
Sabar kita dengan karenah insan
Demi mengharapkan rahmat Tuhan
Ikhlas melahirkan syukur…
Syukur dengan ruang yang sempit
Demi mengharap keampuan yang melangit

9 Zulhijjah…wukuf di Arafah
Dalam himpunan terbesar gambaran Mahsyar
Tiada bezanya derjat dan pangkat
Yang kaya atau melarat
Semuanya tenggelam dalam dalam zikir dan munajat

10 Zulhijjah… bermalam di Mudzalifah
Talbiah, tasbih dan selawat
Bangsawan, hartawan, marhein dan miskin
Segalanya sama seputih kain
Moga-moga perrhimpunan ini menginsafkan
Hanya taqwa… nilaian Tuhan

Tuhan tidak menilai rupa
Tuhan tidakmenilai harta
Tuhan hanya menilai hati
… hati yang bertaqwa kepada-Nya

11, 12, 13 Zulhijjah…
bermalam di Mina melontar 3 Jamrah
Genggam butiran batu itu dengan tangan kita
Tapi lontarkan ia dengan satu rasa
Di Jamrah itu kita perangi musuh Allah
Simbolik satu kebencian
Metafora sebuah peperangan
Melawan syaitan dalam kehidupan
Nyahkan ia jauh-jauh…
Perangi ia sungguh-sungguh…
Usah berpaling lagi
Pada bujukannya… kita tak sudi!

Nun di sana kelibat Kaabah mula menyapa
Rindu tiba-tiba semakin membara
Hati hiba tanpa diminta
Tanda disedari mengalir air mata kita
Oh! situ pernah melutut Ibrahim
Di situ pernah sujud Ismail
Dan di situ pernah menangis Muhammad SAW
Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali…

Bagaikan ‘melihat’ wajah Allah
Di hitam warnanya ada nur kesucian
Langkah kian cepat… kian mendekat
Tawaf, tawaf, tawaf tujuh pusingan
Tiga pertama bagaikan lari dari dosa…
menuju pahala
Empat yang kedua lepas dari kesalahan…
menuju pengampunan

Lambaian istilam tanda kerinduan
Dikucup tangan tanda kecintaan
Tuhan cintaku hanya pada-Mu…
Walaupun cinta itu sering terganggu!

Bawalah hati yang lara di Safa dan Marwah
Saie ke sini ke sana bagai seorang sandera
Cemas bila dirasuk azab…
Tenang seketika dibujuk harap…
Ke sana khauf…
ke sini raja’…
Bimbang tenang berulang datang
Bagai gelombang tanpa tepian

Oh! Tuhan siapakah diriku
pada pandangan-Mu?

Kepalamu kau cukur
Helaian rambutmu pun gugur
Luruh bersama simbolik dirimu yang lalu
Kini bangun dirimu yang baru

Bukan sekadar membunag setipis rambut…
tetapi mengungkai fikiran yang berkabut
Bukan sekadar membersih kepala…
tetapi hakikatnya menjernih minda

Itulah rahsia tahallul
Meninggalkan diri yang kotor
Hijrah ke dunia yang luhur!

Di Madinah… di masjid Nabawi
Hati kita kan tersentuh oleh imbauan azannya
Terbayang sejarah anak yatim yang kesepian
Terbayang gembala kecil di padang pasir
Luka kakinya di Taif
Hilang kesayangannya di Badar
Gugur giginya di Uhud
Atap rumahnya dicecah jari
alas tidurnya berbekas di badan

Sujudlah, bertelekulah di situ
Tunduk malu di makam nabi
Di sana tersimpan jasadnya yang mulia
Rasul yang tak pernah jera berkorban…
Demi umatnya
Tega baginda pada semua derita

Hayatilah betapa malunya Rasul di Masjid Qiblatain
Ingin merayu tapi lidahnya kelu
Qiblat itu hak Tuhan…
tak layak dirinya memohon pertukaran
Namun Tuhan Maha Mengetahui resah di hati Rasululah
Lalu beralihlah qiblat dari Masjidil Aqsa… ke Baitullah
Rintihan Rasul-Nya terjawab sudah

Di Badar kita diajar bertawakkal
Betapa golongan sedikit bisa mengalahkan golongan yang ramai
Tetapi bila disiplin robek godaan harta
Uhud mengingatkan kita pada sebuah alpa
Pada batu-batu yang terdampar di kuburan Baqie
Terimbau deretan sahabat bagaikan bintang di langit

Terlalu banyak hikmah dalam kembara ini
Jika segalanya dilihat dengan matahati
Jiwa akan kukuh disepuh iman
Akal akan bersih disuluh iktibar
Fizikal akan kuat menempuh kesusahan

Haji kemuncak ajaran Islam
Haji kemuncak mehnah dan ujian
Padanya tersimpan rahsia kekuatan
Sudahkah terserlah apa yang tersimpan?

Bertamu tak jemu…
Berpisah tak gelisah…
Kenangan di Makkah dan Madinah
Adalah bekal safar abadimu…
bertemu Allah!

Sunday, January 10, 2010

KHASIAT BUAH TEMBIKAI SUSU

Seperti biasa,setiap kali hujung minggu aku akan ke pasar yang dibuka setiap hari Ahad.Pasar yang dikenali sebagai 'pasar minggu' menjadi tumpuan seluruh penduduk di Daerah Kunak.Rutinku, membeli barang-barang dapur dan bahan basah.Biasanya aku pergi berdua,ditemani oleh adik bongsuku yang baru menginjak kaki ke tingkatan dua.Tapi pagi ini aku berseorangan..Meskipun terlalu banyak barangan yang dijual,paling menarik perhatianku ialah gerai buah-buahan.Sepanjang 3 tahun menjadi 'pengunjung' tetap pasar ini, gerai inilah yang paling aku gemari.Bermacam jenis buah yang dapat dipilih dan dirasa..dari yang paling kecil hingga yang paling besar.Minggu lepas, aku berkesempatan membeli 2 biji tembikai susu. Oleh kerana rasanya agak manis, pagi ini aku membeli buah yang sama tapi kali ini bukan 2 biji tapi 3 biji...:-)





Oleh itu, aku ingin berkongsi rasa kelebihan dan khasiat buah yang juga dikenali sebagai buah melon atau honeydew ini kepada kita semua.
Kandungan : 


- melon mengandung vitamin C dan provitamin A.
- melon mengandung zat anti kanker dan anti oksidan.
- melon mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mencegah darah menggumpal.
b. membersihkan kulit.
c. menlancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolestrerol.







Saturday, January 9, 2010

Sukarnya Memaafkan



Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandiang di dalam hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah,terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika..
di pinggiran nostalgia
..sukarnya memaafkan
..sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakn
Kita semakin matang mentafsirkan!!
Kalau benar cintakan Allah..
Hati kita takkan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini..
kita dipertemukan semula
..di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuahn semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh..
Walau diawalnya terasa susah sungguh!!

Copyright from Dinihari Muharram,1417H

Hakikat Bahagia (UNIC)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Friday, January 8, 2010

Hadiah Terbaik




Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

Thursday, January 7, 2010

Kau Teman, Kau Sahabat..


friends-desi-glitters-31



friends-desi-glitters-28



friends-glitter

Taklimat Koperasi MKM (12 Januari 2010)

Pada 12 Januari 2010, aku selaku setiausaha dan Cik Siew yang juga bendahari telah mengikuti sesi taklimat program setahun MKM Sabah. Perjalanan yang hanya memakan masa 1 jam dari Kunak. Selepas solat Zohor di rumah, aku bertolak ke Madai (rumah Siew Chin). Biasanya, aku n siew Chin 'tukar2 memandu' tapi kali ini tidak. Melihat dia yang kelihatan letih selepas pulang dari sekolah (aku cuti tanpa rekod), mematikan hajatku untuk bertukar giliran. Tapi tidak mengapa, saling memahami antara insan tu kan baik..hehehehe
Program yang bermula pada pukul 2.30 petang diadakan di Hotel Grace residence Lahad Datu. mengikut 'plan' ALK yang mengikuti program ini dianggarkan seramai 30 orang sahaja. Namun, semasa taklimat diberikan aku mendapat hanya 13 peserta sahaja. Menurut En Yusri selaku ketua pegawai, program ini merupakan program bergerak menjelajah seluruh Sabah bagi memberi pendedahan dan maklumat kursus dan program baru akan ditawarkan oleh MKM.


Antara peserta program

Sebetulnya, aku bersyukur dapat bergerak aktif dalam komuniti koperasi ini. Banyak ilmu dan maklumat yang aku perolehi. Lebih-lebih lagi apabila mengikuti kursus dan seminar dibawah anjuran ANGKASA yang dihadiri oleh ALK Koperasi Dewasa..:-)
Selepas ni, banyak la kerja yang perlu aku buat. terutamnya mengurus kursus-kursus ALK sepanjang tahun. Moga Allah melapangkan masaku untuk melaksanakan tugas ini..Ameen


Kawan lama, Liza UPSI 2003

Yang paling mengejutkan, aku dapat bertemu kawan lama semasa study dulu. Terasa ada rindu antara aku dan dia..Ntah kenapa, dua tahun ni aku selalu teringat kawan ni (Hanya Tuhan yang Tahu). Kini dia mencurahkan bakti di SMK Agaseh..Liza, panjang umur kita jumpa lagi. Jangan lupa bagi kad untuk aku ya (InsyaAllah walimah pada bulan Mac). Ya Allah, bahagiakan sahabatku dalam rahmat-MU