Friday, August 13, 2010
Majlis Kenduri 'Naik Rumah Baru'
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Tarikh yang menuntut 'kudrat'ku yang lebih. Sekejap berada di sekolah, sekejap lagi berada di Laman bonda. Hingga terdengar bisikan rakan sekerja 'macam chipmore'. Ahh!! Kamu juga mengerti kn..hehehehe
Mana tidaknya, start 16hb Julai Perkhemahan Perdana juga diadakan di sekolah. Seminggu sebelum kem, aku sudah 'bertungkus lumus' menyiapkan tugasan penting. Biar 'time' kenduri aku bleh lebihkan masa untuk laman Bonda. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Cuma rasa terkilan sebab kenduri di Laman bonda (Tingkayu Estate) pada 16hb tidak dapat 'melihatkan' kelibat diri. Bukan lari tetapi tugasan di sekolah perlu diutamakan. Alhamdulillah, adinda Fatimah dan ipar-iparku 'ringan tulang' membantu bonda dan ayahanda sepanjang ketiadaanku. Tima kasih adik-adikku sekalian..sayang kamu semua
17hb kenduri di Laman Bonda yang baru (Kampung Pangkalan Madai). Family terdekat sudah 'membanjiri' laman bonda. Penat melayan karenah anak-anak buah di siang hari. Sahabatku Sennah oii tiba petang..malamnya kami 'menghilang' dikesibukan jiran bergotong royong sebelum majlis berzanji esok hari (Kami ke sekolahku untuk program malam Kebudayaan.hehehehe). Balik pun dah tengah malam..nasib baik atuk tak marah
Apa-apa pun terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bertandang ke rumah ya. Terutamanya rakan2 guru. Penat layan kamu ni!!!Dari jauh pun ada, sanggup datang sebab dah janji. Kuuang,kuang,kuang..jangan marah ya
p/s Aku usaha untuk bahagia kerana dia milik kita bersama. Bahagia untuk sampai ke sana..Sana yang ABADI
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 8/13/2010 09:42:00 AM
Label: My Soul Family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment