Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW bersabda:
Dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah kamu, aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?' Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya".
Berbohong kepada suami adalah berdosa apatah lagi berbohong kepada suami kerana ingin berjumpa doktor yang seandainya lelaki hukumnya jelas haram dan dosa besar. Jika suami tidak redha dengan sikap pembohongan itu maka akan berkekalan dosa seorang isteri terhadap suaminya.
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
"Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: "Mengapa ya Rasulullah ?". Rasulullah SAW menjawab: "Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya".
Dalam hadith yang lain diterangkan, dari Ibnu Abas ra. sesungguhnya seorang wanita dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan apa hak suami terhadap isteri. Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri iaitu jika suami menghendaki dirinya sekalipun ia berada di atas kenderaan ia tidak menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya iaitu isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, jika ia terus melakukannya itu hanya akan mendapatkan lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia tetap keluar maka malaikat langit dan malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutuknya sampai ia pulang."
"Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman, midzak (membenarkan lelaki lain ke dalam rumah (juga rumahtangga) kemudian dibiarkan bersama isterinya ) itu termasuk sifat munafiq."
0 ulasan:
Post a Comment