BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Monday, January 18, 2010

TIP KESELAMATAN KETIKA DI LUAR RUMAH



Dewasa kini, kita dipaparkan dengan pelbagai kejadian yang cukup menakutkan. Kes rogol, culik dan bunuh serta ragut. Fenomena ini menjadikan wanita sebagai mangsa. Sehingga ada diantara kita yang takut untuk keluar rumah. Ibu bapa lebih-lebih lagi, sanggup menghantar anak sampai ke muka pintu sekolah. Pulang nanti pasti sudah menanti di pagar sekolah. Di sini say kongsikan beberapa petua keselamatan ketika di luar rumah..Moga bermanfaat untuk anda dan diri saya sendiri..:-)
  • Elakkan daripada berjalan bersendirian di tempat sunyi
  • Membawa barang yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri
  • Jangan mengikut orang yang tidak dikenali
  • Tidak memakai barang kemas yang keterlaluan
  • Berpakaian sopan
  • Sentiasa memaklumkan kepada ibu bapa di mana kita berada
  • Tidak membawa beg tangan yang mudah diragut
  • Melengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri
Sebagai seorang muslim, menjadi satu ibadah yang perlu diamalkan ketika hendak keluar rumah. Bacalah doa yang telah diajar oleh KEKASIH kita..


 
Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
 

  
Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung denganMu supaya tidak sesat atau disesatkan, menyeleweng atau diselewengkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bodoh atau diperbodohkan ke atasku".



0 ulasan: