BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Tuesday, November 16, 2010

KEMBARA kini KEMBALI

Maafkan aku andai hatimu terluka..
Maafkan aku andai terasa di setiap inci sanubarimu..
Ke'ingkaran'ku..
Kekilafanku..
Keterlanjuranku..
Aku betul-betul pinta kemaafan darimu..
Ampunkan aku sekali lagi..

Jam dinding masih diangka 7. Ayahhanda dan bonda melayan sinetron kegemaran mereka 'Cinta Kirana' di ruang tamu. Kelihatan adinda bongsuku menemani ayahanda dan bonda tercinta sambil tangannya melipat kain.

Alhamdulillah..
Syukur sangat-sangat..
Kembara 1 hingga 15 November berakhir semalam. Perjalanan yang dijangka tiba pada pukul 2 pagi akhirnya 'terbabas' ke pukul 5.30 pagi..Takdir Allah memang mengatasi segala tadbir manusia. Selepas 'outing' di Kundasang, tayar keta pancit dalam kehujanan..nasib baik ada insan berhati 'mulia' sudi menghulurkan bantuan..

Rezeki punya pasal, beli sayur segar 6 bungkus tapi dapat 'free' juga 6 bungkus. Sedaya upaya untuk menolak tetapi 'makcik' penjual itu tetap berkeras. Melihat tingkahku yang terus menolak, akhirnya dia terus memasukkan sayur tersebut ke dalam plastik. Aduhhhh, bertuahnya badan. Ditolak maknanya menolak 'rezeki'. Imam muda yang memerhati sejak tadi hanya terdiam dan memandangku..aku senyum tatkala melihat bungkusan sayur yang 'membukit' di atas rimbunan sayur yang lain. Dalam hati berbisik 'keta aku akan jadipesta sayur '

Sebelum berangkat pergi..mataku terpandang sekuntum bunga putih. Aku ambil dan bertanya harganya.

 Bunga 'free'

Kecewa..:-(

"Maaf dik, bunga tu bukan untuk dijual" Kata makcik tu

Belum sempat kereta kubuka, makcik itu terus memanggil. Aku menoleh

"Kalau adik mau, ambil yang ini la. Tapi ada 3 kuntum jak"

Aku terkejut dalam kegembiraan

"Berapa harganya makcik?" Aku bertanya 

"Tidak payah bayar, makcik bagi free" 

"Ha,betul bah makcik!!" Aku seperti tidak percaya

"Betul. Balik nanti letak dalam pasu berair ya. Kalau letak dalam air berwarna, bunga ini juga akan ikut warna air tu" Pesan makcik untuk sekalian kalinya

Aku gembira

****

Tengah memilih sayur 

Entah berapa kali 'menyinggah' sepanjang perjalanan ini. Mata yang kuyu, perlu dilayan. Akhirnya, halaman rumah kampung dan stesen petronas menjadi 'mangsa'. Berehat sebentar untuk menghilangkan lelah..

5.30 pagi, aku tiba di laman bonda dengan selamat. Bonda yang sudah sedia menanti di kaki lima turut terperanjat bila melihat ber'plastik2' sayur di dalam kereta. Aku hanya diam..Tak mampu untuk berkata-kata. Letih dan mengantuk..

p/s "Tidak cukup hanya kita yang menjadi baik tetapi berilaj kebaikan. Tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan diri kita sendiri" ~Nota Hati Seorang Lelaki~

Tahniah buat Kak Nong, Sunarti, Noryati, Tiaga n Hafizaini sebab dapat pindah (negeri dan daerah). Semoga terus sukses di tempat kerja baru nanti..

0 ulasan: