BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Thursday, January 7, 2010

Seminggu Hampir Berlalu

Pengumuman,bermula pada hari esok (08/01/2010) semua guru dan pelajar tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan bangunan sekolah terutamanya kawasan larangan yang telah dimaklumkan.Harap maklum!!

Bukan kami tidak biasa dengan keadaan ini.Hampir 6 bulan kami hidup dalam keadaan yang 'terumbang ambing'.Persekitaran sekolah memaksa kami warga SMK Kunak Jaya menerima segala yang berlaku dengan lebih terbuka.Pada tahun 2009,selepas bangunan sekolah diistiharkan tidak selamat,kami terpaksa menggunakan ruang yang sedia ada untuk mengajar dan belajar.Seperti tiada ruang yang tersisa sedikitpun.Kantin,dewan (terbuka),bawah flat,bawah pokok ketapang dan macam-macam lagi digunakan sebaiknya.

Kami sedar,selaku pendidik biar apa terjadi sekali pun kami perlu teruskan perjuangan ini.Syukur Alhamdulillah,dalam kepayahan itu Allah limpahkan rahmatNYA..Keputusan PMR begitu menggembirakan warga kami..

0 ulasan: