BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Wednesday, March 31, 2010

Jom Muhasabah Diri



Renungkan Bersama..

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang
ini.TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh
orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita
yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya
dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu
sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan
pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah
orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran
Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang
memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat
Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan
walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih
kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada
ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi
merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu
bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak
mendidik menjadi anak anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah,
sembahyang,hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak
didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan
bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan
buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang
anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di
buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi
anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang
kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa
yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI
dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung
banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi
dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia
tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunna h Nabi SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah.
Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai
macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai
juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang
suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang
suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2,
kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam
semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3,
kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada
kedua-duanya atau ketiga -tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai
diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan
berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas
yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong
tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku
berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu
sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

p/s Bintulu, Moga 2 menjadi 1 akan tercapai.Ameen

0 ulasan: