BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Thursday, January 21, 2010

Menjadi Suami yang Bertanggungjawab


Impian Bidadari Syurga

Tip ni aku dedikasikan buat sahabatku, Alam Shah Hafidz yang akan mengakhiri zaman dudanya pada bulan Mac nanti. Yang paling penting, buat penjaga hatiku..Muktar. Moga, Allah permudahkan diri kalian menjadi suami yang bertanggungjawab, dedikasi dan penuh kasih sayang. Jadikan rumah tangga sebagai perantara menuju syurga Allah yang kekal abadi.. Jadikan kami isteri yang paling bertuah untuk menjadi pendampingmu di SANA kelak..Ameen

  • Kenangkan selalu bahawa isteri atau suami kita ialah milik Allah S.W.T, bukan milik kita
  • Dalam apa jua perselisihan, carilah di mana kedudukan syariat dalam hal itu
  • Sentiasa bermuzakarah dalam membuat keputusan
  • Sering melakukan solat Istikharah dan solat Hajat dalam menghadapi sesuatu ujian
  • Bayangkan pertemuan yang indah dengan semua anggota keluarga di syurga nanti apabila masing-masing bertanggungjawab dengan perintah Allah
  • Takutkan neraka dan bimbangkanlah seksa-NYA jika mengabaikan tanggungjawab
  • Bila suasana terlalu sukar, bisikan di hati "Ini semua sementara,, pertolongan Allah sudah sudah dekat"
p/s Rumah tangga bahagia impian insan yang bernama Manusia..Moga SAKINAH itu dalam penantianku..:-)

0 ulasan: