BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Friday, April 16, 2010

Cermin Diri


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah

Baru selesai kelas tambahan ICT kelas 2 Smart..hanya 8 pelajar yang hadir berbanding 38 jumlah keseluruhan pelajar sepatutnya (perkara biasa bagi kelas 'hujung'. Liat sangat untuk hadir kelas, apatah lagi datang ke sekolah...Kecewa)

Pagi tadi, joging di SMK Madai..sekitar 2 km jaraknya dari rumah. Berjalan kaki melalui deretan kelapa sawit sebelum menyeberang sungai dan jalan raya..masih lengang lagi (pukul 6 pagi)..mencari ketengan dan minda sihatku

Seusai 6 kali pusingan dan latihan taewondo(aku dan adik bongsu, yakin tiada yang melihat kecuali Pencinta Agung), balik melalui jalan yang sama..

Hati terkesima..mendengar alunan suara sedang mengaji ayat-ayat suci al-quran. Pondok usang di sebalik pokok kelapa sawit. Halamannya bersih..tanahnya basah (hujan membanjiri bumi Pangkalan Madai sejak petang semalam)..merdu suara itu!!

Kelihatan..

Anak-anak bertudung litup dan bersongkok menaiki rumah itu.."mereka berguru di rumah itu". Bisik hati kecilku

"Kiyanah, esok kita datang ke pondok itu. Kita tanya mana tau kita boleh mengaji di sini pulak" Aku memberitahu si kecil kesayanganku..

"ok" balasnya pendek

Esok, ada misi yang perlu aku tunaikan..seawal seperti ini..kali

**************

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri. 
*Senyum seindah suria

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi. 
*Manusia yang tidak menghargai 'sejarah' pasti akan kembali kepada sejarah itu

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
*Istiqamah

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.
Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
*Cari kelapangan hati

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 
*Memperlihatkan 'kebodohan' diri..

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal. 
*Bila rasa nak marah, bertenang..diam dan istigfar banyak-banyak

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan. 
*Tawaduk

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
*Taubat seorang hamba

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula. 
*Hablun minallah,hablun minannas

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. 
*Kita tidak akan mati dengan keji orang, dan tidak akan hidup dengan puji sanjung orang lain

p/s Damai sungguh di desa ini. Azan berkumandang bersahutan terutamanya ketika subuh hari dan maghrib (aku kerja petang). Dari hulu ke hilir..membangunkan lena yang panjang. Rasanya, kali kedua aku mendengar ayam 'berkokok' sekitar pukul 2 pagi..1st malam pertama berada di desa ini..2nd minggu kedua selepasnya..Aduh, damaikan hatiku bermunajat kepada-MU


0 ulasan: