BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SALAM UKHWAH

:: TEMAN SEPANJANG JALAN ::

Saturday, January 30, 2010

Anakku, Mohd Hafidz dan Mohd Syukri

Seusai solat Zohor, aku bergegas ke Borneo Samudera (Rumah adik ipar). Perasaan rindu yang membawa aku ke rumah ini. Tambahan pula, emak sejak pagi sudah 'mengabdiakan' diri di rumah besannya ini. Emak sudah mengingatkan aku semalam agar datang lebih awal. Tapi atas urusan lain, selepas zohor baru aku menjenguk tiba. Mana boleh aku tidak datang, malam ni orang kampung sudah 'bz' membuat kuih. Maklum la, esok 'serapoh' akan dilebarkan di halaman rumah...Kak Diana (kakak adik iparku) akan melangsungkan perkahwinan pada 8hb Feb, minggu hadapan. Tahniah kak Diana, moga bahagia hingga ke syurga.. :-)

Seronok sangat bila dapat menatap wajah anak buah kesayanganku Mohd Hafidz..Comel sangat. Hidungnya menjadi mangsa 'geram' ku..Persis ayahnya, mancung!! Puas aku timang, ke sana dan ke mari. Selepas aku, adikku c Sakiah pula yang bertukar tangan. Jeritan emak yang naik geram melihat telatah anaknya menimang cucu, kami biarkan..tidak peduli. Yang penting rindu ini perlu dilepaskan..Antie Sam rindu sangat-sangat!!!

 
 Timang anakku..

 
 Alaaa..hafidz tak senyum pun

 
Peace!!!

Tidak ku sangka, sepupu adik iparku pun baru bersalin semalam. Anaknya diberi nama Mohd Syukri..Sempat aku 'snap' beberapa gambar kenangan. Moga Syukri sihat-sihat selalu. Lepas ni, ada la teman c hafidz bermain. Bila kami suarakan agar mereka berdua dimandiakan sekali dalam 'tub', emak terus melarang...Ada pantang katanya..

"Nanti budak-budak tu lambat tumbuh gigi"...hahahahahahahaha...

 
 Peace lagi!!!

  
 Nak cium la..muahhhh

 
Anakku jua..Mohd Syukri

Kereta yang sepatutnya tiba untuk menjemput emak balik kampung belum kelihatan. Hati mula resah. Menyedari hari sudah semakin gelap, menjelang pukul 5 aku segera menghidupkan enjin kereta. Aku perlu menghantar emak pulang ke kampung dengan segera. Aku yakin ayah pasti tengah risau. Pada mulanya emak tidak mengizinkan, tapi aku yakinkan bahawa kereta tersebut pasti sudah terlupa. Hendak dihubungi, nombor telefon pun tiada. 
Dalam pukul 7 aku tiba di rumahku..Memang meletihkan tapi aku puas hari ni..Gembira jumpa anak buahku, gembira jumpa ayah di kampung, gembira dengan khabar penjaga hatiku. Love u all so much. Muahhhhhhhhhhhh

p/s Al fatihah kepada pelajarku Allahyarham Azli Aldam pelajar tingkatan 3 dynamic yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi. Semoga rohnya dirahmati Allah.."Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali"

0 ulasan: