BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Friday, May 14, 2010

Guru, mengajar dan Mendidik..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Malam masih muda, aku kira. Jam baru menunjukkan ke jarum 9.30 malam. Mata 'melayan' drama alif firdausi. Sebuah rancangan TV3..Mata 'malas' untuk tido awal, tidak seperti hari sebelumnya. Minggu ini jadualku 'crowded' sangat. Seminggu bagai tidak terasa..Berjalan bak air lalu di sungai idaman..persis anak sungai di belakang laman bonda ini. berlalu tidak kira hujan dan panas..Tup tup hari dah malam..Ah, masa itu ibarat pedang yang terhunus. Betul2 di hujung, kalau tidak gunakan sebaiknya maka kita akan 'tertikam' oleh pedang tersebut. Ngeri!!!

Selasa dan Rabu aku 'menghabiskan' masa bersama pegawai ANGKASA Kota Kinabalu. Berpinar2 mataku menghadap laptop berjam-jam lamanya. Kursus SEKKOP (perisian setiausaha dan bendahari koperasi sekolah) ini banyak beri manfaat kepada aku. Lepas ni aku bagi kursus pulak kat anggota koperasi sekolah. Kepada En Rizal dan Syafiq, terima kasih atas tunjuk ajar kalian..Jasamu dikenang..hehehehehe

Khamis, 'merangkak' pergi menghadiri meeting PPIM Gabungan Lahad Datu di PKG Lahad Datu. Ditemani oleh kakak2 yang sporting gitu, Kak Hajah Maznah dan Kak Sadarisman. Meeting yang dijadualkan dalam agenda berakhir lebih awal. Sebelum berangkat pulang, sempat 'menyinggah' di Kak Pah SPA..(^_^)

***Kerana dirimu begitu berharga


Baru hari ini berkesempatan 'duduk' lama di sekolah. Ini pun seusai menyelesaikan beberapa tugasan 'urgent' di PPD Kunak. Terkejar ke sana dan ke mari. Harap 'amanah' yang diberikan dapat di 'lunaskan' segera. Alhamdulillah, segalanya dalam 'plan' yang diharapkan. Cuma, ada beberapa lagi yang tidak 'terdaya' aku laksanakan. Ya Allah, moga Engkau permudahkan segalanya. Ameen

Esok, sambutan Hari Guru Malaysia akan diadakan. Di sekolahku, sudah dirangka gotong royong perdana. Aku ditugaskan menceriakan laman sekolah dengan bunga-bungaan. Pasti lepas ini, sekolah dalam taman akan jadi impian. Heeheeheheh

Kepada semua rakan guru, SELAMAT HARI GURU. Jadilah 'pendidik' dan 'pengajar'. Moga dengan profesion ini kita dapat meraih 'jannah'-NYA. Kerja ikhlas akan mebuahkan berkat. Dengan 'Keberkatan' inilah kita akan mendapat ketenangan. Sekolah umpama syurgawi bagi pendidik yang merasai hangatnya nikmat 'ibadah' itu. Iya, dengan meletakkan kerjaya ini dilandasan yang sebenarnya. Tiada istilah 'culas' dan 'curi tulang'. Tiada istilah 'dia bukan anak aku' maka tugas aku hanya ajar dan bagi tugas. Balik rumah tidur dan rehat. Esoknya datang lagi dan pulang bila loceng 'amaran' disirenkan..

Ah..mudahnya tugas guru itu (mengiyakan apa yang diwarkan oleh masyarakat). Tugas guru 'enteng' di mata manusia di luar sana. Barangkali melihat dengan mata kasar dan membuat konklusi bahawa guru hanya masuk dan keluar kelas. Kerja hanya setengah hari. Itupun beberapa jam sahaja dalam setengah hari tu. Belum kira cuti sekolah..pelajar cuti, guru pun cuti..Itu yang menjadi nilaian masyarakat. 'Kesenangan' itu pernah dilontarkan kepadaku..dulu

"Bagus jadi cikgu, bukan banyak sangat kerja. Lagipun cuti panjang..Gaji pun beribu"

Bukan sekali..malah banyak kali..Betulkah 'kenyataan' itu? Guru-guru jawablah sendiri..

Terkesan dengan masalah pelajar di sekolah, menjadikan tugas guru agak mencabar kebelakangan ini.Kes salah laku pelajar datang bertubi-tubi. Belum 'seatle' satu kes, kes lain pulak yang datang. Guru disiplin dan guru kelas jadi pening kepala..akibatnya 'pihak pentadbir' yang botak kepala (memikirkan masalah pelajar. Masalah peribadi lain cerita)..Itu lah guru, masa berlalu dan persepsi dan mentaliti pelajar pun semakin 'kedepan'. Mendepani zaman yang dianggap globalisasi dan era IT. Guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai cagang ilmu..dunia (silibus sekolah) dan paling penting akhirat sana (silibus sepanjang usia). Ah, mampukah diistiqamahkan semua ini. Moga mujahadah ini intipati untuk semua usaha 'murni; itu..mendidik dan mengajar insan. Biar cemerlang di 'sini' dan cemerlang di 'sana'. Bijaksana dan bijaksini..

Menyingkap semua ini..hati kadang-kadang gerun. Takut dengan amanah yang 'maha' berat. Ya, 'menjaga' anak orang lain ni perlu ketekunan yang 'panjang'. Bukan berdikit-dikit usaha yang perlu dicurahkan. Sesi persekolahan yang 5 hari kadang-kadang tidak cukup untuk menyuburkan ilmu di dada. Sabtu dan ahad terpaksa dikorbankan (cuti pun buat kelas itu dan ini)..demi menerangi hidup insan yang bernama 'anak orang lain'. Guru ibarat lilin yang membakar diri sendiri..(teringat lagu in-team yang selalu didendangkan dalam kereta)

Namun, pelajar dulu tidak sama dengan pelajar kini. Sikap dan tingkah laku amat berbeza. Kalau dulu, kita amat menghormati insan yang bernama guru ini. Pantang dengar gelaran 'guru' kita secara outomatik akan disegani. Guru amat mendapat tempat di sisi masyarakat. Ya, kerana merekalah anak-anak yang dulunya 'kosong' dapat menjadi anak-anak yang 'berisi'. Malah lebih gemilang daripada guru sendiri apabila dewasa..Itu dulu..sebelum zaman ini. Ini senario yang berlalu di sekolahku. Bukan untuk 'menconteng' arang di muka, tapi aku yakin situasi ini juga berlalu di serata sekolah di mana sahaja..Hati rawan, melihat anak-anak yang pintar tetapi kurang 'diajar'. Bijak'sini' tapai gagal untuk bijak'sana'. Keputusan A untuk semua subjek tapi sikap dan moraliti amat 'layu'. Guru menyumpah seperti sampah....Bukan ini yang kami harapkan!!!

Kepada guru-guru dan rakat sejawat, mari kita bersama-sama memikul tugas dan 'amanah' ini. Tugas kita makin berat. Jadual kita makin 'sempit' Perjalanan kita menuju 'syurga' itu kian berliku. Kita sama-sama mengajar dan mendidik mereka agar terus menjadi 'pelajar' yang bukan sahaja cemerlang atas kertas 'exam' dunia sementara ini tapi juga gemilang di atas kertas'exam' di akhirat sana. Kalau ini kita dapat terapkan, insyaAllah hati mereka akan ter'renovate' sendiri. Ajarlah sejarah, geografi, BI dan apa sahaja..Tapi jangan lupakan 'silibus' untuk hati mereka. Tajamkan minda mereka dengan 'pandangan' mata hati. Biar mereka melihat dunia ini bukan untuk dunia sahaja tapi melihat dunia untuk akhirat...

p/s Selamat hari guru buat sahabatku. Moga Allah memberkati kalian. Aku sayang kamu, sebab sayang kamu akan menjadikan aku sayang kepada muridku..sayang mereka moga hatiku terdidik menjadi 'murabbi' yang dinanti. Ameen
**teruja untuk cerita di laman bonda..hehehehe

0 ulasan: