- Niat yang betul (mengharapkan pahala semata-mata bagi kedua-dua belah pihak)
- Memuliakan tetamu (Saling hormat-menghormati)
- Menempatkan tetamu di tempat yang sesuai (Yang menyenangkan tetamu dan selesa ikut kemampuan)
- Menyegerakan hak tetamu (minuman dan makanan)
- Tidak berlebihan dalam menjamu tetamu (Ikut kemampuan tuan rumah. Yang diundang terima dengan penuh 'syukur')
- Layanan terbaik kepada tetamu (Layanan tanda penghormatan dan dihargai)
- Menghantar ke muka pintu (Tanda memuliakan mereka. Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Moga pertemuan sebelum dan selepasnya dalam rahmat dan keberkatan-NYA)
Friday, September 16, 2011
Open House With 'the geng'
Segala pujian hanya milik Allah, Tuhan yang menjadikan, memiliki dan mentadbir sekalian alam. Tiada daya dan upaya kita melainkan pertolongan-NYA jua. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w, seluruh ahli keluarga, para sahabat dan orang yang mengikut jejak langkah Baginda sehingga Hari 'kesudahan'..Moga kita berlindung di bawah naungan 'syafaat' Baginda kelak..Amin
Beraya rumah Sheila Halim (Tudung kelabu baju hitam)
Alhamdulillah..setelah sekian lama, akhirnya semalam Bonda bagi 'keizinan' aku dan adinda keluar malam untuk berkunjung ke rumah terbuka sahabat sekerja. Malam kelmarin, open house kat Rumah Bonda..Hidangkan tetamu dengan Mi rebus dan air buah..Special air buah sebab tambah dengan buah 'rabbisek' yang ayahanda tanam sendiri di kebun...Puas mereka makan. Namun, Malam isnin lepas tidak dapat 'join' the geng beraya rumah Hasma dan Siti Haisah sebab dah plan nak makan bersama family..
Di sini ingin berkongsi sedikit adab menyambut tetamu.Moga2 bermanfaat buat kita semua..Info ini dikutip dari artikel majalah solusi isu 35 (m/s 82)
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 9/16/2011 02:19:00 PM 0 ulasan
Label: AL KISAH, DUNIA SEKOLAH, Sahabatku
Thursday, September 15, 2011
Pergilah duhai 'Kesedihan'
Alhamdulillah..segala puji hanya milik-NYA. Pemilik agung alam maya..
Allah berfirman yang bermaksud "Dan orang yang mahu menerima petunjuk, Allah akan menambah petunjuk dan memberikan kepada mereka ketakwaan" (Surah Muhammad 47:17)
p/s Buat sahabat dunia dan akhiratku..Nurul Ain Zinnirah Abdullah @ Lucy Yulius Bata..Moga terus tabah menghadapi dugaan dan 'ujian' hidup ini..Bertuahnya dirimu saat ini. Melihat 'gelombang' itu sebagai satu 'limpahan' Rahmat-NYA yang tiada tepi..Indahnya hidupmu selepas hujani 'gerimis' ketenangan..Moga terus tabah ya..Salam sayang dariku..Selamat juga kembali ke tanah air tercinta kita 'bumi peladang' Tingkayu Estate...InsyaAllah Sabtu ini aku dan family akan menziarahimu..terasa ingin memelukmu sepuasnya..Tunggu ya
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 9/15/2011 12:48:00 AM 0 ulasan
Label: Sahabatku
Subscribe to:
Posts (Atom)