Wednesday, February 10, 2010
Tragedi 8 Feb 2010
Sekali lagi dugaan datang melanda hidupku. Tarikh keramat kekal terpahat dalam kalender hidup. Malam persandingan kakak kepada adik iparku, keretaku dilanggar oleh lori. Ya Allah, tidak pernah terlintas difikiranku akan kejadian ini. Takdir penentu segala. Bagaimanapun aku berusaha untuk menjaga keselamatan jalan raya, kalau orang lain yang 'inggar' peraturan tersebut, orang yang tidak bersalah pun akan terpalit 'bala'. Itulah namanya takdir disebalik segal takbir manusia. Alhamdulillah, semuanya selamat. Syukur kepada Allah atas segalanya. Syukur kerana :
- Tiada siapa pun dalam keretaku semasa kemalangan berlaku (tiada kemalangan jiwa)
-Si 'pelanggar' setia menunggu sehingga aku datang selepas melanggar kereta kesayanganku (tiada kes lanngar lari)
-Dia juga bersetuju membayar kos kerosakan
-Ramai kawan adik iparku yang membantu menguruskan kereta selepas kemalangan
-Paling penting, emak dan ayah diam je (redha) hehehehehehe
Yang penting, semuanya selamat ya. Jangan nak marah sapa-sapa pun. Jangan marah kat pakcik yang melanggar tu. Kasihan dia..Aku pun faham pasti dia rasa terkejut juga (asyik merokok)..
Keadaan keretaku semasa kejadian
Pandangan sisi
Orang ramai yang menyaksikan kejadian
Rosak teruk
Kereta masih 'berplastik' ..hehehehe
Sibuk memeriksaan keadaan kereta
Di rumah adik ipar (membersihkan kaca)
Memasang plastik sementara
Akhirnya, macam ni la cermin 'baru'
Esoknya (9 Feb 2010) di bawah flat rumahku
p/s Terima kasih kepada semua yang membantu..Hanya Allah yang layak membals jasa kalian
Dicatat oleh Kirana Syurgawi di 2/10/2010 10:02:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment