BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Tuesday, July 20, 2010

Usah dibenci Pelaku Maksiat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah. Syukur atas segala nikmat yang telah diberikan.Dua minggu bertungkus lumus mengurus perkhemahan perdana sebelum kemuncak pada 16hb hingga 18hb. Dalam tempoh itu juga, kebetulan majlis kenduri kesyukuran di rumah bonda 17hb (Kampung halamana tercinta Tingkayu Estate) dan di rumahku sendiri pada 18hb (Kampung Bonda Pangkalan Madai Desa Tercinta). Ah!! Keletihan memang terasa. Terpaksa luangkan masa untuk sekolah dan juga majlis di rumah. Kadang-kadang balik lewat malam. Syukur, family yang 'bertandang' ke rumah memahami rutin tugasku sebagai pendidik. Terpaksa 'membiarkan' mereka mengurus segala persiapan majlis. Yang paling 'happy' sahabat baikku menemani sepanjang 'kesibukan' ini..Terima kasih sennah oiiiii..hehehehehe

Hari ini aku masih 'cuti-cuti' Malaysia..terasa nikmat bila dapat luangkan masa bersama keluarga 'tersayang'. Sambil membaca majalah kegemaranku. Kutitipkan anekdot yang 'mengingatkan' aku pada 'seseorang'. Insan ini sudah jauh tapi sentiasa 'dekat' di hatiku. Pengalaman hidupnya, layar kehidupannya sentiasa ada dalam ingatanku..Moga pengalaman lepas yang kami lalui merupakan 'tarbiah' sang Pencipta. Biar apapun yang terjadi, aku 'sayang' insan ini. Terima kasih kerana tunaikan segala hajatku. Sungguh benar, bila bertemu kerana Allah, pasti terpisah tidak gelisah. Moga dirimu terus bahagia. Keluarga ini sentiasa mengingatimu. Meskipun masyarakat 'membuang' dirimu, kami tetap bersamamu. Allah juga yang menjadi saksi atas segala-galanya. Dari jauh kami sekeluarga 'mengintai' khabar dirimu. Kami sentiasa berdoa agar dirimu akan pulang ke 'sini' lagi bersama 'keluarga baru'. Kita lakukan yang terbaik demi-NYA. Mesej terakhirmu raya tahun lepas menjadikan aku yakin 'jalan pulang' semakin jelas. Demi ukhwah, moga mahabbah ini menjadi nilaian-NYA. Ameen

Daripada Anas r.a bahawa Rasululla s.a.w bersabda yang bermaksud "Tidak beriman seseorang daripada kamu dengan Allah sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Ibn Hibban no. 234)

************

Anekdot-Majalah Solusi isu 21 (melebur takabbur)

Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat sedang mengikut mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa a.s itu menoleh ke arah lelaki itu dengan penuh 'kebencian'. Lalu dia berdoa di dalam hati "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini"

Nabi Isa a.s tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat lelaki pemaksiat itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku"

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak beerti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Seringkali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihani lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan

p/s Terima kasih kepada semua yang hadir. Kepada rakan guru, terima kasih banyak2 ya
      Tahniah kepada anak didikku atas kejayaan kalian dalam meraih kejayaan. PPIM insyaAllah            boleh..Jumpa lagi di sambutan Hari Puteri

0 ulasan: