Sunday, April 4, 2010
Istirehat yang panjang..tp bz
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Segala puji hanya untuk Allah, pencipta sekalian alam…Alhamdulillah
Syukur kerana masih mempunyai ruang untuk terus ‘melewati’ laman ini. Masih punya waktu dan masa untuk terus ‘menarikan’ jari jemari..pantas!!!
Hampir 3 minggu, blog kesayanganku ‘membisu’
Hampir 3 minggu juga aku ‘tidak’ dan ‘kurang’ melayari alam maya ini..
Uhhhhhh!!!!
Masih ada kekuatan yang ‘sedikit cuma ini..mesti dan harus aku luangkan. Meskipun sekejap..
Di facebook pun aku tidak lagi ‘seaktif’ dulu..sahabat bertanya kenapa diam?? lewat email dan sms di ‘hp’
Aku ‘busy’…
Program penyerahan anak angkat PMR berlangsung ketika aku 'bz' menyiapkan soalan ujian Mac. Aku dpt anak angkat 3 tahun berturut-turut. Kalau 2 tahun lepas, pelajar muslimin tapi kali ni 'pengarah' menyerahkan pelajar muslimah untukku bimbing sebelum menjelang PMR. Buat pertama kali, seorang pelajar menitiskan air mata ketika aku bertanya 'solat kah'....
Anak angkatku..Nabilah Nor
Pelajar PPIM yang mewakili sekolah MSSZK
Cuti sekolah yang hanya seminggu (syukur sebab cikgu je yang selalu cuti ni..hehehe), aku habiskan dengan memunggah barang dari rumah (flat sekolah) ke rumah baru (aku pindah rumah baru. Yang pastinya segalanya baru..Penantian Pangkalan Madai)…hehehehehe
Akhirnya dapat merasai rumah sendiri..Alhamdulillah..Laman Bonda yang menjadi impianku hampir-hampir menjadi kenyataan. Moga Allah permudahkan segalanya..(jalan raya masuk ke laman bonda sudah berturap seminggu sebelum aku berpindah)..sedihnya, line kat tempat baru ni 'slow' sangat. Tu yang malas nak buka internet..GPRS vs 3G..aduhhh
Bonda mengadakan sedikit kenduri..tapi dikalangan keluarga terdekat sahaja. Terasa bahagia sangat dapat berkumpul ramai2 macam ni. ‘ Maaf kepada kawan-kawan yang ter’miss’ dijemput. Majlis ‘naik rumah’ yang ‘second’ akan diadakan kemudian sebab yang pindah ni aku dan adik bongsu je. Bonda n the geng belum lagi. InsyaAllah sekali dengan majlis tu..hehehehehe. Tu bonda yang pesan kalau2 ada yang bertanya kenapa tidak di ‘inform’ buat majlis..(memang dah ada yang kecik hati pun..Ampunlah.huhuhuhu)
Ini hasil tanganku selepas setahun..puas
Hari pertama cuti, my bestfriend kahwin..sapa lagi kalau bukan Alam Shah Hafidz dan Kak Kasmah Hj Karim. Meriah majlis ni..Lepas tu terus 'pecut' ST 3218 M ke Tawau, majlis Liza pulak kat Muhibbah sana. Moga kalian akan terus bahagia hingga ke syurga. Ameen
Alam Shah Hafidz dan Kak Kasmah Hj Karim
My frienad..Liza
Esoknya..tetamu yang kunanti tiba dari Bintulu. Cuti ni aku berteman ke mana sahaja. Terima kasih kepada sahabatku dari Bintulu..terima kasih kerana sudi luangkan masa menemaiku seminggu ni..Aku menghantarnya ke airport Tawau, tak sangka bertemu pula sahabatku Kamaruddin Mohd Rafi dan isteri serta keluarga..(sekilas kebahagiaan kutemui di sini)
Di Airport Tawau pukul 8 malam, menanti ketibaan Bintulu
Buka sekolah..aku jadi pening2 lalat. Rutin harian bermula lagi..Sibuk dengan Mesyuarat Agung PIBG sekolah..tugas Bendahari Kehormat bukan senang..Nasib baik laporanku sudah siap diaudit sebulan lebih awal. Cuma , MA kali ni yang ‘rumit’ sikit. Perasmian oleh YB dan pelancaran logo PIBG serta augerah sumbangan pelajar cemerlang diadakan sekali dalam MA. Dalam fikiranku ‘berapa banyak lagi duit yang perlu aku kelarkan.Aduhh!!’ (bukan senang nak kelurkan duit ni, bila dah keluarkan lain pulak ceritanya).
Tapi..Alhamdulillah, sejam selepas majlis MA aku terus ke rumah bonda. Ambil bonda dan ‘memecut’ ke kedai cermin ‘Casa Impian Kunak’
Aku dan Setiausaha Kehaormat PIBG melepas ‘geram’. Dia mengabiskan masa pagi Ahad dengan tido. Aku? Pastinya menghabiskan masa di kebun...bercucuk tanam bersama bonda..cucuk dan tanam..hehehe
p/s Aku melihat kematian di mana-mana sahaja. Tidak kira masa, tempat dan siapa. Janji Allah itu pasti, janji Allah itu benar. Yang hidup akan menemui ‘kematian’. Tiada siapa yang dapat menghalangnya..Ya, aku dan kita semua perlu bersiap sebelum mati itu datang. Bersiap seperti aku menyiapkan laporan PIBG, kena lebih awal. Tapi mesti lebih ‘mantap’ kerana mati itu kita tidak tahu ‘due date’nya. PIBG ada tarikh yang telah ditentukan tetapi MATI? Bila-bila masa, bila ‘dipanggil’..Perlu bawa ‘amalan’ bukan lagi ‘laporan Bendahari Kehormat’..itu yang selalu aku ingatkan pada diri yang kerdil ini
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 4/04/2010 05:23:00 PM
Label: My Soul Family
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment