Wednesday, March 31, 2010
Jom Muhasabah Diri
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/31/2010 11:34:00 PM 0 ulasan
Label: Taman Syurga
JIKA AKU JATUH CINTA
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/31/2010 06:43:00 AM 0 ulasan
Label: Taman Syurga
Friday, March 12, 2010
Keajaiban Cincin di Jari MANIS
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/12/2010 04:13:00 AM 0 ulasan
Label: KEAJAIBAN
Thursday, March 11, 2010
WASIAT IMAM SYAFIE BERKENAAN HAK
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
p/s Hari ini aku terasa letih sangat. Habis mesyuarat PIBG, terus masuk kelas untuk buat ujian Mac. Nampaknya cuti ini ada yang jadi 'mangsa'..bercuti sambil buat keje aku..hehehehe. sabar ya org Bintulu..(^_^)
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/11/2010 05:03:00 AM 0 ulasan
Label: WASIAT
Wednesday, March 10, 2010
Aku Sayang Mak..
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/10/2010 01:55:00 AM 0 ulasan
Label: My Soul Family
Tuesday, March 9, 2010
Kiamat?
27/11/09-Aidiladha pada hari jumaat
18/12/09-Tahun baru Hijrah pada Jumaat
25/12/09- Natal pada Jumaat
01/01/10-Tahun baru Masihi pada Jumaat(x silap berlaku pada masa yang sama gerhana bulan)
15/01/10- gerhana matahari pada Jumaat
26/02/10-maulud nabi pada Jumaat
27/08/10-Nuzul Quran pada Jumaat
10/09/10- Aidilfitri pada Jumaat
05/11/10-Deepavali pada Jumaat
??/??/??- Tidak berlaku Hari Qiamat jika bukan pada hari JUMAAT..
ya, kiamat boleh berlaku bila-bila masa saja.
hanya Allah tahu sebagai mana Allah itu Maha Mengetahui.
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/09/2010 10:57:00 AM 0 ulasan
Label: Iktibar
Monday, March 8, 2010
Siapa Aku di Depan TUHAN ku?
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/08/2010 03:04:00 AM 0 ulasan
Label: AL KISAH
Sunday, March 7, 2010
Doa Insan Bernama Isteri
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/07/2010 01:06:00 AM 0 ulasan
Label: WANITA HIASAN DUNIA
Saturday, March 6, 2010
Hari 'PENTING' DALAM ISLAM
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/06/2010 06:42:00 AM 0 ulasan
Label: SEJARAH
Isteri Solehah
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW bersabda:
Dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah kamu, aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?' Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya".
Berbohong kepada suami adalah berdosa apatah lagi berbohong kepada suami kerana ingin berjumpa doktor yang seandainya lelaki hukumnya jelas haram dan dosa besar. Jika suami tidak redha dengan sikap pembohongan itu maka akan berkekalan dosa seorang isteri terhadap suaminya.
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
"Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: "Mengapa ya Rasulullah ?". Rasulullah SAW menjawab: "Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya".
Dalam hadith yang lain diterangkan, dari Ibnu Abas ra. sesungguhnya seorang wanita dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan apa hak suami terhadap isteri. Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri iaitu jika suami menghendaki dirinya sekalipun ia berada di atas kenderaan ia tidak menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya iaitu isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, jika ia terus melakukannya itu hanya akan mendapatkan lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, jika ia tetap keluar maka malaikat langit dan malaikat rahmat serta malaikat azab akan mengutuknya sampai ia pulang."
"Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman, midzak (membenarkan lelaki lain ke dalam rumah (juga rumahtangga) kemudian dibiarkan bersama isterinya ) itu termasuk sifat munafiq."
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/06/2010 02:09:00 AM 0 ulasan
Label: RUMAHTANGGA
Friday, March 5, 2010
The Way of LOVE
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 3/05/2010 08:35:00 PM 0 ulasan
Label: Aku Dalam Lagu