BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Tuesday, April 27, 2010

Syukur, sabar..aku punya!!

 Syukur dalam sedikit, lebihkan syukur dalam banyak

Azan isyak tengah berkumandang di saluran astro oasis..hujan lebat baru reda, unggas terus menyanyikan gurindam malam..sayup kedengaraan di laman bonda tersayang

Bonda dan si bongsuku sudah lena..sejuk barangkali..fikirku

Malam masih muda, tapi mata minta di 'layan' rehatnya. Tugas sekolah yang ku galas masih tersisa..Soalan geografi belum terusik..60 soalan terasa berat bagiku. Seolah-olah perlu menaip buku setebal 500 muka surat. Mengeluh lagi!!!

Malam tadi, bonda menemaniku menyiapkan soalan 'exam' PSV dan sejarah di ruang tamu..hingga lewat, kulihat bonda tertidur di sebelahku. Tanpa bantal, tanpa alas, kasihan bonda.

Bersyukur punya bonda yang cukup memahami..sama seperti bonda kalian. Ameen

Lalu, laptop ku 'off' kan..bonda kukejutkan. Seiring menuju ke kamar 'beradu'..

************

Malam ni, aku bersendirian di ruang tamu. Masih mengurus tugasan yang perlu disegerakan. Mesti!!

Sekadar 'relax' kan minda yang serabut, minda perlu di asah lagi..hati perlu di 'airi' dengan sungai yang bersih, sejuk dan nyaman..dibaja, lega

Petang tadi, di surau sekolah. Seorang sahabat, kulihat wajahnya kusam..tiada seri tiada 'cahaya' tapi tenang. Tidak seperti hari-hari biasa. Memahami apa yang tersirat, aku mendekati. Bertanya dan terus bertanya..Dua minggu lepas, aku dikhabarkan bahawa ibu kepada sahabatku ini dimasukkan ke hospital, kanser pankreas. Memaksanya 'terbang' ke Pahang..Dari kawan juga aku diberitahu, doktor hanya memberi jaminan hidup sebulan (Allah jua yang menentukan ajal maut manusia)..Agaknya ini yang mempamerkan wajah sungulnya..Inna lil la wa in'na lillahi roji'un. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali..Kini, ibunya diletakkan dibawah jagaan adik kandung yang lain (sahabatku kena kembali bertugas). Malam sebelumnya, seorang sahabat menghubungiku (ketika itu aku di kebun bonda). Meminta kepastian (ayahku juga pernah masuk hospital kerana strok) untuk cuti emergency kerana ibunya dimasukkan ke hospital, katanya kencing manis. Dan sahabatku juga mohon CRK (cuti rehat khas) kerana menemani ibunya ke hospital..masalah yang hampir sama..

"Kak sam, syukurnya aku. Ibuku sakit tapi tidak seteruknya sakit orang lain.Rupa-rupaya ada lagi diuji dengan dugaan yang lebih dasyat" Begitu isi bicara seorang sahabat lewat 'meeting' tengah hari tadi (sempat lagi). hehehehe

Begitulah kehidupan, ujian tidak pernah sunyi dalam menduga manusia. Ujian itu datang dan pergi berulang kali. Senang pun ada, susah pun ada..tidak 'tidur' dalam mendidik manusia menjadi manusia. Tidak 'culas' dalam mentarbiah insan yang ingin 'mencapai' redha tuhannya..Pencipta Agung. Lain orang, lain juga ujiannya. Tapi punya matlamat yang sama, menginsafi diri sebagai hamba. Itu bagi manusia yang 'sedar diri'. Bagi yang masih menyalahkan diri dan takdir yang terencana, sila kembali ke pangkal jalan..jalan pulang masih terbentang luas di hadapanmu. Lihat dengan pandangan MATA HATI, bukan MATA yang lain..pasti ketenangan yang akan ditemui..kerana jalan LURUS itu matlamat yang PASTI

Mati itu pasti..tiada yang hidup terus hidup di dunia yang hanya persinggahan sementara. Nabi yang mulia pun akhirnya kembali menemui Allah..Ingatlah mati, walau di mana pun kita berada. Dengan mengingati mati, amal pun dapat di 'upgrade' ke arah kebaikan. Itu anjuran Rasulullah s.a.w dalam sabdanya

"Cukuplah kematian itu sebagai pengajaran"

Daripada Ibnu Umar, seorang Ansar bertanya kepada Rasullulah mengenai orang yang paling CERDIK dan paling TEGUH..Tahu apa yang Rasulullah jawab!!!

"Mereka yang paling banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang CERDIK"

Nabi bersabda lagi..

"Ingatlah MATI! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-NYA, kalau kamu tahu yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dab banyak menangis"

Untuk peringatan kepada diriku sendiri yang acapkali leka dan lena dalam 'persembahanku' di pentas dunia ini. mari kita sama-sama saling ingat mengingati..agar hati kita tidak mati, agar hati kita terus hidup dalam nafas kalimah TAUHID..cinta Allah, cinta Rasul..cinta Agama Suci ini..Biarkan MATI itu sentiasa hidup dihatiku, hidup di hatimu..segar dan semerbak berbanding bunga di laman bonda..SELAMAT MALAM semua

p/ s "Malam-malam akhirku, biar aku yang ucap selamat. Moga tidurmu dalam rahmat, moga hidupmu temui bahagia, kerana itu IMPIAN..sekali lagi, SELAMAT MALAM pujangga"


0 ulasan: