BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Wednesday, August 11, 2010

Rumahku Syurgaku (4)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Syukur..

Segala puji hanya milik Allah..terima kasih ya Rabb

Terima kasih kerana masih 'mengurniakan' nikmat yang besar ini..

Kerana dengan nikmat inilah..hamba-hamba-Mu masih berpeluang bertemu 'tetamu mulia' yang sentiasa dinanti kehadirannya

Itulah dia nikmat 'hidup'. Satu helaian nafas yang tiada galang gantinya. Andai terhenti, maka terputus segala amalam. Andai pergi tidak akan kembali lagi. Seperti lagu yang selalu dinyanyikan oleh penghibur nasyid negara suatu ketika dulu Allahyarham Ustaz Asri (InsyaAllah 13hb ni genap setahun pemergian beliau. Moga ditempatkan dikalangan hamba2 yang soleh.Ameen)

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..begitulah pembuka kata ucapanku di majlis perhimpunan mingguan semalam di hadapan pelajar petang. 'Kebetulan' aku bertugas saat Ramadhan kian hampir..Ada juga 'point' untuk berucap di khalayak ramai.hehehehe

Hanya harapan Ramadhan kali ini merupakan yang terbaik berbanding tahun-tahun yang lepas..Doa kita bersama








*******

Semalam..(Di halaman Bonda)

Bonda berhasrat supaya aku bersolat terawih dan bersahur di halaman tercinta. Pinta itu aku tunaikan. Sebaik sahaja selesai waktu kerja, aku bergegas pulang ke kampung. Tepat pukul 6.55 petang aku tiba di halaman bonda bersama adinda bongsu lelaki dan perempuan. Bergegas naik ke rumah kerana fardhu maghrib masih belum ditunaikan..
Bonda gembira..ayahanda pun turut gembira
Pengishtiharaan berpuasa di kaca tv menggembirakan semua. Aku dan family bersiap untuk menunaikan tuntutan ibadah terawih. Syukur yang teramat sangat. Ayahanda buat pertama kali dapat menunaikan ibadah ini selepas ‘bertarung’ dengan penyakit strok hampir 5 tahun lamanya. Musibah ‘Ujian’ itu menghadkan pergerakan ayahanda, apatah lagi bicaranya yang seringkali tersekat-sekat. 5 tahun bagi insan lemah sepertiku sudah cukup lama. Namun akhirnya Allah balas dengan ‘kegembiraan’ yang tidak terhitung ini. Terima kasih ya Allah kerana mendengar ‘rintihan’ kalbu kami..
“Musibah itu pahit di dunia tapi manis di akhirat”
“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji” (Surah al-Ankabut 29:2)
Moga Allah beri petunjuk dan hidayah dalam ‘peperiksaan dunia’ ini..


 ******

Kg Pangkalan Madai (Halaman Baru)

Merupakan hari dan tahun pertama aku berterawih di halaman ini. Beriringan dengan ayahanda menuju ke masjid. Jarak rumah ke masjid sekitar 500 meter jauhnya..Betapa beza penduduk di sini berbanding halaman bonda. Kalau dulu dikelilingi umat Islam yang sebangsa denganku (Bugis) tapi kini tidak lagi. Majoriti penduduk di sini berbangsa Bajau dan Suluk. Terasa kelainannya..apatah lagi bila mendengar mereka berbicara dalam loghat masing-masing. Hehehehehe. Meskipun berbeza budaya, kami menuju Cinta yang SATU. Tiada bezanya dalam pegangan aqidah, sama-sama datang ke ‘rumah-NYA’ demi mendapat rahmat dan redha. Itulah indahnya agama suci ini.
Semoga mahabbah di halaman baru ini dapat dicambah pada esok-esok yang akan datang
InsyaAllah..

p/s moga ayahanda sihat selalu

0 ulasan: