BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Wednesday, January 13, 2010

Maafkan anakku,cikgu..



"Assalamualaikum cikgu" Sapa seorang wanita yang pada hematku dalam lingkungan umur awal 40 an. Aku membalas salam lalu pelawa ke tempat dudukku di bilik guru. ku hadiahkan seuntum senyuman...manis

"Akak nak bayar yuran anak akak ke?"Aku bertanya setelah lama berdiam.Biasanya ibu bapa atau pelajar yang datang terus menghulurkan bayaran dan aku sedia maklum akan hal tersebut. Kalaupun tidak, mereka akan terlebih dahulu meminta untuk membayar yuran. Dua tahun memegang jawatan bendahari Agung PIBG menjadikan aku cukup dikenali oleh ibu bapa apatah lagi pelajar. Sebut sahaja yuran PIBG dan tandas sekolah, pasti namaku yang terukuir d bibir mereka

"Maaf la cikgu, saya emak si Rafianshah. Saya mau tanya berapa yuran sekolah anak saya".Jelas kakak itu. Aku segera membuka buku 'register' dan membelek kehadiran pelajar 3 Smart. Hampir seminggu kedatangan d tanda 'O'. Sepatutnya aku sudah mengeluarkan 'warning letter' pertama kepada pelejar ini. Sibuk, sehingga rutin ini aku 'terlepas pandang'

"Sebelum tu kak, saya nak tanya kenapa anak akak tidak hadir ke sekolah?" Aku menyoal sambil merenung wajahnya. Duduk bertenatangan membolehka akau memandaing wajahnya degnagn cukup jelas..

Lama..


"Kenapa ya kak?" sekali lagi aku bertanya

"Cikgu, saya betul-betul minta maaf. Anak saya bukan tidak mahu pergi ke sekolah tapi kami ada masalah keluarga. Saya dengan suami baru sahaja bercerai 4 bulan lepas. Semua anak saya yang jaga. Cikgu pun tahu kan si rafianshah tu anak sulung. Ada 2 lagi adiknya yang sekolah. Yang kecil terpaksa dia jaga sementara saya keluar kerja. Cikgu, sekarang saya kerja di kantin. Duit gaji itu yang saya guna untuk belanja anak-anak. Itu sebab saya datang jampa cikgu, saya risau anak saya tu"

"Kak, saya faham" Hanya itu yang terkeluar dari mulutku. Bukan aku tidak mengenali latar belakang pelajar aku yang seeorang ini. Tahun lepas, aku ada menghantarnya pulang ke rumah kerana sakit. Oleh karana rasa tangungjawab itu ada di bahuku, aku segera menghantnay pulang hingga ke muka pintu. Itu pun selepas mendapat keizinan daripada 'bos' . Dengan rumah yang pada penglihantanya hanyalah 'setinggan', aku dapat rasakan kesusahan yang di tanggung oleh keluarga ini. Tahun ini, pelajar ini akan menduduki PMR. Aku memahami situasi tersebut. Aku pun pernah menjadi anak seperti pelajarku. Aku pernah merasa apa yang dia rasa. Entahlah, bagi aku kesalahan tidak boleh di letakkan pada bahu seseorang sahaja. Melihat masalah orang lain, mengusik sedikit naluriku...Naluri yang selalu meletakkan aku pada situasi orang lain. Begitu banyak tugas yang perlu dilaksanakan.Ya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..Sebagai seorang anak, ibu, guru dan masyarakat.

Akhirnya, aku sarankan ibu kepada pelajarku berjumpa dengan Penyelia petang. Hanya itu yang aku rasa perlu dilakukan..





0 ulasan: