BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Monday, August 23, 2010

Berbudi kepada 'TANAH'

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Syukur, limpahan rahmat-NYA selalu bersama kita. Moga Ramadhan kali ini yang terbaik dalam hidup kita bersama. 10 malam pertama sudah berlalu, maknanya fasa 'keberkatan' juga sudah pergi. Bila ada yang pergi pasti ada yang datang 'berganti'..10 malam yang kedua pula bertamu, menghamparkan keampunan (maghrifah) buat hamba yang 'meraih'nya..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.26 pagi. Sudah agak lewat jika waktu-waktu seperti ini. Malam terasa cukup damai. Tiada bunyi bising macam hari-hari siang. Hanya cengkerik dan unggas 'berbisik' sendiri. Irama alam yang tetap akur pada 'fitrah' suruhan yang Esa..

Sebelum mata terlena, ingin terus 'berbicara' dengan blog ni. Berkongsi rasa dan aktiviti sepanjang pagi ramadhan. Alhamdulillah, laman bonda 'dibanjiri' buah-buahan serta sayuran sebelum Ramadhan. Tidak habis di makan, pasar menjadi medan niaga. Jiran tetangga turut 'merasa' sama..Kadang-kadang bertukar buah dengan mereka. Adat memberi dan menerima terus subur di laman ini. C tupai turut 'meraih' rezeki pemberiannya-NYA...Moga ianya terus berkekalan..Ameen


‘Dia yang mengadakan bumi untukmu sebagai tikar dan langit sebagai atap (bina) dan Dia menurunkan air hujan dari langit , lalu ditumbuhkan –Nya dengan air itu buah-buahan untuk rezeki bagimu; sebab itu janganlah kamu adakan bagi Allah beberapa sekutu , sedang kamu mengetahuinya’
(Surah Al-Baqarah : 22)

Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya .Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) , kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu , anggur dan sayur-sayuran , zaitun dan pohon kurma , kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan , untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.
(Surah ‘Abasa : 24-32)




Agungnya kurniaan ini. Diciptakan tanah sebagai 'alat' oleh manusia untuk memakmurkan bumi. Dari tanah inilah manusia bercucuk tanam dengan pelbagai tanaman dan sayuran. Diturunkan hujan memandikan 'usaha' manusia yang mengharapkan keberkatan rezeki tuhan. Di kebun bonda aku melihat segalanya. Berfikir tentang alam ini, terus belajar secara 'direct'. Melihat pokok durian dan kelapa yang menjulang tinggi, terbayang bagaimana segalanya 'bermula'. Melihat air sungai mengalir, menghanyutkan segala macam 'anasir' membuatkan aku berfikir ke mana arah penghabisannya? dari hulur ke hilir? Ah!! seperti juga diriku..ada mula dan ada akhirnya. Ke tanah juga akan kembali...aku terus belajar. Melihat buah rambutan, mangga, jambu, duku yang tumbuh dari tanah yang sama. Bila tumbuh mempunyai daun, buah dan rasa yang berbeza. Andai dipelihara, dibaja dengan baik dan teratur pasti menghasilkan pulangan yang lumayan. Tapi jika dibiar, pasti 'lalang' merosakkan. Maka buah yang dipetik ada yang tidak sempurna, CACAT sana sini. Ah lagi!! Manusia juga seperti itu. Keluar dari perut insan yang bergelar ibu, tapi bila lahir juga berbeza. Bila dewasa juga berbeza, terlalu jauh bezanya..Ada yang baik, ada yang jahat. Ada yang 'manfaat' ada juga yang 'mudarat'. Aduh!!aku terus belajar..Alam ini 'guru' yang diam tapi mengajar penuh 'teliti'

Sebelum subuh berlabuh, aku ingin terus belajar dari alam ini. Subuh yang 'diam' pagi yang 'bingit'. InyaAllah esok masih ada lagi 'silibus' itu..tunggu

C tupai melompat riang..
Tatkala 'sangkakala' pagi sudah berlabuh pergi..
Mengintai 'rezeki' di laman TUAN..
Yang menjadi hak milik TUHAN..

Rezeki di kebun bonda. Masih banyak lagi tapi sang suria dah kat atas kepala. Terik sangat. Tak larat nak amik gambar berlebihan, tambah2 time puasa.hehehhehehe. Rambutan tak menjadi sangat tahun ni. Bonda cakap pokok rambutan 'mejjok/merajuk' tu sebab tak banyak sangat buahnya. Buah sukun pun sama. Buah Salak baru nak di 'kwinkn'. Durian yang 10 pokok tu pun hanya 'diam' membisu.Yang lain, Alhamdulillah. Manggis dan terap masih merah tanahnya. Perlu dibaja selalu..minggu dpn banyak 'tugas berat' menanti di kebun ni..(*_#)

Rambutan (1) kat tepi rumah

Ini jak buah Duku yang 'tersisa' oleh c tupai.hehehe

Mangga kat depan rumah

Mangga + rambutan = Kenyang

Pisang yg diidamkan oleh family angkat di Kg Gajah, Perak

Masih muda lagi, buah nanas kat tepi sungai belakang rumah

Nasib la, c tupai dah makan dulu nangka ni.
Kelapa penuh kat dlm keta. Nak bwk balik Tingkayu Estate utk dijual

Yang merah tu cili..

Buah kedondong. Berbuah tak kira musim

Pokok mangga ni renek sgt tapi buahnya rimbun

Pokok tebu yg baru berusia 1 bulan lebih

Hasilnya...hehehehe

Untuk dibawa ke pasar

Ke pasar juga

Pokok buah naga yang kian membesar

Serai yang baru di tanam

Lengkuas

Deretan pokok jambu air

Daun pandan yg juga masih muda usianya

Angkara siapa?Dah terlebih masak.Tggu masa nak tumbang

Barisan pelbagai jenis pokok limau

Terung pun ada..

Di kejauhan, pokok durian

Tumbuh subur (1)

Tumbuh subur (2)

p/s Laman bonda kian subur..lebih 10 tahun menjaga dan terus menjaga, akhirnya tanah yang 'ditatang' membalas jasa. "Ya Allah, jadikan penghuni laman ini dalam rahmat-MU"

0 ulasan: