BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Saturday, August 28, 2010

Aku dan kamu ibarat 'pengembara'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Kupetik muhasabah diri di atas meja bilik guru seusai kelas petang semalam..Majalah Nur Julai 2007 halaman 107


Abdullah bin Umar menceritakan, Rasulullah pernah memegang bahunya dan baginda berkata,
  1. Jadilah kamu ketika hidup di dunia ini ibarat orang asing yang berada di sesuatu tempat, atau pengembara yang masih berada dalam perjalanan
  2. Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba pagi esoknya
  3. Apabila kamu berada di waktu pagi, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba waktu petang
  4. Gunakanlah waktu ketika kamu sihat dengan melakukan amalan baik bagi menggantikan amalan kamu yang tidak mampu lakukan ketika kamu sakit
  5. Gunakanlah waktu ketika kamu masi hidup dengan melakukan amalan baik sebagai menggantikan amalan yang memang takkan dapat kamu lakukan selepas kamu mati
(Riwayat Bukhari)

p/s Kak, rasulullah pesan jangan ditolak jodoh yang baik dan beriman. Tapi kak, ustaz bagitau juga pilih jodoh yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang dia ada. Bukan yang banyak ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya..mesej lewat petang tadi oleh adik Santi. Tinggi dan mendalam maksudnya tapi cukup jelas dan mudah untuk 'mengertikan'

Thursday, August 26, 2010

Selamat Ulang Tahun Sahabatku..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Aku dedikasikan buat sahabatku Masriana Langampo..Aku sayang kamu

Moga hidupmu dalam rahmat dan kasih sayang-NYA, tercapai segala hajatmu dan yang paling penting, Allah memberkati sepanjang usia ini...Ameen

Mas, aku 'sajian' kan segala kenangan kita bersama. Start kita sama-sama mendaki ke puncak 'menara gading' hingga ke saat kita 'bertatih semula' di alam pekerjaan. Masih 'kemas' dalam lipatan album dan fail laptop. Malah aku sanggup selongkar CD lama untuk mencari, namun hanya ini yang terdaya (banyak adegan2 yang tak patut di lihat. Hanya utk tatapan kita je.hehehehehe)

Kek ni pemberian seseorang. Lama dah disuruh upload tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulillah, baru punya kesempatan dan tujaun. Terima kasih ya atas 'pemberian' ini. Lain kali hadiahkan lagi..hehehehehe

Buat pertama kali kita tiba d KLIA 2003. Kita tengah tunggu abg Syukur Salleh Lasile untuk bawa kita ke UPM. Masih segar dalam ingatanku, time ni kita mengalami 'kejutan budaya'. Sampai ke hari ini 'kenangan' itu tetap ku bawa bila ke mana-mana. Jadi pengalaman berharga agar sentiasa ingat kita siapa dan berada di 'bumi' siapa

Mas, gelaran 'kanak-kanak riang' amat sesuai denganmu. Selari dengan kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dikau impikan. Memang benar, kursus itu mempengaruhi perwatakanmu. Dari hobi, barang-barang bahkan pilihan makanan pun seakan 'keanakan'.hehehehehe
Jiwamu jiwa keibuan..sayang kepada kanak-kanak

Setiap kali ulang tahun salah seorang daripada kita berempat, pasti ada kejutan yang akan berlaku. Tunggu saat menjelang tengah malam, pasti mendebarkan kita kan. Sampai sanggup panjat jendela gara-gara nak buat surprise!!! Sampai sanggup sembunyi-sembunyi daripada kedapatan oleh 'pak jaga malam'!! Sampai sanggup tido lewat !! Sanggup pi pekan merentasi 'jambatan tembok putih' dan bergadai nyawa melintasi landasan keratapi tanjung Malim semata-mata nak dapatkan sekotak KEK!!! Bila salah seorang ada kelas, salah seorang akan berkorban ke pekan, walaupun berseorangan (ramai rakan UPSI) lain sepanjang jalan. Itu semua kerana apa??? Hanya kerana menghargai seorang insan yang namanya SAHABAT. Sebab di dunia UPSI ini kita tiada 'family' lain. Aku dan kamu adalah 'family'. Aku jaga kamu, dan kamu jaga aku..
Ya, atas nama SAHABAT

Yan (23 Feb 1983)
Siah (28 Feb 1983)
Mas (26 Ogos 1983)
Ain@Lucy (7 Okt 1983)

Siapa yang lupa wish malam tu, ada yang mejjok dalam 'diam'.hhahahaha

Ke mana pasti bersama. Ingat ka gambar di atas? Fuhh, 1st kita jumpa penyanyi kesukaan. time ni aku yang paling fanatik dengan kumpulan Hijjaz. Tanya la pasal lagu dorang, pasti aku tau. Semua kaset dan CD kumpulan ini aku beli. Cenderamata apa pun aku sanggup beli. Dan kamu semua turut beli..Yang masi keka dalam ingatanku kita masing-masing beli tuala ikut 'favourite colour'. Tapi Alhamdulillah, 'kefanatikan' inilah yang membuka hati NURUL AIN ZINNIRAH mencintai agama fitrah. Dia sangat suka dilaungkan zikir kumpulan Brothers. Lagu In-team tidak pernah sunyi di kamar kami..hehehehe

Sapa yang sanggup pi panggil c Hafiz Hamidun ni untuk ambil gambar?
Mas, ko jwb sendiri la ya..aku tau ko pun ingat jgk saat ni

Pesta konvo selalu menjadi destinasi kita berkumpul saban tahun. Pada masa ini, pasti terpacul di mulut kita dengan persoalan "Bila pulak giliran kita yang konvo?"
Masa menjawabnya..Ogos 2007 (time ulang tahunmu juga Mas)

Ntah siapa yang jadi mangsa mengambil gambar kita ni. Skemanya kita kan..lucu pulak
(di hadapan kawasan ini pada suatu ketika dulu, aku menerima sekuntum bunga pada malam 31 Ogos.hahahaha. Aku abadikan dalam kenangan hadiah sebuah buku "La Tahzan"

PERKASA..di sini cinta bersemi. Hahahaha
kiri kanan kiri, kiri kanan kiri
Habis kawad yang memandikan keringat, kita singgah di rumah Pendeta Za'ba. Macam-macam kenangan di rumah ni..diabadikan sama seperti aku mengabdikan kenangan kita
PERKASA datang lagi..
Di hadapan ini tertegaknya bangunan IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN..
Bangunan yang menjadi tapak aku mengenali 'arwah Azman'
Moga rohnya tenang di 'sana'
Dia juga pergi saat OGOS datang..
Semua kita pasti kembali..

KAMPUNG CHANGKAT LADA, BATU GAJAH PERAK..

Di kampung ini kita mengenal keluarga 'baru'
Sebuah kampung yang banjir dengan DURIAN..
Di sini juga kita kenak erti 'kerja'
Di sini juga kita kenal erta 'saudara'
Di sini juga kita kenal erti 'menghargai'
Pada keluarga Hajah Fatihah dan Arwah Khalid..terima kasih atas kasih sayangnya
Raya pertama di perantauan menitiskan air mata kita..
Di kamar kecil tembok batu..

 Semasa majlis perkahwinan Abg Yeop
Time ni kita letih sangat. Maklumlah kita tuan rumah, kita juga yang kena bantu kak Intan n Abg Samad Masak. Tapi di sini kita belajar masak ala2 orang Perak.hahahahahaha
(Perkajwinan itu menyingkap 'TABIR RAHSIA')

Di auditorium untuk pementasan teater

Masa terus pantas berlalu..
Aku dan kita kian matang..
Kian percaya meniti usia..
Bersama berlalunya masa..

Siapa akan percaya..
Tempat ini menjadi saksi bila tumbangnya seseornag di hadapan mata..hehehehe
Lagunya keramat jiwa..remaja

Semasa aktiviti kokum..Aku, Ain dan Yan kelab Taewondo. Engkau pulak mas masuk kelab senamrobik
Memang kami bertiga lagak 'ganas' sikit tapi hati lembut..perghhhhhhhhhh

Di awal pagi kat kampus..
Tandingilah kami geng2 anak 'kem'..
Tiada yang bleh bangun lebih awal daripada kami..
Kamilah juara tunggu bas di Proton City..
Kami penunggu setia di Cafe ni..
Pasal rebut bas? Kami pun tersenarai juga..hehehehehe
Itulah dunia KAMPUS KAMI..kan Mas..(ketawa lagi)

Di PWTC Kuala Lumpur sempena majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Sabah bersama pelajar2 Sabah seluruh IPTA
Ketika ini Ain sudah menemui agama Cintanya..

2008..
Kita mengharungi dunia masing-masing
Nurul Ain Zinnirah Abdullah ke SK Changkat Lada 2, Perak
Samsiah Sanusi ke SMK Kunak Jaya, Kunak
Masriana Langampo ke SK Kmpg Selamat, Kunak
Susyhaty Laslile ke SMK Kunak, Kunak

Bersiap ke Semporna untuk menghantar rombongan kahwinSusyhaty Laslile (Yan) ke Semporna

Mas..
Masa itu terus merangkak pergi..satu persatu kita terpisah dalam linangan air mata gembira. Ain sudah jauh di mata, Yan juga jauh seperti Ain..tapi mereka tetap dekat di hati kita. Aku bahagia bila kalian juga bahagia


Pertandingan NETBALL peringkat daerah 

Mas..
Moga saat ini menjadi pengalaman berharga buat kita..
Hari ini untukmu..
Esok hari untuk mereka..
Cuma pintaku..moga hari kelahiranmu menjadikan kita semakin kuat..
Kuat dalam menghargai hidup..
Kuat dalam 'beramal'
kuat dalam ketaatan pada-NYA..ameen

p/s Aku sayang kalian semua..selamat ualang tahun jgk buat Asraf Mohamad n adik bucuk Andi Fitri

Tuesday, August 24, 2010

Akhirnya KAU tiba jua..

Iqra
 "Bacalah. Bacalah dengan nama Tuahnmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia daripada seketul daging (alaqah)" Surah al-'Alaq : 1-2

Bacalah..kerana membaca itu anak kunci kepada ILMU. ilmu itu pula IMAM kepada segala AMALAN. Dan amalan itu akan membawa kepada TAQWA. Alah s.w.t telah memilih kalimah IQRA' untuk mentarbiah UMAT...

Sentiasa tidak cukup ILMU, adalah rasa orang BERILMU
(Petikan SOLUSI isu 18)

 

Alhamdulillah, buku yang di 'order' akhirnya tiba. Hampir sebulan lamanya..Ntah la, first time pula lewat sampai macam ni. Biasanya, dalam tempoh seminggu sudah boleh sampai. Apa-apa pun, yang penting buku ni 'selamat'. Kena bersangka baik kn!! Maybe ada masalah di sepanjang 'perjalanan' KL ke KUNAK. Girang terbayang di wajahku dan Kak Siti tatkala memo kiriman pejabat pos 'bertukar tangan'. Kak Sitti yang juga 'ulat buku' tersenyum simpul..Mana tidaknya, buku yang di 'ordernya' lebih daripada 5 buah. Aku? Tiga buah je. hehehehehehehe

Aku nukilkan sesuatu yang ada pada buku ni. InsyaAllah, masa senggang akan di 'khatam' kan. Nampaknya kena 'curi' masa lagi lepas ni (bukan curi tulang ya En Suradi Syamsudin!!)

Di Mana DIA di Hatiku (Pahrol Mohd Juoi)
Allah itu amat hampir, Tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berfikir..

Kembara Seorang Hamba (Dato' Shahnon Ahmad)
Merentasi perjalanan daripada kegelapan kepada CAHAYA

Bila Pintu Hati Terbuka (Dr. Ridwan Bakar)
Kuasailah ilmu setinggi mungkin dan binalah harapan buat diri sendiri, anak-anak dan semua insan..

p/s Jangan asyik baca ayat-ayat cinta manusia sampai lupa baca AYAT-AYAT CINTA ALLAH..mukjizat yang Allah kurniakan kepada KEKASIHNYA

Monday, August 23, 2010

Berbudi kepada 'TANAH'

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Syukur, limpahan rahmat-NYA selalu bersama kita. Moga Ramadhan kali ini yang terbaik dalam hidup kita bersama. 10 malam pertama sudah berlalu, maknanya fasa 'keberkatan' juga sudah pergi. Bila ada yang pergi pasti ada yang datang 'berganti'..10 malam yang kedua pula bertamu, menghamparkan keampunan (maghrifah) buat hamba yang 'meraih'nya..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.26 pagi. Sudah agak lewat jika waktu-waktu seperti ini. Malam terasa cukup damai. Tiada bunyi bising macam hari-hari siang. Hanya cengkerik dan unggas 'berbisik' sendiri. Irama alam yang tetap akur pada 'fitrah' suruhan yang Esa..

Sebelum mata terlena, ingin terus 'berbicara' dengan blog ni. Berkongsi rasa dan aktiviti sepanjang pagi ramadhan. Alhamdulillah, laman bonda 'dibanjiri' buah-buahan serta sayuran sebelum Ramadhan. Tidak habis di makan, pasar menjadi medan niaga. Jiran tetangga turut 'merasa' sama..Kadang-kadang bertukar buah dengan mereka. Adat memberi dan menerima terus subur di laman ini. C tupai turut 'meraih' rezeki pemberiannya-NYA...Moga ianya terus berkekalan..Ameen


‘Dia yang mengadakan bumi untukmu sebagai tikar dan langit sebagai atap (bina) dan Dia menurunkan air hujan dari langit , lalu ditumbuhkan –Nya dengan air itu buah-buahan untuk rezeki bagimu; sebab itu janganlah kamu adakan bagi Allah beberapa sekutu , sedang kamu mengetahuinya’
(Surah Al-Baqarah : 22)

Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya .Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) , kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu , anggur dan sayur-sayuran , zaitun dan pohon kurma , kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan , untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.
(Surah ‘Abasa : 24-32)




Agungnya kurniaan ini. Diciptakan tanah sebagai 'alat' oleh manusia untuk memakmurkan bumi. Dari tanah inilah manusia bercucuk tanam dengan pelbagai tanaman dan sayuran. Diturunkan hujan memandikan 'usaha' manusia yang mengharapkan keberkatan rezeki tuhan. Di kebun bonda aku melihat segalanya. Berfikir tentang alam ini, terus belajar secara 'direct'. Melihat pokok durian dan kelapa yang menjulang tinggi, terbayang bagaimana segalanya 'bermula'. Melihat air sungai mengalir, menghanyutkan segala macam 'anasir' membuatkan aku berfikir ke mana arah penghabisannya? dari hulur ke hilir? Ah!! seperti juga diriku..ada mula dan ada akhirnya. Ke tanah juga akan kembali...aku terus belajar. Melihat buah rambutan, mangga, jambu, duku yang tumbuh dari tanah yang sama. Bila tumbuh mempunyai daun, buah dan rasa yang berbeza. Andai dipelihara, dibaja dengan baik dan teratur pasti menghasilkan pulangan yang lumayan. Tapi jika dibiar, pasti 'lalang' merosakkan. Maka buah yang dipetik ada yang tidak sempurna, CACAT sana sini. Ah lagi!! Manusia juga seperti itu. Keluar dari perut insan yang bergelar ibu, tapi bila lahir juga berbeza. Bila dewasa juga berbeza, terlalu jauh bezanya..Ada yang baik, ada yang jahat. Ada yang 'manfaat' ada juga yang 'mudarat'. Aduh!!aku terus belajar..Alam ini 'guru' yang diam tapi mengajar penuh 'teliti'

Sebelum subuh berlabuh, aku ingin terus belajar dari alam ini. Subuh yang 'diam' pagi yang 'bingit'. InyaAllah esok masih ada lagi 'silibus' itu..tunggu

C tupai melompat riang..
Tatkala 'sangkakala' pagi sudah berlabuh pergi..
Mengintai 'rezeki' di laman TUAN..
Yang menjadi hak milik TUHAN..

Rezeki di kebun bonda. Masih banyak lagi tapi sang suria dah kat atas kepala. Terik sangat. Tak larat nak amik gambar berlebihan, tambah2 time puasa.hehehhehehe. Rambutan tak menjadi sangat tahun ni. Bonda cakap pokok rambutan 'mejjok/merajuk' tu sebab tak banyak sangat buahnya. Buah sukun pun sama. Buah Salak baru nak di 'kwinkn'. Durian yang 10 pokok tu pun hanya 'diam' membisu.Yang lain, Alhamdulillah. Manggis dan terap masih merah tanahnya. Perlu dibaja selalu..minggu dpn banyak 'tugas berat' menanti di kebun ni..(*_#)

Rambutan (1) kat tepi rumah

Ini jak buah Duku yang 'tersisa' oleh c tupai.hehehe

Mangga kat depan rumah

Mangga + rambutan = Kenyang

Pisang yg diidamkan oleh family angkat di Kg Gajah, Perak

Masih muda lagi, buah nanas kat tepi sungai belakang rumah

Nasib la, c tupai dah makan dulu nangka ni.
Kelapa penuh kat dlm keta. Nak bwk balik Tingkayu Estate utk dijual

Yang merah tu cili..

Buah kedondong. Berbuah tak kira musim

Pokok mangga ni renek sgt tapi buahnya rimbun

Pokok tebu yg baru berusia 1 bulan lebih

Hasilnya...hehehehe

Untuk dibawa ke pasar

Ke pasar juga

Pokok buah naga yang kian membesar

Serai yang baru di tanam

Lengkuas

Deretan pokok jambu air

Daun pandan yg juga masih muda usianya

Angkara siapa?Dah terlebih masak.Tggu masa nak tumbang

Barisan pelbagai jenis pokok limau

Terung pun ada..

Di kejauhan, pokok durian

Tumbuh subur (1)

Tumbuh subur (2)

p/s Laman bonda kian subur..lebih 10 tahun menjaga dan terus menjaga, akhirnya tanah yang 'ditatang' membalas jasa. "Ya Allah, jadikan penghuni laman ini dalam rahmat-MU"

Sunday, August 22, 2010

Bidadari DUNIA vs Bidadari SYURGA


 


Bidadari tercantik & tidak mampu digambar oleh aqal & mata buat lelaki soleh di syurga. Ketahuilah berdasarkan dalil Quran & Hadis, dari kalangan bidadari itu adalah isteri & wanita solehah di dunia ini, apabila mereka ke syurga, akan di'transform' untuknya semua sifat bidadari yang disebutkan oleh Allah sehingga jadilah mereka seorang darinya, Ramadan semestinya mencerahkan peluangmu. Hanya WANITA SOLEHAH & untuk LELAKI SOLEH.! 
( Petikan drpd Ustz Zaharuddin.net dlm FB)
p/s Seindah Mawar Berduri, kerana dirimu begitu BERHARGA

Thursday, August 19, 2010

Mahligai Kasih (UNIC)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

'Menghadiahkan' sesuatu di blog pagi ini sementara menunggu majlis ilmu di Channel 119 setiap hari sewal 7 hingga 8 pagi. Program 'wajib' yang mesti di tonton seandainya tiada 'kekangan' tugas waktu pagi..Lagu yang membangkitkan 'nostalgia lama'. Mahligai Kasih..sebuah lagu cerita lama..hehehehe


Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku damba kan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerana ianya dusta semata
Menghancurkan kesuciaan
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar di rahmati perhubungan
Yang telah terbina

Kerna pasi aku
Yang akan merasa pedihnya
Kehilangan insane sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku
Untuk membina impian kasihku

Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina
Mahligai bahagia
p/s Suka dengan lirik lagu ni..memotivasikan diri untuk lakukan yang terbaik moga tidak 'hanyut' di dunia fatamorgana yang 'menggiurkan'..

Monday, August 16, 2010

Bunga Bonda (BB) Episod 1


Pagi yang damai..

Bunga mewarnai laman bonda..

Embun pagi masih muda..

Menyelimuti alam agung-NYA..

Burung berterbangan..

Rerama menari riang..

Ke sana dan ke mari..tasbih yang panjang

Tupai 'tersenyum' seri..

Menadah 'rezeki' empunya milik..~(*_*)~















p/s Keletihan membantu bonda di taman bunganya..aduhhhhh, panas terik hingga ke otak. Masi byk lagi. Tggu masa. Ada beratus bunga yang perlu dijaga. Aku 'capek' bangat. Nak balik keje sdh ni. Selamat berbuka puasa semua.hehehehehe