BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Monday, April 12, 2010

Jadikan kami penyejuk di mata SUAMI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

 

Sucikan 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Pencitamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..dan dosa-dosa silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu"

*******************

Terkedu

Tidak mampu berkata-kata, terkunci

Aku, dia dan dia lagi terdiam..(tidak berani/takut 'tersalah' komen) hermmmmmmmmm

??????????

******************
Tiga hari berkampung di SK Kampung Selamat. Terlibat dengan program Pintar SAGA (salah satu program kecemerlangan under PPD Kunak). Kali ini kami 'bekerja keras' untuk mencapai target 2010. Sasaran PPD perlu direlisasikan. Sebagai 'pekerja', kami akur. Mengajar dan mendidik anak bangsa, moga menjadi pelajar yang cemerlang..Moga bukan cemerlang di 'sini' sahaja, harap cemerlang dan gemilang di 'sana'..Ameen

Adanya aktiviti seperti ini, menjadi medan rakan guru berkumpul beramai-ramai. Aku difahamkan, lokasi kami yang paling meriah (SK Kmpg Selamat utk PMR dan UPSR), SMK Madai utk STPM dan SMK Kunak utk SPM)..Mana tidaknya, kombinasi sekolah rendah dan menengah..Best 'bangat'

Bila berkumpul macam ni, macam-macam juga cerita yang timbul (yang tak patut diceritakan pun ada. "Alahai kakak-kakak2 ku sekalian, menahan malu sudah kami" ). Dengar je la..sambil tersenyum.hehehehehehe. Suasana yang agak 'happening' dengan tawa dan usikan tiba-tiba terhenti...

Rumah tangga, rakan sekerja 'berantakan'. Mahligai yang dibina 12 tahun berkecai. Puncanya? Ntah la, aku pun tidak pasti (Moga dijauhkan daripada fitnah). Yang menarik perhatianku, si isteri pernah mengalami 'masalah' ketika hendak bersalin. Bertarung nyawa untuk melahirkan anak hasil pekongsaian kasih dengan suami. Macam-macam cara digunakan, doktor pun naik pening. Ntah di mana silapnya (biarlah menjadi rahsia antara mereka), si isteri terpaksa diminumkan air basuhan kaki si suami..Itupun setelah habis ikhtiar...(baru dapat bersalin dengan mudah)..Nauzubillahminzalik

* moga sama-sama ambil pengajaran, bagi isteri dan bakal isteri. Suami pun boleh juga..

**********************

"Jangan derhaka kepada suami" Bicara seorang kakak senior, anak dah 4 orang. Membuka 'diskusi' yang baru bermula.

"Syurga isteri ada dengan suami, taat sahaja kita sudah dapat pahala" balas kakak senior yang lain. Anak baru 1, suami jauh nun di sana, Kuching

"Di dunia Allah dah tunjuk, akhirat nanti lagi la Allah nak balas. Selagi sempat, bertaubatlah" Pesan kakak yang seingat aku anaknya sudah 3 orang

Diam, diam dan terus diam..masing-masing tenggelam dengan 'monolog' diri ...Macam-macam tafsiran yang dibuat. Aku? 

Seusai majlis, aku bergegas pulang. Seiring dengan kakak senior anak 4..tiada lagi 'diskusi' seperti tadi. Fikiranku masih berlegar dengan apa yang aku dengari tadi..Nasi kangkang!!! Tergamakkah???

********************

p/s Dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara. Destinasi penuh pancaroba dihuni oleh insan yang bergelar 'kita'. Menumpang sementara waktu bagi menuai hasil di akhirat kelak. Jambatan menuju ke sana yang abadi hanya ada DUA persimpangan. Jalan lurus atau jalan bersimpang siur. Jalan lurus penuh mujahadah, cukup pahit kerana syurga di sana manis. Biasanya ubat itu pahit tetapi menyembuhkan. Begitulah kehidupan, perlu susah dulu senang kemudian..buat baik dibalas baik, buat jahat nerakalah tempatnya. Jangan dituding jari ke arah orang lain, sebab yang 9 lagi menunjuk ke arah diri kita, insan yang lemah. Jangan mencari jalan singkat untuk memperolehi sesuatu, kerana NAFSU tidak pernah tidur dalam melalaikan kita. Syaitan 'and the geng' sudah berjanji akan terus berusaha menyesatkan kita..Wanita adalah senjatanya, cukup ampuh bagi yang leka, lena dalam keseronokan..Bersyukur dengan apa yang ada, kerana 'halawatul' iman itu hanya dapat dirasa bagi mereka yang sentiasa bersyukur dengan nikmat..Ya kalau kita bersyukur dengan yang sedikit, pasti kita mensyukuri nikmat yang melimpah..

"Ya Allah, lindungi kami para wanita, muslimah ini. Jadikan kami hamba yang bersyukur dengan segala pemberian-MU..Jangan Engkau sesatkan kami dalam menggapai redha-Mu. Ingatkan kami apa yang kami lupa.Ameen"



Related Posts with Thumbnails

0 ulasan: