BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Friday, January 29, 2010

Sukan Tahunan kali ke 17 (29/01/2010)


Letih…letih..letih….
….dan letih

Seminggu, sibuk dengan persiapan sukan tahunan sekolah. Banyak masaku di curi di astaka dan padang sekolah berbanding bilik darjah mahupun bilik guru. Bukan aku seorang, bahkan rakan guru yang lain pun sama sepertiku. Tapi tidak se ‘bz’ aku dan kak Y (ustazah Wardah). Tugas kami bermula 4 hati sebelum kemuncak sukan lagi. Maklum la, AJK hadiah yang sentiasa peka dengan pemenang setiap kali selesai perlawanan sukan. 3 tahun ‘posting’ di sekolah kesayangan ini, saban tahun hanya wajah ini yang akan menghiasi meja hadiah..dah kena cop muka hadiah dan hamper..hehehehehe

 

 


Alhamdulillah, combination antara aku dan Kak Y tiada masalah. Kan ‘best’ bertugas dengan rakan yang ‘sekepala’ ni. Susah dan beban macam mana pun kerja tu, tak terasa pun..Itulah namanya ikhlas dalam bekerja..tiada rungutan, tiada bantahan. Menurut atas nama kerja dan tanggungjawab..

 

  

 


Baru semalam sukan berakhir. Tapi keletihan masih terasa. Sakit badan dan yang palig teruk ‘sun burn’. Aduhhhhhhh!!!! merah menyala wajah yang terbakar oleh sang matahari. Cuaca yang tidak menentu, sekejap hujan dan sekejap panas yang membuatkan pelajar dan guru ‘demam’…Ada kala, latihan sukan terpaksa dibatalkan ekoran hujan lebat..Abis padang menjadi becak..banjir!!!



Syukur, sukan yang sudah pun mencapai usia ke 17 tahun akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Meskipun terpaksa menukar ‘plan’ saat-saat akhir (YB dating awal daripada tentatif program). Masjlis perasmian yang dijadualkan pada pukul 10 pagi diawalkan sebelum acara balapan ditamatkan. Akibatnya, ramai pelajar yang tumbang..heheheheh (biasa dengan fenomena ini)



YB yang merasmikan sukan tahunan kali ini tidak lain, Yang Berhormat Salleh Kalbi, ADUN P188 Silam merangkap duta PBB Malaysia..Beliau yang juga ayah angkat kepada sekolah kami, sempat menyumbang beberapa ‘jersey’ dan bola untuk kegunaan kokurikulum sekolah. Terima kasih kepada En Sahing Taking, YDP PIBG sekolah..Anda cukup ‘selamba’ dengan semua ini. Bekerja di bawah kepimpinanmu, menjadikan aku seperti ‘anak’ yang bertatih dalam senyap…

 
Pelari Kebangsaan, Adik Handih Mohd Jal

Yang paling seronok dan menggembirakan aku..PPIM sekolah muncul johan perbarisan unit-unit beruniform 3 tahun berturut-turut. Maksudnya, sudah genap juga 3 tahun usia aku memegang jawatan Ketua Penasihat PPIM sekolah..Bukan mudah untuk memimpin. Banyak dugaan dan ujian. Terima kasih kepada rakan-rakan PPIM yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepadaku. Kasih sayang kalian amat bermakna..terima kasih

“Syukur ya Allah atas nikmat ini. Segala puji hanya untuk-MU. Engkau yang menghadiahkan hadiah dari segala hadiah yang paling bermakna ini. Moga aku sentiasa menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Ameen”

 

  

Kamilah juara!!!!


Keluar makan disebelah malam (muka sunburn)

Buat ketua rumah sukan wira, perkasa, jaguh dan satria anda semua ‘best’. Tahniah diucapkan atas kejayaan memimpin atlet sekolah..kepada rakan guru, semoga kita sukses selalu..menjadikan sukan sebagai wadah sampingan membentuk jati diri gemilang..mencipta ‘johan’ yang digilap menjadi ‘mukmin profesional’…Ya, aku lihat di sana, ada yang mampu mencipta ‘title’ tu. Anakku, kekalkan penampilanmu..:-)


0 ulasan: