BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Tuesday, January 26, 2010

Rumahku Syurgaku (3)

Aku kembali lagi..:-)


 
Pandangan dari hadapan

Entri ni ingin di 'post' kan pada minggu lepas tapi sedikit kekangan masa, baru hari ini dapat ditunaikan. Terasa letih dengan aktiviti sekolah yang semakin berlambak. Belum habis satu, ditambah la pulak dua..Demi tugas dan tanggungjawab, digagahkan jua. Biar selesai hingga ke penghujung masa..:-P

Tengah menulis enrti ni, student tengah buat bising kat bawah (main bola tampar tgh hari). Ntah la budak-budak tu, maybe sebab malas nak balik rumah. Maklumlah petang ni ada acara 'rehearsal' untuk sukan tahunan 2010 yang akan diadakan temasya kemuncak pada pagi esok..

Alhamdulillah, rumahku sudah dalam fasa menyiapkan bilik. Semunya ada 4 bilik. Bilikku merupakan masteroom..Maybe nextweek dah boleh pasang bilik air kat bilik tu..Jadual pagi dan petang ahad baru-baru ni cukup penuh. Seperti tidak tersia sedikit pun. Seawal pukul 6 aku dan adikku sudah berada di pasar 'minggu'. Beli apa yang patut..Dalam pukul 8 aku sudah bertolak balik kampung. Mengambil emak dan kembali semula ke pekan. Selepas 'order' keperluan kayu, paku, simen dan papan untuk kegunaan tukang rumah, kami terus ke Pangkalan Madai..

 Mozek, singki dan tombol pintu

 
 Pandangan dari dapur

 
 Pandangan dari tengah dapur

 
 Bilik tidur emak dan ayah tersayang

 
Pandangan dari ruang tamu

0 ulasan: